Kalau di sebuah kolam yang luas, kita kaut dengan dua tapak tangan sedikit air dari kolam tersebut dan kita jadikan penawar untuk segalanya. Kamu sedar berapa banyak air yang mengalir keluar dari kedua-dua tapak tangan kamu itu sebelum tiba ke destinasinya? Begitulah umpamanya kita orang melayu. Mana cerpisan agama yang kita mahu, kita pegang, simpan dan jadikan alat untuk menyokong setiap hujah kita. Mana yang kita tidak mahu, kita tinggalkan. Kita abaikannya.
Aku bukanlah menolak nasihat atau pandangan dari orang lain. Tetapi kadang-kadang aku rasa ianya begitu cliche hinggakan apa yang diperkatakan oleh mereka tidak lebih daripada mulut-mulut yang meluahkan suara untuk memaksa orang dengar dan terima. Tiada pilihan. Agama menjadi begitu ekstrem di Malaysia ini. Islam menjadi ekstrem akibat orang sebegini.
Ada satu persoalan; kenapa begitu banyak tidak boleh, tidak dan jangan dalam Islam? Kamu faham maksud aku? Apabila berdakwah atau dalam sesuatu keadaan, kalau merujuk kepada Islam, ianya sering menjadi negatif. Hujah-hujah negatif. Islam di sini mengandungi terlalu banyak tidak boleh, tidak dan jangan hingga ianya begitu sinomin dengan apa maksud Islam secara keseluruhan.
Adakah mentaliti kita ditekan hingga apa saja keadaan negatif akan terus juga dipandang negatif dalam Islam? Tidak ada istilah, lihat dari sudut yang positif. Sukar hendak kita temui bila orang berdakwah atau memberi pandangan dari sudut Islam, kita temui perkara yang positif. Melainkan apabila menceritakan perihal dosa pahala, syurga dan neraka.
Tidak mengapalah, aku bukan arif dalam agama. Cuma aku cuba melihat dari sudut pandangan yang berbeza. Aku fikir Islam ini amat-amat menarik dan bagus. Cuma bila aku fikir mengenai Islam, perkara awal yang masuk ke benak otak adalah; jangan, tidak boleh dan haram.
Aku rasa sudah tiba masa para pendakwah menukar method dakwah mereka. Terlalu banyak negatif. Mana positifnya?
No comments:
Post a Comment