23.12.08

Aku Di Kota Bharu - 2

Masih banyak lagi kerja yang perlu disiapkan. Itu kesimpulan aku. Pasti selepas ini akan banyak lagi bengkel sebegini di serata Malaysia. Bukan aku tidak suka dengan bengkel sebegini tetapi ianya begitu memenatkan mental. Kalau dikerah bertugas dari awal pagi hingga lewat malam, lama-lama kamu juga akan bosan.

Petang tadi sempat aku menjamah popia di tepi stadium. Agak sedap. Rasanya bukanlah makanan istimewa yang orang akan cari bila berkunjung ke Kota Bharu. Makanan orang sini saja. Namun ianya cukup sedap untuk dirasa. Nasi kerabu atau keropok, kamu boleh cari di mana-mana. Esok aku mahu ke White House; katanya roti dan telur di situ sedap. Aku ingat kerana pernah terbaca di akhbar tidak lama dulu.

Satu aku sedari bila berjalan-jalan petang tadi, Kota Bharu agak bising dengan bunyi burung layang-layang buatan yang dipasang di bangunan-bangunan kedai. Bukan satu dua, banyak. Ianya membingitkan. Sepatutnya majlis perbandaran memantau keadaan ini. Tidak seronok hendak berjalan-jalan dengan tenang bila speaker melaung suara burung layang-layang sekuat mungkin.

Esok petang, aku mahu memulakan sesi fotografi aku. Aku ada dua hari untuk melakukannya. Mungkin tidak banyak gambar yang hendak aku rakam kerana kekurangan mood. Entahlah. 

Aku sedang memikirkan sesuatu. Berbaloikah dengan apa yang aku sedang lakukan sekarang. Mungkin aku tidak sabar. Aku mahu keputusan yang cepat. Rasanya begitu.

Kalau 10 tahun kamu menunggunya, kamu faham kenapa kamu tidak sabar.

2 comments:

melur said...

hehe.. gi kota baru ek.. jgn lupa beli kan aku tudung bawal ek.. ahaks.. kopok lekor ke.. :D

GEM Community said...

GEM Community (Directory / Forums Industry Swiftlet Farming Forums etc )- http://gem.socialgo.com

Industri Sarang Burung Layang-layang ( Walet / Walit )
http://gemsb.blogspot.com

Post a Comment