16.5.09

Cahaya Malam

Pertama kali (secara serius) bermain dengan cahaya malam. Lebih jelas lagi, cahaya lampu kenderaan di atas jalan raya. Aku sering teruja dengan gambar garisan cahaya yang terhasil daripada lampu kenderaan yang sedang bergerak.

Jadi selesai makan lewat malam (manalah tak gemuk!), aku berdiri di tepi jalan dari atas tebing. Kebetulan kamera ada di dalam kereta. Aku lantas keluarkan kamera dan cuba bermain-main; belajar sebenarnya. 

Inilah hasilnya.


Percubaan pertama. Gegar habis. Peringatan untuk diri sendiri; bumbung kereta bukan tripod yang sesuai.

Aku jumpa lantai simen tepi tebing. Letak kamera di atasnya dan terus snap tanpa fokus. Cuma setting aperture agak rendah. Terlebih pula cahaya yang masuk.


Salah timing. Hehehe. Satu kereta saja.


Peringatan untuk diri sendiri lagi. Sekali tekan, terus lepas. Jangan menggatal hendak perbetulkan kamera.


Sudah semakin hampir menjadi. Tetapi cahaya masih agak lebih dari yang sepatutnya (ikut mata aku yang rabun warna ni la).


Inilah mood yang aku mahu. Walaupun suasana sebenar lebih cerah daripada ini, tetapi aku lebih suka begini. Lain orang, lain citarasa, bukan?

Kalau ada lagi pertunjukkan bunga api di Putrajaya, mungkin aku boleh rakamnya nanti. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment