25.11.11

Masa Santai

Penghujung tahun begini, kerja di pejabat pun sudah amat berkurang. Bahagian aku tidak terlibat dengan pelanggan secara langsung. Kerja kami sibuknya bermusim dan sekarang musim santai. Ramai yang pergi bercuti. Ada yang ke Surabaya, ada yang mahu ke Korea dan ada yang balik kampung. Ada juga yang berkahwin. Itu untungnya di bahagian aku ini. Tetapi waktu sibuk, jam empat pagi belum tentu tidur. Maka, maafkanlah kami jika waktu ini kami sedikit santai.

Apa yang aku buat dengan waktu-waktu sebegini? Salah satu aktiviti aku adalah bermain games. Bukan sepanjang waktu kerja. Waktu rehat tengahari dan semasa di rumah.

Games apa? Aku minat dengan simulation and management games dan antaranya adalah Simcity dan Transport Tycoon. Simcity ada versi terbaru iaitu Simcity Societies yang amat bangang. Ramai peminat Simcity masih bermain versi sebelum itu iaitu Simcity 4.

Simcity 4 Rush Hour (Best ooo...)
 Namun begitu, buat masa ini aku sedang asyik dengan Transport Tycoon. Games Transport Tycoon ini adalah games yang sangat lama. Versi asal keluar pada tahun 1995. Ada versi terbaru dinamakan Locomotion  tetapi ianya tidak sepopular games asal. Oleh kerana kali terakhir Transport Tycoon dikeluarkan adalah pada tahun 1995, ianya sudah dianggap 'obselete' dan 'source-code'nya juga sudah pun disebarkan secara percuma.

Original Transport Tycoon Deluxe cover

Akibat daripada itu, peminat-peminat Transport Tycoon (TTD) asal yang mahir dengan pengaturcaraan komputer telah membuat games versi 'open-source' berdasarkan enjin TTD asal dan dinamakan OpenTTD. Ianya sangat popular di kalangan peminat-peminat TTD asal kerana keupayaan untuk meningkatkan prestasi dari segi grafik dan kualiti permainan.

Screen shot OpenTTD

OpenTTD adalah games di mana kita menguruskan sistem pengangkutan komersial di sesuatu kawasan. Kita diberikan pilihan untuk menguruskan sistem pengangkutan air, udara dan darat dengan mengangkut kargo/barang dari satu lokasi ke lokasi lain. Ada juga kontrak pengangkutan ditawarkan bagi mereka yang berminat untuk mendapat keuntungan lebih. Semua jalanraya, jalan kereta api, pelabuhan dan lapangan terbang perlu dibina dengan belanja sendiri.

Lingkaran jalan kereta api maglev ciptaan aku. Jangan peduli sama ada ianya logik atau tidak.

Ianya mengasyikkan kerana kita perlu berfikir untuk membina laluan paling efisien untuk mengangkut barang-barang dari satu destinasi ke destinasi lain. Ini kerana ianya melibatkan kos dan masa. Lebih cepat, lebih untung. Lebih banyak, lebih untung.

Pilihan mod pengangkutan juga penting. Untuk lokasi yang jauh antara satu sama lain, kereta api laju atau kapal terbang ada pilihan yang bagus. Jika untuk jarak antara bandar bersebelahan, kadang-kadang cukup sekadar keretapi biasa atau lori/bas. Apa yang penting, kita tentukan bagaimana kita mahu menyambungkan dari titik A ke titik B dan sebaliknya.

Stesen Besar...

Ada pesaing. Bergantung kepada setting yang kita boleh ubah, pesain boleh jadi tersangat bodoh atau terlalu cerdik hingga menyusahkan kita. Tetapi games ini games untuk menang atau kalah. Ianya melibatkan strategik untuk mencari keuntungan paling maksima.

Sama seperti Simcity; bukan games untuk menunjukkan siapa yang lebih hebat. Ianya adalah games untuk merancang dan berstrategi. Ianya stimulan yang bagus untuk otak yang hampir beku.

Aku mencari Cossack: European War pula selepas ini. :D

2 comments:

zarilfaizal said...

idan..cd game transport tycoon atau download files dia ade tak..pinjamkan aku..

Idan said...

Bob, free download di www.openttd.org

Post a Comment