2.5.09

Orang Kampung Semua Sudah Tahu!

Aku balik sebentar ke Gerik kerana menghadiri kenduri.

Setiba di majlis tersebut, aku jumpa beberapa orang yang ingatan aku masih kenal walaupun hampir 20 tahun tidak ditemui. Berjabat salam dan tersenyum. Bertanya khabar. Kemudian, perkara pertama disoal mereka,

"Dan, hang punya website tu on lagi ka?"

What the heck? Orang kampung di hulu Perak bertanyakan blog ini. Orang kampung. Okay, internet sudah ada di kampung ini sejak beberapa tahun dulu. Tapi masih, aku agak hairan.

Kamu ingat iklan Celcom berkaitan budak lelaki balik kampung kemudian tariannya yang dicuri rakam masuk ke dalam YouTube? Aku rasa begitu. Pelik kenapa hampir semua orang kampung tahu. At least, orang kampung yang aku kenal dan jumpa.

Rupa-rupanya blog aku ini memang agak popular terutama kalau mereka yang rajin Google mengenai Gerik, Kampung Hulu Kenderong dan yang berkaitan. Jadi tidak mustahil orang yang mengenali aku turut sama akan jumpa blog ini.

Bila tiba di rumah arwah Tok, pakcik bertanyakan hal yang sama.

Aku tersenyum dalam hati.

Ada faedah juga blog ini.

1 comment:

halimatun sadiah said...

mungkin kita pikir ia benda kecik tp sebenarnya impak besar pd org lain juga.

juga menimbulkan kebaikan secara tidak langsung =)

Post a Comment