- Aku malu kerana walaupun aku belajar/berkursus/berbengkel mengenai ilmu seperti lateral thinking, anjakan paradigma dan pemikiran kreatif, MindMapping dan banyak lagi (pejabat memang selalu anjurkan kursus sebegini), apabila selesai kursus, aku jarang mengaplikasi ilmu tersebut. Ianya terkubur begitu saja. Tetapi mereka yang berjaya dalam e-networking ini belajar mengenai semua itu secara bersendirian; beli buku, berkongsi maklumat dan lain-lain dan kemudiannya mereka menggunakan ilmu tersebut 100%! Really, kenapa orang tamat darjah enam mahu ambil tahu mengenai anjakan paradigma? Kerana dia mahu mengubah dirinya menjadi lebih baik dan dia perlukan ilmu sebegitu sebagai tools untuk dia berjaya.
- Aku malu kerana ada antara mereka yang sudah berjaya cuma tamat sekolah setakat darjah enam dan pendapat sebulan mereka adalah lebih dari setahun pendapatan aku. Kalau sekarang suruh orang tamat darjah enam cari kerja, rasanya setakat tukang angkat sampah dan tukang sapu tepi jalan saja layak mereka. Tapi ini, mereka mampu hidup lebih selesa daripada aku dan lebih lagi. Aku belajar sampai di universiti tau tak!
- Aku malu kerana walaupun aku sudah menggunakan internet selama lebih 12 tahun, pulangan pendapatan aku cuma RM100 saja. Tidak sampai RM10 setahun! Tetapi ada mereka yang berjaya dalam e-networking cuma mengambil masa sebulan berdamping dengan internet dan memperolehi pendapatan 100x ganda daripada aku! Isk.. kejam.
- Aku malu kerana aku yang pandai tetapi tidak berduit, maka nampak seperti orang bodoh. Mereka yang tidak pandai tetapi amat berduit dengan kereta BMW 3-siri sebagai kenderaan mereka, pastinya nampak amat-amat pandai. Aku bawa kancil cabuk je hah....
- Aku malu kerana aku masih tidak ajak kamu kawan-kawan baik aku untuk bersama-sama aku mengecapi kejayaan. Puncanya kerana aku pasti kamu akan mencebik, tidak berminat. "Apalah bebal Idan ni nak ajak orang join MLM dia plak...". Aku malu hendak ajak kamu kerana aku tidak sanggup dengar kata-kata begitu daripada kamu.
Kalau nak ikutkan, malu aku banyak lagi. Tapi kalau hendak diikutkan juga, buat malu je ceritakan semua ini. Tapi aku tidak malu untuk bercerita begini. Aku tahu kamu akan tersentuh, walau sekecil zarah...
Tapi kalau kamu juga tidak malu untuk berjaya, hubungi aku. Letih la aku nak bagi no phone aku. Cari sendiri la dalam blog ini kalau kamu betul-betul nak!
No comments:
Post a Comment