Sejak lebih setahun dulu, aku teringinkan sandal Crocs. Tetapi memandangkan harganya yang melampau mahal (bagi sepasang sandal foam plastik), aku pendamkan niat begitu saja. Sehingga aku jumpa Crocs Outlet di The Mines. Sebenarnya kedai tersebut sudah lama. Tapi aku tidak terasa hendak masuk kerana memikirkan harganya yang mahal.
Kemudian dalam bulan lepas aku sengaja juga masuk kerana terpandangkan promosi potongan harga. Rupanya Crocs Outlet berbeza dengan Crocs Store. Crocs Store menjual pada harga pasaran manakala Crocs Outlet menjual pada harga pemborong. Tapi seperti yang kita tahu, bila harga pemborong, maka modelnya juga pasti model lama. Betul. Kebanyakkan model Crocs yang dijual adalah model lama. Harganya berbeza separuh dari harga asal. Jadi kalau sandal Crocs Beach di kedai biasa berharga RM129, di Outlet cuma RM64.50. Separuh harga.
Atas sebab itu jugalah, aku beli Crocs Beach berwarga hijau "Sage" di bawah.
Warna kurang menarik, tetapi masih lebih menarik dari warna lain seperti pink, merah, biru cair dan oren. Tiada hitam, ruginya. Kira ini kasut raya aku.
Lagipun sandal aku sekarang sudah bertindak seperti sepatu luncur ais apabila berjalan di atas marmar licin. Aku tidak mahu suatu hari nanti aku jadi bahan ketawa orang dengan aksi akrobatik di atas lantai licin.
Yay, aku sudah ada Crocs!
p/s: aku dengar orang cakap di belakang, "membazirnya..."
2 comments:
tak bazir lah. sy dh ada 4 boya kaler pink pelan, pink kuat, hijau n ungu dlm rak kasut n rasa sngat2 berbaloi pasal dah bertahun2 pakai masih mcm tuuuu je. walaupun kaler2 nya mcm kanak2 riang ria tp yg penting selesaaaaaa sgt... kannn? hehehe
Oh, banyaknya. Saya pakai yang ini mungkin sampai tapak bertukar jadi luncur ais, barulah tukar lain.
Betul, amat tidak rugi. Heh.
Post a Comment