8.1.08

Lights-Off

Ingat masa sekolah dahulu, semasa di asrama waktu malam sebelum tidur? Ini khusus untuk orang yang pernah bersekolah di sekolah berasrama penuh atau sekurang-kurangnya sekolah yang ada asrama pelajar. Cukup susah hendak tidur. Kalau kita tahu lights-off jam 11 malam, maka itulah masa paling susah hendak lelapkan mata, kecuali kamu terlalu letih.

Masa aku form 2, warden MRSM Balik Pulau memang seorang yang garang. Cikgu Hamid namanya. Biasanya grill pintu akan dikunci menjelang lights-off untuk mengelakkan student keluar masuk tak tentu pasal. Jadi bila jam 11 malam je, lampu akan terpaksa dipadamkan tapi suara-suara masih bising. Kalau ada jeritan suruh diam pun, datangnya dari brader Hislimas atau brader Akram Shah, anak Sanusi Junid (brader lain aku sudah lupa nama mereka) suruh diam. Diam saja, bukan suruh tidur.

Memandangkan setiap kubikel tidur kami ada lampu sendiri, maka cara paling mudah untuk terus berjaga ialah pasang lampu tersebut dan selubungnya dengan kain, biasanya tuala. Jadi boleh terus study atau buat apa saja dalam kelam malam. Acara paling biasa bagi bebudak masa itu ialah merokok. Aku tidak termasuk dalam golongan itu kerana aku tak nampak apa motif merokok. Tapi tak pula aku biarkan saja. Aku tolong-tolong jaga line takut-takut tiba-tiba warden datang entah dari mana. Seingat aku, warden blok aku adalah cikgu Tengku Lokman yang boleh kata slow dan baik. Takde la garang macam cikgu Hamid. Cikgu Hamid tu sendiri pun takde la garang mana sangat pun. Dia cikgu ragbi maktab so aku tahu memang dia tak berapa garang.

Suatu malam entah apa yang bermain difikiran aku, lepas lights-off, aku masih bising-bising. Ada member suruh aku diam sebab katanya warden sedang buat check. Aku cakap tak perlu risau sebab grill dah kunci maka dia takkan boleh masuk. Tak sampai sesaat aku cakap, tiba-tiba ada sergahan dari tingkap bilik. Cikgu Hamid di situ marah aku. Panik juga. Entah dari mana dia datang.

Apa la motif aku cerita ini semua. Aku pasti yang mahu baca dan tersenyum pun adalah member-member ex-MRSM Balik Pulau aku je. Kalau boleh, hendak saja setiap post aku ceritakan mengenai kenangan masa lalu di sana. Tapi ianya akan menjadi begitu lame dan tidak menarik kalau difikirkan balik.

2 comments:

Grungemann said...

Lame kalau yang membaca tak mengalaminya sendiri. Tapi untuk yang ada disana pada ketika itu, kenangan yang manis/pahit bertubu-tubi merempuh fikiran sampai kekadang jadi rindu pada saat & ketika itu..walaupun digelar alcatraz oleh kita.

aku_ayu said...

cerita le.. suka baca.. senyum sorang2 bila baca..

Post a Comment