18.12.08

Menilai Hidup Ini - Babak 11

"Kenapa awak baik sangat terhadap saya?"
"Satu, kerana saya tahu mana yang baik dan mana yang buruk. Dua, bila orang baik dengan saya, saya akan balas sedaya mampu. Tiga, saya memang suka awak."
"Saya ni tidak baik sangat. Saya pun suka awak. Baik, lembut bahasa dan hormat orang."

"Semua orang takkan mengaku diri dia baik. Bagi saya, semua orang baik. Dan awak amat baik, di mata saya. Saya suka sebab awak orang yang tidak mudah putus asa. Strong will. Tak senang jumpa orang macam awak."

"Saya kena kuat. Kadang-kadang saya penat jadi saya. Tapi dengan jadi kuat, kerja kuat, sekurang-kurangnya saya tak sangat sedih tentang diri dan hidup saya yang tiada sesiapa in. Hanya Allah saja yang tahu hati saya yang luka ni."

"Tapi awak memang kuat. Jauh lebih dari apa yang awak sangka. Itu yang saya nampak. Dari tempat yang awak berdiri sekarang ni, saya amat kagum dan tumpang bangga. Awak sebenarnya tidak sendirian. Percayalah. Saya sudah lama sukakan awak, tetapi sentiasa tertangguh kerana segan hendak berterus terang. Tidak layak rasanya hendak berterus terang. Sebab saya nampak awak amat berjaya kalau hendak bandingkan dengan saya."

"Awak, jangan bandingkan kita macam tu, ya. Saya tidak lebih mana pun. Awak banyak sifat baik yang bukan semua lelaki ada."
"Ye faham. Macamana awak tengok dan kenal saya, macam itu lah saya. Tiada yang istimewa pun. Saya paling tak pandai hendak berterus terang. Cakap banyak berlapik. Nak jaga hati orang, mungkin."

"Saya tau awak pandai jaga hati orang. Bukan semua lelaki suka buat macamtu sebab mereka ego. Saya hargai awak... ambil berat tentang saya. Terima kasih. Saya pun mahu ambil berat terhadap awak, cuma sukar hendak saya tunjuk. Komitmen kerja amat banyak. Jadi tidak sempat hendak saya lihat dan hargai apa yang saya ada, contoh macam awak."

"Saya faham. Sementara ada ruang ini, awak buat yang terbaik untuk diri awak, okay. Saya pun takkan kemana. Kalau saya tahu awak suka saya, saya akan suka lebih lagi. InsyaAllah."
"Terima kasih kerana memahami. Saya pun tidak kemana."

No comments:

Post a Comment