5.2.10

Imunisasi Natural

Aku bersyukur dengan apa yang aku miliki. Terutama deria pada tubuh badan. Walaupun tidak sempurna (rabun warna dan rabun mata), ada deria lain yang cukup sensitif dengan keadaan.

Badan aku cukup sensitif sekiranya aku tidak sihat. Ianya secara automatik akan menjadi begitu lemah tanpa apa saja ubat dapat mengatasinya. 10 tin Red Bull pun takkan boleh meningkatkan balik tenaga. Ubat paling mudah; rehat dan tidur awal. Seperti yang aku lakukan semalam. Selepas maghrib, aku terus tidur hingga terjaga di awal pagi. Sebelum itu, aku rasakan sudah tiada sisa tenaga yang tinggal di dalam badan. Selepas bangun, amat segar.

Dulu pun begitu. Suatu ketika, aku langsung tidak boleh bangun dari pembaringan. Badan seperti di tekan dan nafas begitu sukar. Tiga hari lamanya aku tidak mampu bergerak ke mana-mana. Selepas tiga hari, aku kembali boleh bangun dan berasa segar.

Sering sahabat dan keluarga pujuk aku ke klinik untuk mendapatkan rawatan ketika sakit. Setiap kali itu juga aku menolak. Aku tahu, ubat sebegitu tidak mampu merawat aku. Syukur kerana di dalam badan ini, seperti ada kekuatan untuk sembuh sendiri selepas sakit. Ketika adik dimasukkan ke hospital kerana dijangkiti denggi, aku yang mempunyai simptom yang sama, cuma sekadar berehat di rumah. Minum air (ya, aku minum air amat banyak) dan berehat. Beberapa hari kemudian, aku kembali sihat.

Perkara sebegini, perlu aku hargai sentiasa. Perkara yang orang lain tidak nampak. Terima kasih, Tuhan.

No comments:

Post a Comment