3.2.10

Sudah Bising

Sehingga semalam, kerja-kerja pembinaan di sebelah pejabat sudah semakin rancak. Batu-baru untuk ujian tekanan/berat sudah diletakkan. Di hujung sudut lain pula, jentera piling sedang sibuk menyumbat masuk tiang piling ke dalam tanah. Selepas proses ini, rasanya barulah tanah akan ditebuk dan dikorek. Sudah tentu setiap bangunan di Putrajaya ada aras bawah tanah untuk parkir.



Kalau merujuk website, rasanya pembinaan ini cuma akan tamat pada penghujung tahun hadapan. Ada masa lebih 18 bulan lagi. 18 bulan untuk aku rakam perjalanan pembinaan bangunan ini, inshaAllah.

No comments:

Post a Comment