Kami sebaya. Break off sudah amat lama. Lebih 15 tahun mungkin. Tapi sehingga sekarang masih menjadi sahabat baik dan sentiasa berhubungan. Err... Sekurang-kurangnya melalui komen di blog masing-masing.
Dulu masa bersama, kami berjanji bila umur 30 tahun, kami akan berkahwin. Sekarang sudah terlebih empat tahun dan masing-masing belum berkahwin. Dia sudah bersama dengan orang lain dan aku masih berseorangan.
Aku yang break off dengan dia kerana aku tidak boleh terima keadaan ketika itu. Dia terus menjadi seorang peguam, dan aku cuma err... apa jenis kerja aku ye? Rojak.
Hidup ini sebenarnya begitu indah begini. Walau terpisah, kami tidak pernah bermusuhan dan sentiasa menjadi sahabat yang baik. Kami boleh berbicara apa saja mengenai apa saja. Then again, kerana sibuk dengan kerja (mungkin itu lebih betul untuk aku), kami amat jarang ada masa untuk berbual-bual seperti dulu.
Dalam dunia yang nyata, hidup kami amat berbeza sifatnya. Kalau difikirkan balik, entah kenapa kami bersama dulu, aku masih kurang jelas dan faham. Tapi aku ketika itu, dibicarakan dalam mahkamah sekolah (JDM), aku tetap dengan pendirian aku mengenai dia. Aku nampak muka cikgu semuanya kecewa. Realitinya kecewa kerana aku masih dengan pendirian aku. Siapa mereka hendak menghalang? That was then.
Renny adalah amat baik dan sentiasa baik terhadap aku. Kadang-kadang aku fikir, kalau tidak kerana terlalu muda, mungkin sudah lain jalan ceritanya.
C'est la vie.
1 comment:
Dear Idan,
Thanks for remembering my birthday. You were the first to wish me.
We will always be friends, that's something I'm sure of. No matter what becomes of us.
Post a Comment