Senja tadi aku tidak sempat mengambil tripod sedang suasana nampak begitu damai dan aku tahu, ianya tidak akan lama begitu. Jadi dengan tangan aku yang sentiasa tidak stabil, aku berpangkukan dinding tingkap pejabat untuk mengambil shot dibawah. Sebenarnya semua gambar ini agar kabur akibat gegaran tangan.
Mulalah dalam kepala berfikir untuk membeli lensa yang ada fungsi image stabilizer. Mahal. Aku masih belum mampu.
Dua shot di bawah pula adalah dalam ruang masa yang sama tetapi dengan bukaan (exposure) yang berbeza. Tidaklah menarik. Cukup untuk belajar.
Tidak seperti orang lain, aku rabun warna menyebabkan aku tidak dapat menilai secara terus hasil kerja aku di situ. Aku tidak kenal dengan warna-warna yang wujud. Tidak mengapalah. Itu bukan masalah untuk terus meminati seni fotografi.
2 comments:
Saudara ada kebolehan mengambil gambar secara berseni. Dalam 3 gambar yang diambil, gambar kedua lebih menyerlah kerana jelas titik tumpuan, penataan cahaya yang seimbang, tidak kabur dan boleh ditafsirkan. Ini hanya penilaian peribadi saya.
kalau begitu,ambil gambar hitam putih saja...tanpa warna pun kadang-kadang boleh jadi lebih cantik daripada yg berwarna
Post a Comment