22.5.09

Meredah Kerja

Sekejap lagi aku akan bergegas untuk kerja luar, sehingga Ahad. Aktiviti yang memenatkan badan dan otak. Minggu depan, Isnin sudah ada kerja berat; lawatan timbalan menteri pula. Selasa, satu kerja berat lagi; penilaian amalan 5S oleh MPC. Minggu lagi satu, paling berat; penilaian Star Rating oleh MAMPU selama lebih kurang seminggu. Sepanjang waktu itu, darah bakal naik setinggi mungkin.

Aku kerja apa sebenarnya?

Janganlah tanya. Cukup sekadar kamu tahu, kadang-kadang seperti jadi tali untuk ditarik ke sana sini. Aku tidak kisah. Cuma agak memenatkan. Lebih baik saja begini dari terbungkam di kubikel sepanjang waktu kerja tanpa ada apa hendak dilakukan. Makan gaji buta. Sekurang-kurangnya cukai yang kamu bayar itu kamu tahu digunakan dengan sebaiknya oleh aku. :-)

Dan aku masih di rumah mengemas baju dan seluar ke dalam beg. Jam sudah 2.22 petang dan aku masih menaip post ini untuk kamu dan kamu dan kamu juga.

Semoga kamu sentiasa sejahtera dan damai.

No comments:

Post a Comment