25.12.04

Entah

http://www.i-putra.com.my/sites/Site.cfm?id=34



Link diatas adalah link ke laman web kalau korang nak tengok bangunan JPN baru dan macamana nak kesana. Kalau susah sangat, tanya je orang Putrajaya macamana nak ke Palace Of Justice. JPN dekat situ je.



Err... Dah blur..

20.12.04

Jadi Orang Putrajaya!

Baru selesai pindah pejabat ke Putrajaya. Penat amat sangat sebab banyak barang nak kena angkat walaupun ada tukang angkat barang. Ye la, barang keselamatan (kad kosong belum bercetak) takkan nak bagi orang biasa angkat. Bahaya! Production MyKad masih belum bermula kembali. Ada masalah dengan suasana kerja. Pejabat memang canggih tapi aircond tak sesuai dengan mesin. Agak panas dan boleh menyebabkan mesin overheating. Jadi tak nak ambil risiko mesin rosak. Itu pun tadi sebuah mesih dah rosak. Kalau murah takpe. Ini berjuta-juta RM kosnya. Bos besar macam tak faham keadaan ni mendesak kami jalan juga. Katanya orang dah tunggu. Memang la tunggu. Nak buat macamana. Daripada langsung tak boleh buat nanti, baik tunggu sampai betul-betul okay. Jadi orang ramai kena bersabar. Macam pindah rumah, tiada apa yang boleh sempurna dihari pertama. Semua jadi panas termasuk orangnya. Itu ini tak kena. Aku malas sangat nak fikir sebab itu kerja bos. Tapi bos hilang. Pelik juga bos ni. Dulu masa tengah proses pindah dari PJ ke Putrajaya, dia sibuk di Putrajaya yang takde apa-apa pun lagi melainkan barang yang sampai. Patutnya dia ada di PJ tengok apa barang patut dipindahkan. Bila barang yang tak sepatutnya pindah sampai ke Putrajaya, dia melenting kata orang di PJ tak dengar cakap dia. Macamana nak dengar kalau dia nun di Putrajaya. Pakai handphone sapa nak dengar? Sekarang orang sibuk kemas di Putrajaya, dia sibuk mengarah orang suruh jalan mesin dari PJ. Siapa yang nak jalan? Takde sapa nak sebab masing-masing masih cuba sesuaikan diri dengan suasana kerja baru. Berebut locker, kena tukar meja, barang itu ini hilang dan lain-lain lagi. Bos apa ni?



So setiap hari aku berulang alik dari Kerinchi ke Putrajaya. Takde la jauh sangat. Tol pun tak mahal, RM1.70 je dari Sungai Besi ke Kajang. Okay la tu. Claim perjalanan mahal. Elaun kesusahan pun ada. So, lega sikit. Kancil kan jimat minyak.



Tapi Putrajaya BOSAN!

7.12.04

Sakit..

Berhari-hari aku dilanda sakit perut yang amat sangat. Mula-mula pergi klinik, dia bagi ubat angin yang pelik. Aku makan tapi tak berhasil. Lusanya aku pergi klinik kerajaan di Plaza Pantai, dia bagi ubat angin juga dan masih tak berkesan. Semalam aku pergi ke Pusat Perubatan Universiti Malaya dan dia bagi ubat angin dan gastrik. Aku tak ada gastrik kata doktor sebab hati okay. Appendiks pun okay sebab aku tak demam. Jadi cuma angin berlebihan dalam perut. Tapi dia bagi juga Histac 150mg iaitu antara ubat gastrik yang power. Maxolon pun dapat. Entah apa kena la perut ni. Sekarang baru okay sikit. Tapi kadang-kadang pedih juga. Makan okay. Cuma sekarang aku dah kurang makan pedas (macam la aku selalu makan pedas). So, dua hari cuti. Esok baru pergi kerja. Aku rimas tak kerja. Duduk rumah tak selesa. Dulu kalau ada motor, boleh jalan sana sini tanpa fikir nak parking di mana. Sekarang berkereta, nak fikir parking yang pening tu.



Mulai 10 Disember ni pejabat aku sibuk berpindah ke Putrajaya. 17 Disember turn unit aku pindah. Jadi menjelang 20 Disember aku akan sah bekerja di Putrajaya. Opis dekat dengan mahkamah je. Kalau korang tanya di mana ibu pejabat JPN baru, jawabnya dekat dengan mahkamah Putrajaya. Kalau nak tau lebih jelas, ronda la Putrajaya tu. Aku pernah sesat cari jalan keluar dari Putrajaya. Hina je rasanya. Tapi memang susah pun. Ada jalan yang masih tutup dan papan tanda tak jelas langsung. Minimalist la konon.



Aku tengah cari cheat code Need For Speed: Underground 2. Jangan tanya. Malas nak lumba. Penat...

30.11.04

Berkereta akhirnya...

Sudah lama tak menulis. Lepas raya semuanya jadi malas. Kerja pun agak sibuk tambah-tambah lagi nak kena pindah ke Putrajaya. Backlog production MyKad dah mencecah 700,000. Jadi kalau sesiapa yang baru apply MyKad, maaf, kad korang sure lambat siap. Jangan salahkan pekerja. Erm.. sikit-sikit boleh la. Tapi mood raya masih ada. Kemudiannya ditambah dengan problem suppy bahan mentah dan data, jadi terpaksa rugi masa.



Takde apa yang menarik nak diceritakan buat masa ini. Cuma satu, aku dah tak bermotosikal. Aku berkereta. Kancil 850 EX second-hand. Jadilah. Apa nak bagi nama ye?

11.11.04

Selamat Hari Raya

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI.

MAAF ZAHIR DAN BATIN.



Jemput datang ke rumah di



No. 5750D Jalan Taiping, Kuala Kangsar, Perak.



Aku balik raya esok, hari Jumaat pagi. Beraya sampai hari Rabu minggu depan. Bukan tak nak raya lama-lama, tapi tugas banyak. Orang lain nak berseronok cuti. Jadi aku takpelah bagi ruang kasi diorang cuti. Lepas ni aku cuti lama-lama jangan banyak komplen pula.



Aku nak beli kereta. Isyk...

7.11.04

Kuala Kangsar

Aku sekarang berada di Kuala Kangsar. Semalam balik hantar barang-barang adik yang baru habis belajar di Kuala Lumpur. Penuh kereta Iswara dengan barangnya. Nasib Iswara, kalau kancil agaknya kena letak atas bumbung. Kenapa orang perempuan suka simpan barang banyak-banyak? Aku 12 tahun berada di Kuala Lumpur barang baru 1/2 bilik. TV, DVD, komputer, almari dan lain-lain. Aku rasa satu kereta pun muat. Tapi ini duduk belajar 3 tahun di KL tapi barang dah macam orang duduk KL 10 tahun. Bila aku periksa balik, semua barang yang remeh temeh dibawanya. Aku kata tinggalkan je sebab tak berapa penting. Entah, mungkin lain orang lain value sentimentalnya.



Sekarang tengah surfing internet di AMS Komputer, Cyber Cafe cum PC shop member. Kedai kecil tapi maintain coolnya.

2.11.04

Suatu Masa Dulu

Dari Blog |[melur]|



:: Monday, March 18, 2002 ::



ahmadsharidan: huh..

ahmadsharidan: :)

ahmadsharidan: its okay to be sad about this thing

ahmadsharidan: but life has no ending till we die

ahmadsharidan: so why stops here..

ahmadsharidan: continue on with our beautiful life..

|[melur]|: ermm

ahmadsharidan: makes it more beautiful

|[melur]|: tapi zidan aku dah tawar hati..

|[melur]|: takut

|[melur]|: semua ada

ahmadsharidan: err...

|[melur]|: gembira pun buat buat..

|[melur]|: cube cari kegembiraan




====



Persahabatan itu sesuatu yang amat menarik. sukar untuk difahami tetapi mudah didekati.

1.11.04

Berpusing-pusing di Satu Paksi

Kalau diam membisu dan itu membahagiakan orang lain, pasti akan aku lakukannya. Kalau diam membisu dan itu menyenangkan orang lain, pasti akan aku lakukannya jua. Aku dah bosan untuk berkata-kata sedang mereka hanya seperti tunggul memantulkan semula kata-kata itu. Aku dah cukup bosan untuk mendengar kata-kata orang lain, cadangan dan permintaan orang lain untuk aku berubah. Untuk apa? Untuk kebaikan aku kononnya. Selama aku hidup, takde pun keadaan asal itu menyusahkan aku. Maka ada baiknya aku bertindak mengikut hati ini saja dari mendengar dan menuruti kata-kata orang lain tanpa apa-apa maksud.



Kata orang, buat sesuatu dengan ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Ye, betullah tu. Makan hendak kenyang, minum hendak hilangkan dahaga, sembahyang hendak pahala dan keredhaan Allah. apa saja tindakan kita sentiasa ada sebab dan balasannya. Takde buat sesaja sesedap rasa tanpa dapat apa-apa. Jadi salahkah aku buat sesuatu untuk dapatkan sesuatu?



Entahlah. Aku dah amat-amat bosan. Takpelah. Biarkan saja aku. Dari dulu sampai sekarang, aku tetap macamni juga. Takde untung, takde rugi. Cuma duduk ditengah-tengah tanpa dapat apa-apa...

27.10.04

MRSM Balik Pulau

Baru lepas surf www.ansarabp.com . Website xMRSM Balik Pulau. Ye, aku budak MRSM. 12 tahun lalu aku tamat belajar disana. 16 tahun lalu aku masuk belajar form 2 di sana. Patutnya aku masuk MRSM Gerik masa form 1 tapi MRSM tu tak siap sampai 1996, jadi kami batch asal seramai 126 orang ditendang ke MRSM Balik Pulau, Pulau Pinang. Masa tu aku kecik je. Jadi memang sah senang-senang jadi mangsa buli. Lepas tu kiranya aku taraf budak baik sebab merokok pun tak, apa pun tidak. Tapi takat lompat pagar (actually pagar tu boleh tolak tepi) keluar maktab tu perkara biasa. Bila form 4 aku masuk kelab lumba basikal. Asal petang je keluar sekolah naik basikal lumba. Bukan training pun. Saja pegi town, Pekan Kongsi.



Nak cerita pasal kenangan di MRSM BP memang banyak. Tapi yang paling jelas korang boleh baca komik STUDENT LIFE karya SIREH@Anoy. Itu memang merujuk MRSM Balik Pulau sebab budak Anoy tu pun ex-student sana. Kalau yang pernah baca, cikgu disiplin garang nak mampos tu ialah cikgu Hamid. dan Zeti tu benar-benar wujud dan cantik. Kira senior aku la time aku form 2, mereka form 5. Nantilah aku cerita dalam website aku. Sini malaslah.



Cuma, aku terkilan sebab banyak gambar time sekolah hilang atau rosak. Jadi takde la aku simpan apa-apa pun. Buku sekolah, Nostalgia 92 pun hilang. Cover depan tu hasil idea aku! Aku nak cari juga.

24.10.04

Duit Bonus Tak Boleh Beli Ubat Rabun Warna

"Engkau nak beli apa bila dapat duit bonus nanti?"



"Tak tau lagi."



"Tak beli baju raya ke?"



"Baju melayu tahun lepas dah ada sepasang dan masih okay. Ada dua helai lagi baju melayu yang masih elok. Paling penting, kasut kulit untuk kerja. Rasanya dah cukup."



"Jadi tahun ni takde baju baru la ye?"



"Ada, baju dan seluar pergi kerja. Aku dah gemuk, semuanya dah tak muat."



"Lagi apa nak beli?"



"Meja TV. Sekarang ni aku letak atas polisterin je. Kemudian kalau ada duit lebih nak beli almari baju baru. Yang lama dah sarat."



"Itu je?"



"Ntah. Tak tahu apa nak fikir lagi."



====



Kalau orang lain, mungkin dah lama ada perancangan untuk menyambut hari raya. Aku masih tak tahu apa nak buat. Cuma yang aku rasa paling nak buat ialah cari sehelai samping dan butang baju melayu. Itu je. Aku rasa baju melayu yang ada sekarang masih elok. Jarang sangat aku pakai. Seminggu lebih kurang sekali je aku selang seli 3 helai baju melayu aku tu. Jadi takde la nampak lusuh sangat. Kasut kulit untuk pergi kerja tu yang paling penting. Dah lama sangat aku pakai mochasin je. Nampak tak kemas langsung untuk ke pejabat. Teringin betul nak beli Camel Active macam dulu. Tapi dulu aku dapat dengan harga RM99, entah sebab apa. Sekarang kalau survey, harga lebih kurang RM200 lebih. Takpelah berbelanja mahal sikit untuk kasut ni. Sebab pakai tiap-tiap hari dan perlukan keselesaan. Lagipun kasut yang lama dulu tu tahan setahun lebih. Itu pun kalau tak sebab aku gatal tukar tapak, rasanya pasti elok lagi. Salah pilih kedai baiki kasut. Tak reti langsung orang tu jahit kasut dengan elok.



Kemudian nak beli baju kemeja tangan panjang untuk pergi kerja. Aku jenis tak pakai baju fancy dengan corak sana sini bila pergi kerja. Aku lebih suka pakai baju plain dengan warna yang lembut. Lagipun aku rabun warna, kalau aku beli baju yang kaler macam-macam, susah pula aku nak padankan dengan seluar nanti. Seluar kerja yang ada sekarang pun cuma warna hitam dan biru. Itu yang paling mudah nak disesuaikan dengan apa jenis baju. Baju pun pun cuma kaler, cream, biru muda, biru gelap, kelabu dan ermm.. itu je. Heh. Nampak generik je. Tapi itu masalah kalau orang rabun warna. Dan masalah kalau ajak orang yang kenal warna pergi beli baju, tapi diorang tak nak ikut. Ada patut suruh tanya salesperson. Mereka tahu jual, tak semestinya tahu berfesyen. Itu yang payahnya. Jadi terkial-kiallah aku nak cari baju. Banyak waktunya jadi frust sebab walaupun dimata aku pakaian tu nampak cantik, aku takut nak beli sebab risau realitinya baju tu mungkin tidak sesuai dengan seluar. Tu la, kalau ada member korang yang rabun warna ajak korang pergi beli pakaian, tolong la mereka. Kesian tau tak. Jangan kata mereka cerewet. Cuma mereka tak yakin dengan warna tu. Korang kena yakinkan mereka betul-betul.



Tapi aku tak nampak rabun warna ni menjadi penghalang. Bila bawa motor dan kereta aku tetap boleh kenal MERAH, KUNING dan HIJAU. Ada orang yang rabun mata kronik takkan kenal warna tersebut. Ada lebih baik pihak berwajib dan retailer sekalipun tidak lokek letak tanda warna secara bertulis dimana-mana sahaja. Kadang-kadang bila kita nak isi borang, ada minta tanda pada kotak pelbagai warna. Ingat senang ke untuk orang yang rabun warna? Tapi aku tak anggap ianya diskriminasi. Tak semua orang alert dan tak semua orang ambil tahu mengenai masalah rabun warna.



"Kalau LED masih MERAH, tandanya masih tengah charge. Kalau dah HIJAU, dah habis la charge."



Ini selalu kita dapat lihat. Tapi kalau orang yang rabun warna, kadang-kadang mustahil nak bezakan merah dan hijau secara jelas. Aku lebih senang kalau mereka letak MERAH dan BIRU sebab bezanya amat ketara. Atau kalau boleh sediakan mentol yang berbeza. Kiri MERAH dan kanan HIJAU. Itu lebih senang. Dan berbalik pada pakaian. Ada sesetengah pembuat meletakkan tanda warna pakaian pada label dalam bentuk tulisan. Apa salahnya semua pembuat pakaian buat perkara yang sama. Bukan susah pun. Teks biasa je. Kurang-kurang kalau orang kata oren dan merah tak ngam atau hijau dengan ungu pelik, orang rabun warna boleh ingat. Takde la dia nak beli baju t-shirt 'biru' yang sampai 3 bulan kemudian baru dia tahu warna sebenarnya ialah UNGU.



Cuma aku dapati dari pemerhatian aku, orang banyak tak sedar mereka rabun warna walaupun sedikit sebab selama ni kebanyakkan mereka cuma hafal warna. Bila tanya, mereka akan berkerut dahi untuk dapatkan jawapan yang pasti. Ada member yang selama ni aku fikir dia betul-betul kenal warna sebab gaya fesyennya sentiasa menarik, beli motorsikal baru warna biru tua. Dia kata warna hitam. Aku cakap model motor tu takde warna hitam, dia tak percaya. Bila periksa betul-betul, sah bukan hitam. Biru tua...

23.10.04

?

Heh!

16.10.04

Membuang Keliru

Aku pelik melihat manusia yang ada diantara mereka begitu keras hati dan sentiasa ingin rasa betul dalam semua keadaan sedang hakikatnya orang tidak mempersoalkan betul atau tidak. Kenapa dalam hidup ini mesti sentiasa ada betul atau tidak? Kenapa kalau diwujudkan persoalan jawapannya nanti adalah dalam bentuk terbuka tanpa mempersoalkan siapa yang betul siapa yang tidak?



Ada orang yang sepanjang hidupnya melihat apa yang dilakukannya adalah betul dan setiap tindakan beliau sepatutnya menjadi contoh kepada orang lain. Dan apabila bersahabat dengan mereka, mereka timbulkan pelbagai ugutan kononnya mereka akan bosan dan meluat dengan kita kalau kita tidak mengikut haluan tuju atau mempersoalkan tindakan mereka.



Aku, cuba sedaya upaya untuk menjaga hati orang ini tetapi setiap kali aku dilayan seperti bukan yang aku harapkan. Tapi aku tak harap dilayan sebegitu baik. Cuma aku mahu dihormati sebagai seorang kawan. Bukan digunakan jika perlu dan dibiar jika mereka ada hal lain. Setiap soalan aku tanya walau betapa rasional dan terbuka maksudnya dijawab dengan jawapan yang sinis atau kadang-kadang marah. Kenapa perlu marah sedangkan ianya satu soalan dan kalau pun tak mahu jawab, boleh saja cakap, "maaf, tak boleh nak jawab".



Sebenarnya aku tak faham. Apa yang dimahukan oleh orang ini. Disebalik kehendaknya mahu aku jadi kawan, dia tak layan macam kawan. Dia layan macam orang yang diperlukan jika perlu dan dibiarkan jika tidak. Apa, ingat aku tunggul kayu? Aku ada maruah dan aku ada hak. Kenapa maruah dan hak aku tidak dihormati sedang orang ini sentiasa mahu orang hormat hak dan maruah dia. Sentiasa mahu orang faham pendirian dan fikirkan dia sedang dia tak pernah cuba untuk faham aku. Sebaliknya dia kata dia sudah kenal masak dengan perangai aku? Kalau betul, dia takkan harap cuma aku yang berubah untuk dia tanpa dia lakukan apa-apa. Apa salahnya kalau sama-sama berubah.



Jadi hari ini, aku rasakan perlu aku biarkan saja kebodohan ini reda dan aku berlalu pergi tanpa perlu aku fikirkan lagi. Selama ini aku cuba sedaya upaya untuk menjaga hati orang lain, kenapa orang itu tidak sikit ingin jaga hati aku? Maka, ada baiknya aku biarkan saja orang ini kerana aku tahu setiap langkah yang aku ambil akan dicari negatifnya.



Maaf, aku kira aku sudah cukup berdiam diri. Biarlah aku rugi untuk kali ini dan selamanya asal hidup aku tidak keliru dengan keadaan. Aku mahu setiap hari aku dalam keadaan yang tenang dan tidak pening kepala untuk melayan orang yang aku sungguh tidak faham moodnya. Kalau orang ini fikir hubungan bersahabatan ini perlu dikekalkan, dia patut lakukan sesuatu, bukan hanya berharap kepada aku. Kalau dia rasakan dia boleh berlalu begitu saja, teruskan. Sebab aku tetap berdiri disini macam biasa...

14.10.04

Zura Menyibuk.. hehe

Si Zura ada disebelah tengah sibuk perbetulkan permohonan KPLI J-QAF nya. Ala, iklan nak jadi guru tu. Dah berapa kali dia minta KPLI aku tak pasti tapi memang setiap tahun atau setiap kali iklan keluar dia pasti akan pohon. Tapi kali ini aku rasa peluang dia agak baik sebab berkaitan rapat dengan kelulusan dia sebagai graduate linguistik bahasa Arab. Jadi kalau jadi guru bahasa Arab memang sesuai sangat. Kata dia orang Arab di Jordan dulu pun tak sangka dia orang Malaysia sebab cakap Arabnya berabuk. Aku harap dia dapat sebab aku dah kesian tengok dia susah hati bila tak dapat. Hari tu disalahkan kaum lelaki sebab memang KPLI baru-baru ni ramai budak lelaki yang dapat. Aku takde apa nak komen, mungkin betul.



Esok puasa, agaknya. Harini kiranya ramai orang yang akan makan bersungguh-sungguh time tengahari sebab esok tengahari dah tak boleh nak makan. Aku pun sama. Tapi tak banyak mana pun makan. Cuma harini aku nak makan aiskrim kalau sempat. Kek dah makan.



"Selamat berpuasa, mesti puasa tau! Moga cepat kurus sebab dapat berdiet bulan posa...." Zura tulis...



"Baiklah" Aku balas.



Selamat berpuasa.

13.10.04

Suatu Petang Itu

Bila berbicara dengannya, ia dirasakan begitu berat kerana pendapat dan pandangan masing-masing amat kritis dan terbuka. Kadang-kadang selepas berbual jadi begitu penat memerah otak untuk mengutarakan sesuatu yang signifikan dengan kehendak akal dan fikirannya. Itulah yang menarik minat untuk aku terus berbicara dengannya. Dan dia juga akui, berbual dengan aku banyak yang bermanfaat. Berdebat, kritik dan soal-jawap sentiasa dalam keadaan yang 'panas' dan menarik.



Terima kasih untuk sebuah petang yang mendamaikan...

12.10.04

Puasa

Ramadhan menjelang tiba. Kali ini ialah Ramadhan yang ketiga aku berpuasa di pejabat ini dan kali terakhir disini. Tahun depan mungkin di Putrajaya. Banyak kenangan berpuasa di sini, tapi tak boleh nak dibandingkan dengan kenangan berbuka puasa di MRSM BP dan juga di UiTM Kolej Perindu dulu. Makan dengan member nasi kawah dan kadang-kadangan dengan ikan jacket dan ayam sebesar ibu jari. Air paling glamer pastilah sirap. Itulah yang kalau boleh orang dewan makan nak sediakan setiap hari. Sekali sekala dapat makan diluar.



Dulu masa duduk dengan Bob, member baik UiTM, aku dengan dia selalu ke Bukit Bintang. Bila time nak buka puasa, pergi naik tingkat lima beli nasi bungkus, nasi saja. Turun bawah pegi KFC dan beli ayam dua ketul. Masa tu masih murah lagi. Dua ketul tak sampai RM3. Buka puasa di KFC makan nasi berlauk ayam KFC dan kuah cili sos. Itu je. Memang merepek tapi pengalaman. Kalau buka puasa telan air liur, minum air paip tu dah memang biasa.



Sekarang dah mewah sikit. Time buka puasa makan nasi berlauk dan kadang-kadang ada air tebu atau air kelapa muda. Kalau nak bermewah sikit, beli kuih muih. Lagipun depan rumah ada pasar ramadhan. Kalau belum jam 6.30 ptg, jangan harap nak turun. Tapi time dah turun, lauk pun dah tak banyak. Makan la apa yang ada. Tahun ni kalau rajin, aku nak memasak sendiri. masak la apa yang patut untuk orang bujang. Aku bukan nak bagi mulut orang lain sedap. Aku je yang nak makan masakan aku.



Sudahlah, aku tengah migrain dan batuk. Aku nak rehat. Bye.

7.10.04

Dah Habis Exam

Selepas habis exam, apa rasa? Biasa je. Ada subjek yang okay, ada yang KO. Tapi yang pasti next sem aku study lagi. Heh.



Cuti la aku untuk beberapa bulan. Mungkin sampai hujung bulan November. Jadi aku rasa nak mulakan balik projek website aku yang amat lama tergendala ni. Tengah cari idea nak buat camana. Aku nak ubah konsep tapi takutnya nanti konsep yang aku pilih tak kena dengan gaya aku pula. Aku rasa dah berapa banyak interface aku buat tapi masih tak puas hati lagi. Ada saja yang tak kena.



Tunggulah ye.

3.10.04

EXAM dan Start!

Harini bermula exam final aku. Pagi tadi baru lepas jawab soalan Sains Politik. Semua orang komplen sebab apa yang disoal begitu terbuka sampai pening nak jawab. Takde detail, takde definisi, takde terangkan. Lecturer memang tak ajar agaknya. Tapi kalau ikut soalan semester sebelum pun, memang banyak beza dari segi konsep. Jadi memang susah kalini. Nasiblah. Agaknya semester ni bukan semester aku nak score.



Selasa nanti ada exam English, kemudian Rabu exam Financial Accounting. English aku tak risau sangat tapi Financial Acc. memang memeningkan. Dengan buku rujukan pun merepek, lecturer lagi lah merepek. Aku pun memang tak boleh nak catch up. So dari malam karang sampai malam Rabu nanti akan aku sibuk studi Financial Acc.



Tapi tengah mengantuk ni. Malam tadi tak cukup tidur walaupun tidur awal. Ada je yang mengganggu tidur. Sejuk tapi tak cukup selesa. Agaknya dah tiba masa aku beli tilam. Selama dua tahun asyik tidur atas comforter jek. Badan pun dah makin protes dengan sikap tak ambil berat aku ni. Tapi mana aku nak cari tilam dan mana aku nak letak tilam tu? Lagipun kalau letak tilam, nanti habis member-member jadikan port. Itu yang malas sangat tu. Main tidur je tapi tak reti nak jaga.



Lama tak menulis sebab aku sibuk dengan studi. Lama aku tak menulis sebab susah nak dapat access internet. Ini pun curi-curi guna internet system admin yang berlagak dan kedekut tu. Ingat aku tak reti nak buka PC dia? Aku siap copy dial-up dia. Dan bodohnya sebab dia safe password. So, lain kali sesuka hati aku la nak access internet sini. Lagi satu haritu kata dia, PC baru jenama HP yang gah ni tak boleh nak burn CD. Pelik juga aku. Dia siap guna portable CD burner lagi sebab katanya tak boleh nak guna internal CDRW dari PC HP ni. Pelik tak? Aku cakap pada dia "Apa ko nak bagi aku kalau aku boleh burn CD pakai CDRW PC ni?". Dia cakap tak payah sebab dia tahu apa masalahnya. Hmm, sampai sekarang tak tahu. Dan semalam aku dengan selamba burn CD kat sini. Boleh je... Susah dengan orang berlagak ni. Tambah-tambah kalau jawatan dia system admin dan jawatan kita staff bodoh. Jadi kiranya secara teori dia lebih hebat ilmu komputer dari aku. Tapi itu secara teori. Pernah dulu dia kata motherboard rosak dan kena ganti baru sebab PC tak boleh nak ON lepas dia reformat dan install baru. Aku cakap reset je BIOS. Dia cakap tak payah dan takde kaitan. Last-last depan mata dia aku pegi reset BIOS sambil dia bebel kata nanti rosak la, itu dan ini. Lepas tu aku ON je PC, ok je load masuk WINDOWS. Apa maknanya? Satu aku berlagak pandai dan menjadi. Dua, dia berlagak pandai tapi memang tak pandai. Cuma aku bukan nak berbaur perkauman, orang India ni memang suka besar diri tapi buat kerja tak reti. Pandai cakap banyak, sebab tu orang mudah terpengaruh.



Dulu masa aku kerja di sebuah kilang, diorang ambil seorang budak India baru graduate dari Tafe College sebagai juruteknik komputer. Aku ada offer nak buat dan ada beberapa aku budak melayu lain yang aku tahu pandai buat. Tapi dia offer budak India baru lepas college ni sebab satunya kabel power, duanya erm, agaknya dia benci orang Melayu. Last-last, nak pasang kabel scanner pun tak tahu. Aku tanya belajar apa? Dia cakap scanner dia belajar dulu tak macam ni. Erm, hehe.. Malas nak cakap. Korang fikir sendiri. Aku start pomen PC dari tahun 1992. Masa tu kat rumah cuma pakai PC jenama ALR (Advance Logic Research) dengan prosessor Intel DX4 25Mhz, RAM internal 4 MB + RAM tambahan 30 pin sebanyak 8 MB. Harddisk cuma 40 MB. Kad grafik 16 color dan sound midi dari speaker PC. Aku pomen walau umur aku cuma 17 tahun ketika tu. Sampai sekarang aku pomen PC. Itu minat aku masa lapang. Aku kecewa dengan sikap orang yang suka menunjuk pandai. Be humble la sikit. Apa salahnya. Bukan jatuh pun pangkat kalau ko tak tahu. Tanya la pada orang yang tahu. Takat belajar BSc. In Computer Science, tak bermakna korang terer bab troubleshooting PC. Takat teori boleh cakap itu ini. Tapi realitinya bila suruh buat, korang mesti tercengang-cengang tengok hardware yang amat berbeza dari yang korang pernah tengok dalam buku teori korang tu.



Aku nak balik tidur. Malam ni nak start study Financial Acc. Harap OK.

25.9.04

Balik Kampung

Nak balik kampung. Dah dekat tiga bulan tak balik. Nak ambil surat exam. Kemudian nak pegi rumah Lily kalau sempat. Esok ulang tahun hari lahir dia. Kalau tak pegi nanti bising pula dia.



Hujung minggu depan final exam. Hehehe.. Ready? Belum. Tengah ready? Belum. Habis buat apa? Main The Sims 2. Best!

21.9.04

Kenapa Tunjuk Alim Sedang Hati Busuk?

Awal Oktober ada peperiksaan akhir Universiti. Sekarang aku dah mula sibuk studi. Mungkin semester ni lebih sibuk sebab subjek Financial Accounting aku blur habis. Bukan susah tapi lecturer ajar kelam kabut ditambah dengan ugutan-ugutan dia mengenai kemungkinan gagal (bukan ugut mengugut macam Siti Nurhaliza). Sains Politik aku rasa aku boleh score macam sem lepas. Cuma mungkin tak sebaik dahulu. Aku dah kira-kira result aku sure rendah berbanding last sem. Tapi aku tak terkilan macam sem lepas. Dapat 3.5 keatas tapi tak dianugerah sijil dekan. Semester ni jadi malas nak bersungguh-sungguh.



Kadang-kadang meluat tengok orang bodoh sombong buat-buat pandai. Lepas tu dia tahu ada orang dekat dia yang tahu tapi tak nak minta tolong sebab ego dia tak nak layan orang tu. Akibatnya cukup sekadar mengedap dari jauh melihat kerja orang yang pandai buat kemudian dicuba tanpa dia faham kenapa. Walaupun betul, tapi aku tak fikir dia akan faham kenapa. Sebab itulah aku ni bukan dari jenis orang yang suka membenci atau berdendam dengan orang. Takde gunanya. Apa pun tak dapat. Malah mungkin kita akan dapat rugi, lebih rugi dari tak layan musuh kita tu. Dan aku cukup meluat tengok orang yang kononnya lebih alim dari orang lain, maka tindakan mereka dirasakan betul sentiasa. Malah diperlekeh orang yang dianggap tidak cukup alim berbanding dia. Dia abaikan persahabatan sebab nak jaga rasa dendam dan bencinya pada orang tu. Kenapa manusia penuh dengan hasad dengki dan dendam kesumat? Tak boleh semua tu hilang? Bila aku tanya, kata mereka sabar itu ada hadnya. Manusia terlampau kasar dan terlampau egoistik hingga boleh kata sabar itu ada tahapnya. Selepas dari itu dia boleh mengamuk sesuka hati sebab sabar sudah tiada lagi.



Bagi aku sabar itu tiada batasan, yang berbatas hanya fikiran manusia...

12.9.04

TV Baru...

Semalam sepatutnya awal-awal lagi aku sudah pergi beli meja TV. Aku tidur sampai aku lupa. Bukan lupa tapi tak sempat. Aku kira takpelah, esok saja aku beli. Tapi malam semalam aku terima panggilan dari kedai elektrik, TV hendak di hantar malam semalam juga. Pening kepala. Dekat jam 10 malam baru tiba LG Flatron 21" baru. Gembira memang gembira sebab lama sangat dah aku guna PC sebagai TV aku. Cuma aku tak tahu mana nak letak. Buat masa sekarang aku alaskan dengan polisterin saja. Selepas buat setting itu dan ini, puas hati dapat menonton TV sebenar kembali setelah sekian lama. Jangan persoalkan kenapa aku pilih LG. Murah memang murah, design simple dengan bebutang terlindung dibawah tanpa perlu ada pintu (yang biasanya akan mudah patah) menutupinya. Skrin flat yang aku idam-idamkan. Fungsi keseluruhan tak begitu rumit jadi senang aku set tanpa perlu susah payah macam nak baiki sebuah kapal terbang. Hasilnya dapat tengok Majalah 3, kemudiannya Queer Eyes For The Straight Guy (aku Straight...). Puaslah. Lepas ni nak cari DVD player. Kalau bebudak lelaki mesti suruh cari sound system yang baik. Aku tak berapa minat. Aku tinggal di FLAT jadi kenalah hormat jiran sebelah walau apa jua keadaannya. Cukuplah dengan suara dari peti TV yang keluar, dah boleh dengar dengan baik. Kalau aku nak sangat, aku jack je pada speaker Altec Lansing PC aku. Cukup kuat malah lebih kuat daripada sesetengah sound system TV yang harga ratusan ringgit.



Okay...

11.9.04

Penat

Penat sepanjang minggu buat projek KMK (Kumpulan Meningkatkan Mutukerja) di unit aku ni. Nak balik Tido...

3.9.04

Anwar Ibrahim akhirnya dibebaskan selepas 6 tahun di penjara dan selepas 6 tahun dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri. Ramai kata keadilan mahkamah akhirnya dapat ditegakkan kembali. Ada juga yang kata Perdana Menteri, Pak Lah telah sedikit sebanyak memainkan peranannya dalam pembebasan Anwar. Seperti yang ramai orang tahu, Pak Lah dan Anwar begitu rapat suatu masa dahulu.



Apa pun, beliau sudah dibebaskan dan wajar pergi ke Alpha Clinic seperti yang dipinta beliau untuk menjalani pembedahan tulang belakang dengan segera. Kesian tengok Anwar susah nak bergerak. Nampak sangat kesakitan yang dialaminya.



Apa lagi yang orang nak? Harap jangan la lagi pergi berpiket di Dataran Merdeka atau mungkin depan Masjid Putra pula. Harap takde lagi politik caci mencaci. Orang UMNO perlu sedar terutama pemimpin mereka, mereka tak lebih tinggi dari mahkamah. Setegas mana mereka mempersoalkan keputusan mahkamah, mahkamah tetap mahkamah.

1.9.04

Kampung Baru (Isu Lama)

Kenapa la cerita pasal Kampung Baru tu tak pernah sudah? Dulu orang marah Drs. Sulaiman Daud pasal dia berusaha nak majukan Kg. Baru. Orang marah bukan apa, pampasan dan cara dia nak majukan tu tak menguntungkan orang Kg. Baru. Sekarang orang start bising lagi pasal nak majukan Kg. Baru. Nak tukar status tanah rezab melayu kepada tanah terbuka supaya orang bangsa lain boleh beli dan dimajukan. Kenapa? Kenapa perlu tukar status? Kenapa nak bagi orang bukan melayu beli? Kenapa nak majukan? Takde cara lain ke kalau nak majukan?



Aku heran setiap kali cakap nak majukan Kg. Baru, perkara pertama yang mesti orang-orang ni nak buat ialah cuba mencungkil atau melepaskan hak milik tanah penduduk Kg. Baru. Kenapa nak ambil hak penduduk? Suka ke kalau orang dengan paksa nak beli tanah kita? Tak suka, sesiapa pun tak suka melainkan kalau dia jenis tak reti jaga harta atau jenis desperate gila. Memang tanah Kg. Baru tu teramat mahal. Sekaki persegi mungkin ratusan ringgit. Kawasan pula amat strategik. Sebab tu ada pihak yang beria-ia sangat nak majukan kawasan ni. Lagi pun kawasan orang melayu, jadi fikiran mereka orang melayu ni mudah disogok dengan duit. Asal ada duit, semua jadi. Kemudian mereka beri alasan orang-orang tidak akan dibayar sepenuhnya dengan duit. Sebab katanya takut habis nanti dibazirkan. Dah sifat orang melayu agaknya. Dah jual tanah, duit tak dapat semua, apa cerita? Maknanya tanah dijual, duit mungkin dapat 1/2, dan selebihnya disimpan oleh 'pemegang amanah'.



Apa kata kalau penduduk Kg. Baru (yang asal) tubuhkan koperasi yang dikawal selia oleh sebuah badan profesional. Koperasi ini beli (kiranya ahli serah hak milih tanah kepada koperasi) dan di convert jadi saham untuk setiap ahli mengikut saiz tanah yang dijual. Kemudian tanah-tanah ni dipecahkan menjadi presint macam Putrajaya. Satu presint tu menempatkan rumah penduduk asal Kg. Baru dalam bentuk kondominium mewah (orang asli dekat Damansara dapat banglo). Hak milik bebas, jadi kalau rasa nak jual, suka hati. Kemudian buat presint untuk bisnes, taman dan riadah serta presint budaya. Presint bisnes ni buat la bangunan setinggi mana pun. Kalau boleh kawasannya 1/4 atau lebih dari keseluruhan kawasan.



Sekurang-kurangnya tanah kekal milik orang asal dan dapat dimajukan dengan berkesan. Kenapa nak buat bangunan itu ini sedangkan kawasan amat besar. Amat baik buat taman dan lain-lain, KL dah sesak sangat. Presint budaya tu letak rumah-rumah lama melayu yang terdapat di Kg. Baru yang difikirkan ada nilai sejarah dan nilai estatika yang tinggi. Kenapa la nak bangunkan sangat Kg. Baru. Kemudiannya nak biarkan terjual kepada bukan melayu. Bukan aku tak sokong. Tapi kena fikir. Berapa kerat sangat kawasan di KL tu milik orang melayu? Kemudian, adakah orang melayu dibenarkan nak pegi beli tanah di Petaling Street atau Jinjang sekalipun? Orang melayu mampu ke?



Kenapa orang tamak sangat Hah??

27.8.04

Heh!

Minggu ni minggu beku. Idea pun takde. Apa nak tulis pun tak tahu tapi apa yang terfikir tu memang banyak. Cuma tak tertulis di sini. Rasanya kalau boleh rekod apa yang difikirkan kemudian secara automatik diterjemahkan di sini kan mudah. Berangan je aku ni.



Entah. Nantilah aku tulis panjang. Nak pegi main Futsal.

23.8.04

Entah

Baru la dapat relaks daripada buat assignment sepanjang masa. Lega rasanya. Kalau tak kelam kabut hidup ditambah dengan kerja yang tak sudah-sudah. Pace aku rasanya dah jadi gear ke 4 - 5 kot. Biasanya slow je. Ini dah laju semacam. Penat pun ada. Dah berapa lama aku tak pegi jogging. Aku nak jogging la. Malas jadi gemuk dah.



Nak tulis apa ye? Hehe.. Tatau la. Takde apa yang menarik melainkan aku sibuk dengan kerja dan study seminggu dua yang lepas. Cuti hujung minggu merdeka ni pun tak tentu aku balik kampung ke tak. Emak dah bising sebab aku lama tak balik, disuruhnya balik. Tapi aku ni susah sikit nak balik. Bukan tak suka balik tapi tak senang nak balik. Nak kena cari kereta juga la lepas ni. Baru selesa agaknya balik. Kalau tak selesa juga, baik aku pindah balik kampung je senang.



Dah le tu. Nak balik nak pegi kedai jual CD games. Nak cari CD Locomotion. Tak payah tanya la. Korang takkan minat.

17.8.04

Pelik

Busy siapkan assignment. Aku ada satu problem la. Entah kenapa tiap kali time aku nak baca buku ilmiah atau buat kerja ilmiah, secara automatik jadi mengantuk amat sangat sampai nak buka mata dan berfikir pun susah. Tapi bila aku pergi buat kerja lain, suff ke, baca komik ke, tiba-tiba je mengantuk tu hilang. Aku berbalik untuk cuba buat kerja ilmiah, terus mengantuk balik. Aku pelik dan tak faham kenapa.



Kenapa?

16.8.04

Voice From Within v1.0

Aku tengah mencuba BlogThis! dalam Blogger. Ini website member baik aku yang boleh kata setiap hari aku masuk walaupun tak setiap hari dia update.



Voice From Within v1.0

12.8.04

2 Tahun di Bekerja

Heh!

Dah Ogos 2004.

Kejap je masa berlalu.

Dua tahun dulu aku keberatan nak terima jawatan di Jabatan Pendaftaran Negara ni. Memang waktu tu aku langsung tak berminat nak bekerja sebagai kakitangan kerajaan. Yang aku paling berminat ialah nak buat bisnes sendiri. Malah kertas kerja untuk di persembahkan kepada pemodal masih ada di binding dengan sempurna. Tapi semakin berabuk tidak membawa apa-apa makna. Ketika itu aku sedang belajar disebuah institut latihan professional dalam kursus Microsoft Certified System Engineer (MSCE). Bayaran amat mahal pulangannya memang besar juga. Tapi bila dapat surat tawaran kerja dari JPN, aku serba salah. Loan dah apply. Emak dan Ayah pula bising suruh pergi. Petaling Jaya. Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara. Ingatkan dapat area Perak atau yang lebih dekat. Tapi dapat terus Ibu Pejabat. Mula sekali problem ialah tempat tinggal. Mana aku nak cari tempat tinggal dalam tempoh seminggu? Jadi kesana kemari aku pergi. Hari first terus aku lepak hotel murah. Kemudian aku merayau ke Kerinchi cari rumah sewa. Nasib baik dapat dan terus masuk. Tinggal situ sampai sekarang.

Kerja di JPN pun dah okay. Aku dah alami 3 kali pergerakan gaji jadi kira OK la tu. Takde pun aku nak merungut sangat sebab kerja tak berat seperti kerja swasta. Cuma dalam hati ni tersemat niat dan tekad untuk berusaha sendiri, buka bisnes atau apa saja yang aku minat. Erm, rasanya amat susah sekarang ditambah aku sedang belajar part-time di UiTM. Ya, aku dah belajar balik setelah sekian lama aku tinggalkan pendidikan dan sekian lama aku mengimpikan kembali belajar.

Macamana kerja? Macam biasa. Kalau nak dikatakan malas, orang lain tu terlampau rajin. Jadi aku automatik jadi malas. Cuma realitinya kerja mereka tak pernah nak sempurna. Ada saja tertinggal sana sini. Susah nak ajar orang yang tak nak dengar cakap atau suka menunjuk pandai. Atau buat-buat pandai. Jadi sekarang aku buat tatau je dengan apa yang mereka buat sebab malas sangat nak tegur orang yang pantang kena tegur. Aku seorang yang original bermula kerja ditempat aku kerja sekarang. Orang yang lain cuma masuk kemudian. Jadi segala setting dan perubahan ditempat aku kerja dari 2002 hingga sekarang, memang ada kaitan dengan aku. Bukan nak besar kepala. UAT (User Acceptance Test) aku yang buat. Masa buat UAT dulu, berpuluh komen aku buat sampai konsultan dan engineer kena buat itu dan ini balik. Sekarang semuanya dah mudah dan staf yang lain take-it for granted je. Tak boleh sikit, komplen. Salah sikit, komplen. Padahal kadang-kadang salah tu boleh diperbetul dengan mudah. Cuma mereka tak hargai orang yang susah payah ajar mereka kerja.

Takpelah, aku akan terus bekerja disini selagi berdaya...

8.8.04

Lelaki yang Macam Perempuan (Bukan Pondan!)

Dr. Fadhilah Kamsah pernah berkata, " lelaki yang baik adalah lelaki yang byk ciri-ciri perempuan".



Hah, baca tu lelaki. Letak jauh-jauh sikit ego korang bila baca tulisan aku seterusnya ni. Macam aku kata sebelum ni aku ialah lelaki yang sukakan perempuan, bukan gay walau aku suka tengok perangai orang gay (yang kebanyakkannya lebih bagus dari straight guy). Lelaki ni kadang-kadang terlebih sangat sifat lelakinya hinggakan tak boleh sikit nak terima sifat perempuan walaupun ianya betul dan sesuai juga kita nak guna.



Paling bermasalah bagi seseorang lelaki ialah, EGO. Ego ni banyak sifat egonya. Ego segala-galanya dan ego berkaitan sesuatu perkara iaitu mungkin prinsip, perilaku, kaedah dan sifat. Tapi rata-ratanya takde seorang manusia pun yang takde ego. Semua orang ada ego cuma yang jenis lelaki ni suka sangat ego menguasai diri. Contoh ego lelaki yang paling senang nak dengar di mulut, "Lelaki mana boleh menangis!". Pi rah mabuk. Pantang pula jadinya kalau nak menangis. Tapi kalau nak diikutkan lelaki amat senang menangis. Time dia kena hina, time awek tinggal dia atau time dia tak dapat makan pizza. Heh. Takde la. Realitinya kebanyakkan lelaki amat mudah menangis tapi ditahan-tahan sampai merah muka atau cakapnya jadi sebak-sebak. Jatuh maruah kalau menangis, katanya. Tapi apa salahnya menangis. Nabi sendiri menangis. Adam lagi lama menangis memohon maaf kepada Allah. Umar yang garang dan perkasa tu pun menangis. Ala, Gladiator Russel Crowe tu pun menangis. Maknanya menangis untuk lelaki tidak salah tapi lelaki ni terlalu kontrol sifat ini menjadikan menangis adalah suatu sifat negatif. Kalau depan awek, cukup pantang kalau menangis. Takut awek dia nanti fikir dia seorang yang lemah. Tapi ditambah pelik kalau awek sendiri fikir pakwe dia lemah sebab menangis. Apa salah pakwe dia menangis. Tapi kalau kena tegur sikit menangis, memang salah la tu. Salah genus lelaki. Lelaki yang menangis adalah lelaki yang sensitif dan jujur. Mereka anggap menangis bukan sesuatu yang memalukan tetapi sesuatu yang menunjukkan pendirian mereka. Tapi jangan la lelaki pergi menangis kalau sebab motor rosak ke, handset tak boleh on ke. Merepek namanya tu.



Satu lagi sifat lelaki yang amat payah nak di buat, meminta maaf. Cukup-cukup susah sampai rasanya minta maaf tu hanya wujud bila orang dah nak mati ke atau dah nak kehilangan sesuatu. Tapi kalau salah biasa, biasanya lelaki tu buat donno je walaupun dah terang lagi bersuluh salah dan silap dia. Cuma tak payah la terkentut pun nak minta maaf (lainlah kalau busuk sangat). Mintalah maaf pada awek/isteri korang kalau korang ada buat salah walaupun kecil. Senang hati dia. Bukan nak tunjukkan mereka tu raja atau queen control, cuma nak mereka sedar kita ni ada buat salah dan kita akui kesalahan kita. Awek pun kalau dah pakwe minta maaf, maafkan la. Tak payah merajuk panjang (ni saja nak suruh pakwe pujuk selama mungkin). Lelaki ni kurang tahan sabar. Jadi jangan uji sangat kesabaran lelaki. Cuma aku rasa ini menarik dan aku pun nak buat kalau boleh; apa salahnya kalau dipenghujung hari sebelum kita berpisah (nak balik rumah) atau sebelum tidur, kita mohon maaf kalau ada apa-apa kesilapan kita dihari ini. Ye la, mana kita tahu dan mungkin mereka pendam. Dan mana kita tahu esok kita dah tiada lagi. Sekurang-kurangnya kita dah mohon maaf. Dan sekurang-kurangnya ianya romantik. Perempuan kalau tak cair, memang lebih sejuk dari lelaki la.



Lepas tu sabar. Erm, ni perkara paling payah. Kenapa orang lelaki takde yang mengandung? Sebab tiada orang lelaki yang sesabar orang merempuan nak menanggung beban anak dalam kandungan. Agaknya kalau dah masuk tiga bulan, ramai sangat la lelaki yang akan gugurkan kandungan mereka. Lelaki nipis sangat kesabarannya. Tapi lelaki jugalah amat terserlah dengan sabarnya. Ya, sabar itu ada batasan tapi kadang-kadang sabar lelaki ni macam kucing. Mana la boleh duduk diam melainkan tidur je. Pantang makwe buat silap sikit, mula melenting. Membebel tak sudah walaupun orang lelaki kata membebel tu perbuatan orang perempuan. Tengok la kalau awek dia lambat, dia kata takpe, tunggu kejap je. Dalam hati habis disumpah seranah awek dia tu. Tapi ni salah awek juga. Jarang sangat lelaki nak heran dengan mekap 2 inci perempuan. Lelaki kalau awek dia ada sebelah dan keadaan yang 'modest' dan 'sederhana' pun dah cukup. Dia tak banyak komplen. Tapi kalau melawa lebih-lebih, dari pagi sampai petang dia akan puji dan tak sudah-sudah pandang awek dia. Cuma jangan direct tegur lelaki yang selekeh. Jangan harap dia nak dengar. Kena pujuk baru lelaki nak buat. Kalau direct je, abis la marah dia.



Kemudian penampilan. Pernah tengok orang pergi date? Selalunya awek pasti akan pakai secantik mungkin kemudian bila tengok pakwe, t-shirt & jeans. T-shirt & jeans sahaja sedang waktu dia pergi kerja boleh pula pakai kemeja tangan panjang dengan seluar slack siap gosok lagi. Kenapa keluar dengan awek pakai t-shirt & jeans yang korang boleh pakai hari-hari time dalam rumah? Melawa la sikit. Awek ni dia suka tengok lelaki melawa walaupun dia kata dia OK je dengan penampilan lelaki. Itu kalau tak dapat awek yang cerewet. Kalau dapat awek yang cerewet, bengang je lelaki tu nanti. Ye la, rambut macam baru lepas bangun tidur. Misai & janggut macam tampal sana sini je. Baju pun tak iron. Lepas tu pakai sandal, tak pun kasut sport. Asal keluar date je pakai kasut sport. Tengok bebudak gay, nak beli telur 10 biji pun dressing macam nak buat fashion show. Maksudnya mereka alert dengan penampilan mereka. Bukan nak menunjukkan tapi orang lain tengok pun senang hati.



Sepanjang aku perhati orang, orang perempuan ni begitu berkira dengan rambut pakwe dia. Entah kenapa. Tak jaga rambut alamat memang kena bising la dengan makwe. Ala, korang kata la awek korang tak kisah rambut korang panjang. Ada tak dia cakap suruh sikat ikut gaya itu ini? Suruh ikat ke atau suruh buat fesyen itu ini? Dia ambil tahu juga tu sebab kalau korang buat sesuka hati, boring je muka awek korang tu nanti. Orang perempuan rasanya cukup ambil berat dengan rambut mereka jadi kalau mereka ada pakwe, tak heran ianya akan melarat kepada pakwe mereka.



Tapi rata-ratanya orang lelaki pandai bergaya time jumpa awek mereka. Cuma time lain je susah sikit. Orang lelaki susah sangat nak dengar nasihat orang perempuan. Kalau awek mereka cakap, cuba buat itu buat ini. Nanti pakwe cakap, mulalah tu nak tentukan hidup dia. Kalau dah kahwin pun satu. Kalau korang ingat isteri korang tu pembantu rumah, baik ambil pembantu rumah je. Senang hati mereka akan buat kerja tanpa banyak soal. Isteri tu bukan ke kawan korang? Sama taraf dalam perkahwinan. Takkan la bila balik kerja, campak je baju dalam raga baju untuk dibasuh. Basuh la sendiri encik abang. Dulu masa bujang pandai pula basuh sendiri. Makan pun nak suruh isteri atau tunggu isteri siapkan. Dulu makan meggi tiga kali sehari pun OK je. Baju pun nak isteri ironkan. Dulu time pergi kerja atau time dating, pandai pula iron baju sejam dua sampai tak nampak kedut semata-mata nak tarik perhatian isteri korang sekarang.



Perempuan rasanya tak boleh nafikan bahawa mereka suka di'pampered' tambah-tambah oleh pakwe mereka sendiri. Erm.



Lepas tu cuba tengok kalau-kalau ada forum atau artikel. Tengok apa orang perempuan cakap ciri-ciri lelaki idaman mereka. Kalau orang melayu Islam, mestilah beragama, baik budi pekerti dan penyayang, bla bla bla... Hensem tu belakang kira. Tipu pun ada dan tak berapa betul pun ada. Hensem tu tak semestinya merujuk macam Bratt Pitt atau Harun Salim Bachik. Hensem yang orang perempuan cari ialah penampilan yang kemas dan sedap mata memandang. Jadi kalau korang tak sehensem Bratt Pitt atau Harun Salim Bachik sekalipun, orang perempuan tetap akan tertarik pada korang kalau korang pandai ubah sikit penampilan korang. Misai tu jangan la jadi Encik Sarjan jaga trafik. Trim kalau taknak shave. Rambut pakai la minyak supanya nampak bersinar walaupun korang malas sangat nak pakai shampoo. Sikat, jangan tak sikat. Kalau nak gosok-gosok sampai nampak elok, pastikan nampak elok. Pakai kemas. Walaupun awek korang seorang yang rockers, dia pun nak tengok korang sebagai seorang rockers yang kemas. Cubalah pakai macam Marilyn Manson kalau nak test. Sikap, lembah lembut mesti ada. Ini mengusik awek macam nak bergaduh je. Kalau buat silap hatta sekecil mana sekalipun, mintalah maaf. Apa salahnya. Kalau orang perempuan tegur, terima. Kalau tak nak terima pun, cuba-cubalah buat-buat terima. Kalau korang sanggup bersusah payah nak beli jiwa perempuan, korang mesti sanggup bersusah payah untuk menjaga jiwa perempuan.



Aku cakap macam bagus je. Aku takde awek dari tahun 1998. Jadi layak ke aku cakap macam ni? Hehehe. Peduli apa aku.

Belajar Dan Lupa

Sebenarnya aku sibuk dengan assignment UiTM yang kalini begitu perit untuk disiapkan. Puncanya tiada connection internet di rumah dan di pejabat internet terpaksa berkongsi dengan 60 orang yang lain. Tambah lagi, lecturer ni macam tak faham orang ni kerja. Time bila nak check internet dengan banyak online assestment + online test + online quiz + homework + take home test + dll lagi nak kena siapkan. Penat ooo. Ini pula ditambah dengan kehadiran. Kehadiran aku rasa satu option bila belajar e-pjj sebab bukan semua orang ada masa. Tapi lecturer Accounting sorang ni fikir kalau tak datang mesti kena buat surat tunjuk sebab. Pelik betul.



Memang penat kerja sambil belajar ni. Penat sangat. Sebenarnya memang takde masa nak studi tambah-tambah kalau kerja dari awal pagi sampai malam setiap hari. Bila balik rumah dah penat jadi kalau studi pun memang tak masuk dalam kepala. Semester lepas walaupun aku score tinggi, aku akui memang aku tak studi langsung. Semunya last minute. Subjek sains politik aku studi di waktu pagi sebelum aku masuk exam petangnya. Nasib dapat A. Subjek lain pun sama. Tapi kalini situasinya amat berbeza. Subjek Financial Account tak boleh studi last minute, nanti alamatnya semua result last minute. Banyak nak kena faham dan banyak nak hafal. Problemnya lecturer mengajar pun melompat macam katak. Kesana kemari kalau tengok reference book. Pening nak faham. Bukan tak biasa buat tapi dah lama sangat ditinggalkan jadi banyak yang dah lupa.



Jadi terpaksa bekerja keras cari data dalam internet kalau nak buat assignment. Mustahil sangat nak pergi library cari info. Masalahnya library di KL dan Petaling Jaya ni jenis yang kena jadi member baru dapat masuk. Sesiapa yang bukan member, jangan harap boleh masuk. Kalau bayaran nak jadi member tu murah takpe la juga. Tapi sudahlah mahal ditambah dengan isi kandungan library tu tak menarik langsung. Jadi terpaksa jadikan internet sumber rujukan terpenting sekarang. Cuma yang ralatnya bila buat search, kita dapat informasi dari Indonesia yang terbanyak. Mungkin rakyat dia adalh 200 juta lebih orang maka isi kandungan internet dalam bahasa melayu lebih banyak berpunca dari sana. Tapi Malaysia ni bukan ke lebih 'advance' dari segi teknologi ITnya? Satu yang aku perasan, laman web kerajaan dan apa saja berkaitan pendidikan di Malaysia ni memang masih taraf primitif atau tak wujud langsung. Tapi kalau laman web hiburan, rasa nak muntah dah tengok sana sini.



=====



Pernah tak korang alami korang teringatkan atau terfikirkan sesuatu sedang korang buat sesuatu perkara dan apa yang korang fikir tu amat penting dan korang mahu buat. Tapi tak sampai beberapa ketika, ianya terus terlupa. Tiba-tiba saja terpadam dari ingat dan puas kita cuba nak ingatkan balik tak tak ingat walau pun kita hanya baru fikir mengenainya tak berapa ketika lalu? Pelik betul. Cuba korang duduk diam dan ingatkan apa yang betul-betul hendak diingatkan. Susah bukan? Cuba ingat lagu yang popular sewaktu kecil dulu. Silap-silap boleh hafal dengan liriknya sekali. Atau pun di benak otak ni bermain-main lagu dari iklan yang glamer dulu. Pelik betul. Macamana otak kita simpan perkara-perkara yang kita hendak ingati.



Kalau tengok cerita 50 First Date, perkara ini boleh jadi sesuatu yang amat kelakar dan boleh jadi sesuatu yang amat memeritkan untuk ditelan. Kalaulah otak kita ni dari jenis DDR RAM dalam PC, agaknya kita perlukan satu hard disk yang amat besar untuk diletakkan dalam badan kita sebagai tempat rakaman segala ingatan kita. Sebabnya ingatan seperti RAM tak kekal lama. Bila kita tutup PC, ianya hilang. Begitu juga dalam cerita 50 First Date, tidur saja dan bila tiba esok hari, ingatan akan kosong. Cuma dalam cerita ini, ingatan dia (si perempuan yang mengalami memory lost) akan cuma ingat peristiwa yang berlaku sehari sebelum hari lahirnya. Macamana dia hadapi setiap harinya? Inikan kita yang mudah terlupa benda yang amat kecil setiap hari. Aku sedang surf dan tiba-tiba teringat hendak mencari sesuatu dalam internet sedang aku surf satu website. Bila aku tutup website tu 15 saat kemudian untuk cari apa yang aku nak cari, aku lupa. Lupa apa yang hendak aku cari sedang 15 saat lalu aku ingat. Kenapa begitu?



Tapi aku akui diwaktu aku ingat perkara itu, fikiran aku sedang sibuk memproses data yang banyak di depan mata, jari jemari sedang sibuk menekan keyboard dan telinga sedang sibuk mendengar suara sekeliling. Apa yang aku cuba ingat itu tiba-tiba datang sebagai 'layer' yang bawah. Mungkin ingatan secondary yang secara tidak sedar. Jadi otak mungkin proses perkara ini sebagai tidak perlu maka secara semula jadi dipadamkan dari ingatan sedar aku ketika itu. Tapi perkara itu masih tersimpan secara residual dalam otak ini. Nak mencarinya adalah sesuatu yang amat-amat sukar. Sampai sekarang dalam waktu aku menulis ini, aku masih tak ingat apa yang aku nak cari tadi. Kalau aku diam dan cuba fikir pun aku takkan ingat. Pelik sangat.



=====



Takpelah, aku dah lupa apa yang aku nak tulis lagi. Heh.

6.8.04

Apa?

3.8.04

TENSION!

Keliru kalau kenyataan sudah berada di depan mata tapi realitinya tak dapat disentuh atau dimiliki. Hanya dapat melihat dan itu sahaja. Hanya dapat menghargai dan itu sahaja. Aku dalam keadaan sekarang amat-amat aku rasa terkilan dan kecewa. Tak dapat aku lakukan apa pun, hanya pasrah.



ermm... AAARRRRRRRRRRGGGGGGGGGGGGGGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



KENAPA!!!!!!!!!!!

30.7.04

Merapu Sekali Sekala

Assignment nak kena siapkan sebelum hujung minggu ni. Tapi baru kelmarin dapat pilih tajuk yang sesuai dan baru semalam dapat download segala mak nenek data dan artikel yang diperlukan. Kalau lecturer marah sebab aku tak buat rujukan buku di library, suruh dia pergi cari sendiri. Bila masa aku nak pergi? Jadi aku bagi rujukan artikel semasa yang aku fikir lebih relevan dan isu yang diutara lebih jelas dengan tajuk yang aku buat ni. Nasib baik kebetulan aku jumpa isi yang banyak dari website Bernama yang berkaitan dengan konferens di Kuala Lumpur tidak lama dulu. Orang yang membentangkan kertas kerja pun adalah dari kalangan cendiakawan yang terkenal jadi harapnya rujukan aku ni 'power'.



Kelas perakaunan untuk hujung minggu ni kena batal dan digantikan pada minggu depan. Aku ada OT minggu depan so terpaksa korbankan OT tu semata-mata satu kelas yang lecturernya tegas nak mampos. Kesian kalau difikirkan member-member yang tinggal di Terengganu, Perlis dan Johor. Susah nak datang semata-mata satu kelas di awal pagi. Kadang-kadang aku fikir semua ini sesuatu yang menyusahkan. Diletakkan pula syarat oleh pensyarah agar datang kerana ianya sebahagian dari markah pernilaian yang diberikannya. Cuma aku rasa pelik sebab kebanyakkan pelajar ePJJ adalah dari mereka yang bekerja, semuanya bekerja. Jadi fikirkanlah implikasi kalau mereka terpaksa datang dan ambil cuti semata-mata nak hadiri satu kelas. Kalau tak hadir, kena potong markah. Patutnya persoalan datang ke atau tidak ke kelas tidak wajar diambil kira. Sebab orang belajar ePJJ sanggup habiskan ribuan ringgit untuk belajar. Jadi mereka berhak datang atau tidak ke kelas kerana kalau nak diikutkan kelas dalam satu semester cuma ada 4 kali. Selebihnya usaha dan belajar sendiri. Tak patut pensyarah tuntut kehadiran pelajar semata-mata untuk diperli, ditegur dan dipersalahkan sebab tak reti buat kerja. Agaknya ramai pensyarah yang hanya mahu jaga nama dan prestej mereka. Tak mahu mereka terima pelajar yang gagal.



Ye, aku faham. 4 kali bukannya banyak. Tapi ia masih tidak menjustifikasikan keadaan itu menjadi suatu paksaan dan tidak hadir mesti diberikan sebab. Kalau tak hantar assignment, sekurang-kurangnya rugi 20 markah. Tapi tak hadir pun nak kena potong markah? Rasanya amat tak patut sebab kehadiran adalah diatas kehendak dan keupayaan pelajar sendiri. Diakhir hari kalau dia tak pernah hadir satu kelas tapi dia tetap dapat jawab soalan peperiksaan, apa rasionalnya?



Belajar ePJJ adalah satu konsep pendidikan yang paling sukar untuk ditempuhi sebab semuanya bergantung kepada diri sendiri tanpa banyak bantuan dari pensyarah dihadapan mata. Hubungan lebih bersifat elektronik iaitu melalui forum dan email. Jadi tanggungjawab belajar adalah terletak sepenuhnya dibahu pelajar yang semuanya bekerja. Masa mereka perlu aturkan dengan betul demi untuk berjaya. Aku sampai sekarang masih gagal cari masa yang 'betul' untuk study.



====



Kenapa kenderaan berhenti atas lintasan belang (zebra crossing) semasa lampu isyarat merah bernyala sedangkan zebra crossing adalah tempat orang melintas bukan garisan sedia untuk memecut. Orang Malaysia ni memang tak belajar mengenai zebra crossing. Itulah hakikatnya. Kalau belajar pun cuma dalam kelas yang amat-amat membosankan dan 90% student sure tidur. Kalau kita lihat orang menunggu hendak melintas di zebra crossing, kita akan terkejut bila nampak kenderaan memecut disitu. Agaknya pemandu dan penunggang takut pejalan kaki melintas. Takut pada apa, entahlah. Pernah aku alami bila aku lintas di zebra crossing dengan tiba-tiba datang kereta memecut dan hampir melanggar aku. Kereta berhenti dan pemandu tu marah pada aku. Aku cakap zebra crossing tempat orang melintas tapi dia cakap balik tengok la dulu kereta lalu. Kalau macamtu, kenapa dia tak redah je pagar keretapi atas jalan time keretapi lalu sebab itu pun jalan dia juga. Tau pun takut dengan keretapi. Tapi dengan pejalan kaki tak takut. Cuma silap mereka tak sedar yang bilamana mereka melanggar pejalan kaki biar ditengah jalan sekalipun, pemandu dan penunggang akan tetap disalahkan. Itu realitinya. Tapi kalau orang tu dilanggar di atas lebuhraya atau jalan yang tak jauhnya ada jejantas atau terowong melintas, itu lainlah ceritanya. Cuma dijalan bandar terutamanya, pejalan kaki adalah 'RAJA'! Cuma di Malaysia ni tak nampak macamtu. Polis pun sesedap rasa je pandu laju tanpa ada rasa simpati nak berhenti beri laluan pada pejalan kaki. Mana kita nak cari role model?



Tadi aku hendak melintas di zebra crossing yang semua kenderaan lain dah berhenti depan lampu isyarat merah. Tengah melintas tiba-tiba ada motosikal selamba jalan depan dan hampir langgar aku. Penunggang buat bodoh sehabisnya. Jadi aku dengan selamba cakap "Mangkuk Hayun Punya Orang!". Dia toleh dan marah. Aku toleh dan marah. Turunlah kalau berani! Tak turun pun. Dia diam je. Agaknya samada dia pekak, buta, penakut, rabun warna atau apa saja kecacatan yang menyebabkan dia jadi macamtu. Maksudnya ramai pemandu Malaysia ni cacat. Cuma yang hairannya pemandu cacat yang benar-benar cacat amat patuh dengan peraturan jalanraya. Kenapa orang yang tak cacat buat-buat cacat, terutama cacat akal???



====



Aku ni agaknya berisiko tinggi. Sebab aku begitu lantang membantah sesuatu yang tak betul. Kalau orang merokok dekat aku sedang aku tengah makan direstoran, aku akan tegur dan bising. Cuma setakat ni aku masih belum pernah kena pukul sebab marah orang hisap rokok sedang aku tengah makan. Tapi salahkah aku tegur? Kalau aku tak tegus kemudian datang penguatkuasa (jangan harap) saman perokok tu, kan ke naya dia. Aku tegur kalau orang meludah tak tentu pasal terutama depan orang lain. Yang hairannya orang yang suka buat macamni adalah dari golongan bangsa Cina dan Indonesia. Aku tak kata semua tapi majoriti yang buat adalah dari golongan tersebut. Dan boleh dikatakan semuanya lelaki. Kalau orang meludah depan tangga rumah dia, tak marah ke dia? Jagalah sikit tatasusila. Tu yang buang puntung rokok sana sini pun sama. Apa ingat semua tempat dalam dunia ni tong sampah? Cuba perhatikan betul betul, samada puntung rokok dan ludah orang adalah benda yang paling bersepah di KL.



====



Cuma, bila dilihat keadaan sebenar, kebanyakkan yang menimbulkan masalah ini adalah dari golongan kaum LELAKI. Aku lelaki dan aku malu dengan tingahlaku kaum aku sendiri. Aku bukan pondan sebab aku dari jenis lelaki yang sukakan buah dada dan ***** perempuan. Cuma aku pelik dengan kaum lelaki ni. Pengotor jangan cakaplah. Carilah rumah bujang yang bersih. Kalau bersih pun samada mereka diajar orang mak jadi orang yang pembersih atau dari lelaki yang gay, lembut dan pondan. Jaga kebersihan diri pun macamtu. Ahh.. malaslah nak cakap pasal keburukkan lelaki ni. Tak habis kalau nak cakap.

28.7.04

Sibuk La..

Sibuk sangat-sangat!

19.7.04

Penat dan Sibuk

Kembalilah aku dari Pulau Langkawi dengan seribu kenangan. Aku pasti akan pergi lagi kesana suatu masa nanti. Cuma ralatnya bila pergi bersendirian. Ramai yang bertanya kenapa dan mengapa. Di Langkawi sendiri tidak sedikit yang bertanya sedemikian. Jawapan aku cuma satu, kawan-kawan sibuk kerja. Tapi nyatanya aku mahu sendirian. Aku pergi kemana sahaja dengan kemahuan aku semasa di Langkawi. Dalam masa sehari, aku keliling Pulau Langkawi dan pergi ke tempat orang lain takkan pergi. Mungkin orang lain akan bosan kalau ikut aku tempohari. Kalau ada yang suka mereka mungkin terpaksa atau untuk menjaga hati.



Aku agak sibuk dengan studi. Tengah sibuk menyiapkan tugasan. Malas nak buat kerja lambat sebab nanti jadi kelam kabut. Baik buat sekarang kemudian boleh rehat dengan senang hati.



Jumpa Lagi...

12.7.04

Gelap Berselindung Disebalik Cerah

Bukan senang nak menilai orang lain. Atau melihat orang lain dan cuba membayangkan cara hidupnya. Selalunya kita hanya dapat lihat dari sudut fizikal yang amat sempit pandangannya. Realitinya hanya mereka saja yang tahu. Realitinya hanya kita saja yang tahu hidup kita bagaimana. Pakar psikologi pun takkan dapat tahu semuanya hidup kita yang sebenar. Dan aku sendiri tak pernah bebas menulis apa saja disini dan mendedahkan segalanya. Masih ada yang amat terlindung dan aku tidak mahu orang lain mengetahuinya.



Tapi kalau kita 'terserempak' dengan sesuatu yang buruk di kalangan yang baik seseorang itu, apa yang perlu kita lakukan? Diam sahaja sebab kita tak perlu masuk campur urusan orang lain dan tak perlu jaga tepi kain orang (ini persepsi salah kot)? Atau kita selama-lamanya berubah persepsi terhadap mereka? Kalau mereka tunggang terbalik sembahyang setiap masa dan menjeling kepada kita yang dikira jahil ini sedang mereka jelas melakukan sesuatu yang mungkar, apakah kita perlu berdiam diri? Aku tak nampak kemungkaran itu jadi aku patut berdiam diri. Lagipun kalau jadi saksi, diri aku ini takkan layak. Cuma aku jelik dengan orang yang berpura-pura dengan keadaan. Didepan kita seperti malaikat tetapi dibelakang begitu buruk perangainya. Sebab itu aku kata 'terserempak'. Keburukkan itu aku terserempak. Lantas aku berdiam diri kerana bukan sifat aku mempersoalkannya. Cuma aku jelik dengan kepura-puraan.



Ya, secara jelas aku kata aku bukan orang yang baik. Orang disekeliling aku kalau perhatikan sifat aku pasti akan mengiakannya. Tapi aku takkan jadi hipokrit mencanangkan kebaikkan sedang aku melakukan kejahatan. Aku bukan Senator Palpatine (Star Wars). Aku cuma aku.



====



Selamat bercuti untuk aku. Aku mahu berehat dan melancong. Sesiapa yang terasa nak ikut, jom. Aku ajak ikut sampai ke Langkawi je. Sampai sana nanti, korang pergilah kemana korang nak pergi. Mungkin aku cuma berehat saja.

10.7.04

Berjalan-jalan

Esok kelas. Kali ni tidak lagi dibawah tempat duduk Stadium Shah Alam. Sekarang di Seksyen 17, Shah Alam. Lebih selesa harapnya. Kurang sikit aku mengantuk dalam kelas nanti. Aku ada matlamat besar untuk semester ni. Untuk membuktikan yang result aku dapat last sem bukan nasib semata-mata. Kali ni aku nak tingkatkan lagi. InsyaAllah.



Minggu depan nak ke Langkawi. Aku nak bercuti dan berseorangan. Member pelik bila aku cakap yang aku nak bercuti sorang-sorang di Langkawi. Kenapa pelik sangat? Aku suka begitu. Dan aku tahu orang tak suka ikut aku sebab aku tak pernah nak set kemana aku nak pergi. Jadi tak payah tanya kalau-kalau boleh ikut. Kalau nak ikut, pergi je. Tapi tak jamin boleh ikut aku kemana-mana.



Apa aku nak buat di Langkawi? Pertamanya aku tak pernah kesana lagi walau sudah berdekad orang sibuk cakap pasal Langkawi. Sejak dulu teringin nak pergi tapi masih tak tercapai hasrat. Tapi kali ni betul-betul nekad nak pergi. Cuti dah ambil tapi tiket masih belum beli. Macam ni perangai aku. Bila dan waktu tu memang aku tak dapat nak tentukan awal-awal. Ikut sedap rasa aku je. Sedang orang pejabat ni sibuk merancang rombongan ke Langkawi dengan kos yang lebih murah, aku pergi sendiri-sendiri dengan kos aku sendiri.



Aku sibuk minta kamera digital aku dari adik. Aku nak ambil banyak gambar dan kalau boleh akan diletakkan dalam blog ni. Kalau boleh aku nak ceritakan pengalaman disana kerana inilah pertama kali aku akan menjejak kaki di bumi Langkawi.



Jangan senyum sebab aku sebenarnya orang yang suka berjalan. Aku mahu saja merayau seluruh pelusuk alam sepanjang masa kalau diberi kesempatan waktu dan kesenangan wang ringgit. Tapi cuti aku selama ini hanya dapat diisi di atas motosikal dengan meredah jalan-jalan di sekitar lembah Klang. Kali ini aku mahu pergi lebih jauh sikit.



Tapi esok masih ada kelas sehingga petang.

5.7.04

Perjalanan Yang Jauh

Semalam merayau dengan motor tanpa arah tujuan. Sebelum keluar dari rumah, di benak otak ni terfikir hendak kemana aku. Memang tiada arah tujuan yang ditentukan bila motosikal mula bergerak. Aku hanya menurut rasa hati. Belok ke Pantai Dalam aku terus masuk NPE (New Pantai Expressway). Sebab aku naik motor jadi beranilah lalu sini. Kalau kereta, sure dah kena RM1.60 satu tol. Jalan punya jalan sampailah aku di Pelabuhan Klang. Dekat tepi stesen komuter Port Klang aku berhenti di KFC untuk makan. Satunya memang lapar dan satu lagi sebab sakit pinggang lama sangat menunggang motor. Seronok memerhatikan laut dan suasana sekeliling yang kali terakhir aku berada disana adalah 6 tahun yang lalu. Masih tiada apa yang berubah. Ditepian tebing masih ada bot-bot yang tertunda. Masih ada bau dan suasana yang sama. Masih ada jeti yang membawa aku ketempat kerja suatu masa dulu. Masih tidak berubah.



====



Artist: Joseph Arthur

Song: Honey & The Moon



Don't know why I'm still afraid

If you weren't real I would make you up, now

I wish that I could follow through

I know that your love is true

And deep

As the sea

But right now

Everything you want is wrong,

And right now

All your dreams are waking up,

And right now

I wish I could follow you

To the shores

Of freedom,

Where no one lives.



Remember when we first met

And everything was still a bet

In love's game

You would call; I'd call you back

And then I'd leave

A message

On your answering machine



But right now

Everything is turning blue,

And right now

The sun is trying to kill the moon,

And right now

I wish I could follow you

To the shores

Of freedom,

Where no one lives



Freedom

Run away tonight

Freedom, freedom

Run away

Run away tonight



We're made out of blood and rust

Looking for someone to trust

Without

A fight

I think that you came too soon

You're the honey and the moon

That lights

Up my night



But right now

Everything you want is wrong,

And right now

All your dreams are waking up,

And right now

I wish that I could follow you

To the shores

Of freedom

Where no one lives



Freedom

Run away tonight

Freedom freedom

Run away

Run away tonight



We got too much time to kill

Like pigeons on my windowsill

We hang around



Ever since I've been with you

You hold me up

All the time I've falling down



But right now

Everything is turning blue,

And right now

The sun is trying to kill the moon,

And right now

I wish I could follow you

To the shores

Of freedom

Where no one lives



====



Aku tengah lakukan sesuatu dalam hidup ini. Aku cuma mampu berharap agar apa yang aku lakukan akan membahagiakan aku dan semua orang. Bukan aku bermaksud untuk lari atau melukakan hati sesiapa pun. Aku cuma lakukan demi untuk aku damai dimasa mendatang dan untuk orang lain bahagia. Itu saja.



Balik dari Port Klang, aku tempuhi hujan disepanjang jalan. Aku lalui jalan yang lengang dan kosong dan terbentang luas. Aku tempuhi juga walau disana-sini ada tempat berteduh. Kerana aku mahu sejukkan hati ini dan aku mahu hujan membasuh apa saja kenangan dan luka dihati. Aku mahu bila tiba dirumah nanti, aku sudah bersih dari duka.



Namun hari ini, semua itu nampak begitu sia-sia...

1.7.04

Kasta Dalam Sistem Jabatan Kerajaan

Kadang-kadang rasa tak adil kerja dengan kerajaan ni. Maksud aku pangkat dan darjat dalam jawatan kerajaan. Kalau dah taraf kerani kebawah tu, rasa macam kuli je. Kalau dah pegawai pertengahan tu, kira macam tengah honeymoon dan kalau pegawai atasan tu, rasa macam tak kerja je. Cakap la apa orang nak cakap dan keluarlah kenyataan dan fakta apa sekalipun, tapi selagi orang tersebut tidak berada didalam keadaan orang yang bekerja itu sendiri, mereka takkan tahu.



Kalau tengok pegawai atasan, nak sain laporan pun siap boleh buat di hotel dan resort. Nak buat brain storming sampai ke genting atau mungkin ke Port Dickson. Nak buat paper work untuk projek baru boleh terbang ke Sabah atau mungkin ke Langkawi. Setiap hari sekurang-kurangnya mesti ada mesyuarat yang selalunya berjam-jam habis sebab bersembang je. Setiap waktu mesti ada kursus itu dan ini tetapi anak buah langsung tak tahu apa-apa juga. Apa tidaknya, orang yang pergi kursus pun tak tahu apa-apa selepas balik dari berkursus.



Pegawai pertengahan, ini kira macam supervisor dan sikap mereka tak ubah macam perdana menteri. Sesedap rasa arah itu dan ini. Dan keadaan waktu mereka pun lebih kurang sama dengan pegawai atasan atau silap-silap lebih 'sibuk' dari pegawai atasan. Kalau korang tengok perilaku mereka, memang takde apa nak buat. Selain dari merayau dan buat-buat ada kerja. Kalau dalam swasta, is was a sheer waste of resources. Dan sebilangan besar dari mereka ni memang tak reti buat kerja terutama yang dari golongan masuk kerja terus dapat jawatan pegawai ni. Mereka ni boleh dikatakan 90% blur waktu. Kalau tengok telatah mereka tak ubah macam orang main bola tapi tak tahu team mana dia main. Ada yang terer tapi yang lebihnya buat-buat terer. Lepas tu sibuk dengan perkara-perkara yang amat remeh. Dalam opis jangan pakai selipar, dalam opis jangan main bola (bolasepak), jangan sembang, jangan buang sampah, jangan senyum, jangan itu dan ini. Tapi hal-hal utama langsung tak cuba nak selesaikan. Puan/Encik, bekalan alatulis dah habis. Dia pasti akan suruh orang lain yang selesaikan.



Tinggallah kerani dan yang dibawahnya. Mereka ini lah sebenarnya pekerja dalam jabatan-jabatan kerajaan. Keringat mereka inilah yang sebenarnya menjalankan sesebuah organisasi kerajaan. Selalunya kerja yang mereka buat tidak langsung menerima arahan dari pihak atasan tapi hasil dari usaha dan kefahaman mereka sendiri. Ye, yang malas tu memang ramai (aku tak kata sikit), tapi yang rajin tu pun banyak (aku tak kata sikit). Cuma apa guna rajin kalau bonus akhir tahun takat 1/2 bulan gaji (kiralah kalau gaji basic cuma RM696.23) atau mungkin dapat kenaikkan gaji pada kadar RM40. Apalah yang dapat dibeli dengan RM40 sebulan? Nak tahu pegawai atasan dapat berapa kenaikkan gaji? Ada yang lebih dari RM500. Lepas tu kiralah kalau bonus 1/2 bulan dari RM3000. Puas juga bukan? Kenapa kerajaan susah sangat nak menghargai pekerja-pekerja bawahan ni? Setiap tahun pasti pegawai atasan yang akan dapat keuntungan yang amat besar. Sudahlah dapat itu ini, kerjanya tak seberapa. Silap-silap memang langsung tak tahu buat kerja tapi cukup laser untuk mengatakan orang lain pemalas.



Jadi bila orang bawah ni makan rasuah, dikatakan penjawat awam tak berdisiplin dan tidak tahu menghargai tanggungjawab kerja yang diamanahkan. Habis kalau orang atasan atau kerajaan sendiri tidak hargai orang bawah ni, kenapa mereka mesti hormat orang atasan? Jadi jangan rasa hairan kalau korang pergi ke kaunter kerajaan layanan yang diterima tidak baik sebab mereka sendiri tidak dilayan dengan baik oleh majikan mereka. Jangan marah kalau korang telefon, panggilan tu ambil masa berzaman untuk diselesaikan sebab masalah orang bawahan dalam kerajaan ni tak pernah sudah-sudah. Orang bawah minta naik gaji, orang atas menyibuk nak naik juga. Bila orang bawah dapat RM10 ringgit kenaikkan gaji, orang atas dapat RM1000. Bak macam sistem kasta kalau berada didalam jabatan kerajaan. Kalau dengan swasta tak mustahil kita nampak bos yang mahu sama duduk dengan pekerja bawahannya. Tapi kalau jabatan kerajaan, pangkat berselang satu tangga pun dah kira jauh benar nak jadi kawan.



Cuma, apa yang orang bawah ni boleh buat? Takat mengeluh dan menyuarakan dalam mesyuarat sebulan sekali. Itu pula nanti dikatakan kita tak berdisiplin dan engkar. Jadi lebih banyak diam dan bermuram durja. Agaknya yang paling tak puas hati dalam jabatan kerajaan ni ialah kerja itu sendiri. Orang bawahan ni bertungkus lumus kerja dan boleh dikatakan mereka amat mahir dengan kerja mereka. Tapi orang atasan ni memang macam tak tahu apa-apa langsung. Itu realitinya. Kalau di sini pun boleh nampak dengan jelas. Kadang-kadang orang bawahan boleh ketawa dalam hati melihat gelagat orang atasan cuba memberi penjelasan mengenai sesuatu perkara kepada pelawat. Lintang pukang dan berterabur. Kemudian masih tetap dengan hidung tinggi dan menyatakan apa yang mereka kata tadi benar. Seronok ke macamtu?



Aku rasa kalau jabatan kerajaan ni nak jadi elok, kena ubah budaya kasta dan budaya kerja yang tak betul ni. Kena ubah konsep orang bawahan lakukan segalanya manakala orang atasan kononnya kerja lebih banyak buat keputusan dan guna otak. Teamwork adalah orang bawah dengan orang bawah manakala orang atas dengan orang atas. Ubah semua itu. Dekatkan jurang imbuhan kerja supaya orang bawah tak kata orang atasan makan gaji buta. Kemudian buat kursus motivasi, hari keluarga, hari libur dan lain-lain aktiviti sosial yang bukan berarah hanya untuk orang bawahan atau hanya untuk orang atasan saja. Buat sekerap mungkin. Ini hari keluarga setahun sekali, kemudian disertai dengan dif-dif kehormat, vip dan segala macam orang besar yang diakhir hari dapat cenderamata berkos 1/2 dari keseluruhan kos upacara tersebut. Bila buat sesuatu kursus, tak payah la bos-bos tu duduk dibilik besar manakala orang bawah bersempit dalam dorm. Kongsilah semuanya baru nampak ukhwahnya nanti. Ye la, perks untuk orang bawah tak lebih RM60 sehari manakala orang atas boleh makan lobster hari-hari (ini pun berkasta-kasta juga). Jadilah manusia yang setaraf antara satu sama lain.



ORANG akan kata, mereka belajar rajin-rajin usaha hingga dapat capai ketahap mereka jadi layaklah mereka menerima segala macam habuan tersebut. AKU kata, kalau nak berlagak dengan jawatan dan taraf pendidikan, tokey jual sayur tepi jalan tu pun bila pergi bank mereka akan simpan duit berbungkal-bungkal setiap hari. Korang buat macamtu juga ke?

30.6.04

Kaunter

Kenapalah orang kaunter jabatan kerajaan ni garang, susah nak senyum dan malas nak jawab soalan pelanggan? Aku kakitangan kerajaan bila berurusan dengan kaunter jabatan kerajaan pun selalu hadapi semua tu. Patut sangat orang ramai malas nak berurusan dengan kaunter jabatan kerajaan. Sombong tak tentu pasal.



Tadi aku ke Medan Mara di KL untuk memohon borang pinjaman pendidikan. Sampai tingkat 3, aku mengah lepas naik tangga. Ye la, badan dah gemuk dan langsung tak senaman. Rehat kejap kemudian terus ke kaunter untuk bertanyakan perihal pinjaman tersebut. Dengan keadaan aku batuk (memang batuk teruk pun), aku bertanya dengan nada yang agak perlahan. Kakak kaunter tu senyum pun tidak, bangun pun tidak dari kerusi yang dia duduk berselindung disebalik kaunter yang tinggi melangit (kenapa orang buat kaunter tinggi sangat? Nak menyorok dari apa?). Kakak tu pun tak pasal-pasal suruh aku cakap kuat sikit sebab dia kata dia tak dengar. Okay, aku usahalah tinggikan suara dan terangkan dengan jelas tujuan aku. Kemudian dia minta surat tawaran universiti. Aku tanya nak yang photostat ke yang original. Tak dijawab. Aku bagi surat original (kalau dia simpan mau aku tepuk dahi dia). Lepas tu dia tanya aku student PJJ ke? Erm, tadi tak dengar ke aku cakap? Lepas tu dia bagi borang dan kembalikan surat tawaran (original) aku. Aku tanya hanya borang tersebut saja ke dan ada apa-apa lagi yang aku perlu buat? Dia tenung aku dengan muka yang rimas. Katanya baca apa yang terkandung di dalam. Hmm, takkan la tak boleh nak explain sikit. Aku dah bosan nak tunggu, aku terus balik. Sampai di pejabat aku tengok balik borang tu. Pening juga nak isi sebab ada yang aku tak faham. Sebab itu la aku tanya di kaunter tadi sebab aku nak dia explain sedikit. Ini belum sempat aku nak tanya disuruh aku refer checklist saja. Pemalas betul.



Teruk sangat ke kerja kaunter ni? Mungkin la kot gaji dia tak cukup atau mungkin dia bosan dengan kerja sebegitu hari-hari. Tapi jarang sangat bila aku pergi ke kaunter bank atau apa-apa kaunter swasta (kecuali kaunter tiket bas), orang kaunter akan bersikap sombong. Ada tu ada la. Tapi jarang. Ada pun bila dia tengok kita selebet semacam, malas dia nak layan. Agaknya kita selebet jadi tak berduit. Atau kalau orang cina jaga kaunter dan kita datang. Kalau kita tak smart semacam, jangan harap mereka nak layan. Tapi tak semua orang cina macamtu. Ada orang cina (ramai) yang begitu peramah aku rasa patut dia ajar orang melayu di kaunter kerajaan cara-cara nak berhadapan dengan pelanggan.



Kemudian tadi aku ke JPN Maju Junction (Kuala Lumpur) dengan hasrat nak jumpa Kak Kamariyah. Tapi dia takde. Bila aku tanya orang kaunter (tak habis lagi ni), mereka macam blur je dengan soalan aku. Panik pun ada dan entah, apa yang mereka fikir aku pun tak tahu. Macam la aku tanya, 'Ada jual bom tak encik?'.



Aku duduk di satu sudut dan memerhatikan tingkah laku kakitangan kaunter JPN ni. Aku akui kerja mereka memang sibuk dan tak duduk diam sebab begitu ramai orang yang ada disana pada waktu tu. Secara amnya mereka layan pelanggan dengan baik (cordial), tapi tak mesra. Nombor giliran dipanggil (secara elektronik), pelanggan pun pergi ke kaunter. Tunjuk no giliran kemudian duduk. Kakitangan kaunter secara jelasnya memang tak senyum pun. Masam pun tak tapi lebih bersifat tawar. Kebanyakkan pelanggan aku tengok macam takut-takut nak berhadapan dengan kakitangan kaunter. Agaknya takut kena marah kot. Tapi ada juga pelanggan yang blur habis. Bila orang suruh letakkan ibu jari tangan kanan ke mesin pengimbas, dia letak jari tangan kiri. Orang kaunter naikkan nada sikit suruh letak jari kanan. Pelanggan blur. Lagi tinggi suara arahan sambil tangan menunjukkan tangan tangan. "JARI TANGAN KANAN! JARI TANGAN KANAN!" Menonong je pelanggan ikut. Kemudian entah apa dibebel oleh orang kaunter tu aku tak dengar. Pelanggan tu duduk membongkok bahu, gaya orang takut. Aku tahu dia tak salah dan aku tahu dia tak takut dengan kakitangan kaunter tu. Cuma dia memang tak tahu apa-apa dan blur. Bila aku tengok balik pelanggan tu, aku sedar dia seorang berbangsa cina. Mungkin dia tak jelas dengan arahan tu kot.



Mungkinlah, ada baiknya jabatan kerajaan sediakan jangkawaktu kerja kakitangan kaunter yang lebih pendek. Contohnya dua orang jaga satu kaunter dengan setiap orang jaga 2 jam setiap masa. Lepas dua jam ganti orang lain. Kos tinggi tapi sekurang-kurangnya orang dapat refresh dan dapat hilangkan tension. Kerja kakitangan kaunter jabatan kerajaan tak semudah swasta. Orang swasta dapat duit banyak dan macam-macam lagi. Perks banyak. Kakitangan kaunter jabatan kerajaan cuma dapat elaun kaunter RM40 je. Kalau gaji dia RM911.23 + RM40.00, tak sampai seribu lagi pun. Lepas tu bukan senang nak buat OT. Tolak itu ini, berapa yang dapat? Sikit je kan? Lepas tu kena service berapa orang? Ramai.



Tapi aku tetap bengang dengan kakitangan kaunter yang memang jenis biol. Ikut angin dia. Sesedap rasa nak marah. Pergi McD, sampai depan kaunter terus berhadapan dengan staf yang aku rasa senyum dia dah hilang dalam BigMac. Takde pun ayat "May I take you order sir?". Kita order, dia tekan-tekan butang kemudian hulur tangan minta duit. Berapa? Tengok sendiri di skrin. Erm, susut sikit selera nak makan. Pergi kaunter tiket bas (selalunya bukan Transnasional), tanya tiket. Orang kaunter samada duduk atas kaunter, sibuk dengan call atau sibuk dengan mengikis kuku. Tiket dah habis. Itu saja. Pergi kaunter pasaraya Giant, orang kaunter tu nyonya. Walaupun dia tak senyum tapi dia tak malas langsung nak angkat barang-barang kita beli. Semua dia buat. Rajin betul.



Aku sanggupke kerja kaunter? Mungkin tidak...

26.6.04

Friends

Petang sabtu dan masih di pejabat. Tak penat cuma mengantuk. Semalam aku menonton episod 8 - 12 Season 4, siri Friends. Dah berapa kali ulang tapi aku tak jemu-jemu terutama bila lihat telatah Joey dan Chandler. Ye, aku peminat Friends. Satu KL aku jelajah sedang mencari Friends Season 8 yang tak original. Erm, aku beli original tapi tak mampu nak beli semuanya. Season 1,2 dan 5 aku beli original VCD. Season 3,4,6 dan 7 aku beli DVD cetak rompak. Mana larat nak beli yang original oii. Watak paling aku suka dalam Friends? Kalau boleh aku nak kata Chandler tapi aku tak sekelakar dan sesinis dia. Kalau boleh aku nak kata Joey tapi aku tak sehensem dan seromeo dia. Mungkin aku nak cakap Ross sebab perangai Ross lebih kurang macam aku tapi lainnya ialah aku tak suka konfrontasi dan aku takkan nak mempertahankan sesuatu mati-matian. Jadi kiranya aku suka Chandler, Joey dan Ross. Watak perempuan aku suka Pheobe sebab wataknya amat jujur, naif dan selamba. Monica, aku takkan boleh hidup dengan dia sebab dia control-freak. Rachel takkan nak pada aku sebab erm, aku tak hensem. Heh.



Apa yang best mengenai Friends? Cerita ada sinambungan tapi sub-plot lebih banyak membantu mengurangkan kebergantungan kepada plot utama. Jadi cerita tak jadi meleret tak tentu pasal. Banyak komedi aku lihat ceritanya tak tentu arah dan kadang-kadang tiada arah. Kalau tengok Everybody loves Ray, ceritanya balik-balik konflik dengan isteri dan seolah-olah tak reti-reti nak perbaiki diri dia sendiri. Kenapalah isteri dia setia sungguh? Tapi kalau tengok Friends, kalau bergaduh akan tetap bergaduh dan kadang-kadang sampai melangkau musim tayangan. Maksudnya macam manusia biasa, ada keadaan kita akan bergaduh seminit dua kemudian kembali baik, tapi ada keadaan kita ambil masa yang lama untuk pulihkan hubungan. Kadang-kadang walau sudah pulih, ia masih boleh diungkit bila wujud tak puas hati. Friends begitu ikhlas dalam memperlihatkan suasana ini terutama kisah antara Ross dan Rachel.



Persahabatan pula ada pasang surut seperti Joey dan Chandler. Sudah berapa kali mereka bertelagah dan bergaduh? Banyak. Kalau tak bergaduh maknanya tak normal. Kalau tengok Sienfield, berapa kemungkinan mereka akan bergaduh? Cakap dah macam nak bergaduh tapi masih baik. Itu peliknya Sienfield walaupun bagi aku ianya tetap menarik. Friends juga tak lepas dari memperlihatkan sifat-sifat jujur. Ye la, engkau suka awek kawan engkau. Engkau ambil kesempatan dibelakang dia. Apa rasa? Dalam Friends, agak peliknya kita terpaksa mengaku. Kita takkan dapat membisu dan menafikan. Walaupun agak tak logik tapi hakikatnya ialah jujur dan terus terang. Kalau tak cakap orang tak tahu. Kalau cakap mungkin kawan kita boleh consider sesuatu.



Yang buruk dalam Friends tu memang banyak. Seks bebas, tukar-tukar pasangan, hipokrasi, racist dan lain-lain lagi. Tapi aku bukan hard disk save semuanya dalam otak ni. Mana yang aku rasa elok dan boleh disimpan, aku simpan. Mana yang buruk dan tak elok, tak perlu simpan. Tak payah la ditapis oleh orang lain. Kita sendiri yang tapis, lebih elok dan lebih berkesan.



Pagi tadi aku berdiskusi dengan Zura tentang hal persahabatan. Masing-masih ada pendapat dan sebab-sebab sendiri. Tapi yang pasti bagi kami, persahabatan ada sesuatu yang patut kekal lama dan berterusan dalam apa jua keadaan. Ya, suatu masa nanti aku dan Zura pasti akan terpisah tapi persahabatan tetap akan terus terjalin.



Nak balik rehat dan basuh kain (washing machine). Nak balik tidur dan erm... bersedia untuk pendaftaran esok.

25.6.04

Pendek Aje

Sesiapa yang baik hati, sponsor la laptop untuk aku. Senang aku nak buat assignment dan connect dengan hotspot WiFi. Hehehe. Ada ke patut minta sedekah. Tapi mana la aku ada duit nak beli laptop. Bukannya murah. Paling murah dan okay pun dekat RM3000. Jenuh aku nak kumpul duit banyak tu. Sponsor la... Sponsor la...

*WinK* *WinK* *WinK* (Dengan gaya mata simpati Puss In Boots cerita Shrek 2)

====

Kejap lagi nak pegi main futsal. Ada lawan pula harini. Ingatkan nak main saja-saja je. Malas sangat nak lawan sebab banyak pressure. Kalau takat main-main je, boleh gelak-gelak. Boleh buat lawak dan boleh rileks sikit. Ini sudahla playmaker takde, aku pun tengah mengantuk ni. Ingat nak balik awal kemudian tido.

====

Aku akan register masuk kembali ke UiTM hari Ahad ni. Minggu depan start class. Erk! Dah belajar balik. Boleh ke aku score 3.82 macam last sem lagi ni? Harap-harap boleh la ye. Kalau tengokkan subjek takde la susah sangat. Kalau nak susah pun subjek politik je. Subjek lain tu boleh la makan kalau aku prepare. Aku ingat nak register cepat-cepat lepas tu balik tido. Malas la aku nak pegi perjumpaan petang tu. Lama sangat nak tunggu dan takde apa yang menarik nak dengar. Alah, last sem pun aku tak pegi. Tapi sem ni aku mendaftar sorang-sorang. So, sapa nak temankan aku? Meh le. Aku belanja McD. Hehe.

====

Kawan aku sorang bising pada aku tanya kenapa web ni tak siap-siap lagi. Aku sekarang tengah kehabisan idea. Tatau apa nak design dan nak letak. Malas nak buat pun ye. Macam aku cakap sebelum ni, sampai rumah je, aku tengok TV dan tido. Tak sentuh apa-apa aplikasi dalam PC tu pun. Brain Drain agaknya...

23.6.04

Duit Lagi..

Hujung minggu ni mulalah aku kembali belajar di UiTM. Sibuk balik dengan assignment dan kelas. Harapnya tak bosan macam sekarang. Tambah-tambah ada subjek akaun. Aku cukup suka dengan subjek akaun. Aku tak kata senang tapi aku tak rasa susah. Bolehla. Dulu masa belajar pun time subjek akaun, aku dapat A. Itu pun malas tahap beruang koala nak study. Hujung minggu ni melayang RM1000 lebih untuk yuran belajar. Aku boleh ambil sikit tapi rasa rugi sangat kalau ambil sikit. Aku nak cepat habis. Boleh apply jawatan tinggi sikit.

Aku dok merungut pasal KWSP. Aku kerja kerajaan dan masa awal masuk dulu aku dah pilih skim pencen. Maksudnya aku tak payah nak mencarum ke KWSP sebab bila bersara nanti, aku dapat duit pencen tiap-tiap bulan iaitu lebih kurang 1/2 dari gaji terakhir. Tapi dah dekat dua tahun aku kerja dan dekat setahun aku diluluskan jawatan tapi KWSP masih tetap dipotong. Katanya aku kena tunggu sampai 3 tahun baru boleh dibatalkan KWSP tu. Lepas dari tu aku boleh keluarkan semuanya. Tak banyak pun tapi kira okayla kalau nak bayar muka beli rumah ke, beli kereta atau nak pegi haji. Cuma yang tak puas hati, bila tengok slip gaji untuk bulan ni, potongan yang sepatutnya tak seberapa dah naik jadi banyak. Pening kepala juga memikirkannya. Sudahlah nak pakai duit untuk bayar yuran belajar, KWSP pula 'curi' duit. Indi, KWSP tu sama macam CPF Singapore. :)

Sebab itulah agaknya pekerja kerajaan ni tak banyak menabung ye. Sebab diorang tahu bila bersara je, dapat gaji lagi. Bukan gaji je, duit gratuiti pun dapat. Kadang-kadang sampai ratusan ribu ringgit. Banyak. Lagi lama kerja lagi banyak duit gratuiti yang dapat. Patutla aku tengok pekerja kerajaan bila bersara senang-senang boleh buat rumah banglo dikampung sebiji. Patutlah orang yang suruh ayah buat pelan rumah rata-ratanya orang tua.

Erm.. Sudahlah. Penat aku nak menulis. Otak tengah blur sangat ni.

21.6.04

Bebel

Aku sementara waktu ni memang menjauhi aktiviti PC selain buat kerja di pejabat, tulis blog ni dan tengok TV (ye, aku tengok TV di PC). Main games pun tak, buat website pun tak dan apa-apa yang lain pun tak. Oh ye, kelmarin aku cuci PC aku luar dan dalam. Habis habuk aku buang. Korang patut buat macamtu sekali sekala. Tengok kipas dalam CPU tu kot2 dah penuh dengan habuk. Jangan tak cuci, silap-silap boleh terbakar CPU tu nanti. Tapi kalau tak reti, jangan buat. Terbakar duit pula nanti.

Harini seharian tak buat kerja di pejabat. Sebabnya memang takde kerja. Hujung minggu lepas aku dah siapkan semuanya (ini bukan rajin tapi terlebih laju buat kerja). Jadi harini aku rehat secara tak rasmi dan ianya sungguh-sungguh membosankan. Pegi library pejabat, aku kaut sebanyak mungkin National Geographics. Selak mukasurat je. Takde masa nak baca semuanya. Ye, majalah paling aku suka ialah National Geographics. Nerd? Orang bodoh je yang tak baca National Geographics. Dan orang bodoh je yang baca URTV, Media Hiburan dan majalah kecil yang tak habis-habis dengan cerita seks (pengajaran konon). Okay, tak bodoh tapi agak membazir.

Kenapa nak obses dengan aktiviti artis (define artist for me please - boleh ke panggil Yusry/Erra tu artis?). Kenapa nak baca cerita-cerita seks ganjil dan perkara pelik yang selalunya banyak imaginasi manusia dari realiti. Aku kata selalunya, maksudnya aku percaya tapi aku tak obses. Kalau korang pergi kedai buku, tengok mana orang melayu kita berdiri. Mesti depan majalah hiburan. Budak-budak melayu mesti terpinga-pinga atau paling tidak menjerit menangis ajak mak ayah dia keluar. Jarang nampak budak kecil melayu yang terperap dibalik susunan buku baca novel kanak-kanak, komik dan lain-lain yang berkaitan. Jarang sangat-sangat.

Lepas tu perihal aku suka tengok cerita omputeh dan baca bahan bacaan omputeh. Aku tengok je cerita melayu. Cerita P.Ramlee memang aku suka sangat. Aku suka Selubung, Soal Siapa, Layar Lara dan lain-lain lagi. Aku suka je baca novel melayu. Tapi banyak sangat yang tak bermutu. Novel melayu tak habis-habis dengan soal cinta. Macamtu juga wayang dan cereka melayu. Takde idea lain ke? Nak buat cerita hantu pun kena tapis itu ini. Pelik betul..

Aku nak tengok Shrek entah bila la dapat tengok...

20.6.04

Seorang Personal Computer

Senang kalau hati ni jenis macam software komputer. Tukar aje setting kalau tak serasi atau tak senang dengan setting semasa. Kalau rasa bosan, tukar je interface atau theme. Kalau rasa dah rosak, format je balik. Kalau lupa, restore je. Kalau nak cari sesuatu, taip je Find...

Kalau sakit hati, delete je perkara tu masuk dalam recycle bin. Kalau kecewa, uninstall je. Kalau gembira, simpan atau print banyak-banyak...

Senang ke?

18.6.04

Macam-macam.

Rugi betul rasanya terpaksa cancel satu subjek. Terpaksa sebab nanti clash dengan subjek lain. Nak tambah rasa malas pula sebab bila disemak, subjek yang sesuai diambil adalah untuk semester 4 ke atas. Aku tak nak melangkau jauh sangat. Semester 2 dan 3 nampak banyak sinambungan saja. Jadi baik aku teruskan sementara waktu. Jimat duit lebih kurng RM270. Sekarang pun tengah sempit ni. Takpelah, hasrat nak dapat sijil dekan semester ni terpaksa aku pendam dulu.

Sekarang tengah pening nak settle semuanya sebelum 23 hb ni. Kemudian 27 hb kena daftar. Bulan depan sudah mula kuliah. Penat + pening = aku tengah migrain.

====

Tol mahal? PLUS nak naikkan kadar tol? Hmm.. Lepas tu ramai la orang komplen katanya tak bertimbang rasa dan tak patut. Cuma kadang-kadang aku terfikir. Orang kita ni sanggup ambil loan berpuluh ribu RM, bayar bulan-bulan beratus-ratus RM dan harga kereta yang cukup mahal (berbanding dengan nilai matawang Malaysia), kita sanggup semua itu. Tapi bila harga tol mahal sikit, naik ke atau di set mahal, orang komplen. Kalau dah sanggup pakai kereta, kenalah sanggup bayar tol. Semua orang nak untung. Kita kena faham, syarikat di Malaysia ni suka bayar imbuhan untuk pengarah-pengarah (berapa ramai tu..) sebanyak mungkin. Duit yang patutnya disalurkan untuk improve keadaan jalan habis dibayar bonus untuk pekerja mereka (selalunya pegawai-pegawai). Itu tak termasuk duit kopi untuk orang-orang penting kerajaan lagi. Semuanya sebab nak jaga bisnes. Sebab itu kalau dilihat nak dikatakan tak munasabah, memang ye. Tapi hakikatnya begitu.

Mungkin orang macam kita ni berfikiran senang, lebih murah kadar tol, lebih ramai orang yang guna. Kompeni akan untung juga. Tapi kalau dah awal-awal start dengan harga yang mahal, persepsi orang dah jadi negatif. Alamak sekali jalan dah RM3.20 (NPE). Kalau mula-mula NPE cas RM2 mungkin ramai orang akan guna. Kemudian sikit-sikit naik dengan kadar kenaikan disemak dengan kadar yang lebih pendek. Apa salahnya begitu. Biarlah selari dengan peningkatan ekonomi rakyat. Ini sekarang dibeban dengan RM3.20. Lima tahun lagi? RM6.00 agaknya. Sebab masa diorang buat loan bina lebuhraya, minta banyak. Aku agak hairan kenapa harga NPE begitu mahal? Jalannya bukan baik sangat dan lebih banyak dibina diatas tanah kawasan setinggan dan rumah murah. Biarlah, aku naik motosikal. Cuma kadang-kadang waktu malam balik dari OT, aku akan lalu NPE dari PJ ke Kerinchi. Lengang dan sejuk. :)

====

Ingat nak beli Laptop. PC di rumah tetap ada tapi nak beli Laptop dan yang ada WiFi. Senang sikit nanti nak surf internet. Nak buat assignment dan nak dibawa kemana-mana. Tapi mahalnya laptop. Nak buat sendiri susah. Tak susah tapi barangnya susah nak dapat. Kalau macam PC, beli itu ini dah boleh siap sebuah. Tapi laptop, mana aku nak cari LCD? Mana aku nak cari casing? Mana aku nak cari MoBo dan komponen lain? Yang biasa aku nampak ialah HDD dan RAM. Itu je. Lain susah. Aku taknak yang besar bapak gajah dengan skrin 14 inci keatas. Kalau boleh aku nak yang skrin 10 inci je. Kecil pun takpe. Senang aku simpan dalam beg gendong aku. Aku bukan nak main games atau tengok VCD (mungkin sekali sekala). Aku cuma nak buat assignment dan menulis jurnal sebegini.

Takpelah, kalau ada cara, aku nak beli juga nanti. Tengoklah cos macamana nanti. Harapnya tak mahal sangat. Memang aku minat dengan Centrino tapi kalau dapat VIA pun takpe. Kalau AMD pun takpe. Asal RAM power dan grafik berpatutan. Spesifikasi? Ermm.. Prosesor tak kisah asal yang agak latest. RAM 256 minima. Grafik GeForce go atau Redeon. Tak kisah la. Kalau intergrated lemah sikit. Sebab aku nak pasang WinXP. HDD takat 40GB dah cukup. Tak payah CDRW atau DVD (kalau ada bagus). PC di rumah dah ada semua tu. Tak payah pun disket drive sebab aku senang pakai Thumb Drive. Sound integrated takpe. Kos? Tak lebih RM3500. Ada kot. Nantilah aku cari. Aku tak risau pasal waranti tapi built quality mesti ada. Kalau pakai sejam dah panas macam periuk nasi, baik tak payah.

Kalau banyak duit, nak cari Tablet PC. hehehe.

14.6.04

Fobia dan Api Dalam Diri Ini

Orang kalau fobia dengan sesuatu perkara atau keadaan, bila ianya datang kembali dapat dilihat bagaimana takutnya dia dengan keadaan atau perkara tersebut. Nak berhadapan atau hendak mengawal keadaan orang yang sedang fobia adalah begitu rumit sekali kerana walau seboleh mana kita cuba menenangkan hati mereka, ianya tetap sukar untuk diterima. Mungkin orang yang mengalami fobia adalah dari golongan mereka yang tidak tahan bersabar atau tidak tahan ditekan. Akibatnya mereka menjadi takut dengan bayang-bayang imaginasi sendiri.

Cuma sekiranya ada orang disekeliling kita yang sedang menghadapi fobia, sebaiknya kita tenangkan hatinya dengan tidak menekankan betapa tidak releven fobia mereka itu. Sebaliknya aku rasa kita perlu sokong ketakutkan mereka tetapi tidak menjurumus diri kita sendiri dengan ketakutan tersebut. Apa yang patut kita lakukan ialah memberi gambaran yang ikhlas dan memberi peransang untuk mereka supaya dapat mengawal perasaan kembali.

Tetapi kadang-kadang aku agak terkilan dengan sikap manusia. Seharusnya mereka lebih sensitif dengan keadaan sekeliling dan orang yang ada disekeliling mereka. Tidak patut mereka mempergunakan kelemahan orang lain atau membuat tidak peduli dengan perasaan orang lain. Simpatilah sikit. Kadang-kadang fobia ini begitu menekan jiwa seseorang hingga sampai tahap mahu membunuh diri. Sanggupkah kita membiarkan orang sebegini tersiksa dengan permainan minda mereka sendiri? Ada baiknya kalau sesuatu yang mereka fobia itu kita cuba elakkan dari timbul. Fahami keadaan dan bertimbangrasa.

Aku cukup bersimpati dengan seseorang kerana fobianya. Dan secara tidak langsung semua ini sebenarnya amat berkait rapat dengan aku. Namun aku begitu tenang dapat menghadapinya kerana mungkin kesabaran aku. Walaupun dalam jiwa ini penuh gelodak gelisah, tetapi diluar nampak begitu biasa. Seperti tiada apa yang berlaku. Sebaliknya dia begitu gelisah, susah hati, kecewa, sedih, takut dan serba serbinya tidak kena. Akibatnya aku yang menjadi mangsa fobia dia.

Cuma aku berjanji pada dia sekiranya ada orang yang cuba mengambil kesempatan atau mengganggu ketenangan hidup dia, akulah yang akan menjadi api membakar mereka-mereka itu hingga hangus agar tidak lagi mereka boleh menjadi manusia yang bermuka-muka. Jangan diuji kesabaran aku. Kata orang aku amat bersabar, mungkin ya. Cuma aku takut amarah aku nanti timbul akibat ini semua. Aku takut amarah aku akan membuat mereka 'cedera'.

Sejauh mana kesabaran aku ini? Entahlah. Mungkin makin menipis.

9.6.04

Macam Pandai Je nak Pomen WinXP Sendiri-Sendiri. Ni Hah Cara Orang Bodoh Macam Aku Buat Kerja. Grrr

Aku dah guna Microsoft Windows XP Professional sejak Oktober 2001. Sekarang di rumah aku masih gunakan WinXP Pro. Aku dah evaluate Win LongHorn dan kesimpulannnya masih terlalu awal nak diperkatakan. Tapi kalau dari gaya yang aku nampak, memang amat menarik dan lebih best dari WinXP. Tapi forsure LongHorn akan memerlukan ruang HDD yang besar dan RAM yang melampau besar.

Berbalik kepada WinXP. Banyak yang aku pernah alami masalah mengenai WinXP ni. Tetiba je timbul 'Blue-Screen-of-Death' yang menandakan secara senangnya korang perlu install balik WinXP. Kalau WinXP tak boleh nak run, ada beberapa sebab. Selalunya samada hardware rosak (Hard Disk, RAM dan lain-lain), Kernel WinXP tu dah korup. Registry dah mabuk dan lain-lain yang sebenarnya korang tak nampak ianya berlaku sebab semua tu banyak berpunca dari segi teknikal. Tapi yang pastinya kalau PC korang tu bila on dan nak masuk WinXP, tapi terus sampai ke skrin biru, itu tandanya WinXP korang problem. Penyelesaian?

Aku tak sepandai yang disangkakan dalam hal nak perbaiki semua ni. Tapi kalau bercakap berdasarkan pengalaman, bolehla sikit-sikit. Aku guna PC yang dipasang sendiri, jadi kalau PC jenis Compaq, HP, IBM, Acer (ni boleh tahan), DELL dan sewaktu dengannya, cara penyelesaian agak berbeza (bukan sikit, banyak!).

Kalau WinXP rosak, ini solution aku. Mula-mula sekali mesti ada CD WinXP, tak kirala pirate ke original. Tapi yang pastinya CD tu kena Bootable, maksudnya kalau start PC, CD WinXP boleh dibaca terus. Start-Up Disk? Betapa punya kuno la idea ni. Korang kena masuk BIOS. Tau ke BIOS tu apa? Kalau tak tahu, tak payah buat. Kalau nak buat juga, meh ikut cara ni. Memula ON PC. Pasti korang akan nampak salah satu ayat dia kata "To Enter BIOS, Press F2" atau F10, atau tekan DEL dan lain-lain lagi. Tekan je button tu banyak kali sebaik saja ON PC tu sampai la masuk BIOS system. Apasal aku suruh masuk BIOS ni? Sebab aku nak suruh korang tukar Boot sequence. Aturan PC membaca maklumat dalam PC. Biasanya kalau setting asal PC akan baca drive A: dulu, kemudian baru drive C: (Hard Disk korang). Cari dalam BIOS tu mengenai Boot Sequence (kalau nak pasti, cari yang ada tulis A:, C: atau D:. Kalau dah jumpa tu, tukar Boot Sequence tu suruh PC baca CD-ROM dulu. Sudah tukar (dan jangan lupa masukkan CD WinXP dalam PC korang tu), restart PC tu balik.

Bila dah restart, tunggu sampai PC baca CD WinXP. Nanti dia cakap, kalau nak start guna WinXP CD, tekan enter, atau F8 (aku dah lupa). Ikut je. Nanti PC akan start guna CD WinXP tu. Tunggu sampai screen yang ada cakap, korang nak install balik ke, nak baiki WinXP tu ke atau ermm... lupa dah yang lain tu. Pilih REPAIR WinXP. Jadi biarlah PC korang tu REPAIR WinXP tu sendiri sampai jadi. Lepas siap PC akan suruh RESTART. Masa RESTART, masuk balik BIOS Setting, tukar balik suruh PC baca Hard Disk (Drive C:). Kalau ianya boleh masuk macam biasa, maknanya WinXP korang dah okay. Kalau tak, maksudnya korang kena INSTALL balik WinXP tu (guna cara atas tapi jangan pilih REPAIR, sebaliknya pilih INSTALL WINXP). Beranikanlah diri anda untuk mencuba. Tapi kalau ada data penting dalam PC korang tu, harap cabut Hard Disk korang kemudian cari rumah kawan yang ada PC, connect HDD korang pada PC dia dan save segala data yang penting tu. Ini aku cakap berdasarkan apa yang aku buat. Cara orang bodoh je ni. Tapi mujarab. Tapi kalau korang tak berani, tak payah buat. Hantar je kekedai PC, sama juga proses dia nanti.

Kalau korang guna PC BRANDED (aku tak tahu kenapa orang sanggup bayar lebih untuk beli nama), ini cara yang korang patut guna. Pastinya setiap PC BRANDED akan disertakan dengan RECOVERY DISK. START PC korang, masuk Recovery DISK, kemudian RESTART (Sebab biasanya orang tak selaju PC nak kejar masa dia boot up). Ikut aje arahan yang dia cakap pada PC tu. Kalau korang tak faham juga, baca BUKU MANUAL yang company sediakan. Kalau semua tu takde, adakah korang membeli PC BRANDED celup? Haha. Kadar keberkesanan? 50-50. Bergantung cara korang ikut arahan. Kalau betul, okay jadinya. Sebab korang mesti ingat, biasanya masa di kilang, PC tu diinstall cara macam tu juga. Takde kerja diorang nak install program satu-satu dalam PC korang. Diorang pakai Ghost atau Disk Clone. Biasanya Recovery Disk yang diberikan itu ialah Ghost yang aku maksudkan. Risiko? Besar. Kemungkinan besar habis data korang akan hilang. Kalau tak sayang data, tak kisah la. Kalau sayang data, macam aku cakap tadi, pergi cari kawan.

WinXP ni tak sesusah Win3.11, Win95, Win98, WinMe dan Win2000 (semua aku pernah guna). Ianya direct dah agak mudah. Jangan panik. Baca manual betul-betul (kalau PC branded). Tapi kalau PC branded yang masih ada waranti, baik guna waranti tu. Jangan bazir. Kalau PC Clone, kalau tak reti buat, ada baik pergi kedai atau cari member yang reti buat.

Aku beri penerangan ni bukan berdasarkan cara yang sepatutnya. Tapi berdasarkan cara yang aku fikir senang dan 'clean'. Satu cara untuk memastikan data korang selamat, buat partition pada hard disk korang. Satu partition install semua software termasuk WinXP (biasanya Drive C:), satu partition lagi save segala data korang (biasanya Drive D:). Jadi kalau WinXP problem, korang boleh install balik tanpa perlu risau data korang hilang. Lagi baik, beli lagi satu hard disk. Itu yang lebih selamat. Tak pun cari CDRW. Burn data korang dalam CDRW sebulan sekali, sebabnya CDRW boleh rewrite jadi takde la merugikan CD. CDRW pun sekarang dah murah, tak sampai RM200. Kalau rasa banyak duit, beli je DVD-RW+-. Itu korang boleh clone satu hard disk. Senang. Sekarang pun dah murah, tak sampai RM500.

Aku tak bertanggungjawab kalau PC korang hancur terus. Tapi rasanya tak. Cuma sebagai kepastian, hantar kedai kalau betul-betul tak tahu buat. Kalau tahu, baiki yang mana patut je. Jangan menggatal pegi solder Mobo atau RAM atau apa yang boleh di solder. Macam terer je.

Macamana nak pastikan WinXP sentiasa okay. Aku dah jalan WinXP yang ada dalam PC aku sekarang ni sejak awal tahun ni walaupun aku sebenarnya takde sebab nak reinstall WinXP tu balik haritu. Sebulan sekali jalankan tools seperti Disk Defragmanter, Scan Disk dan Disk CleanUp. Buat benda tu walaupun WinXP kata tak payah. Install Norton Systemworks sebab dalamnya ada tools yang amat berguna nak jaga PC korang selain boleh protect korang dari virus dan hack. Jangan sesedap rasa download segalanya dari internet. Ada kalanya program dari internet atau data dari internet ni dah tainted atau tercemar. Risiko banyak. Jangan delete program sesuka hati. Kalau nak buang program, guna Uninstall atau Add/Remove Program. Itu cara yang lebih baik.

WinXP ada fungsi Restore. Caranya ialah Masuk START-ACCESSORIES-... SYSTEM RESTORE. Lagi baik setiap tiga bulan buat RESTORE POINT yang baru. Kalau PC korang tak boleh nak masuk WINXP, masuk START PC, tekan F8 sejuta kali. Heh. Tekan F8 sampai masuk ke screen yang ada pilihan samada nak jalan WinXP secara biasa, VGA mode, dan macam-macam mode lagi termasuk SAFE MODE. Pilih SAFE MODE. Kalau boleh masuk, bagus. Pergi balik START... SYSTEM RESTORE. Pilih RESTORE MY COMPUTER TO A SPECIFIC RESTORE POINT. Pilih la yang sebelum tarikh PC korang tu problem. WINXP akan try RESTORE PC korang tu kembali ke keadaan PC korang okay. Harap-harap okay. Cuba yang ini dulu ye (UNTUK INDI). Sejak aku cuba, tak pernah lagi aku ada masalah melainkan aku RESTORE pada tarikh lepas PC aku rosak.

Cubalah ye. Kalau jadi, korang boleh tepuk bahu korang sendiri dan ucapkan tahniah (kalau nak bersorak sorai gembira pun boleh). Kalau tak boleh, buatlah perkara-perkara berikut; tarik rambut, hentak kepala ke dinding, sumpah seranah PC dan aku, bakar PC (pastikan ada bomba dikeliling), beli PC lain, hantar kedai (dan korang akan disumpah seranah oleh tokay kedai), sorok PC bawah katil (anggap ianya harta karun).

Ada juga Website yang boleh membantu, contohnya
TOM'S Hardware

Selain dari itu, aku rasa korang baik la baca journal lain juga. Ada buat kerja korang tu. Atau tido...