30.12.08

Ritual

Aku tiada ritual setiap tahun baru menjelma. Tidak seperti pada setiap hari lahir aku dimana aku akan ke restoran makanan segera dan makan seorang diri, tahun baru tidak membawa apa-apa makna bagi aku. Ianya seperti hari-hari biasa yang perlu aku lalui. Seterusnya bersedia untuk 53 hari berikutnya sehinggalah tiba tarikh hari lahir aku. Aku akan makan sendirian di restoran makanan segera.

Jangan kata kesian atau loner. Aku fikir itu hadiah kecil untuk diri aku. Aku biasanya duduk makan sambil membaca surat khabar atau majalah National Geographic, baik keluaran terbaru atau pun koleksi lama yang aku beli dengan harga RM7 sebuah. Nak turut serta? Silalah. Aku tidak menghalang. Cuma waktu itu biasanya aku diam seorang diri. Kerana aku tidak boleh lakukannya di dalam keretapi komuter (terlalu ramai pendatang), untuk berseorang diri. :-) Aku hendak sangat di hari lahir nanti, atau pada tahun baru nanti, aku naik keretapi komuter ke Pelabuhan Klang, mungkin. Melihat senja. Atau di mana saja yang boleh aku melihat langit dan awan dan suasananya, sambil merasa damai.

Mungkin pada tahun baru yang akan menjelang nanti, aku akan lakukan itu. Cuma, aku pasti dalam komuter nanti akan ada terlalu ramai orang, terutama pendatang asing. Aku tidak bencikan mereka. Aku cuma lihat mereka terlalu asing. Itu saja.

Ya, itu mungkin ritual tahun baru aku yang mendatang. Siapa tahu.

Menilai Hidup Ini - Babak 14

"Saya baru nak lunch dan makan malam. All in one macam fotostat juga. Tak sempat makan tadi. Awak dah makan?"

"Tak makan lagi. Takde orang ajak. Makan dulu, okay. Nanti sakit perut. Kesian, banyak sangat kerja awak. Jaga kesihatan. Jauh sangat nak tolong jaga."

"Ala, makan le... Ala awak, kalau jodoh, tak jauh pun nak jaga. Awak makan ye."

"Huh? Terasanya..."

Izzurina

Aku sedang mencari seseorang. Kemungkinan dia merupakan "first love" aku, sekitar umur aku 8 - 9 tahun. Bukan "first love" rasanya, cuma perasaan suka. Dan, aku hampir menemuinya. Tidak, bukan bersua muka. Cuma melalui Facebook dan Tagged. Aku mahu pastikan mereka itu adalah dia.

Ya, itu adalah dia. Cukuplah. Aku tahu dia masih ada. Aku cuma ingin tahu.

:-)

"Idan, kereta mak Izu... Tu dia ada di belakang" Sambil kereta Ford Laser meluncur laju melintasi hentian bas tempat aku dan seorang rakan duduk.
"Ye, memang dia"
"Kenapa engkau suka dia?"
"Sebab dia cantik" Jawab aku ringkas.

Umur lapan tahun sudah pandai ye... 

Honey And The Moon



Honey And The Moon - Joseph Arthur

Don't know why I'm still afraid
If you weren't real I would make you up
now
I wish that I could follow through
I know that your love is true
and deep
as the sea
but right now
everything you want is wrong,
and right now
all your dreams are waking up,
and right now
I wish I could follow you
to the shores
of freedom,
where no one lives.

Remember when we first met
and everything was still a bet
in love's game
you would call; I'd call you back
and then I'd leave
a message
on your answering
machine

But right now
everything is turning blue,
and right now
the sun is trying to kill the moon,
and right now
I wish I could follow you
to the shores
of freedom,
where no one lives

Freedom
run away tonight
freedom, freedom
run away
run away tonight

We're made out of blood and rust
looking for someone to trust
without
a fight
I think that you came too soon
you're the honey and the moon
that lights
up my night


But right now
everything you want is wrong,
and right now
all your dreams are waking up,
and right now
I wish that I could follow you
to the shores
of freedom
where no one lives

freedom
run away tonight
freedom freedom
run away
run away tonight

we got too much time to kill
like pigeons on my windowsill
we hang around

ever since I've been with you
you hold me up
all the time I'm falling down

But right now
everything is turning blue,
and right now
the sun is trying to kill the moon,
and right now
i wish i could follow you
to the shores
of freedom
where no one lives

freedom
run away tonight
freedom freedom
run away
run away tonight

9 Crimes



9 Crimes
Damien Rice feat. Lisa Hannigan

Leave me out with the waste
This is not what I do
It's the wrong kind of place
To be thinking of you
It's the wrong time
For somebody new
It's a small crime
And I've got no excuse

Is that alright?
Give my gun away when it's loaded
Is that alright?
If u don't shoot it how am I supposed to hold it
Is that alright?
Give my gun away when it's loaded
Is that alright
With you?

Leave me out with the waste
This is not what I do
It's the wrong kind of place
To be cheating on you
It's the wrong time
She's pulling me through
It's a small crime
And I've got no excuse

Is that alright?
I give my gun away when it's loaded
Is that alright?
If you dont shoot it, how am I supposed to hold it
Is that alright?
I give my gun away when it's loaded
Is that alright
Is that alright with you?

Is that alright?
I give my gun away when it's loaded
Is that alright?
If you don't shoot it, how am I supposed to hold it
Is that alright?
If I give my gun away when it's loaded
Is that alright
Is that alright with you?

Is that alright?
Is that alright?
Is that alright with you?
Is that alright?
Is that alright?
Is that alright with you?

No...

29.12.08

Menjelang 365 Hari

Tahun baru sudah aku sambut awal.

Kelmarin aku pasangkan langsir baru di jendela. Aku juga beli rak menggantung tuala (yang selama ini aku gantung di jendela) dan rak menyangkut baju. Aku juga telah makan 6 ketul donut Big Apple semalam setelah aku makan 3 ketul donut yang sama kelmarin. Memang aku cari penyakit agaknya.

Kalau hendak diikutkan hati, aku mahu membeli sebuah gitar akustik. Aku mahu belajar main gitar hingga aku boleh menghasilkan lagu melaluinya. Kemudian aku terlihat piano. Menarik juga. Berlajar main piano tidaklah susah. Aku pernah belajar sedikit-sedikit dulu semasa di MRSM BP dengan piano di dewan. Tetapi tidak sampai tahap berani untuk bermain di hadapan orang ramai seperti yang Azrul Hanidy lakukan. Kamu masih ingat?

Namun, piano agak mahal harganya dan besar saiz. Jadi aku fikir aku akan beli gitar saja nanti. Kemudian aku teringatkan biola ayah (mungkin bukan ayah punya) di bawah katil di kampung. Tiada tali dan penggeseknya juga sudah hilang. Menarik juga kalau aku cuba baikinya. Nanti aku balik kekampung, akan aku tanya di mana biola itu sekarang.

Seterusnya novel. Ahh... novel. Bila lagi hendak aku teruskan perkara ini. Kamu tahu, jalan ceritanya sudah ada tertanam dalam benak otak ini. Kesana kemari dan setiap hari ada saja yang boleh aku tambah. Cuma aku ada sedikit masalah. Aku fikir dalam menulis novel, ayat pertama yang membuka cerita mestilah bombastik atau sekurang-kurangnya begitu menarik menyebabkan orang mahu terus membaca. Aku belum jumpa ayat tersebut. Atau mungkin sebenarnya tidak perlu sampai begitu sekali? 

Bagi orang yang bercita-cita hendak menulis novel, aku bukanlah seorang pembaca novel. Malah sebuah novel yang aku baca baru-baru ini aku tinggalkan di permulaan jalan lagi. Peliknya membaca novel sekitar tahun 60an. Apatah lagi dengan susunan ayat yang pelik dan berjela-jela. Hendak aku baca novel moden, aku tak fikir aku sanggup. Agaknya aku mahu lari dari cliche dan aku tidak mahu terpengaruh dengan gaya penulisan dan jalan cerita mereka. Jadi sekurang-kurangnya bila orang baca nanti dan bila orang berkata,

"Dan, gaya penulisan engkau macam si polan, si polan..."
"Ye ke? Aku tidak pernah baca novel mereka. Aku tidak pernah baca novel sejak 5 tahun lalu."
"Betul ke ni?"

Mungkin agak menarik untuk melihat mereka terkejut ketika itu. Hehehe...

Kemudian mengenai kerjaya. Sebenarnya bodoh juga aku ni. Sepatutnya aku tidak melengahkan masa untuk mengambil ujian dan temuduga naik pangkat. Kalau aku laluinya tahun ini, aku sudah naik pangkat pun. Sekarang aku beri alasan yang aku akan lalukannya tahun hadapan. Kamu fikir aku akan buat? Lalu aku beri alasan; banyak kerja, sibuk, tidak tahu ada periksa dan lain-lain lagi. Orang lain yang seangkatan atau lebih junior dari aku sudah ambil periksa dan sudah lalui temuduga dan ada antara mereka yang telah berjaya. Tidak mustahil ada antara mereka yang akan jadi ketua aku nanti. Apa agaknya aku rasa ketika itu ya?

Dalam pada itu, kerja aku memang sebenarnya semakin sibuk. AKPM akan menjelma tahun depan. Laporan tahunan perlu aku siapkan sebelum Mac dan segala macam kerja lain yang perlu aku selesaikan segera. Entahlah. Kadang-kadang aku fikir tidak logik juga kerja aku ini. Bukan urus niaga utama organisasi aku tapi sibuknya Tuhan saja yang tahu. Dan yang memerlukan kreativiti. Amat penat tau tak. Penat hendak fikir konsep dan segalanya sekiranya kamu sekadar belajar semua itu melalui buku dan pengalaman sendiri.

Aku akan lama di bahagian aku sekarang. Itu pasti. Selagi aku belum temui orang yang boleh buat kerja seperti yang aku buat sekarang, jangan harap aku akan kemana. Malah kalau naik pangkat sekalipun nanti, tempatnya tetap sama. Lakukan kerja yang sama. Nasib juga sebab sekarang aku masih sukakan dengan kerja yang aku lakukan ini. Tiba masa aku fikir aku tidak boleh pergi lebih jauh lagi, waktu itu baru aku fikir aku akan minta tukar ke bahagian lain. Orang kata aku rugi sebab aku tidak bekerja di bahagian yang melibatkan urus niaga utama. Banyak yang aku tidak tahu mengenai proses urus niaga. Maaf, betul dan tidak. Betul banyak yang aku tidak tahu. Tapi tidak, aku takkan tidak tahu selamanya. Aku akan belajar dan akan aku akan usaha sehingga aku mahir dengan apa yang aku hadapi. Aku bukan tunggul kayu.

Akhirnya, mengenai hidup ini. Mungkin dalam beberapa catatan lepas aku cerita gembira hidup ini kerana seseorang. Ya, betul ada seseorang itu. Tetapi tidak, masih belum ada apa-apa yang berlaku. Jadi, biarkan dulu. Kalau ada seribu orang kata aku rugi dan akan menyesal nanti, biar juga. Seribu orang itu tidak faham keadaan sebenar.

Tahun baru aku memang bermula agak awal. Tiada azam. Aku tidak pernah berazam kerana aku tahu aku takkan boleh menunaikan azam tersebut. Jadi aku teruskan saja hidup aku seperti mana yang telah aku lalui sejak 33 tahun lalu. InsyaAllah, apa yang mendatang, akan aku tempuhi dengan sabar. Jangan kamu risau, okay.

Selamat Menyambut Tahun Baru. Semoga damai hati dan hidupmu sepanjang masa. 

Mengenai Laman Web MRSM Balik Pulau

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1430.

Selesai aku menonton Remember The Titans tadi, aku terfikirkan sesuatu. Pada tahun 1990 dan 1992, MRSM Balik Pulau pernah menjadi johan pertandingan bola sepak antara sekolah di Pulau Pinang untuk peringkat umur bawah 15 tahun dan bawah 18 tahun. Begitu hebat pasukan bola sepak MRSM BP ketika itu hingga amat disegani di Pulau Pinang. Seingat aku, sepanjang musim pertandingan bawah umur 15 tahun pada tahun 1990, MRSM BP menang semua perlawanan hingga ke perlawanan akhir. Itu mungkin suatu rekod, aku tidak pasti. Kemudian pasukan yang sama mengulangi kehebatan mereka pada peringkat umur bawah 18 tahun, dua tahun kemudian. Memang hebat.

Cuma, bila aku pergi mengunjungi laman web MRSM Balik Pulau, tiada semua maklumat itu. Agaknya maklumat sebegitu tidak penting seperti maklumat akademik; keputusan peperiksaan, jadual peperiksaan dan segalanya yang mengenai akademik. Jadi, apa motif diadakan pertandingan sukan antara sekolah dan dihantar pasukan untuk bertanding? Sekarang memenuhi syarat? Atau sekadar memberi ruang untuk pelajar bersukan?

T.C.Williams High School yang digambarkan dalam filem Remember The Titans begitu bangga dengan kehebatan pasukan American Football mereka pada tahun 1971 sehingga nama Gerry Bertier, ketua pasukan diabadikan sebagai nama dewan sukan di sekolah tersebut. Cuba beritahu aku, berapa banyak nama dewan sekolah di Malaysia ini diberikan sempena nama bekas ahli sukan yang pernah mengharumkan nama sekolah mereka? Kalau ada bekas pelajar yang diabadikan nama di sekolah mereka, kemungkinan besar kerana pengaruh politik mereka. Itu saja. Politik akan memberi nama ke atas apa saja. Sukan? Jangan harap.

Jadi, jangan haraplah kamu hendak dengar Dewan Besar MRSM BP itu ditukar nama kepada Dewan Jamal Khir atau Dewan Hadzrie Khan atau Dewan Hizaruddin Hassan. Hehehe... Jangan harap. Melainkan kamu jadi ahli politik yang hebat, sekurang-kurangnya taraf menteri. Kerana itu realitinya di Malaysia ini. Sedang rakyat Malaysia ini umumnya sukakan hiburan dan sukan, ahli politik sajalah yang sebenarnya mendapat nama dalam bidang sukan. Agak pelik. 

Berbalik kepada laman web MRSM BP. Bagi aku ianya adalah laman web yang mengecewakan. Tiada momento untuk pelajar lama disitu. Jangan harap. Sedang dalam perpustakaan aku pasti banyak rekod-rekod mengenai peristiwa lama di maktab tersimpan, tetapi tiada usaha untuk dipaparkan di laman web berkenaan. Ianya terlalu akademik hingga membosankan. Perkara pertama yang terpapar di laman web berkenaan adalah jadual persekolahan, jadual pendaftaran pelajar baru dan juga jadual serta keputusan peperiksaan. Akademik semata-mata. Aku juga tidak faham apa motif meletakkan gambar sekumpulan ahli kadet laut sebagai gambar depan laman web maktab? MRSM BP bukan sekolah dibawah Kementerian Pertahanan!

Aku hendak sangat tengok kalau mereka berani letak slogan yang ada di satu papan tanda di tepi padang maktab,

"Home of The Cougars"

Takkan mungkin kot. Atau sekurang-kurangnya ada sudut peristiwa yang memaparkan kehebatan MRSM BP dulu hingga sekarang. Barulah nampak menarik. Sedikit...

24.12.08

Menilai Hidup Ini - Babak 13

Siang.
Fikiran bercelaru. Begitu banyak andaian yang terbang keluar dari benak fikiran ini mengenai dia. Sehingga senja, aku seperti mahu berputus asa saja dan biarkan berlalu apa jua rasa yang terpendam di jiwa.

Tiba malam.
Sedang dalam sibuk suasana, telefon berdering. Dia menelefon.

"Hi awak."
"Hi comel. Saya dok terfikirkan awak. Awak sihat?"
"Ye ke? Awak sibuk ke? Sihat."
"Ada bengkel ni. Tapi takpe, cakap sajalah. Ada apa?"
"Awak, sebenarnya saya takde tempat hendak mengadu. Saya teringatkan awak, jadi telefonlah."
"Ada apa?"
"Saya cuma nak bagitau saya senang hati sangat hari ini. Saya berjaya buat sales. Suka sangat sampai tak tahu nak cakap apa."
"Tahniah awak. Untungnya awak. Ini kira hadiah hari jadi awak la ye."
"Bukan takat hadiah hari jadi je, ini first sales company saya untuk season baru."

Dan seterusnya kami berbual hampir 10 minit lamanya. Suaranya sebak, bukan kerana bersedih. Tetapi sedang amat gembira. Dan kepada aku, diluahkan semua perasaan ini. Aku cuma mendengar dan sekali sekala menyampuk. Biarkanlah. Ini masa dia hendak meluahkan perasaan. Aku perlu jadi pendengar yang baik.

Aku tahu, sebenarnya aku perlu lebih banyak bersabar. Dia tidaklah jauh dari aku. Dia sebenarnya amat dekat. Seperti berada di sisi aku tanpa aku sedari. Malam tadi aku sedar, dia memang sedang berada di sisi aku. Aku mendengar suaranya yang sebak menceritakan gembira hatinya seperti aku melihat dia bercerita di hadapan diri ini.

Kalau itu juga aku tidak boleh sedari situasinya, entah apa lagi yang boleh. Aku sepatutnya baring di atas tilam empuk hotel ini, padamkan lampu, pejamkan mata, tidur dan senyum. Aku patut bisikan di telinga aku,

"Idan, dia benar-benar sukakan kamu."

:-)

Aku Di Kota Bharu - 3

Lain kali aku tidak perlu merancang. Lebih baik, aku gantung saja kamera di leher setiap masa dan ke mana saja aku pergi. Jadi aku tidak perlulah kecewa bila petang aku rancang mengambil gambar, hujan turun lebat.

Sempat juga aku merakamkan beberapa shot gambar. Selebihnya aku cuma berjalan melihat keadaan. Agak sukar hendak mengambil gambar di Kota Bharu tanpa diperhatikan orang. Atau aku sibuk memerhatikan orang. Tiada bezanya suasana di Kota Bharu dengan bandar-bandar besar lain. Manusianya, sosialnya, keadaannya masih tetap sama.

Cuma, orang cina di Kota Bharu jauh lebih peramah. Atau orang cina di pantai timur secara umumnya jauh lebih peramah dan selesa berbual dalam bahasa Malaysia tanpa masalah.

Mungkin esok aku boleh lakukan sesi fotografi lagi. Kalau tidak berpeluang juga, lain kali sajalah.

23.12.08

Aku Di Kota Bharu - 2

Masih banyak lagi kerja yang perlu disiapkan. Itu kesimpulan aku. Pasti selepas ini akan banyak lagi bengkel sebegini di serata Malaysia. Bukan aku tidak suka dengan bengkel sebegini tetapi ianya begitu memenatkan mental. Kalau dikerah bertugas dari awal pagi hingga lewat malam, lama-lama kamu juga akan bosan.

Petang tadi sempat aku menjamah popia di tepi stadium. Agak sedap. Rasanya bukanlah makanan istimewa yang orang akan cari bila berkunjung ke Kota Bharu. Makanan orang sini saja. Namun ianya cukup sedap untuk dirasa. Nasi kerabu atau keropok, kamu boleh cari di mana-mana. Esok aku mahu ke White House; katanya roti dan telur di situ sedap. Aku ingat kerana pernah terbaca di akhbar tidak lama dulu.

Satu aku sedari bila berjalan-jalan petang tadi, Kota Bharu agak bising dengan bunyi burung layang-layang buatan yang dipasang di bangunan-bangunan kedai. Bukan satu dua, banyak. Ianya membingitkan. Sepatutnya majlis perbandaran memantau keadaan ini. Tidak seronok hendak berjalan-jalan dengan tenang bila speaker melaung suara burung layang-layang sekuat mungkin.

Esok petang, aku mahu memulakan sesi fotografi aku. Aku ada dua hari untuk melakukannya. Mungkin tidak banyak gambar yang hendak aku rakam kerana kekurangan mood. Entahlah. 

Aku sedang memikirkan sesuatu. Berbaloikah dengan apa yang aku sedang lakukan sekarang. Mungkin aku tidak sabar. Aku mahu keputusan yang cepat. Rasanya begitu.

Kalau 10 tahun kamu menunggunya, kamu faham kenapa kamu tidak sabar.

22.12.08

Menilai Hidup Ini - Babak 12

"Semoga hari esok awak lebih ceria dari hari ini. Jaga diri baik-baik."
"Terima kasih awak. Awak pun jaga diri ye..."

"Okay. Jangan risau. Awak ada boleh tolong jaga."
"Hehe. Boleh."

Sedetik masa untuk bahagia. Walau hanya sekadar baris-baris kata.

21.12.08

Aku Di Kota Bharu - 1

9.00 pagi dari Kuala Lumpur, 5.30 petang tiba di depan hotel di Kota Bharu. Nasib baik bukan aku yang memandu. Jadi aku cuma duduk sebagai penumpang di dalam kereta sepanjang perjalanan. Kalau aku menggunakan kapal terbang, aku sudah lama sampai dan tertidur di katil hotel.

Namun pemandangan di sepanjang perjalanan menenangkan hati. Sangat menarik. Sudah lama benar aku tidak menggunakan jalan dari Bentong melalui Kuala Lipis, Gua Musang hingga ke Kota Bharu. Lebih 10 tahun yang lalu. Jadi aku sudah tidak ingat apa bezanya. Bukit batu kapur di Gua Musang begitu indah. Kenapa aku masih belum lihatnya di dalam filem? Oh lupa, orang bikin filem di Malaysia lebih suka suasana di kelab malam dan Kuala Lumpur saja.

Aku akan berada di sini sehingga 25hb nanti. Kalau kamu berada di Kota Bharu, hubungi aku. Boleh kita minum teh bersama di tebing sungai Kelantan, mungkin.

Pasar Siti Khadijah? Masih tiada dalam perancangan. Kamu fikir aku shopaholic ke?

Ke Kota Bharu

Pagi nanti bertolak ke Kota Bharu, Kelantan. Akan berada di sana sehingga 25hb. Bengkel lagi. Aku perlu tidur sekejap. Mana tahu tiba-tiba bos minta aku drive. Sepatutnya aku naik kapal terbang. Tetapi memandangkan bos drive seorang dan dia mengajak, aku sukarela ikut.

Seperti biasa, Canon 400D aku bawa. Koleksi Kota Bharu akan datang tidak lama lagi. :-)

Dia Yang Sebenarnya

Awak, Selamat hari Lahir.

Semoga dipanjangkan umur dan dirumahkan rezeki. Saya tak pernah tau umur awak, kan. Tidak mengapa. Janji awak akan sentiasa gembira. Awak akan sentiasa damai dan sentiasa dalam perlindungan Allah. Senyum selalu.

====

Tidak, dia tidak pernah baca blog ini. Aku tak fikir dia pernah tahu ada blog ini. Aku pernah kirim URL blog ini melalui SMS. Mungkin dia pernah berkunjung, aku tidak tahu. Tetapi kalau pernah, aku sebenarnya mengulangi setiap perbualan aku dengannya.

Tidak perlu juga aku beritahu siapa dia, kecuali seorang dua yang sudah mengenali dia. Aku mahu sembunyikan dari kamu semua. Walau tidak sepenuhnya. Maafkan aku kerana melakukannya.

Tiada apa-apa antara kami berdua. Masih terlalu jauh untuk memikirkan perkara itu.

Suatu ketika dahulu, semasa awal perkenalan, aku fikir aku seperti perlu mendaki tembok yang amat tinggi. Mana mungkin aku boleh meluahkan hati ini kepada orang yang sepertinya. Kamu lihat dia di luar sana dan kamu lihat aku dan kamu akan berkata, tidak mungkin. Begitu juga yang aku rasa dan fikirkan.

Sehinggalah aku diberitahu dia sebaliknya. Sehinggalah dia membuka sedikit ruang dan aku melihatnya. Begitu rupanya suatu rasa yang telah aku lupa sejak sekian lama. Kalau 10 tahun lalu ianya hilang, kebelakangan ini aku seperti menemuinya semula. Aku tersenyum sendirian. Ya, harapan yang amat tinggi, lebih dari yang aku mampu. Tetapi tidak mustahil, bukan? Kerana dia sendiri sekurang-kurangnya memberi sedikit harapan. Tidak mengapa. Aku tidak terlalu mengharap. Cukuplah sekadar tahu, aku diberi sedikit ruang. Cukup.

Selebih dari itu, terpulang kepada keadaan. Namun tidak juga aku biarkan saja keadaan berlalu. Setiap detik aku akan usahakan sesuatu hingga berjaya, hendaknya. Sekurang-kurangnya aku berusaha dan tidak tunggu ianya berlalu lagi. Kerana itu yang aku lakukan dulu. Dan mereka berlalu pergi begitu saja. Sekarang aku sudah mulakan sesuatu, aku perlu habiskan. Apa jua keputusannya nanti, aku terima. Tidak lagi aku akan duduk menyesali tindakan aku yang tidak melakukan apa-apa langsung.

Realitinya, hidup ini sebenarnya tidak menarik langsung. Aku berjalan dan disekeliling aku manusia ada pasangan hidupnya dan mereka gembira. Ada yang bergaduh dan bermasam muka. Namun sekurang-kurangnya mereka masih ada seseorang untuk bergaduh dan bermasam muka. Aku menunggu tiba waktu itu nanti. Entah bila, tetapi aku tunggu.

Aku tidak mahu berjalan-jalan seorangan di mana-mana selamanya. Aku tidak mahu menonton wayang seorangan selamanya. Aku tidak mahu makan di Mcd, Carl's Jr., menunggu matahari pagi timbul dan melihat senja berlabuh dan tidur seorangan selamanya. :-) 

Aku sepatutnya sedih namun aku tersenyum semasa menulis ini. Mungkin, keadaan aku ini sebenarnya tidak seteruk mana. Ada yang mahu bersama aku dan betul kata mereka, aku terlalu memilih. Cuma kalau kamu benar-benar melihat dia, kamu akan faham mengapa.

Aku suka melihat senyuman dan dia penuh dengan senyuman. Aku suka melihat damai dan dia begitu mendamaikan. Aku suka melihat ceria dan dia adalah gembira dan bahagia. Aku suka melihat keindahan dan dia itu indah. Aku tahu kamu tersenyum. :-)

Ahh, alangkah baik kalau dia membaca ini semua. Kerana cara ini paling mudah untuk aku luahkan segalanya. Aku yang tidak pandai berkata-kata dengan suara, hanya jari jemari ini yang begitu mudah untuk melakarkan isi hati ini. Sebenarnya, memang hendak sangat aku tunjukkan ini semua kepadanya. Lebih mudah bagi aku. Kalau di hadapannya, mata aku cuma di bibirnya yang sentiasa berkata-kata dan aku sendiri kelu. Kamu tahu rasanya, ketika berhadapan dengan seorang itu yang kamu begitu... suka. Sejuk, kelu dan dungu.

Hidup ini sebenarnya indah.

Falling Slowly



Glen Hansard - Falling Slowly Lyrics

I don't know you
But I want you
All the more for that
Words fall through me
And always fool me
And I can't react
And games that never amount
To more than they're meant
Will play themselves out

Take this sinking boat and point it home
We've still got time
Raise your hopeful voice you have a choice
You'll make it now

Falling slowly, eyes that know me
And I can't go back
Moods that take me and erase me
And I'm painted black
You have suffered enough
And warred with yourself
It's time that you won

Take this sinking boat and point it home
We've still got time
Raise your hopeful voice you had a choice
You've made it now
Falling slowly sing your melody
I'll sing along

20.12.08

Seorang

Diri.



Lagi...

18.12.08

Menilai Hidup Ini - Babak 11

"Kenapa awak baik sangat terhadap saya?"
"Satu, kerana saya tahu mana yang baik dan mana yang buruk. Dua, bila orang baik dengan saya, saya akan balas sedaya mampu. Tiga, saya memang suka awak."
"Saya ni tidak baik sangat. Saya pun suka awak. Baik, lembut bahasa dan hormat orang."

"Semua orang takkan mengaku diri dia baik. Bagi saya, semua orang baik. Dan awak amat baik, di mata saya. Saya suka sebab awak orang yang tidak mudah putus asa. Strong will. Tak senang jumpa orang macam awak."

"Saya kena kuat. Kadang-kadang saya penat jadi saya. Tapi dengan jadi kuat, kerja kuat, sekurang-kurangnya saya tak sangat sedih tentang diri dan hidup saya yang tiada sesiapa in. Hanya Allah saja yang tahu hati saya yang luka ni."

"Tapi awak memang kuat. Jauh lebih dari apa yang awak sangka. Itu yang saya nampak. Dari tempat yang awak berdiri sekarang ni, saya amat kagum dan tumpang bangga. Awak sebenarnya tidak sendirian. Percayalah. Saya sudah lama sukakan awak, tetapi sentiasa tertangguh kerana segan hendak berterus terang. Tidak layak rasanya hendak berterus terang. Sebab saya nampak awak amat berjaya kalau hendak bandingkan dengan saya."

"Awak, jangan bandingkan kita macam tu, ya. Saya tidak lebih mana pun. Awak banyak sifat baik yang bukan semua lelaki ada."
"Ye faham. Macamana awak tengok dan kenal saya, macam itu lah saya. Tiada yang istimewa pun. Saya paling tak pandai hendak berterus terang. Cakap banyak berlapik. Nak jaga hati orang, mungkin."

"Saya tau awak pandai jaga hati orang. Bukan semua lelaki suka buat macamtu sebab mereka ego. Saya hargai awak... ambil berat tentang saya. Terima kasih. Saya pun mahu ambil berat terhadap awak, cuma sukar hendak saya tunjuk. Komitmen kerja amat banyak. Jadi tidak sempat hendak saya lihat dan hargai apa yang saya ada, contoh macam awak."

"Saya faham. Sementara ada ruang ini, awak buat yang terbaik untuk diri awak, okay. Saya pun takkan kemana. Kalau saya tahu awak suka saya, saya akan suka lebih lagi. InsyaAllah."
"Terima kasih kerana memahami. Saya pun tidak kemana."

Ranking 10 Filem Melayu Terhebat Sepanjang Zaman (Pilihan Aku)

Pernah ke ada ranking filem melayu paling hebat sepanjang zaman? Setakat ini aku tidak pernah jumpa lagi. Jadi aku hendak buat sendiri. Ikut cita rasa aku. Kamu hendak tambah dan tukar ikut cita rasa kamu, suka hati.

Ranking 10 Filem Melayu Terhebat Sepanjang Zaman (Pilihan Aku)
  1. Hang Tuah (1956)
  2. Bukit Kepong
  3. Mukhsin
  4. Seniman Bujang Lapok
  5. Ali Setan
  6. Bujang Lapok
  7. Ibu Mertuaku
  8. Anakku Sazali
  9. Sepet
  10. Semerah Padi
Lebih kurang begitu pilihan aku. Nantilah senang-senang aku komen kenapa aku pilih setiap filem tersebut.

Apa pula pilihan kamu?

16.12.08

Diskriminasi Kerja Kerajaan? Ye Ke?

Kalau blog ini popular dan dibaca oleh ramai orang, artikel yang hendak aku bentangkan ini pasti mendapat respon panas.

Mengenai bukan melayu di dalam perkhidmatan awam. Pandangan aku sendiri.

Selalu aku baca di blog dan media mengenai kurangnya orang bukan melayu di dalam perkhidmatan awam. Atau ada yang lebih lantang mengatakan peluang orang bukan melayu dalam perkhidmatan awam amat terbatas dan kalau ada yang berkhidmat, peluang mereka untuk meningkat juga amat terbatas.

Realitinya memang benar terlalu sedikit bukan melayu (secara umumnya melayu disini merujuk kepada bumiputra) dalam perkhidmatan awam dan ianya agak mengecewakan. Kerana kalau hendak dibuat batu aras persaingan mutu kerja antara melayu dan bukan melayu, maka susah hendak dilakukan. Kita tidak boleh bandingkan mutu kerja dalam perkhidmatan awam dengan sektor swasta. Matlamat akhirnya tidak sama.

Jadi bagaimana hendak kita kata bukan melayu lebih bagus menjalankan tugas berbanding dengan melayu? Di luar sana dalam sektor awam, mungkin mereka boleh sahkan dengan data dan fakta. Tapi dalam perkhidmatan awam, agak sukar hendak melakukannya.

Aku tidak mahu ceritakan mengenai itu semua. Aku mahu ceritakan pengalaman bekerja dengan bukan melayu di pejabat, sehingga setakat ini. Pertama, seorang bos lelaki berketurunan cina. Masih muda dan amat peramah orangnya. Bahasa Malaysia beliau tidaklah sempurna dan aku masih belum pernah dengar dia berbicara dalam bahasa Inggeris. Mungkin orang lain pernah dengar. Dari pemerhatian aku, beliau amat rajin dan cepat membuat keputusan. Bukanlah relentless atau bekerja macam robot. Masih ada masa untuk beliau bergurau dan ada kalanya datang kepada aku untuk bertanyakan pendapat dan meminta pertolongan. Datang sendiri, bukan melalui orang lain (aku tak boleh kata semua bos melayu berbuat begitu).

Kedua, seorang kerani pangkat tinggi juga berbangsa cina. Seorang perempuan. Juga amat rajin, jarang sekali aku lihat beliau balik tepat jam 5 petang. 6.30 petang masih di pejabat. Bicara dalam bahasa Malaysia amat fasih hingga kadang-kadang orang mungkin tersalah sangka mengenai bangsa beliau. Tidak ada ego dalam diri beliau.

Ketiga, seorang pegawai perempuan berbangsa india. Peramah dan amat baik dengan aku. Selalu aku berbicara dengan beliau dalam bahasa Inggeris walau kadang-kadang dia berbicara dalam bahasa Malaysia dengan aku. Aku sengaja. Aku mahu praktis bahasa Inggeris aku dan aku tahu beliau boleh berbahasa Inggeris dengan baik. Juga tidak ada ego dalam dirinya. Selalu datang terus kepada aku sekiranya mahu bantuan melakukan sesuatu. Pandai berdiplomasi walau ada kalanya masih terpengaruh dengan "semangat pegawai" di kalangan rakan-rakan beliau.

Aku kenali ketiga-tiga watak ini sejak beberapa lama. Satu persamaan antara mereka, penguasaan bahasa Malaysia mereka adalah baik. Lancar dan jelas. Aku rasa itu kriteria penting untuk bertugas dalam perkhidmatan awam. Kamu tidak boleh desak orang lain berbahasa Inggeris, Mandarin atau Tamil dalam perkhidmatan awam kerana bahasa Malaysia adalah bahasa rasmi. Aku fikir pertamanya, bahasa Malaysia adalah bahasa penting dalam perkhidmatan awam. Apa jua orang lain fikir mengenainya, selagi bahasa Malaysia itu bahasa rasmi negara, selagi itu ianya akan dipergunakan seluasnya dalam perkhidmatan awam. Tiada alasan.

Malah, sepatutnya menjadi wajib kepada orang ramai yang berurusan dengan pejabat-pejabat kerajaan untuk berbahasa Malaysia terutama orang yang datang itu adalah warganegara Malaysia. Tiada sebab hendak mereka kata mereka tidak tahu berbahasa Malaysia.

Berbalik kepada ketiga-tiga watak bukan melayu ini. Mereka berpangkat atasan. Bukan kerani biasa. Malah bos yang merupakan watak pertama tadi sebenarnya meningkat naik menjadi bos dalam masa yang amat singkat. Tidak sampai dua tahun beliau di pejabat ini, beliau sudah dilantik menjadi bos di sebuah bahagian yang amat penting. Kalau orang kata ada diskriminasi, aku masih belum nampak.

Selesai mengenai ketiga-tiga mereka. Kemudian, dari pemerhatian aku juga, bukan melayu lebih senang di terima di Sabah dan Sarawak. Malah bukan melayu yang datang dari Sabah dan Sarawak (termasuk cina) juga lebih mudah menyerap masuk kedalam kumpulan melayu tanpa sebarang masalah. Aku fikir sifat perkauman di Sabah dan Sarawak tidak setebal di Semenanjung. Orang cina yang melapor diri untuk berkhidmat sebagai penjawat awam, kalau datang dari Sabah dan Sarawak, nampak lebih mudah mesra dan menerima kaum lain. Entah mengapa. Orang india juga begitu. Mudah menyerap dalam kumpulan melayu. Tidak kira dari mana mereka datang, orang india dilihat lebih mesra.

Setakat ini, aku tidak nampak masalah dengan bukan melayu dalam perkhidmatan awam. Peluang mereka sama saja dengan orang melayu. Aku tahu masih ada yang merungut peluang untuk bukan melayu bekerja sebagai penjawat awam amat terbatas.

Kamu buat kira-kira mudah. Contohnya, satu jabatan mahu mengambil 100 orang kakitangan baru. Jumlah yang memohon mungkin 40,000 orang (tidak mustahil). Daripada 40,000, selalu tidak lebih 5% adalah bukan melayu. Jadi cuba beritahu, bagaimana hendak bersikap sama rata sedang yang memohon terlalu sedikit. 5% daripada 40,000 adalah 2,000. Kalau short listed tinggal 4,000, takkan hendak letak 1,000 daripadanya adalah bukan melayu? Apa logiknya? 4,000 adalah 10%. Jadi logiknya, cuma layak 200 orang saja bukan melayu dalam short listed. Daripada itu, cuma nak ambil 100 orang. Jadi fikirkanlah berapa yang layak sebenarnya berdasarkan permohon yang datang memohon. Itu belum bersifat meritokrasi yang sering dilaung-laungkan oleh ramai orang.

Aku tahu, orang yang melaungkan meritokrasi ini akan suka apabila melihat kaum mereka lebih ramai atau menguasai peratusan. Bagi mereka, itulah agaknya meritokrasi. Alasannya? Pendidikan mereka lebih baik. Kelayakan mereka lebih tinggi. Betul? Pasti? Kelayakan akademik yang macamana tu? Kalau datang temuduga hendak berbicara dalam bahasa Malaysia pun susah, bagaimana hendak diterima?

Aku sebenarnya tidak kisah kalau lebih ramai orang bukan melayu bekerja dalam sektor awam. Boleh wujud persaingan yang sihat. Kalau setiap hari dikelilingi oleh orang melayu sahaja, bosan juga. Tiada keterbukaan.

Aku pernah kerja dalam organisasi yang lebih 80% kakitangannya bukan melayu. Aku tahu diskriminasi itu bagaimana. Aku tahu bagaimana dibayar dua kali ganda lebih kurang dari rakan sejawat yang sama tapi berlainan kaum walaupun aku ada kelayakan yang lebih tinggi. Aku tidak komplen. Aku tahu itu cabaran di luar sana. Nafikanlah macamana kamu hendak nafikan, aku pernah lalui.

Aku pernah hadapi temuduga dimana dua orang penemuduga bukan melayu yang menemuduga amat berpuas hati dan berjanji akan menawarkan jawatan kepada aku. Akhirnya orang lain yang dapat dan beliau bukan melayu. Alasannya, aku tidak tahan habuk. Entah bila aku cakap aku tidak tahan habuk.

Aku juga pernah bekerja dengan bos bukan melayu yang amat baik. Sentiasa menggalakkan aku bekerja dengan bersungguh dan memberi motivasi yang amat baik kepada aku. Beliau beri aku ruang untuk berdikari, bantu aku buat kertas kerja untuk dapatkan projek yang lebih lumayan.

Semua itu aku pernah alami. Luar sana amat hebat cabarannya. Tapi dalam sini, dalam perkhidmatan awam ini juga tidak kurang juga cabarannya. Cuma jangan kamu minta bukan-bukan. Seperti masuk kekandang kambing, buat cara kambing. Masuk kandang harimau, buat cara harimau. Sama saja suasananya dalam sektor awam dan sektor swasta. Tiada diskriminasi kaum, setakat yang aku lihat. Kami kerja sama-sama untuk jabatan kami. Tidak kira kamu melayu atau bukan melayu, kerja adalah kerja.

Kalau setakat hendak mengkritik tetapi tidak tahu asas dan sering bersandarkan cerita orang lain semata-mata, kamu boleh borak sorang-sorang. Kalau tidak tahu, diam. Lagi baik, cari informasi. Lepas tahu, barulah bising, kalau tak malu. 

Menilai Diri Sendiri Dan Orang Lain

Kamu sudah rasa Double Prosperity Burger McDonald's? Belum? Pergi rasa. Okay, tunggu gaji kemudian pergi makan. Belanja diri sendiri. Bila lagi kan. Kalau kamu berjimat sekalipun, setakat RM20 untuk belanja diri sendiri takkan tak boleh? Tidak suka McDonald's? Tidak mengapa. Makan benda lain atau beli benda lain dengan RM20 sebagai hadiah untuk diri sendiri.

Kenapa? Supaya kamu tidak membebel orang tidak berikan hadiah semasa ulang tahun hari lahir kamu atau semasa Valentine's Day atau semasa hari raya... atau apa saja. Belanjalah diri kamu tu. Sedari tidak, sudah hampir setahun kamu bekerja bersusah payah mencari seringgit dua. Apa salahnya kamu ucapkan tahniah kepada diri sendiri. :-) Ya, motivasi murahan.

Aku pergi makan Double Prosperity kelmarin di Alamanda dengan duit tinggal RM50 di dalam poket. Aku peduli apa. Kalau hendak kata sedap, aku lebih suka Carl's Jr. dan dengan harga RM20, aku boleh dapat hidangan Carl's Jr. yang jauh lebih sedap. Tetapi tidak mengapa.  Hadiah untuk diri aku. Apa salahnya.

Timbul pula suara-suara bodoh di pejabat kata aku kedekut dengan duit. Pedulikan aku kedekut dengan duit. Kamu hendak belanja satu pejabat dengan makan dan minum, kamu buat. Cuma sampai sekarang aku tidak nampak apa impaknya. Orang masih akan mengata kamu di belakang biar kamu habis RM1 juta sekali pun untuk belanja mereka makan dan minum. Jadi, baik aku belanja orang yang aku kenal baik saja. Sekurang-kurangnya mereka hargai.

Kamu tidak perlu terikat dengan norma orang lain. Kamu buat apa yang kamu fikir sesuai untuk kamu dan orang sekitar kamu berdasarkan kemampuan kamu. Apa salahnya kamu bersifat selektif. Itu hak kamu. 

Ada sesetengah orang disekeliling kamu yang cuma tahu melaungkan sesuatu tanpa memikirkan implikasi positif atau negatif. Akibatnya kamu akan skeptikal dengan orang sebegini. Kamu yang sebelum ini sentiasa mahu menolong mereka, menjadi pasif untuk berbuat begitu lagi. Apa guna kalau mereka masih hendak memburukkan kamu?

Cuma satu, kita perlu sedar dengan perangai dan sifat orang sebegitu. Ada antara mereka tidak lebih dari cuma kuat melaungkannya, tetapi tidak secara realiti bertindak. Suara saja kuat, langkah masih tidak bermula. Jadi kamu perlu faham. Tidak semua orang akan buat apa yang mereka cakap.

Nanti kalau ada masa, aku akan huraikan sifat-sifat manusia yang aku belajar dalam program Team Building. Sekurang-kurangnya kita tahu bagaimana hendak menilai manusia secara pemerhatian. Tidaklah kita kumpulkan seluruh manusia dalam satu dua kelompok saja. Ada banyak kelompok dan melaluinya kita mampu bertindak dengan lebih selesa.

Sudah hampir subuh...

Perkhidmatan Kaunter

Tipikal rakyat Malaysia untuk menyalahkan kakitangan kerajaan dalam banyak hal. Harga minyak naik turun pun boleh mereka kata kakitangan kerajaan dapat untung. Untung apa agaknya tu? Kalaulah setiap kakitangan kerajaan ada syer dalam Petronas, berebut rakyat Malaysia mahu jadi kakitangan kerajaan. Aku rasa tiada masalah orang bukan melayu mahu jadi kakitangan awam.

Hakikatnya, ramai kakitangan awam yang hutangnya keliling pinggang. Meminjam daripada ceti haram tu lagilah ramai. Kalau kamu jumpa kakitangan awam berpangkat kerani yang guna kereta lebih mahal dari Waja, mereka samada sudah kerja begitu lama atau anak-anak mereka berduit, atau memang asal mereka dulu berduit. Ramai kakitangan kerajaan terutama yang baru bekerja (aku refer kerani sajalah ye) yang cuma boleh bermimpi untuk pakai Viva dan Saga saja (kita paling baru lah ni). Itu pun setelah bersusah payah untuk berhutang 100% selama 9 - 10 tahun dengan Bank Rakyat. Duit syer royalti minyak? Aku masih belum nampak ianya menghujani wallet aku. Belum ada sesen pun lagi.

Tipikal juga orang Malaysia untuk menyalahkan kakitangan kerajaan semasa berurus niaga di kaunter-kaunter kerajaan. Memang banyak wujud kaunter kerajaan yang dikendalikan oleh kakitangan yang bermuka masam, pemarah dan emosional. Itu kamu patut salahkan kepada pengurusan yang tidak pandai menilai kakitangan mereka sebelum meletakkan seseorang di hadapan kaunter.

Tapi kamu tidak boleh salahkan orang di kaunter setiap kali kamu silap isi borang dan disuruh perbetulkan. Kamu sedar atau tidak, setiap kali berada di kaunter pejabat kerajaan, ramai rakyat Malaysia bertukar jadi orang yang penyabar kepada orang yang tidak sabar. Sama seperti kebanyakkan rakyat Malaysia bila pegang stering kereta. Sama saja. Mungkin kerana mentaliti mereka sering disuap oleh media dan cakap-cakap orang ramai tentang mutu perkhidmatan kaunter di pejabat kerajaan menyebabkan mereka sentiasa bersedia untuk bersikap pasif setiap kali ke kaunter kerajaan. Itu agaknya. Aku tidak tahu. Tapi realitinya, ramai orang bila datang ke kaunter kerajaan, di fikiran mereka,

"Expect the worst..."

Perkara yang sama jarang pula berlaku di kaunter swasta, terutamanya di bank. Jarang pula di bank orang komplen kaunter banyak tapi buka satu dua kaunter je. Mereka yang menunggu (walau ramai macamana sekali pun) akan tunduk diam sambil mengira duit di tangan atau erm... Entah. Pelik. Boleh pula tunggu lama di bank ye. Penghawa dingin di bank lebih sejuk ke? Jangan cakap layanan di bank bagus. Kadang-kadang 100 kali lebih teruk. Kamu ada lihat orang komplen di surat khabar?

Hakikatnya, rakyat Malaysia secara am sentiasa mempunyai pandangan atau idea yang negatif mengenai perkhidmatan kaunter di pejabat-pejabat kerajaan. Hingga ada waktu dulu aku baca di blog, orang komplen suasana persekitaran pejabat kerajaan yang dihias cantik sebagai membazir. Membazir wang rakyat. Begitu juga kaunter yang dihias cantik mungkin akan dianggap membazir wang rakyat. Pada mereka, lebih baik diguna duit tersebut untuk membantu orang yang miskin atau dalam kesusahan atau memperbaiki mutu perkhidmatan kaunter. Secantik mana kaunter tersebut yang hendak dianggap membazir?

Aku punya wishlist untuk tahun hadapan, aku harap rakyat Malaysia lebih rasional dan 'understanding'. Buang mentaliti subsidi yang sering ada dalam diri kita.

12.12.08

Aku Tersesat Ke Tempat Lain

Siang tadi aku buka Google Maps (bukan Google Earth). Mencari-cari di mana letaknya Grand River View Hotel, Kota Bharu. Jumpa. Tepi sungai rupanya.

Kerana 21hb nanti aku perlu ke sana. Berkampung untuk 5 hari sehingga 25hb. Memang berjalan kesana kemari sekarang, hinggalah mungkin menjelang Mei nanti. Atau Jun. Atau Julai. Aku tidak tahu. Pastinya, setiap bulan ada saja destinasi yang menanti. Dengar khabar angin dari tingkat atas, selepas ini mungkin ke Labuan pula. Kata mereka, alang-alang berjalan jauh, biar jauh betul-betul jauh. Kalau begitu, mahu saja aku cadangkan ke Santiago, Chile. :-D

Bukan jalan bermain-main dan mencari barang murah di Pasar Siti Khadijah. Atau mana-mana saja pasar yang selalu diserbu pelancong (anehnya semasa di Kuala Terengganu tempohari, aku tidak pun ke Pasar Payang... Oh, aku lelaki. Patutlah). Ada kerja yang perlu diselesaikan. Dengar khabarnya nanti, Bos Besar ingin turun padang melihat gelagat anak-anak buahnya memerah otak menyediakan karangan indah untuk beliau persembahankan sebagai bukti kehebatan organisasinya nanti, hingga sudi sang pemerintah mengiktiraf sebagai yang terbaik. Kami yang duduk di belakang ini nanti, tumpang gembira kecil sajalah.

Kalau di syarikat swasta, sudah lama naik pangkat dan naik gaji. Ini kerja kerajaan, setakat mana sangat kamu akan dihargai nanti? Anugerah Khidmat Cemerlang setakat terima sijil dan duit RM1,000 bersama foto kamu terima sijil dari pak menteri (foto yang tidak pernah cantik dan tidak pernah elok - berapa mereka bayar juru foto palsu tersebut?). Lain? Ada yang lain ke?

Jadi sahabat, kamu fikirlah betul-betul. Bukan hendak mengampu Bos kerana takkan berbaloi dengan penat jerih yang dicurahkan. Bukan juga mencari nama; lama-lama nanti orang akan lupa juga. Ini semua kerana sepotong ayat yang aku cukup benci;

"Saya yang menurut perintah."

Ya, betul. Aku tidak pernah suka dengan ayat itu. Aku tahu, ini tidak lebih dari propaganda sang pegawai-pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) dulu-dulu yang cuba menakut-nakutkan anak buah mereka tentang pentingnya menerima apa saja arahan. Maka diwujudkanlah 'tag-line' biadap seperti begitu.

Kamu fikir yang disuruh turut perintah itu apa? Anjing? Kucing? Burung Kakak Tua? Mereka pun selalunya melawan juga cakap tuan mereka.

Eh, aku sebenarnya tidak marah sekarang. Bukan emosional. Tetapi cuba menjadi rasional. Sepatutnya ayat sebegitu tidak patut ada di awal-awal lagi. Ianya bagi aku ayat biadap dan menghina. Tidak lebih seperti mengesahkan sistem kasta yang wujud dalam perkhidmatan awam di Malaysia. Kerana perkataan "turut" yang digunakan itu seperti kamu tiada pilihan lain selain akur 100%. Juga perkataan "perintah" itu seperti yang sepatutnya timbul di zaman penjajah dulu-dulu saja.

Pada aku, perkataan yang sedikit sesuai ialah,

"Saya akan sama-sama menjalankan tugas."

"Lets work together."

Apa saja yang tidak menunjukkan batasan kasta.

Kamu tahu apa yang selalu aku dengar apabila sang pegawai-pegawai ini berkata-kata perihal orang bawahan mereka?

Hukuman. Denda. Arahan. Perintah. Saranan. Teguran.

Perkataan negatif yang sepatutnya tidak digunakan lagi dalam era manusia diajar mengenai konsep kerja berpasukan (team building). Dalam era manusia diterapkan dengan program penerapan nilai-nilai murni. Dalam era manusia dipujuk untuk mewujudkan toleransi antara satu sama lain.

Namun, dalam perkhidmatan awam, masih ada manusia yang fikir, orang bawahan mereka adalah alat semata-mata. Alat yang mereka boleh guna sesuka hati kerana mereka sentiasa "mengingatkan" orang bawahan mereka tentang ayat ini,

"Saya yang menurut perintah."

Siapa yang cipta ayat ini, aku fikir wajar saja dipenjara. Atau lebih kejam, setiap orang bawahan dalam perkhidmatan awam wajib tempeleng muka dia sekali. Sebab itu, buatlah apa pun program dan kaedah untuk meningkatkan prestasi kerja orang bawahan dalam perkhidmatan awam, ianya takkan berjaya. Selagi ada "peringatan" mengenai ayat tersebut, selagi itu orang bawahan akan merasa rendah diri dan serba kekurangan. Inferiority Complex, agaknya.

Ya, betul. Ayat itu sebenarnya tidak membantu memperbetulkan suasana kerja. Malah orang bawahan (yang kamu selalu lihat di kaunter dengan muka penuh masam dan garang) akan sentiasa tertekan dengan ayat sebegitu. Mereka buat kerja bukan kerana suka dan ikhlas, tetapi kerana di"perintah". Sama macam...

Oh, kamu boleh andaikan... cuba sikit. Sama macam apa?

Ya. Hamba Abdi. Kuli. Pecacai.

Tidak percaya? Tidak mengapa. Mungkin kamu boleh buat begini (kalau kamu bos di bahagian kamu). Dalam mesyuarat, cuba cakap,

Bulan ini kamu beritahu,

"Anda semua perlu buat kerja yang diarahkan ini."

Tengok reaksi muka mereka.

Bulan depan pula, kamu cuba cakap begini,

"Baiklah, mari kita sama-sama lakukan tugas ini."

Lepas tu tengok bagaimana reaksi mereka.

Kalau kamu masih kata sama, kamu tidak layak jadi bos. Kamu tidak pandai menilai. Atau orang bawahan kamu sebenarnya robot-robot Asimo keluaran Honda (yang amat cute... Tanya, kenapa robot Asimo keluaran Honda dibuat dengan saiz, warna, muka dan lain-lain sifatnya begitu? Jawab.).

Sebenarnya aku sudah meleret dari tujuan sebenar aku menulis. Tidak mengapalah. Ingat, bukan mengkritik, cuma ingin merungkai realiti.


11.12.08

Lake Garden, Taiping

Koleksi Fotografi di Lake Garden, Taiping

Bukan lupa, cuma ada masalah sikit untuk upload. Enjoy.

7.12.08

Ke Taiping

Semalam menonton filem Sepi.

Hari ini aku mahu ke Taiping. Destinasi aku, Taman Tasik. Sesi fotografi. :-)

6.12.08

Punca

Ada beberapa sebab kenapa aku kurang menulis sekarang. Pertamanya, aku keputusan idea. Tiada ayat-ayat menarik untuk ditulis di ruang ini. Aku tidak tahu bagaimana atau dari mana hendak mula. Benar-benar buntu.

Kedua, agak malas sebenarnya hendak menulis. Aku lebih senang membaca tulisan orang lain buat masa sekarang.

Ketiga dan mungkin paling utama, aku menghadapi masalah dengan jari-jari tangan ini. Aku syaki ianya disebabkan Carpal Tunnel Syndrome. Entah. Mungkin saja. Atau satu kemungkinan lagi, kandungan kolestrol dalam badan tinggi. Apa jadi? Jari-jari ini sering menjadi kebas sewaktu menaip atau membuat kerja-kerja yang memerlukan penggunaan tangan dan jari.

Aku perlu ke hospital untuk membuat pemeriksaan. Apa pun, ianya mengganggu keselesaan aku menulis.

Maaf, semoga faham.

5.12.08

Esok Balik Kampung

Esok pulang ke kampung. Ikutkan mahu berehat saja di sini. Aku masih belum dapat rehat sepenuhnya. Memandu pulang ke kampung bukanlah rehat. Ianya lebih memenatkan. Tambahan pula dalam suasana musim cuti dan hampir dengan sambutan hari raya nanti.

Bukan aku beri alasan untuk tidak mahu balik. Aku sebenarnya merancang untuk balik di pertengahan bulan. Sewaktu jalan reda dengan sesak kenderaan dan orang tidak berpusu-pusu kesana kemari. Namun bila emak sudah tanya, aku kena akur. Bukan terpaksa. Tetapi memikirkan memang sebenarnya aku sudah lama tidak pulang ke kampung.

Tidak mengapalah. Bukan selalu aku balik.

4.12.08

Detik Tanpa Sedar - 1

Sebenarnya malam semalam lagi aku sudah serabut. Bilik amat semak sana sini. Namun aku terlalu malas untuk mengemas, lalu aku biarkan saja. Bila pagi dan tiba di pejabat, kubikel aku juga amat-amat semak.

Entah kenapa, aku terus kemas segalanya di kubikel. Aku laksanakan 5S (kamu cari sendiri di Wikipedia). Sekarang sudah 1/3 jalan. Agak puas hati.

Esok sambung.

Template

Tukar template lagi. Aku baru sedari template lama memang menyusahkan orang lain. Aku harap yang ini okay sikit.