Kenapa? Supaya kamu tidak membebel orang tidak berikan hadiah semasa ulang tahun hari lahir kamu atau semasa Valentine's Day atau semasa hari raya... atau apa saja. Belanjalah diri kamu tu. Sedari tidak, sudah hampir setahun kamu bekerja bersusah payah mencari seringgit dua. Apa salahnya kamu ucapkan tahniah kepada diri sendiri. :-) Ya, motivasi murahan.
Aku pergi makan Double Prosperity kelmarin di Alamanda dengan duit tinggal RM50 di dalam poket. Aku peduli apa. Kalau hendak kata sedap, aku lebih suka Carl's Jr. dan dengan harga RM20, aku boleh dapat hidangan Carl's Jr. yang jauh lebih sedap. Tetapi tidak mengapa. Hadiah untuk diri aku. Apa salahnya.
Timbul pula suara-suara bodoh di pejabat kata aku kedekut dengan duit. Pedulikan aku kedekut dengan duit. Kamu hendak belanja satu pejabat dengan makan dan minum, kamu buat. Cuma sampai sekarang aku tidak nampak apa impaknya. Orang masih akan mengata kamu di belakang biar kamu habis RM1 juta sekali pun untuk belanja mereka makan dan minum. Jadi, baik aku belanja orang yang aku kenal baik saja. Sekurang-kurangnya mereka hargai.
Kamu tidak perlu terikat dengan norma orang lain. Kamu buat apa yang kamu fikir sesuai untuk kamu dan orang sekitar kamu berdasarkan kemampuan kamu. Apa salahnya kamu bersifat selektif. Itu hak kamu.
Ada sesetengah orang disekeliling kamu yang cuma tahu melaungkan sesuatu tanpa memikirkan implikasi positif atau negatif. Akibatnya kamu akan skeptikal dengan orang sebegini. Kamu yang sebelum ini sentiasa mahu menolong mereka, menjadi pasif untuk berbuat begitu lagi. Apa guna kalau mereka masih hendak memburukkan kamu?
Cuma satu, kita perlu sedar dengan perangai dan sifat orang sebegitu. Ada antara mereka tidak lebih dari cuma kuat melaungkannya, tetapi tidak secara realiti bertindak. Suara saja kuat, langkah masih tidak bermula. Jadi kamu perlu faham. Tidak semua orang akan buat apa yang mereka cakap.
Nanti kalau ada masa, aku akan huraikan sifat-sifat manusia yang aku belajar dalam program Team Building. Sekurang-kurangnya kita tahu bagaimana hendak menilai manusia secara pemerhatian. Tidaklah kita kumpulkan seluruh manusia dalam satu dua kelompok saja. Ada banyak kelompok dan melaluinya kita mampu bertindak dengan lebih selesa.
Sudah hampir subuh...
2 comments:
This comment has been removed by the author.
sape yang pandai2 kate kedekut nie ...
dia x kenal lagi insan bernama idan !
idan adalah seorang hamba ALLAH yang sangat pemurah .
jangan lupe blanje k ...
Post a Comment