Salak Tinggi.
Sedang menghadiri bengkel kerja dari Isnin hingga Rabu. Namun sejak semalam, siang hari aku dihabiskan di pejabat kerana menyiapkan slaid persembahan untuk lawatan Menteri baru KDN ke JPN. Masalah yang timbul adalah kerana orang yang hendak memberi taklimat adalah orang baru (Bos Besar baru) yang langsung tidak tahu apa-apa mengenai JPN. Baguslah tu. Agaknya memang JPA suka menyusahkan orang lain.
Aku di sebuah cyber cafe di tepi hotel. Semua komputer di dalam kedai ini adalah dinasaur termasuk yang sedang aku guna ini. Skrin hanya mampu memaparkan resolusi 800x600 sahaja. Kali terakhir aku menggunakan resolusi sebegini adalah beberapa tahun lalu.
Cyber cafe ini memang boleh diandaikan seperti hidup segan, mati tidak mahu. Aku teringat pertama kali bekerja di sebuah Cyber Cafe kecil di Padang Jawa, Shah Alam di penghujung 90an. Lima buah PC Pentium 1 dengan Windows 98. Segala setting network seperti hanya dewa saja yang tahu melakukannya. Kelajuan internet? 56Kbps. Kalau boleh capai. Biasa sekadar 30Kbps. Perkara paling menarik dilakukan ketika itu adalah chatting di IRC.
Sudahlah. Aku bosan lihat skrin kecil ini.
No comments:
Post a Comment