Fikiran bercelaru. Begitu banyak andaian yang terbang keluar dari benak fikiran ini mengenai dia. Sehingga senja, aku seperti mahu berputus asa saja dan biarkan berlalu apa jua rasa yang terpendam di jiwa.
Tiba malam.
Sedang dalam sibuk suasana, telefon berdering. Dia menelefon.
"Hi awak."
"Hi comel. Saya dok terfikirkan awak. Awak sihat?"
"Ye ke? Awak sibuk ke? Sihat."
"Ada bengkel ni. Tapi takpe, cakap sajalah. Ada apa?"
"Awak, sebenarnya saya takde tempat hendak mengadu. Saya teringatkan awak, jadi telefonlah."
"Ada apa?"
"Saya cuma nak bagitau saya senang hati sangat hari ini. Saya berjaya buat sales. Suka sangat sampai tak tahu nak cakap apa."
"Tahniah awak. Untungnya awak. Ini kira hadiah hari jadi awak la ye."
"Bukan takat hadiah hari jadi je, ini first sales company saya untuk season baru."
Dan seterusnya kami berbual hampir 10 minit lamanya. Suaranya sebak, bukan kerana bersedih. Tetapi sedang amat gembira. Dan kepada aku, diluahkan semua perasaan ini. Aku cuma mendengar dan sekali sekala menyampuk. Biarkanlah. Ini masa dia hendak meluahkan perasaan. Aku perlu jadi pendengar yang baik.
Aku tahu, sebenarnya aku perlu lebih banyak bersabar. Dia tidaklah jauh dari aku. Dia sebenarnya amat dekat. Seperti berada di sisi aku tanpa aku sedari. Malam tadi aku sedar, dia memang sedang berada di sisi aku. Aku mendengar suaranya yang sebak menceritakan gembira hatinya seperti aku melihat dia bercerita di hadapan diri ini.
Kalau itu juga aku tidak boleh sedari situasinya, entah apa lagi yang boleh. Aku sepatutnya baring di atas tilam empuk hotel ini, padamkan lampu, pejamkan mata, tidur dan senyum. Aku patut bisikan di telinga aku,
"Idan, dia benar-benar sukakan kamu."
:-)
1 comment:
Mesti Idan happy sgt skrg. Dah 4 hari tak ada posting baru...
Cerita la, apa biasa org buat or Idan buat pd tahun baru.
Post a Comment