2.5.09

Santai

Sepanjang hari, entah kenapa, aku tidur dan tidur begitu lena. Mungkin kerana terlalu letih. Aku bangun di lewat petang dan terasa dunia seperti baru. Segar dan nyaman. Ada istimewanya tidur di atas tilum empuk di kampung ini. Aku tidak diganggu dengan hiruk pikuk dunia.

Dan sekarang aku berada di hadapan komputer. Komputer baru sebenarnya yang beberapa jam lalu dibebel oleh aku kerana barangan di dalam komputer tidak berbaloi dengan harga yang dibayar. Ayah diam saja. Aku faham. Benda sudah berlaku tidak guna disalak lagi.

Aku habiskan sepanjang malam ini mengubah segala setting yang ada, termasuk menukar sistem operasi (OS) kepada Windows Vista. Aku tahu, ianya lebih berat. Namun aku fikir ianya lebih sesuai untuk suasana di rumah ini. Sistem keselamatannya lebih bagus. Updates boleh dilaksanakan secara online dengan mudah. Aku pasangkan beberapa aplikasi lain yang percuma dan boleh diperolehi secara legal di internet.

Esok, awal pagi aku akan bergerak ke Gerik. Ada majlis kenduri kahwin di rumah Tok Su. Lama tak jumpa dia. Beberapa tahun, mungkin.

Terasa cepat pula masa berlalu.

No comments:

Post a Comment