Namun begitu, apabila melihatnya kembali, aku fikir aku tidak perlu lakukan apa-apa lagi kerana suasananya sendiri sudah cukup jelas untuk memperlihatkan keadaan suram dan misteri.
Menjadi masalah ketika foto ini dirakam adalah tiupan angin yang begitu kencang menyebabkan tingkap di pejabat mengeluarkan bunyi yang menyeramkan. Ada tingkap yang tidak bertutup rapat menyebabkan berlakunya bunyi tersebut. Mulanya aku cuba membuka tingkap untuk merakamkan gambar ini bagi mengelakkan refleksi kaca tingkap. Namun akibat tiupan angin yang begitu kuat, aku terpaksa tutup tingkap dan merakamkan gambar ini dibalik kaca tingkap. Namun hasilnya agak memuaskan hati.
Permandangan arah barat Putrajaya.
1 comment:
Gambar yang saudara rakam mempunyai nilai seni. Bukan hanya gambar-gambar yang ini, malahan kebanyakkan gambar yang telah saya lihat. Teruskan usaha saudara, semua orang boleh mengambil gambar tetapi bukan semua ada nilai. Salah seorang yang dapat mengambil gambar dengan nilai seni yang tinggi ialah saudara ... Tahniah.
Post a Comment