Aku sedari sesuatu. Aku berbincang dengan seorang rakan lain mengenai majlis tersebut. Dia bertanyakan kepada aku sama ada aku mengenakan bayaran untuk itu. Aku kata tidak. Dia agak marah/bising mengenainya dan berkata aku sepatutnya kenakan bayaran.
Aku cakap, ini adalah kawan. Aku tidak sanggup untuk minta sebegitu daripada kawan.
Aku bukan seorang yang pandai menilai perkara-perkara sebegini. Dia bertegas bahawa aku masih perlu menuntut bayaran atas perkhidmatan yang diberikan, walaupun kecil. Lalu dia tawarkan diri untuk membantu mengendalikan urus niaga. Namun, jauh di sudut hati, aku tidak mahu dia melakukannya. Aku tidak mahu kenakan apa-apa bayaran atas kerja aku ini
Aku sedari sesuatu. Fotografi adalah minat dan hobi aku. Aku kurang pandai melukis. Aku tidak pandai mewarna kerana aku seorang yang rabun warna. Tetapi bila berfotografi, bagi aku itu adalah seni. Sesuatu yang aku lakukan dengan penuh tumpuan dan "passion". Berapa nilainya kalau hendak dinilai?
Aku tidak tahu.
Aku tidak mahu tahu. Kerana harganya telah dibayar apabila hasil rakaman gambar itu memuaskan hati aku dan juga orang lain yang melihatnya. Ketika itu, tiada harga yang dapat membeli kepuasan hati aku apabila berfotografi.
Aku harap kamu faham. Tiada nilai untuk rakaman fotgrafi aku.
3 comments:
Salam.. nilai kebahagiaan itu tidak semesti ditatah dengan keuntungan dan laba yang berpaksi pada wang ringgit.
Saya juga merakam gambar-gambar majlis doa selamat, hari-jadi, pertunangan dan perkahwinan untuk kebahagiaan dan kepuasan hati.
Iya.. biarlah keikhlasan menghadiahkan kebahagiaan sejati dalam hidup kita kan Ahmad Sharidan ?
niat yg ikhlas akan diberi ganjaran dari Allah
Exactly!
Post a Comment