4.1.08

Fikiran Singular Dalam Dunia Majmuk

Selalu ada situasi di mana kita suka 'melonggokkan' sekumpulan manusia atau objek dalam golongan-golongan dan gelaran-gelaran tertentu. Contohnya orang melayu malas,
kereta Proton tak bagus, orang India jahat, orang Cina kaki judi, kaunter kerajaan servis teruk dan macam-macam lagi. Bukan saja layman macam aku dan kamu, malah golongan pemikir dan orang yang perasan bagus pun selalu berbuat demikian. Entah kenapa ianya berlaku tapi mungkin kerana manusia malas hendak berfikir. Nah, aku sendiri telah melonggokkan manusia sebagai golongan yang malas berfikir.

Akibatnya persepsi manusia lain yang membaca penulisan kita menjadi tertumpu semacam jarum dengan andaian-andaian yang kita lakukan. Aku kurang suka keadaan begini. Kerana ianya bersifat tidak adil dan sedikit sebanyak berlaku diskriminasi dalam kehidupan. Apa hak kita hendak merangkumkan sesuatu golongan dan objek kepada satu kesimpulan mudah sedang kita sendiri punyai corak hidup yang kompleks dan tidak sama antara satu sama lain.

Adakah wajar kita katakan yang orang Kelantan itu bersifat kenegerian hanya kerana mereka lekat sticker jata negeri Kelantan di kenderaan mereka? Atau wajarkah kita kata kereta Proton itu teruk kualitinya sedang ada orang lain yang cukup sukakan kereta itu? Atau, adakah wajar kita klasifikasikan kaunter-kaunter kerajaan sebagai menyusahkan hanya kerana kita terpaksa tunggu lebih 5 minit untuk dilayan?

Generalisasi sesuatu golongan dan perkara adalah hasil mudah untuk menyelesaikan persoalan-persoalan sosial. Sedang kita lupa hidup kita sebenarnya unik dan tidak sama antara satu sama lain. Kalau tidak, kita tak perlu kepada ayat/perkataan singular kerana yang majmuk sudah cukup untuk merangkumkan semua. Kalau begitu, baik saja kita kata si pemabuk minum arak adalah sang bodoh yang minum benda-benda yang diperam masam. Cukup begitu andaian manusia yang simple, bukan?

1 comment:

bayah said...

Pada pandangan saya...

The tendency to generalize is a habit, cultivated from upbringing and environment. Kalau seorang budak dari kecik nampak ayahnya kencing berdiri, besar kebarangkalian yang dia apabila besar akan kencing berdiri. Kalau ikut pepatah tu, berlari lagi. Maka kalau ibu-bapa biasa membanding-banding dan hentam umum saja keburukan atau kelebihan sesuatu golongan, maka anak-anak akan ambik iktibar dan mengikut, selagi mereka tak boleh bezakan yang baik dan buruk, yang benar dan salah.

Having said that...rasanya perubahan sentiasa boleh bermula dari diri kita sendiri apabila kita dah dewasa dan sedar kekurangan pendidikan kita. Bukan nak cakap mak bapak kita 100% salah, tapi mustahil ada manusia yang 100% betul kan?

Nak mengawal orang lain untuk tidak generalize sesuatu, kuasa kita sebagai individu mungkin tak memadai. Tapi kita boleh set contoh. Kita anggap semua perkara dan semua orang unik dan berbeza antara satu sama lain, dan kita elakkan dari menghakimi segolongan besar hanya kerana pengalaman dengan seorang dua atau sepuluh seratus sekalipun dari golongan itu.

Easier said than done, but we can always start with ourselves. Rasanya awak mempersoalkan pasal generalisasi ni, awak pun dah aware that it's not right. And you've done steps to make it right for yourself :)

Post a Comment