28.8.09

Masjid Sultan Mizan, Putrajaya

Masjid Besi atau nama rasminya, Masjid Sultan Mizan sudah pun siap kira-kira seminggu lalu. Aku yang bekerja seratus meter dari masjid ini masih belum berkunjung. Biasalah, kalau sudah dekat, lagi liat hendak ke situ.

Semalam cuaca siang begitu cerah dengan awan memutih. Kebetulan aku bawa kamera. Lalu aku rakam beberapa shot dalam mod warna dan hitam putih.

Dari jauh seperti sudah siap sepenuhnya. Berlatarkan awan memutih dan langit yang membiru, ianya agak tenggelam kerana reka bentuk masjid ini dari luar tidak "grand" seperti Masjid Putra. Tiada menara, tiada kubah kecil yang banyak. Cuma sebuah kubah besar besi berkilat di atas bumbung.

Dari dekat, masih kelihatan kerja-kerja pembinaan masih belum siap sepenuhnya. Kongsi di tapak binaan masih wujud dan jalan di hadapan masih belum diturap semula. Jalur hitam di tepi bangunan masjid adalah kolam air yang terbina lebih 5 meter dari tanah. Menarik.

Shot yang sama dalam mod hitam putih. Perhatikan awan lebih jelas kelihatan.

Shot mod hitam putih masjid dan suasana sekitar.


Dinding masjid bercorak simetri diperbuat daripada besi.

Hari ini mungkin hari pertama aku berkunjung ke masjid ini untuk bersembahyang Jumaat, InsyaAllah. Masjid ini jauh lebih besar daripada Masjid Putra. Harapnya jauh lebih selesa juga.

No comments:

Post a Comment