31.8.09

1957 Hati Me'layu'

Semalam aku menonton 1957 Hati Malaya karya Suhaimi Baba. Okay, aku faham kenapa filem ini hancur di pawagam. Setiap lima minit ada perkataan merdeka. Dan untuk mewujudkan emosi di dalam filem ini, pelakon terpaksa berpura-pura faham apa itu perjuangan pejuang kemerdekaan masa lalu. Maksud aku, kamu boleh lihat di riak muka mereka yang mereka tidak faham apa yang mereka sedang lakonkan.

Kemudan, apa kes Suhaimi Baba dengan Kavitha Sidhu, Maya Karin, Man Bai dan lain-lain pelakon generic beliau? Ada kontrak berlakon bersama selama-lamanya ke? Aku respek lakonan Che Kem (watak Tunku Abdul Rahman) tetapi rasanya beliau terlalu berlebihan cuba menjadi watak Tunku hingga kadang-kadang kamu tidak faham apa yang dimaksudkan dengan kata-katanya. Malah, ada masanya, seperti tiada emosi yang timbul dek kerana terlalu obses meniru suara dan lagak Tunku.

Bila ada selingan iklan, ada promosi filem Sarjan Hassan yang akan ditayangkan malam ini. Bila kamu lihat Hati Malaya kemudian disogok dengan Sarjan Hassan (walau hanya promosi), kamu tidak dapat tidak membandingkan mutu lakonan dalam kedua-dua filem ini. Kamu lihat emosi watak dalam Sarjan Hassan begitu hidup dan tidak 'layu' berbanding dalam filem Hati Malaya yang para pelakonnya seperti cuba berlumba-lumba memartabatkan 'layu' dalam perkataan 'Melayu'. Letih, tau tak.

Pandai saja kritik, ya. Suruh buat belum tentu menjadi. Aku bukan orang filem walau semasa di sekolah dulu pernah mementaskan drama. Cerita lain.

Lain kali jangan siarkan filem 1957 Hati Malaya sebelum 31 Ogos. Bosan dan memualkan.

30.8.09

Malaysia Membangun Ke Belakang?

Kenapa ya, Malaysia sebagai sebuah negara yang mengaku gah dengan MSC dan dasar internet yang terbuka tetapi akses kepada internet terlalu terhad terutama dari segi kelajuan internet? Thailand di sebelah utara mempunyai kelajuan internet sekali ganda lebih tinggi dan Singapura di selatan, tidak perlu diceritakan. Buat malu kita saja.

Ada agenda tertentu pihak kerajaan untuk mengawal internet melalui kelajuan? Entah. Tapi kalau kita buang faktor itu, kita boleh lihat sebenarnya berpunca daripada dasar monopoli TM serta kurangnya akses orang ramai untuk mendapatkan perkhidmatan daripada syarikat lain. Pelik juga penyedia perkhidmatan internet di Malaysia lebih suka tertumpu di Lembah Klang dan bandar-bandar besar sahaja. Manakala kawasan luar daripada itu terpaksa berpuas hati dengan perkhidmatan internet Streamyx dengan kelajuan 150kbps, cuma tiga kali ganda daripada modem dail-up biasa.

Kalau dasar ini berterusan, maka dalam masa lima tahun dari sekarang, kedudukan kita sebagai negara ke-88 dari segi kelajuan internet (rujuk www.speedtest.net) akan semakin merudum dan tidak mustahil akan jadi lebih teruk berbanding dengan negara mundur lain. Kalau itu aspirasi kerajaan sekarang, maka ada baiknya mereka akui bahawa MSC dan segala keterbukaan dalam teknologi maklumat yang diwar-warkan adalah retorik semata-mata.

Itu aku belum cakap betapa hinanya perkhidmatan broadband 3G di Malaysia. Aku rasa ianya tidak ubah seperti anak terbuang yang terpaksa ditanggung oleh penyedia perkhidmatan telco di Malaysia. Kalau hendak buat sesuatu, buatlah betul-betul. Kalau asyik hendak korek duit pengguna tetapi mutu perkhidmatan masih di tahap memperbodohkan orang ramai, baik beri saja peluang syarikat asing bertapak di Malaysia.

Mungkin, kita perlu perubahan dari segi mentaliti pemimpin, atau mungkin juga kita perlu perubahan pemimpin (secara total) untuk melihat sesuatu perubahan yang besar. Apa yang aku nampak sekarang, pemimpin yang ada tidak lebih daripada mengisi sofa yang sudah sedia empuk dan tidak memperdulikan hal lain kecuali diri mereka sendiri.

Bangun, sebelum orang marah dan betul-betul marah! Waktu itu kamu guna apa saja pun takkan berguna.

29.8.09

Sekejap

Buka puasa di kampung senja tadi. Banyak aku makan, kecuali nasi.

Hanguslah diet tak rasmi aku. Naik balik berat badan.

Tidak mengapa. Sekali sekala. Esok sekali lagi.

Esok kalau cuaca secantik siang tadi, aku mahu berfotografi sekeliling Kuala Kangsar, insyaAllah. Senaman tu...

p/s: Ira, nak ambil gambar apa?

Hari Ini Aku Kembali Seperti 11 Tahun Lalu; Bahagia

Bila bersama dia, walau apa jua rasa amarah aku terhadapnya sebelum ini, semuanya pudar berganti senyum ceria paling bahagia. Kamu tidak boleh biarkan rasa hati kamu yang panas membara membakar suasana damai bersamanya. Ianya tidak berbaloi berbanding setiap senyuman yang diberikannya.

Mungkin, sedikit mungkin, atau biar cuma seperti debu, harapan itu masih ada. Kerana mungkin juga aku lupa bagaimana rasanya perasaan ini dulu. Lupa bagaimana layanannya.

Namun aku rasa ada sedikit berbeza dari yang biasa aku alami. Ada, itu aku sedar. Dia sendiri seperti mahu dekat. Seperti mahu memberitahu sesuatu. Atau, itu semua masih permainan ilusi di bawah sedar.

Tapi apa jua keadaan, sepanjang masa tadi bersamanya adalah seperti yang aku mahukan ianya berlaku selama ini. Kalau selepas ini ianya berlangsung lebih dari ini, aku bakal jadi manusia paling bahagia.

Terima kasih, kamu...

28.8.09

Masjid Sultan Mizan, Putrajaya

Masjid Besi atau nama rasminya, Masjid Sultan Mizan sudah pun siap kira-kira seminggu lalu. Aku yang bekerja seratus meter dari masjid ini masih belum berkunjung. Biasalah, kalau sudah dekat, lagi liat hendak ke situ.

Semalam cuaca siang begitu cerah dengan awan memutih. Kebetulan aku bawa kamera. Lalu aku rakam beberapa shot dalam mod warna dan hitam putih.

Dari jauh seperti sudah siap sepenuhnya. Berlatarkan awan memutih dan langit yang membiru, ianya agak tenggelam kerana reka bentuk masjid ini dari luar tidak "grand" seperti Masjid Putra. Tiada menara, tiada kubah kecil yang banyak. Cuma sebuah kubah besar besi berkilat di atas bumbung.

Dari dekat, masih kelihatan kerja-kerja pembinaan masih belum siap sepenuhnya. Kongsi di tapak binaan masih wujud dan jalan di hadapan masih belum diturap semula. Jalur hitam di tepi bangunan masjid adalah kolam air yang terbina lebih 5 meter dari tanah. Menarik.

Shot yang sama dalam mod hitam putih. Perhatikan awan lebih jelas kelihatan.

Shot mod hitam putih masjid dan suasana sekitar.


Dinding masjid bercorak simetri diperbuat daripada besi.

Hari ini mungkin hari pertama aku berkunjung ke masjid ini untuk bersembahyang Jumaat, InsyaAllah. Masjid ini jauh lebih besar daripada Masjid Putra. Harapnya jauh lebih selesa juga.

27.8.09

Main Kira-Kira

Enam hari puasa. Berat badan turun 3kg. Purata 0.5kg setiap hari. Kalau berterusan, maka di penghujung puasa nanti berat badan aku akan susut 15kg? Banyak tu. Bila ditolak dari berat aku sebelum berpuasa, 86kg, akan tinggal 71kg; berat ideal. Wahh...

Itu belum kira makan ketika raya nanti. Aku bercuti lama, 11 hari. Jadi aku anggarkan berat badan aku akan bertambah 0.5kg setiap hari semasa raya selama 11 hari itu nanti. Jadi, berat aku akan meningkat 5.5kg, menjadikan berat anggaran selepas raya nanti adalah 76.5kg. Kurang 9.5kg daripada berat asal, 86kg.

Macam matematik pula. Bear with me. Belum habis lagi.

Katakanlah tiba-tiba dalam waktu berpuasa, aku makan macam orang gila, maka berat badan aku yang sepatutnya turun 0.5kg sehari, naik 0.5kg akibat dari makan berlebihan tersebut. Aku anggarkan tujuh hari perkara ini berlaku. Maka selama tujuh hari itu aku akan menambah berat badan aku sebanyak 3.5kg. Maka dari berat badan aku yang sepatutnya 76.5kg, akhirnya menjadi 80kg. Kurang 6kg dari berat asal, 86kg.

6kg penurunan berat badan dalam sebulan bersamaan 200 gram sehari. 200 gram! Takkan tak boleh kot? Jadi, secara realitinya, dalam masa enam hari aku berpuasa ini, aku baru turun sebanyak 1.2kg daripada berat asal, 86kg. Maka, betul bacaan meter mesin penimbang di rumah ini bila aku timbang tadi. Berat badan aku sekarang berada di tahap 84.8kg.

Obses gila aku macamni...

26.8.09

Sandal Sang Buaya (Umpan Untuk Menggoda?)

Sejak lebih setahun dulu, aku teringinkan sandal Crocs. Tetapi memandangkan harganya yang melampau mahal (bagi sepasang sandal foam plastik), aku pendamkan niat begitu saja. Sehingga aku jumpa Crocs Outlet di The Mines. Sebenarnya kedai tersebut sudah lama. Tapi aku tidak terasa hendak masuk kerana memikirkan harganya yang mahal.

Kemudian dalam bulan lepas aku sengaja juga masuk kerana terpandangkan promosi potongan harga. Rupanya Crocs Outlet berbeza dengan Crocs Store. Crocs Store menjual pada harga pasaran manakala Crocs Outlet menjual pada harga pemborong. Tapi seperti yang kita tahu, bila harga pemborong, maka modelnya juga pasti model lama. Betul. Kebanyakkan model Crocs yang dijual adalah model lama. Harganya berbeza separuh dari harga asal. Jadi kalau sandal Crocs Beach di kedai biasa berharga RM129, di Outlet cuma RM64.50. Separuh harga.

Atas sebab itu jugalah, aku beli Crocs Beach berwarga hijau "Sage" di bawah.



Warna kurang menarik, tetapi masih lebih menarik dari warna lain seperti pink, merah, biru cair dan oren. Tiada hitam, ruginya. Kira ini kasut raya aku.

Lagipun sandal aku sekarang sudah bertindak seperti sepatu luncur ais apabila berjalan di atas marmar licin. Aku tidak mahu suatu hari nanti aku jadi bahan ketawa orang dengan aksi akrobatik di atas lantai licin.

Yay, aku sudah ada Crocs!

p/s: aku dengar orang cakap di belakang, "membazirnya..."

Orang Ramai Ke Sini Cari Tiket Bas?

Semenjak Ramadan bermula, blog ini dilimpahi pengunjung. Bukan kerana mereka mahu membaca tulisan aku. Mereka sebenarnya mencari tiket bas. Lebih spesifik, mahu mencari cara membeli tiket bas secara online.

Lama dulu aku pernah menulis mengenai bagaimana MaraLiner menyediakan perkhidmatan membeli tiket bas secara online. Hingga sekarang, apabila orang membuat carian di Google atau Yahoo!, pasti blog aku akan disenaraikan di muka pertama keputusan carian.

Tidak mengapa. Sekurang-kurangnya orang tahu MaraLiner menyediakan jualan tiket secara online. Maklum juga orang sedang berebut membeli tiket bas untuk balik berhari raya nanti. Jadi aku senaraikan laman web syarikat bas yang menyediakan perkhidmatan jualan tiket secara online (yang ada jual saja);

  1. MaraLiner
  2. ...
Itu saja setakat yang aku tahu. Sudah beberapa tahun, masih hanya MaraLiner yang menyediakan perkhidmatan ini. Aku belum jumpa yang lain. Kalau ada, beritahu okay. Aku boleh tambah di sini.

365

Catatan ke 365 untuk tahun ini.

Buka Mata, Buka Otak, Buka Hati

Aku masih tidak mengerti kenapa ramai masih tidak faham beza parti politik dan kerajaan yang memerintah. Sama juga dengan aku tidak faham apabila sesebuah parti politik semasa berkempen di pilihanraya menjanjikan pembangunan demi pembangunan seperti mereka menentukan pembangunan tersebut perlu atau tidak dilakukan. Kamu boleh berkata begini,

"Saya berjanji saya akan cuba mendesak kerajaan untuk membina sebuah sekolah baru di kawasan ini."

Sebaliknya kamu tidak boleh berkata begini,

"Saya berjanji kalau saya menang nanti, Parti X akan bina sebuah sekolah di kawasan ini."

Janji pertama itu adalah sebuah usaha memberi cadangan atau mendesak atas kuasa beliau sebagai wakil rakyat di kawasan tersebut. Janji kedua pula adalah janji sebuah parti politik untuk membina sebuah sekolah. Kamu fikir, dari mana duit itu perlu datang kalau parti politik tersebut menang?

Sepatutnya dari poket mereka sendiri, bukan dari poket kerajaan. Kenapa? Kerana mereka berjanji atas tiket parti politik mereka. Itu saja. Parti politik BUKAN kerajaan. Mereka tidak boleh janjikan sesuatu perkara yang kerajaan memang perlu buat. Kerajaan ada tanggungjawab mereka sendiri dan tidak kira ianya diwakili oleh parti mana, maka tanggungjawab itu perlu dilaksanakan. Kerana sumber yang mereka guna itu adalah milik rakyat. Bukan milik parti politik yang memerintah. Ingat perkara ini.

Maka aku kurang senang apabila pemimpin negara mengeluarkan kenyataan beliau menganggap rakyat di sesuatu kawasan menolak untuk pembangunan apabila menyokong parti lawan. Itu sama seperti memberitahu rakyat di kawasan tersebut bahawa kerajaan tidak akan pedulikan kamu lagi selepas ini dan ini adalah hukuman kerana memilih pihak lain. Itu adalah SALAH, SALAH dan AMAT SALAH. Pemimpin negara tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan tersebut.

Malah bagi aku, apabila beliau berkempen mewakili parti politik beliau, jawatan beliau dalam pemerintahan kerajaan haram sekali digunakan atau dijadikan alat politik. Ini kerana jawatan beliau itu adalah lebih tinggi kedudukannya dan beliau sepatutnya melangkaui sempadan politik dan menjadi pemimpin kepada semua rakyat. Sekarang ini aku lihat ianya tidak lebih daripada "Kamu vs The Government".

Tidak, aku tidak anti mana-mana parti politik. Cuma aku tidak suka mana-mana parti politik menggunakan KERAJAAN sebagai aset dan tools mereka. Kalau pertandingan bola sepak, ianya tidak ubah seperti Selangor Red Giant menentang World's 11. Gila.

Sekali lagi aku berkata, parti politik yang menggunakan cara sebegini, penasihat/strategis/pencatur mereka patut dipecat dan disumbat dalam lubang jamban kerana kebodohan dan bebalnya mereka ini. Kalau 20 tahun dulu, mungkin kamu boleh mengaburi mata orang ramai. Sekarang, kamu tidak ubah seperti kucing kurap yang cuba mengajar orang mengaji.

Jangan Percaya Media Arus Perdana

Aku buka untuk membaca dan menonton media arus perdana cuma sekali sekala dan tidak menyeluruh. Kerana apa?

Kerana semua media arus perdana dikuasai oleh parti politik. Ini tidak sepatutnya berlaku. Sepatutnya media di Malaysia bebas daripada kekangan/pengaruh politik. Kalau kamu lihat sekarang, media tidak lebih seperti lembu yang diseret ke sana ke mari. Dalam masa lima tahun, media arus perdana akan hancur akibatkan pengaruh media internet yang lebih terbuka dan bebas.

Serius, tiada siapa yang suka disumbat ke dalam benak mereka dengan ideologi dan basuhan minda yang berlaku sekarang. Stop It! Ianya sudah 20 tahun lewat.

365

Catatan untuk hari ke 365 berbaur politik. Biarkan. Selagi mereka tidak bijak, kita yang akan jadi lebih bodoh. Melainkan orang yang mahu berfikir dengan terbuka dan waras.'

Terima kasih kepada kamu semua kerana mengunjungi blog ini. Aku amat menghargainya.

25.8.09

Hampir

Post ke 364. Ada satu lagi post untuk lengkap post selama setahun. Aku beritahu seorang rakan mengenainya. Aku kata kalau sudah cukup 365 post, aku tidak perlu menulis lagi untuk tahun ini. Sama seperti majalah-majalah yang keluar pada bulan Ogos ini untuk edisi bulan September. Keluar lebih awal dari tarikh sepatutnya. Maka, begitu juga yang aku fikirkan.

Dia ketawa, aku turut ketawa.

Pernah dulu aku lihat sebuah majalah Amerika Syarikat yang dikeluarkan beberapa bulan sebelum tarikh sepatutnya dikeluarkan. Pada mulanya aku rasa pelik dengan situasi begini. Lama kemudian baru aku faham kenapa.

Tapi sudah tentu blog adalah perkara lain, bukan? Ada orang yang menulis lebih 10 post sehari. Ada yang menulis satu post dalam masa tiga bulan. Bergantung kepada diri sendiri. Cuma yang paling penting, apa yang mahu kita sampaikan.

Kalau dulu blog ini bersifat peribadi. Amat peribadi hingga segalanya aku ceritakan di sini Namun akibat terlalu ramai orang yang dikenali di pejabat yang membaca blog ini, aku terpaksa hadkan penulisan aku mengenai perkara-perkara umum sahaja. Amat merimaskan kerana tidak dapat lagi menulis mengenai hal peribadi dengan selesa.

Ada sesetengah pemilik blog, apabila menghadapi situasi begini, bertindak menutup blog atau sekurang-kurangnya menghadkan akses ke blog mereka. Atau bila sudah terlampau membara, melempiaskan kepada orang yang memberi komen di dalam blog mereka.

Tidak mengapalah. Itu cara mereka. Aku masih akan terus menulis walaupun ianya tidak lagi semeriah dahulu.

24.8.09

Tempat Berkunjung Yang Kurang Risiko H1N1 Di Kuala Lumpur

Aku tahu H1N1 sekarang menyebabkan kamu risau untuk ke sana sini dalam keadaan selesa, terutama di kompleks membeli belah yang begitu ramai pengunjung. Namun aku ada satu tempat (cukuplah satu dulu) yang kamu boleh pergi di KL tanpa kamu risau orang ramai ada di situ.

Galeri Seni Lukis Negara, Jalan Tun Razak

Awal pagi, Galeri Senilukis Negara memang sunyi. Dulu kalau pergi, kadang-kadang hanya aku seorang di dalam galeri. Kalau di galeri baru hadapan Jalan Tun Razak, kira okay sebab suasana tidak terlalu sunyi. Semasa di lokasi lama, berhadapan stesen keretapi Kuala Lumpur, ianya agak suram dan mampu meremangkan bulu roma. Kerana asal bangunan tersebut adalah sebuah hotel, Hotel Majestic, maka ruang bangunannya memanjang dari kiri ke kanan.

Setiap penghujung bangunan diletakkan arca dan ada antara arca ini adalah acra kuno suku kaum orang asli di Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Apabila kamu melalui laluan sempit untuk masuk ke bilik-bilik yang sudah diubahsuai menjadi ruang galeri pameran gambar, kamu tidak dapat tidak akan terasa seperti arca-arca ini mendekati kamu.

Itu dulu, semasa di bangunan lama yang sekarang aku lihat sedang dalam proses pemuliharaan. Bangunan baru lebih luas dan selesa dengan ruang jalan menuju setiap tingkat pameran dibuat seperti muzium dan galeri seni antarabangsa lain. Laluan tiada bertangga dan naik mengelilingi ruang tengah bangunan. Sungguh selesa.

Lukisan dan karya seni yang dipamerkan adalah segar dan menguja akal fikiran kamu. Hampir semua karya di dalam galeri tersebut dihasilkan oleh karyawan Malaysia sendiri.

Kamu patut pergi sekali sekala. Atau untuk sekali.

23.8.09

Visa (Untuk Perjalanan)

Hari ini aku dapat tahu beberapa perkara;

  1. Kalau kamu mahu ke India sama ada untuk bercuti atau apa saja tujuan, kamu perlukan visa, walaupun untuk sehari.
  2. kalau kamu sudah check-in untuk penerbangan tetapi orang kaunter tidak perasan kamu ada visa atau tidak dan dia lepaskan juga, setibanya kamu di destinasi, kamu akan di tahan dan akan diarahkan berpatah balik. Kemudian pihak imigresen akan sama syarikat penerbangan kerana melepaskan kamu. Naya betul.
  3. Untuk membuat visa ke India, kamu tidak perlu ke Pesuruhjaya Tinggi India di Jalan Duta. Sebaliknya urusan visa mereka telah dikendalikan oleh pihak ketiga. Ianya mengambil masa dua hingga tiga hari dan kos lebih kurang RM160.
  4. Aku baru tahu bahawa negara-negara seperti Pakistan, Sri Lanka, Bangladesh dan India, kamu perlukan visa untuk kesana dan untuk datang dari sana ke sini (pengunjung dari negara tersebut ke Malaysia). Sedangkan apa yang aku faham selama ini, kesemua negara itu termasuk Malaysia adalah negara Commonwealth. Pelik juga.
  5. Ini contoh visa India.
  6. Kamu tahu apa maksud VISA? Visa adalah singkatan daripada bahasa latin, charta visa yang bermaksud "Paper That Has Been Seen" atau "Kertas yang sudah dilihat", yang secara senangnya menerangkan bahawa seseorang individu sudah diberi kebenaran untuk masuk ke sesebuah negara.
menarik juga. Kalau tidak disebabkan hal hari ini, aku tidak tahu apa itu visa dan keperluannya serta rupa bentuk visa tersebut. Sekarang aku sudah tahu.

21.8.09

20.8.09

Heartbeats



Heartbeats - Jose Gonzalez

One night to be confused
One night to speed up truth
We had a promise made
Four hands and then away

Both under influense
We had devine scent
To know what to say
Mind is a razorblade

To call for hands of above
To lean on
Wouldn't be good enough
For me, no

One night of magic rush
The start a simple touch
One night to push and scream
And then releaf

Ten days of perfect tunes
The colors red and blue
We had a promise made
We were in love

To call for hands of above
To lean on
Wouldn't be good enough
For me, no

To call for hands of above
To lean on
Wouldn't be good enough

And you, you knew the hands of the devil
And you, kept us awake with wolf teeths
Sharing different heartbeats
In one night

To call for hands of above
To lean on
Wouldn't be good enough
For me, no

To call for hands of above
To lean on
Wouldn't be good enough
For me, no

p/s : Oh ya... Ini lagu dari iklan televisyen, Sony Bravia. Lagu menarik.

19.8.09

Mempositifkan Islam

Aku fikir, untuk orang melayu, adalah suatu yang normal untuk bermain dengan sentimen keagamaan bagi menghalalkan atau mengukuhkan hujah. Kita sebenarnya adalah ekstremis agama dan kita guna agama sebagai medium peperangan minda dengan sesiapa saja, walaupun mereka itu bukan musuh kita.

Kalau di sebuah kolam yang luas, kita kaut dengan dua tapak tangan sedikit air dari kolam tersebut dan kita jadikan penawar untuk segalanya. Kamu sedar berapa banyak air yang mengalir keluar dari kedua-dua tapak tangan kamu itu sebelum tiba ke destinasinya? Begitulah umpamanya kita orang melayu. Mana cerpisan agama yang kita mahu, kita pegang, simpan dan jadikan alat untuk menyokong setiap hujah kita. Mana yang kita tidak mahu, kita tinggalkan. Kita abaikannya.

Aku bukanlah menolak nasihat atau pandangan dari orang lain. Tetapi kadang-kadang aku rasa ianya begitu cliche hinggakan apa yang diperkatakan oleh mereka tidak lebih daripada mulut-mulut yang meluahkan suara untuk memaksa orang dengar dan terima. Tiada pilihan. Agama menjadi begitu ekstrem di Malaysia ini. Islam menjadi ekstrem akibat orang sebegini.

Ada satu persoalan; kenapa begitu banyak tidak boleh, tidak dan jangan dalam Islam? Kamu faham maksud aku? Apabila berdakwah atau dalam sesuatu keadaan, kalau merujuk kepada Islam, ianya sering menjadi negatif. Hujah-hujah negatif. Islam di sini mengandungi terlalu banyak tidak boleh, tidak dan jangan hingga ianya begitu sinomin dengan apa maksud Islam secara keseluruhan.

Adakah mentaliti kita ditekan hingga apa saja keadaan negatif akan terus juga dipandang negatif dalam Islam? Tidak ada istilah, lihat dari sudut yang positif. Sukar hendak kita temui bila orang berdakwah atau memberi pandangan dari sudut Islam, kita temui perkara yang positif. Melainkan apabila menceritakan perihal dosa pahala, syurga dan neraka.

Tidak mengapalah, aku bukan arif dalam agama. Cuma aku cuba melihat dari sudut pandangan yang berbeza. Aku fikir Islam ini amat-amat menarik dan bagus. Cuma bila aku fikir mengenai Islam, perkara awal yang masuk ke benak otak adalah; jangan, tidak boleh dan haram.

Aku rasa sudah tiba masa para pendakwah menukar method dakwah mereka. Terlalu banyak negatif. Mana positifnya?

14.8.09

Aku Di Kutub Utara

Ya, biasanya kutub utara merujuk kepada elemen positif. Maka benar, aku sekarang berada di kutub utara! Aku buang perkara dan pemikiran negatif kerana ianya tidak menguntungkan aku, jauh sekali membantu aku menyelesaikan masalah.

Kamu tahu, masalah kebanyakkan daripada kita adalah terlalu banyak elemen negatif dalam diri mereka, terutama dari segi perbuatan dan pemikiran. Kalau perbuatan itu kita boleh nampak; membazir masa dengan melakukan perkara yang tidak berfaedah atau menguntungkan, atau sekadar melihat orang lain berjaya, kita langsung malas hendak bergerak atau sekurang-kurangnya mengejar peluang tersebut. Itu kita nampak, secara fizikal. Itu orang lain pun boleh nampak dan beritahu kita.

Apa yang kita tidak nampak atau jarang nampak atau langsung kita tidak sedar ianya wujud adalah pemikiran negatif dalam diri kita. Cuba kita duduk sejenak, 60 saat cukup kemudian kita kira berapa tidak boleh, tidak mahu, susahlah, payahlah, tidak mungkin, jangan, bodohlah, merepeklah dan lain-lain elemen negatif yang berlegar dalam benak kita. Banyak tak?

Takde langsung? Bagusnya. Tapi kenapa kamu masih di situ? Kalau kamu fikir apa yang kamu capai sekarang sudah mencukupi, sebenarnya fikiran sebegitu adalah fikiran negatif. Semuanya tidak pernah cukup. Kita sentiasa mahu lebih dan lebih lagi. Itu fikiran positif yang kita tidak nampak dan tidak mahu kita asah untuk menjadi kenyataan.

Kita tidak mahu berusaha untuk berfikir secara positif kerana kita takut ianya gagal untuk dicapai. Kita tidak mahu berfikir secara positif kerana kita tidak mahu melangkau ekspektasi diri kita yang kita set rendah supaya kita mudah capai. Tipikal minda kelas tiga. Oh kutuk. Ya aku kutuk. Aku tidak perlu mohon maaf kerananya.

Sampai sekarang minda aku sendiri masih di kelas ketiga. Itu realitinya. Cuma apa yang aku lakukan adalah fokuskan diri supaya sentiasa berfikiran positif dan mencari ruang untuk memperbaiki kesilapan dan kelemahan diri. Kalau aku sendiri tidak lakukan, siapa lagi yang akan buat untuk aku. Aku bukan Stephan Hawking, si genius. Dia yang berkerusi roda sentiasa ada orang yang memberi tumpuan terhadapnya. Aku cuma aku. Aku cuma ada aku untuk menjaga dan mengambil berat tentang diri aku. Tuhan tidak akan ubah nasib aku kalau aku sendiri tidak mahu mengubahnya.

Idan ni nak mengumpan orang join bisnes dia la ni ye.

Tidak juga. Apa yang aku tulis di sini adalah pandangan peribadi. Aku menulis berdasarkan pemerhatian. Apa yang aku lihat, orang yang berjaya adalah orang yang sering berfikiran positif. Tiada siapa yang berjaya dengan fikiran negatif. Takde. Ada ke? Kamu cuba beri aku seorang nama manusia yang berjaya dengan fikiran negatif.

Kalau mahu lalui hidup yang lebih bermakna, mulakan dengan fikiran yang positif. Kalau mahu melihat dunia dengan lebih luas dan terbuka, fikir secara positif. Kalau mahu mencapai impian yang selama ini dikejar, fikir secara positif. Kalau selama ini murung, sedih, kecewa dan tertekan, mulakan setiap hari dengan berfikiran secara positif.

Mudah, celik mata, ucap syukur kepada Tuhan. Langkah pertama setiap hari. Positif. Tetapkan matlamat diri; hari ini aku mahu jadi orang yang berjaya atau hari ini aku mahu jadi orang yang bahagia atau hari ini aku akan berjaya mengorat awek yang aku idamkan! Positif.

Kamu akan rasa ketika itu kamu berada di Kutub Utara; sejuk (cool)... Cool as in HEBAT!

Aku Malu Gila!

Ada beberapa perkara yang memalukan buat aku apabila aku menyertai e-networking ini:

  • Aku malu kerana walaupun aku belajar/berkursus/berbengkel mengenai ilmu seperti lateral thinking, anjakan paradigma dan pemikiran kreatif, MindMapping dan banyak lagi (pejabat memang selalu anjurkan kursus sebegini), apabila selesai kursus, aku jarang mengaplikasi ilmu tersebut. Ianya terkubur begitu saja. Tetapi mereka yang berjaya dalam e-networking ini belajar mengenai semua itu secara bersendirian; beli buku, berkongsi maklumat dan lain-lain dan kemudiannya mereka menggunakan ilmu tersebut 100%! Really, kenapa orang tamat darjah enam mahu ambil tahu mengenai anjakan paradigma? Kerana dia mahu mengubah dirinya menjadi lebih baik dan dia perlukan ilmu sebegitu sebagai tools untuk dia berjaya.
  • Aku malu kerana ada antara mereka yang sudah berjaya cuma tamat sekolah setakat darjah enam dan pendapat sebulan mereka adalah lebih dari setahun pendapatan aku. Kalau sekarang suruh orang tamat darjah enam cari kerja, rasanya setakat tukang angkat sampah dan tukang sapu tepi jalan saja layak mereka. Tapi ini, mereka mampu hidup lebih selesa daripada aku dan lebih lagi. Aku belajar sampai di universiti tau tak!
  • Aku malu kerana walaupun aku sudah menggunakan internet selama lebih 12 tahun, pulangan pendapatan aku cuma RM100 saja. Tidak sampai RM10 setahun! Tetapi ada mereka yang berjaya dalam e-networking cuma mengambil masa sebulan berdamping dengan internet dan memperolehi pendapatan 100x ganda daripada aku! Isk.. kejam.
  • Aku malu kerana aku yang pandai tetapi tidak berduit, maka nampak seperti orang bodoh. Mereka yang tidak pandai tetapi amat berduit dengan kereta BMW 3-siri sebagai kenderaan mereka, pastinya nampak amat-amat pandai. Aku bawa kancil cabuk je hah....
  • Aku malu kerana aku masih tidak ajak kamu kawan-kawan baik aku untuk bersama-sama aku mengecapi kejayaan. Puncanya kerana aku pasti kamu akan mencebik, tidak berminat. "Apalah bebal Idan ni nak ajak orang join MLM dia plak...". Aku malu hendak ajak kamu kerana aku tidak sanggup dengar kata-kata begitu daripada kamu.
Kalau nak ikutkan, malu aku banyak lagi. Tapi kalau hendak diikutkan juga, buat malu je ceritakan semua ini. Tapi aku tidak malu untuk bercerita begini. Aku tahu kamu akan tersentuh, walau sekecil zarah...

Tapi kalau kamu juga tidak malu untuk berjaya, hubungi aku. Letih la aku nak bagi no phone aku. Cari sendiri la dalam blog ini kalau kamu betul-betul nak!

12.8.09

Fotografi Diri (Shot Sekarang Tidak Menarik!)

Empat Tiga Mikro

Penat jari klik button beratus kali. Tapi bisnes punya pasal, sanggup. Cerita lain. Agak kurang aku menulis sekarang kerana tidak ada apa yang hendak diceritakan. Kalau kamu ulang cerita yang sama setiap masa, sesiapa pun akan jadi bosan.

Kamera pun aku tinggalkan saja di rumah. Kalau biasa aku usungnya ke sana ke mari. Aku fikir dalam suasana sekeliling yang selalu berjerebu, gambar yang dirakam tidak akan jadi secantik mana. Tapi kadang-kadang bila mendongak ke langit dan melihat cahaya cerah, langit biru dan awan memutih, boleh buat aku tepuk dahi. Rugi tidak bawa kamera.

Lalu aku teringatkan sebuah kamera digital jenis baru yang diperkenalkan oleh seorang jurufoto semasa di Agrotek tempohari.

Olympus EP-1 PEN adalah sebuah kamera digital yang menggunakan teknologi sistem Micro Four Third. Sensor kamera lebih kecil menyebabkan keseluruhan kamera boleh dibina dalam saiz yang lebih kecil tetapi kualiti gambar yang lebih bagus daripada kamera digital biasa. Harga pasaran kalau tidak salah aku sekarang lebih kurang RM2999. Mahal tapi amat-amat berbaloi dengan saiz dan fungsinya.

Menarik minat aku untuk berusaha mendapatkannya. Tidak perlu lagi aku bawa kamera DSLR yang besar sana sini. Tapi aku masih perlukan DSLR kerana kualiti gambarnya jauh lebih bagus dan fungsinya lebih menarik.

Online Business Community (OBC)

Kamu perlu tanya aku apa dia dan aku akan jawab. Lebih baik jumpa aku dan aku terangkan apa dia. Sekurang-kurangnya di penghujung tahun nanti, beban hidup kamu bolehlah terasa ringan sedikit, insyaAllah. Tapi semua itu bergantung kepada kamu.

Kamu mahu mengubah hidup kamu?

Itu persoalannya. Kalau kamu jawab YA, SMS/Contact nombor ini

012-2244656

Kalau kamu kata,

"Eleh... takpelah. Takat MLM, malaslah aku nak join. Buat perabis duit saja"

So, duduk diam-diam dan tak perlu cakap apa-apa. Mudah.

Mengubah Hidup Ini

Kamu tahu, aku sudah menggunakan internet sejak 1996. Aku sudah mula aktif menghasilkan website peribadi sejak tahun 1999. aku sudah mula menulis blog sejak 2001 (beberapa hari sebelum WTC New York diserang pengganas). Aku sudah mula meletakkan iklan di blog sejak beberapa tahun lepas.

Kamu tahu berapa pendapatan aku sepanjang waktu aku di internet?

Tidak sampai RM100. Iklan Nuffnang di sisi kanan blog ini setakat ini menyumbang kira-kira RM65. Selebihnya adalah hasil iklan AdSense dan Advertlets yang aku tidak boleh cash-out sebab belum sampai had lagi.

Kemudian aku baca mengenai orang berjaya menjadi jutawan melalui internet. Malah lebih perit hendak aku terima bila aku tahu hampir semua mereka ini sebenarnya buta IT dan cuma baru-baru ini saja menggunakan internet secara aktif.

Lama aku fikir. Sampai bila lagi aku perlu meneruskan ego aku untuk tidak terlibat dengan usaha yang mereka lakukan? Mereka semakin mewah, aku semakin dibebani hutang. Mereka tidak bekerja (cuma menghadap internet sekali sekala dan berehat di rumah) sementara aku celik mata di subuh hari, siapkan diri pergi kerja dan hanya pulang selepas matahari tenggelam. Gaji masih belum cukup. Tidak pernah cukup. Loan sudah berapa kali aku overlap, aku lupa.

Jadi aku tekadkan hati dan aku telefon mereka. Aku mahu mereka kongsi kejayaan mereka dengan aku. Sekarang bila berada di dalam, baru aku faham. Lalu aku tepuk dahi; kalaulah aku mula dari awal dulu. Mungkin aku sudah jadi jutawan seperti mereka.

Bebal kerana ego. Tidak mengapa. Aku sudah campakkan ego aku yang itu di dalam tong sampah. Ianya langsung tidak berguna. Aku mahu mulakan hidup baru.

Hidup yang lebih bermakna. :D

10.8.09

Dari Putrajaya Ke Broga Dan Pulang Ke Rumah

Entah apa kerja gila aku hari ini, setelah keluar dari pejabat petang tadi, aku memandu kereta tanpa arah yang jelas. Mula-mula aku ke Kampung Limau Manis, tidak jauh dari Putrajaya. Dari situ aku memandu ke kawasan kampung berhampiran; Sungai Merab Hulu dan Hilir.

Dari situ, aku ke Jenderam dan terus ke Bangi. Bangi Lama. Dari Bangi Lama aku lalui jalan kecil ke Semenyih. Mulanya fikir aku mahu terus dari Semenyih ke Seremban. Tapi bila tiba di simpang ke Broga, aku terus belok ke situ. Dalam perjalanan ke Broga, aku terserempak dengan kawasan penternakan (agaknya) arnab.

Rabbit Fun Land yang terletak berhampiran Broga tidaklah sebesar mana pun. Tiket masuk cuma RM5 (agak mahal untuk kawasan yang hanya ada arnab, kambing, kuda, monyet dan anjing di dalamnya). Aku capai kamera dan rakam aksi arnab dan haiwan sekeliling kawasan.





Ada banyak aksi arnab tetapi aku lebih tertarik dengan tiga ekor monyet yang dirantai. Kalau ikut saiz, ianya cuma anak monyet. masih kecil. Entah kenapa, hati jadi sayu. Monyet-monyet ini diikat di leher dan dirantai untuk menghadkan pergerakan mereka.









Benar manusia ini sebenarnya sungguh kejam. Malah kalau kamu lihat kandang arnab yang ada di situ, kamu pasti sebak. Bau busuk dan kandang yang amat kecil menjadi tempat tinggal ratusan arnab.

Aku diberi sebungkus makanan untuk diberikan kepada arnab. Aku simpan. Entah. Mungkin sepatutnya aku berikan saja kepada arnab-arnab tersebut. Atau kepada monyet.

Aku teruskan perjalanan. Dari Broga ke Lenggeng, Negeri Sembilan. Dari situ membelok ke Kampung Rawa hingga tiba di Mantin. Kemudian aku teruskan lagi memandu hingga tiba di Nilai. Dari situ aku masuk ke lebuhraya dan pulang ke rumah (selepas singgah di The Mines).

Jauh perjalanan. Puas hati. Cuma masih terasa sebak melihat haiwan diperlakukan sebegitu rupa.

Oh ya, semasa di The Mines, aku singgah di sebuah kedai haiwan peliharaan. Melihat aksi Hamster, ikan dan kura-kura. Aku terfikir hendak membeli sebuah akuarium kecil untuk diletakkan di pejabat.

Sekejap saja lupa mengenai keadaan haiwan-haiwan di Rabbit Fun Land tadi.

8.8.09

Ringkas

Aku masih belum mengunjungi Pesta Flora di Putrajaya. Esok hari penghabisan, bukan?

Aku sudah menonton G.I.Joe. Pertengahan jalan, aku kabur. Apa sebenarnya cerita yang hendak disampaikan?

Aku sudah menonton The Proposal. Menarik walaupun jalan ceritanya agak tipikal untuk genre sebegini.

Aku menanti Up, Inglourious Basterds, 2012, Alice In Wonderland, District 9 dan Year One. Kalau ada, Bruno.

Aku join e-networking dalam internet. Kamu berminat? Join aku di Tagged. Oh ya, mungkin kamu sudah tahu apa dia. Cakap apa saja, aku cuma ingin mencari duit lebih.

3.8.09

Ringkas

Dari jumaat hingga ahad di Port Dickson, ada bengkel kerja dan hari keluarga. Entah, aku malas hendak bercerita mengenainya.

Dari hari ini hingga khamis aku akan berada di Agrotek Garden Resort, Hulu Langat. Kursus Team Building, atau sekarang sudah dipanggil Kursus Semangat Sepasukan. Jadi urus setia.

Minggu lagi satu ada mesyuarat teknikal. Haih... Banyak betul agenda.

Maaf untuk seminggu yang kosong nanti.