Koleksi gambar-gambar aku semasa belajar di UiTM Shah Alam awal 90an lalu.
Depan bengkel perkayuan di Forest Research Institute of Malaysia (FRIM) dengan Dillah (lelaki..), coursemate aku. Aku ambil Teknologi Perkayuan, tapi sekarang ni rasanya sudah hampir 5 tahun tidak bertukang.
Bersama-sama coursemate aku yang lain menuju ke bengkel perkayuan di FRIM untuk kerja-kerja praktikal membuat cement board, particle/fibre board dan chip board. Kelas kami biasanya di adakan pada Jumaat petang hingga malam dan pagi Sabtu hingga petang. Tengok aku sebelah kiri bercermin mata, kurus kan? Sekarang bayangkan aku sekali ganda saiz tersebut.
Semasa camping di hutan UiTM Pahang di Jengka. Biasalah, kalau dah couse perkayuan, mesti ada camping dan masuk hutan. Kami masuk hutan seminggu dan bertapa di sana. Segalanya kena buat sendiri sebab kiranya macam survival la. Best sebab bukan pergi sikit-sikit orang. Sekali pergi sampai 50 orang. Ramai. Kalau pergi sikit-sikit, apa bestnya?
No comments:
Post a Comment