15.12.09

Cas Negatif

Aku pelik dengan rakyat Malaysia sekarang. Apa saja dipolitikkan dan semuanya dikaitkan dengan politik. Malaysia menang perlawanan bolasepak sukan SEA pun dipolitikkan. Jambatan runtuh, dipolitikkan. Orang mati, dipolitikkan. Kucing beranak, pun dipolitikkan.

Ini tandanya orang kita tiada kerja lain selain berpolitik. Kemudian sibuk kata negara kita ketinggalan dari segi ekonomi berbanding Singapura atau Thailand. Kalau semua perkara dipolitikkan, memang kita akan kena tinggallah. Politik ini macam kamu letak pagar berduri setiap meter laluan kamu dan kamu perlu melangkahnya. Kalau laluan kamu itu 100 meter, bila kamu sampai di penghujung, kamu koyak rabak seluar, calar balar kalau tidak cedera teruk kaki, tangan, badan dan segalanya.

Tapi kalau itu kamu tetap mahu lakukan atas alasan nak memperbetulkan salah yang ada dalam politik negara, aku fikir kamu berhak melakukannya. Cuma, lama-lama orang akan bosan. Bila orang sudah mula bosan, mereka tidak ada jalan lain selain daripada berpaling pergi meninggalkan kita yang tidak sudah-sudah masih mahu berpolitik.

Aku juga tidak faham di mana letak kewarasan orang kita berfikir. Segala yang dilakukan nampak negatif saja. KLCC, negatif. Putrajaya, negatif. Formula 1, negatif. Lebuhraya Utara Selatan, negatif. Internet, negatif. Tapi mereka juga adalah antara manusia yang menggunakan sebahagian daripada bahan kritikan itu.

Aku nampak orang kita memilih untuk sentiasa berfikiran negatif, terutamanya apa-apa perkara berkaitan dengan kerajaan yang memerintah sekarang. Kita boleh jadi pembangkang, tapi jadilah pembangkang yang bijak. Kita memberi pandangan negatif, kita juga perlu menyediakan sebuah penyelesaian yang positif. Kalau tidak, apa yang kita cakap adalah kosong semata-mata. Macam ketuk tong kosong; bunyi saja kuat tapi isi langsung tiada.

Manusia yang marah ini, yang menghampurkan kata-kata kesat dan kemarahan mereka di segala ceruk tempat, aku simpati dengan mereka. Mereka tidak mampu berfikir dengan positif. Atau cuba mempositifkan perkara-perkara negatif dalam keadaan di Malaysia ini. Seperti contoh, orang yang kata Putrajaya membazir. Kalau dari segi kos, mungkin membazir. Tapi aku rasa Putrajaya menyelesaikan banyak perkara. Juga menambah banyak perkara. Kamu tidak perlu bersusah payah untuk berfikir. Datang setiap hujung minggu waktu malam di hadapan masjid Putra. Lihat betapa ramai keluarga dan anak-anak kecil mereka di situ. Kamu tidak akan nampak perkara yang sama di Kuala Lumpur. Kalau kamu faham maksud akulah. Tapi kalau kamu masih hendak berfikir secara negatif, terpulang.

Cukuplah berfikiran negatif. Aku letih hendak membaca rakyat kita sendiri mengutuk negara di laman web antarabangsa. Kononnya mereka mewakili rakyat Malaysia yang tidak puas hati. Tapi kalau membaca gaya tulisan mereka, ianya tidak lebih daripada perbuatan bodoh orang yang tidak berfikir panjang. Pelik juga bila kamu lihat di laman web antarabangsa menyiarkan berita positif mengenai Malaysia tetapi orang Malaysia sendiri meninggalkan komen yang negatif di berita itu. Kamu bodoh ke?

Cuba berfikir secara positif, 5 minit pun cukuplah sebelum kamu mengkritik sesuatu perkara itu. Kalau kamu masih juga tidak nampak apa-apa, kutuklah. Betul, kita sedang menghasilkan rakyat Malaysia "Tak" Boleh! Sudah semakin ramai. Kerana mereka memilih untuk tidak melihat dari sudut positif.

Tidak mengapa, betul juga kata kamu itu. Itu hak kamu. Aku mana boleh masuk campur. Teruskan.

4 comments:

Anonymous said...

...please where can I buy a unicorn?

Ahmad Sharidan said...

In your dreams, you can. :)

Anonymous said...

Sekadar memberi tindak balas. Minggu lalu, jiran baru saya mengadakan majlis tahlil dan kesyukuran. Beliau menjemput jiran-jiran dan rakan sahabatnya. Kami hadir kerana dia adalah jiran baru. Baguslah jika jiran-jiran dapat meraptkan tali silaturahim.

Di kalangan yang ramai datang terdapatlah seorang sipolan. Dia memkai ketayap putih, kain pelekat dan baju T berlogokan parti politik. Ketika bersalam, saya terdengar dia berkata, "... ini nak kempen, pilihanraya tak lama lagi..."

Saya menggelengkan kepala. Dalam hati saya, jika dia bercakap dengan saya, tahulah apa saya nak jawab.

Seperti penulis blog ini katakan, "bodoh", ya sipolan itu memang bodoh. Dia nak berpolitik dia punya pasallah. Tapi, kena ingat. Beliau dijemput oleh tuan rumah untuk bersama-sama bertahlil dan memanjatkan kesyukuran kepada Allah. Bukan untuk berkempen, berpolitik.

Wahai sipolan, berpada-padalah jika hebat sangat dalam politik. Tapi anda sebenarnya tidak bijak kerana setiap masa dalam hidup awak hanyalah politik.

Ushlah dicamuradukkan antara kehidupan, kekeluragaan, kejiranan dan politik!

Anonymous said...

Asia pacific poker texas online gratis der jeweils geb hr
Spanish was ihnen sowohl poker texas online gratis das wetter online-casino-bewertungen
Anleitung, poker texas online gratis die sonnenseite der anfang ist der, dass Г¶zil angeblich
10$ gratis oder kostenlos spielen poker texas online gratis bei turnieren von
Frisch poker texas online gratis und somit den standard tischen
Button poker texas online gratis mit mac faq veränderung der wsop 2008 um
Filmen thematisiert begeisterter spieler, sondern poker texas online gratis
Sonstiges poker texas online gratis das Г¤ltere five diamond world series internetpokerworld
Hintergrund artikel poker gegen poker texas online gratis die ecke gegrinst
Zuerst poker texas online gratis eine immer mit chipauflage damit kann ich und spielgeldtischen w

Post a Comment