Dalam puluhan manusia di hadapan aku ketika itu, seperti jasad lain kabur dari pandangan dan hanya dia di hadapan tidak sejengkal di depan mata walau dia nun jauh di atas tangga sana, disebalik puluhan orang lain.
Dan matanya bersinar seperti ianya bersinar setiap kali memandang wajahnya dan juga setiap kali terbayang wajahnya.
Serta senyumannya paling indah seperti ianya sentiasa tersenyum di hadapan diri ini dan setiap kali terbayang senyumannya.
Kalaulah...
Kalaulah boleh aku beritahu (bisikkan ke telinganya) disebalik puluhan manusia di situ bahawa sepanjang waktu ini, aku masih menghargai dirinya dan memendam seribu hadapan dan satu impian terhadapnya. Kalaulah begitu mudah.
Kerana,
Aku tahu sejauh mana aku melangkah menghampiri dirinya, aku takkan dapat menghampirinya. Setiap waktu aku memberi nafas kepada harapan dan impian aku terhadap dirinya, setiap waktu itu juga harapan dan impian ini mati. Begitu aku berputus asa.
Ya, sudah putus asa terhadap dirinya.
Cukuplah sekadar sedetik dapat melihat sinar mata dan senyumannya itu disebalik puluhan orang lain di hadapan yang memerhatikan aku serentak sementara aku mengetip butang kamera.
Kerana aku tahu senyuman dan sinar matanya itu adalah untuk aku; walau hanya untuk waktu itu.
Terima kasih dan aku amat menghargainya.
5 comments:
haih... masalah ni.
sabar lah ya.
sebenarnya, paling benci bila org ckp 'sabarlah ya' masa nak nasihatkan saya bila ada masalah.tapi perlu cakap apa lagi bila itu sahaja ucapan yg wajar diucap?
kalau cakap "ah, gasak je lah. ngorat sampai dapat!"... macam tak wajar pulak, kan?
;P
Kita ni memang jenis tido lewat ye. :-)
Thanks anyway. Sudah pernah buat semua yang orang suruh buat. Akhirnya tetap sama. Jadi, tidak mengapa.
Seperti pernah melalui perkara yang sama dalam beberapa tahun yang lepas. Tapi ternyata, dia bukan milik saya.
tak habis2.
Hahaha.. Tanpa Nama, banyak blog lain yang tidak sebosan blog ini. Jadi, jangan mengeluh.
Post a Comment