25.8.09

Hampir

Post ke 364. Ada satu lagi post untuk lengkap post selama setahun. Aku beritahu seorang rakan mengenainya. Aku kata kalau sudah cukup 365 post, aku tidak perlu menulis lagi untuk tahun ini. Sama seperti majalah-majalah yang keluar pada bulan Ogos ini untuk edisi bulan September. Keluar lebih awal dari tarikh sepatutnya. Maka, begitu juga yang aku fikirkan.

Dia ketawa, aku turut ketawa.

Pernah dulu aku lihat sebuah majalah Amerika Syarikat yang dikeluarkan beberapa bulan sebelum tarikh sepatutnya dikeluarkan. Pada mulanya aku rasa pelik dengan situasi begini. Lama kemudian baru aku faham kenapa.

Tapi sudah tentu blog adalah perkara lain, bukan? Ada orang yang menulis lebih 10 post sehari. Ada yang menulis satu post dalam masa tiga bulan. Bergantung kepada diri sendiri. Cuma yang paling penting, apa yang mahu kita sampaikan.

Kalau dulu blog ini bersifat peribadi. Amat peribadi hingga segalanya aku ceritakan di sini Namun akibat terlalu ramai orang yang dikenali di pejabat yang membaca blog ini, aku terpaksa hadkan penulisan aku mengenai perkara-perkara umum sahaja. Amat merimaskan kerana tidak dapat lagi menulis mengenai hal peribadi dengan selesa.

Ada sesetengah pemilik blog, apabila menghadapi situasi begini, bertindak menutup blog atau sekurang-kurangnya menghadkan akses ke blog mereka. Atau bila sudah terlampau membara, melempiaskan kepada orang yang memberi komen di dalam blog mereka.

Tidak mengapalah. Itu cara mereka. Aku masih akan terus menulis walaupun ianya tidak lagi semeriah dahulu.

No comments:

Post a Comment