1.12.09

Selesai Namun Belum Murni

1.30 Pagi. Selesai kerja. Selesai secara kasar. Esok perlu diperhalusi atau lebih gemar digunakan, perlu "dimurnikan" lagi hasil kerja ini.

Aku sebenarnya perlu asingkan 186 slaid persembahan kepada tiga (3) skrin berbeza yang akan ditayangkan serentak. Hasilnya tadi, setiap skrin akan terdapat lebih kurang 55 slaid. Slaid yang berkaitan antara satu sama lain akan dipaparkan serentak untuk menjimatkan masa.

Ini slaid pertandingan Kumpulan Inovatif & Kreatif. Aku fikir cara menyebarkan slaid ke tiga buah skrin sekaligus adalah cara terbaik dan menjimatkan masa. Ianya lebih efisien, disamping panel dapat lebih lama meneliti slaid yang terpapar (tetapi biasanya mereka lebih selesa rujuk buku di hadapan mata). Ya, kumpulan aku menggunakan tiga skrin (layar projektor) sekaligus, walaupun kalau di peringkat kebangsaan, ianya cuma dihadkan kepada dua. Menggunakan tiga slaid adalah jauh lebih mudah, bagi aku.

Tetapi apa yang aku sering perhatikan dalam persembahan kumpulan lain, mereka tidak mahir atau mungkin tidak faham fungsi dua atau tiga layar. Mereka lebih menumpukan kepada satu layar dengan satu atau dua layar lain dibazirkan dengan informasi yang tidak membantu. Akibatnya mereka perlu menayangkan banyak slaid pada setiap layar. 

Mungkin juga kerana mereka tidak faham apa yang mereka sedang lakukan. Itu aku rasa masalah paling besar. Syukur juga kerana aku sempat belajar memaksimakan impak penggunaan 2 - 3 layar semasa persembahan atau taklimat. 

Kamu hanya perlu menonton "An Inconvenient Truth" oleh Al Gore untuk memahami konsep multi layar yang efektif. Ianya bukan semata-mata fancy atau cool. Ianya lebih bersifat, berapa efektif kita menggunakan ruang layar tersebut untuk menyebarkan informasi.

Aku pernah menawar diri untuk mengajar di pejabat. Tetapi biasalah, kamu sendiri faham. Manusia ini ramai penuh dengan ego. Biarlah. Their lost.

2 comments:

halimatun sadiah said...

ego perlu bertempat.adakala manusia terlalu bangga dengan egonya yg xseberapa.tidak salah mengurangkan ego tuk kebaikan bersama malah tidak bermakna kiter akan nmpk bodoh dgn berbuat demikian.
andai mereka terlalu menyusahkan kemudian hr bru la bersuara.jika tidak mereka akan cara mereka adlh betul.
andai mereka tidak endahkan..pedulikan.mereka sendiri yg memilih jln itu.

halimatun sadiah said...

ego perlu bertempat.adakala manusia terlalu bangga dengan egonya yg xseberapa.tidak salah mengurangkan ego tuk kebaikan bersama malah tidak bermakna kiter akan nmpk bodoh dgn berbuat demikian.
andai mereka terlalu menyusahkan kemudian hr bru la bersuara.jika tidak mereka akan cara mereka adlh betul.
andai mereka tidak endahkan..pedulikan.mereka sendiri yg memilih jln itu.

Post a Comment