26.5.09

Menunggumu

Dua puluh minit setelah selesai berbual, aku masih belum tidur. Aku memang sebenarnya mengantuk. Amat mengantuk.

Masalah aku; bila aku kenal baik dan dengan seseorang, aku akan cuba layan dia sebaik mungkin dan menghargai masa-masa yang ada bersamanya. Ada kala seperti menyiksa diri. Namun hakikatnya tidak. Aku merasa ianya dalam keadaan terpaksa.

Bukan juga untuk membeli jiwa.

Aku lakukan kerana antara masa ini hingga aku temuinya lagi (mungkin), aku tidak tahu apa yang akan berlaku. Hidup ini sebegitu rapuh. Jadi kalau ada sedikit ruang masa, aku akan lakukan yang terbaik untuk membuat mereka gembira dan bahagia.

Dan mungkin untuk sesetengah orang, ianya sedikit istimewa. Aku rasa ianya adil kerana mereka lakukan perkara yang sama terhadap aku. Aku sekadar membalas kebaikan dengan kebaikan juga. 

Aku pasti, kamu juga mengetahuinya.

2 comments:

kOpiEhiTam said...

moral of the story... lain kali jangan paksa diri :)

halimatun sadiah said...

tak pasti ia sgt sesuai atau tidak dengan post idan ni.

seseorang yang kita sayangi akan berbahagia apabila dia mengetahui kita menyayangi.

kita juga boleh berbahagia apabila menyayangi seseorang dalam diam tanpa sebarang balasan namun insan yg paling berbahagia apabila saling sayang meyayangi =)

Post a Comment