Aku mahu makan sesuatu yang berlainan. Mungkin ketam. Atau mungkin laksa Kuala Kangsar (realitinya laksa Penang tapi 10 kali lebih menarik dan sedap). Atau mungkin lemang. Cucur kodok yang emak aku goreng.
Aku sudah bosan makan makanan melayu yang sebenarnya dimasak dan resipinya dari Indonesia. Gulai? Ya, gulai yang aku kenal memang langsung tak sama dengan gulai yang terjual di restoran dan gerai-gerai makan di lembah Klang. Kurma daging? Yeah, suck big way.
Makanan yang ada di lembah Klang ini rasanya lebih banyak cliche dari yang sebenarnya. Nasi lemak? Okay, nasi ye, lemak? Takde kot. Roti canai? Kali terakhir aku makan roti canai dan memujinya adalah semasa di Cameron Highlands tempohari. Pergi ke gerai makan sebaris dengan stesen teksi Tanah Rata. Gerai paling hujung milik pakcik tua. Sedap roti canai yang dibuat, aromanya, garing dan lemaknya. Itu roti canai yang sebenarnya. Bukan roti canai yang banyak bersepah di sini.
Aku mahu makan nasi campur. Tapi aku tak mahu pilih lauk yang dikalangannya ada tempe, ada gulai kaki ayam dan segala makanan Indonesia yang dimelayukan. Aku mahu gulai ayam utara yang sebenarnya. Kurma daging yang sebenarnya. Sambal belacan yang ditumbuk dalam lesung batu (bukan dikisar dengan blender). Makanan melayu yang sebenar. Mungkin orang persoalkan apa makanan melayu yang sebenarnya namun aku tidak pedulikan semua itu. Makanan melayu bagi aku adalah yang dimasak di kampung-kampung melayu yang sering dimakan oleh orang melayu.
Aku mahu makan bun jagung dan bun kari ayam yang dijual di kedai kek Kuala Kangsar. Balik nanti pasti akan aku beli, dan makan.
Aku mahu makan makanan yang aku pernah makan 20 tahun dahulu dan yang sudah 5 tahun aku tidak merasainya.
Ahh... mungkin sebenarnya aku rindukan masakan emak. Esok aku balik kampung. Perut ini sedang mengada-ngada. Itu sebenarnya.
No comments:
Post a Comment