25.1.08

Sakit Kaki

Tumit kaki aku sakit. Sakit gila. Nak berjalan pun agak susah. Ini bukan sakit baru, sudah berlaku sejak sebelum aku ke Cameron Highlands tempohari. Tambahan pula semasa di Cameron, aktiviti yang dilakukan agak lasak dan aku perlu sentiasa berjalan dan berlari kesana kemari, ini menambahkan lagi rasa sakit pada tumit aku. Nasib ketika di sana aku guna kasut sukan yang bertapak lembut, bukan kasut kerja. Di pejabat, aku cuma pakai sandal Rider aku yang ada gel di bahagian tumit. Ini mengurangkan rasa sakit. Tapi kalau aku berkaki ayam di rumah, memang pedih tumit aku.

Semalam pula aku pergi berjogging, memang cari nahas. Sampai sekarang rasa sakit pada tumit kaki masih ada. Jalan pun terhencot-hencot. Aku perlu kurangkan bergerak buat sementara waktu. Nasib baik aku tidak diarahkan kemana-mana buat masa sekarang. Boleh duduk saja di pejabat dan rumah.

1 comment:

ilah said...

akupun sakit jugak..apasal ek??

Post a Comment