30.12.10

Selamat Menyambut Tahun Baru 2011


Tahun 2011 adalah saat yang akan menjadi titik tolak perubahan hidup aku. Ada lebih kurang lima bulan lagi persediaannya.

Semoga dipermudahkan segala urusan.

Anugerah

Selama 35 tahun, menjelang 36 tahun hidup ini, tidak ada anugerah Tuhan yang lebih aku hargai sekarang daripada ini,

Maszura Ahmad
Syukur dengan rezeki yang dikurniakanNya.

Yang Terbaik

Umum

Post sebelum ini adalah post ke 362. Setahun ada 365 hari. Jadi moleknya, aku lengkapkan sejumlah 365 post untuk tahun ini. Kononnya untuk memperlihatkan bahawa aku menulis di blog ini sehari sekali.

Pertamanya, tahniah kepada pasukan bolasepak Malaysia kerana menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 setelah menewaskan Indonesia dengan agregat 4 - 2. Secara keseluruhan, pujian harus diberikan kepada K.Rajagopal kerana berjaya membentuk sebuah pasukan muda yang mantap dan bersemangat tinggi. Kalau terus dikekalkan pasukan ini, peluang untuk berjaya di kejohanan lebih besar adalah tinggi.

Pasukan Indonesia yang didukung oleh peminat fanatik mereka tidak kurang hebatnya. Mungkin secara jelas, pasukan Indonesia ini adalah yang terbaik dari generasi mereka. Cuma yang sedikit mengelirukan, kenapa dengan 240 juta penduduk, Indonesia masih sibuk mencari pemain luar untuk di'naturalisasi'kan. Perancis dan Belanda melakukan perkara yang sama, Indonesia sedang menirunya. Mungkin suatu hari kita pun akan berbuat begitu?

Kita juga perlu ingat kejayaan pasukan Hoki lelaki kita yang berjaya merangkul pingat perak di Sukan Asia tempohari. Itu juga kejayaan yang patut dibanggakan.

====

Dari sudut politik, ianya masih malap buat demokrasi di Malaysia. Perjuangan politik ala kampungan yang dilakukan oleh semua pihak membuatkan ramai golongan muda yang meluat dengan suasana politik di Malaysia ini.

Keterbukaan dalam menyuarakan pendapat dan membuat pilihan masih tidak dapat dirasakan dengan selesa. Halangan sentiasa ada untuk berpolitik dengan matang. Tetapi perubahan sentiasa ada. Yang membatas hanya akal manusia. Aku kira, rakyat Malaysia kini semakin matang dengan telatah politik di Malaysia. Parti politik yang menguasai kerajaan sekarang perlu lebih bijak menilai dan menganalisis.

====

Filem

Filem terbaik tahun ini, aku nobatkan Inception lakonan Leonardo di Caprio dan Ellen Page. Filem fiksyen pengembaraan ke dalam alam mimpi manusia yang sungguh menarik dan provokatif. Idea mencuri maklumat melalui 'mimpi' manusia ini merupakan sesuatu yang baru, sama seperti idea filem The Matrix lebih sedekad lalu.

Filem animasi 3D terbaik pula adalah How To Train Your Dragon,  keluaran DreamWork Animation. Filem yang mengisahkan seorang anak Viking yang dikira lemah di dalam kalangannya sendiri, berjaya menjinakan naga, musuh kaumnya. Malah beliau berkeupayaan berinteraksi dengan naga dan di akhir cerita, secara jujur memaparkan ketidaksempurnaan hidup yang biasa kita lihat dalam filem happy ending lain. Watak utama kehilangan kakinya setelah bertarung dengan raja segala naga. Ini pertama kali filem DreamWork Animation mengatasi Pixar dalam penilaian aku. Filem Toy Story 3 bagi aku lebih menarik berbanding How To Train Your Dragon tetapi aku sedikit kecewa dengan jalan ceritanya. Mungkin aku meletakkan harapan yang terlalu tinggi.

====

Muzik

Lagu tahun ini aku serahkan kepada Muse - Resistance. Tanpa alasan yang nyata. Mungkin kerana pertama kali aku mendengarnya, ianya terasa seperti bagaimana aku pertama kali mendengar lagu-lagu dari Black Album Metallica. Sungguh berbeza.

Selain daripada itu, hendak tidak hendak, aku terpaksa berikan juga kepada lagu Spring - Sejiwa. Kerana lagu ini telah mendekatkan aku dengan Zura. Setiap malam kalau ada ruang, aku akan nyanyikan kepadanya melalui corong telefon. Sehingga bila Zura dengar versi asal, dia hairan kerana berbeza. Agaknya sudah banyak yang aku ubah. :)

====

Fotografi

Tahun ini amat kurang sangat aku berfotografi. Pertamanya kerana kamera DSLR aku sudah rosak. Keduanya, aku jarang kemana-mana seperti tahun-tahun lalu. Aku lebih banyak merakam gambar dengan kamera digital Sony biasa sebelum ianya hilang tempohari.

Fotografi terbaik aku tahun ini adalah gambar di sebelah kiri ini, suasana malam Kuala Lumpur dari Tasik Titiwangsa.

Aku dan Zura ke sana untuk duduk makan sambil menikmati suasananya. Cuaca malam yang baik membenarkan aku merakam gambar yang cukup menarik ini. Mungkin ada gambar lain yang lebih baik dari ini tetapi pilihan aku lebih bersifat peribadi. Aku nampak 'glow' cahaya di atas menara KLCC sebagai petunjuk yang bagus. Ada gambar menarik lain seperti Painted Sky (SINI dan SINI) dan Alir Sungai tetapi KL waktu malam lebih mengujakan aku.

Itu senarai "Yang Terbaik" aku untuk tahun 2010. Aku mahu senaraikan beberapa perkara lagi tetapi mungkin tunggu tahun depan saja untuk menulisnya. Aku mahu membaca kembali ke semua 365 post aku.

:)

Potret

29.12.10

Hubung Kait 2

Aku menjenguk ke tapak pembinaan di sebelah pejabat. Mereka sedang sibuk bekerja. Aku yakin, 90% tenaga buruh di situ, asal Indonesia. Mereka datang secara sah atau tidak untuk bekerja; mencari wang untuk sesuap nasi buat mereka dan mungkin keluarga di kampung halaman, nun jauh di Indonesia.

Sudah hampir setahun projek pembinaan di sebelah ini berlangsung, keadaannya teratur dan aman. Tidak ada gelodak jiwa dan benci yang dapat dilihat dari sudut tempat aku bekerja ini.

Sebenarnya, ramai orang Indonesia yang cukup peramah dan baik. Aku pernah bekerja sekejap sebagai supervisor kontraktor binaan semasa Putrajaya ini baru hendak membangun, kira-kira 10 tahun lalu. Aku tinggal di sebuah rumah kongsi berhampiran dengan tempat tinggal beberapa orang pekerja dari Indonesia. Kebanyakkan daripada mereka ada drebar Santai Wong (lori hantu) yang sudah agak lama bekerja dengan syarikat yang aku sertai ini. Aku cuma mula bekerja di situ beberapa hari.

Suatu petang aku menziarahi pekerja Indonesia ini di rumah mereka. Ada yang sudah berkeluarga, tinggal bersama beberapa orang di rumah yang sama. Sampai saja, aku dijemput masuk dan duduk di tepi pintu. Aku melihat suasana dalam rumah; ala kadar, sekadar cukup untuk hidup.

Sepanjang berbual, aku tanyakan keadaan kampung halaman mereka. Seronok mereka menceritakan suasananya. Tiba suatu ketika, mereka mengeluh dan mengadu. Gaji mereka sudah beberapa bulan tidak dibayar oleh majikan. Duit yang ada di tangan mereka kini adalah pinjaman daripada majikan itu sendiri. Puas diminta tetapi majikan masih belum melunaskannya. Aku fikir sedikit pelik, kalau gaji tidak diberi, kenapa masih memberi hutang? Pasport mereka juga disimpan oleh majikan. Itu kata mereka. Aku tidak bertanyakan hal itu kepada majikan kerana aku cuma bekerja selama lapan hari di syarikat itu sebelum angkat kaki. Cerita lain.

Namun kata-kata mereka ini masih aku ingat dan jadikan iktibar;

"Kami ini orang Jawa. Masih ada hati dan budi. Kalau orang Madura, sudah lama kepala towkey itu dipenggal!"

Mereka tidak teragak-agak untuk melaksanakan hukum rimba demi kesejahteraan hidup. 200 juta umat di sekeliling, hidup ini bukan sangat mudah bagi mereka.

Kembali ke hari ini. Sebentar lagi akan berlangsung perlawanan bolasepak akhir Piala AFF Suzuki pusingan kedua di Gelora Bung Karna, Jakarta. 26 Disember lalu, pasukan bolasepak Indonesia yang sejak awal lagi diramal favorit untuk menjuarainya tewas di Stadium Bukit Jalil di tangan pasukan Malaysia, 3 gol tanpa balas. Mana mungkin Malaysia yang dibelasah 5 - 1 oleh pasukan Indonesia yang sama di awal pusingan, kecundang?

Lalu disalahkan laser oleh penonton. Lalu disalahkan serbuk gatal yang ditabur atas padang saat pasukan Indonesia membuat latihan. Lalu disalahkan dukun yang didakwa diupah Malaysia untuk mengganggu emosi pemain Indonesia sehingga mereka nampak tiada tumpuan. Semua salah Malaysia.

Kambing Hitam = Malaysia.

Berteriak juga mereka di surat khabar, televisyen dan internet mengenai pasukan Malaysia yang tidak adil dan tidak ada semangat kesukanan. Provokasi media yang begitu licik menyebabkan begitu ramai rakyat Indonesia yang terpengaruh dan secara automatik, membenci Malaysia secara keseluruhan.

Lalu setiap hari ada ugutan bunuh, ugutan ganyang, ugutan itu dan ini yang ditujukan kepada pasukan Malaysia dan rakyatnya.

Aku teringat kembali 10 tahun lalu.

Salin Kulit

Mulanya aku fikir aku mahu ubah layout blog ini. Maklumlah, 2011 bakal menjelma. Perlu ada perubahan, bukan? Perlu ada rupa diri yang baru?

Tapi bila aku lihat balik posting lama mengenai blog ini (kamu boleh lihat pada tag frossonice.com), aku sedari aku baru saja tukar layout blog ini pada 19 Mac 2010. Masih belum cukup setahun atau belum cukup musim 2010/11 seperti yang dicanang.

Jadi tunggu 18 Mac 2011 untuk layout baru. Itu pun kalau aku rajin dan tidak ada kerja lain yang hendak dibuat.

28.12.10

Hubung-Kait

Tidak ada bezanya perbalahan antara Malaysia dan Indonesia dengan Malaysia dan Singapura. Jelasnya, lebih besar kita, lebih tinggi ego kita. Maka Indonesia sentiasa berasakan mereka lebih 'besar' segalanya dari Malaysia, manakala Malaysia sentiasa menganggap Singapura sebagai adik mereka.

Secara logik kebanyakkan dari kita yang berfikir; Indonesia > Malaysia > Singapura.

Timbul masalah apabila ada beberapa perkara di mana keadaannya terbalik. Ekonomi dan kemakmuran negara contohnya. Apa yang kita boleh lihat, secara ekonomi dan kemakmuran negara,

Singapura > Malaysia > Indonesia.

Kenapa Thailand, Filipina, Myanmar, Laos, Cambodia, Vietnam, Timur Leste dan Brunei DS tidak terlibat? Ada, tetapi tidak signifikan. Mungkin kerana hubungan sejarah tidak begitu rapat seperti ketiga-tiga negara di atas, negara lain kurang mahu menimbulkan masalah antara satu sama lain.

Sampai bila ianya tidak akan selesai. Aku salahkan laser! Hehehe.

24.12.10

Mobiliti

Sekarang sibuk orang memperkatakan mengenai MRT di Lembah Klang. MRT adalah singkatan kepada Mass Rapid Transit, iaitu sistem pengangkutan rel yang lebih besar daripada LRT. Lembah Klang sudah mempunyai LRT; Putra dan Star, dan ianya sudah mencapai tahap kepadatan tinggi di waktu puncak.

MRT adalah penyelesaian logikal terhadap mobiliti dalam bandaraya besar seperti Kuala Lumpur. Singapura mempunyai MRT sendiri. London mempunyai Underground, New York mempunyai Subway dan Jepun mempunyai Metro. Sistem pengangkutan rel skala besar ini sepatutnya sudah lama diwujudkan di Kuala Lumpur dan Lembah Klang.

Malah pada pendapat aku dan aku pernah menulisnya di blog ini, sistem pengangkutan rel adalah mod pengangkutan paling efisien untuk sebuah negara seperti Malaysia. Hubungan pengangkutan seluruh semenanjung Malaysia akan jadi lebih pantas dan efisien sekiranya pengangkutan rel diambil perhatian. Kewujudan lebuhraya melingkari seluruh semenanjung dengan jumlah kenderaan yang semakin meningkat sebenarnya juga akan meningkat risiko berlakunya kemalangan jalanraya. Kita boleh lihat jelas dengan kes-kes kemalangan yang sering berlaku saban hari di sekeliling kita.

Banyak faedah yang boleh diperolehi; penjimatan tenaga karbon (minyak) dengan lebih nyata. Kita tidak akan lagi dengar orang mengeluh harga minyak naik setiap masa. Mereka mempunyai alternatif pengangkutan rel yang boleh membawa mereka kemana-mana dengan pantas dan menjimatkan. Maksud aku, kalau mereka cuma mengambil masa dua jam untuk sampai di Johor Bahru dari Kuala Lumpur, apa motif untuk mereka menggunakan kereta atau bas lagi? Begitu juga kalau mereka boleh tiba di Kota Bharu dari Kuala Lumpur dalam masa tiga jam, aku rasa kita tidak perlu lagi bazirkan duit untuk bina lebuhraya di pantai timur. Malah, kita tidak perlu mengeluh jalan sesak setiap kali musim perayaan tiba.

Kerajaan perlu lebih serius untuk meningkat efisiensi sistem pengangkutan di Malaysia. Ianya mampu menjana ekonomi negara dengan lebih pantas dan menyeluruh. Kita tidak perlu lagi dengar orang komplen mengenai kualiti perkhidmatan AirAsia, harga tiket MAS yang mahal, bahaya naik bas ekspres atau keretapi ekspres senandung malam yang mengambil masa 24 jam untuk tiba di destinasi. Manusia perlukan mobiliti yang lebih pantas dan kerajaan perlu sediakan dengan kadar segera.

Water Cooler

Aku pernah beritahu di blog ini yang aku suka minum air mineral/air kosong setiap hari. Purata hampir dua botol 1.5 liter aku habiskan setiap hari. Biasanya aku akan beli beberapa botol air mineral 1.5 liter di kedai runcit berhampiran rumah. Harga di situ cuma RM1 sebotol. Namun begitu, kalau dikira setiap hari sebulan, ianya boleh mencecah RM60 - RM70.

Sampai suatu hari ketika mengemas rumah. Aku terpandang kepada botol air yang aku beli tidak lama dulu. Botol plastik polimer bersaiz 1.6 liter, berharga RM23 aku beli dengan tujuan asal untuk diisi air teh untuk diminum di rumah. Sekali saja aku melakukannya dan kemudian ianya terperap di dapur. Aku terpandang botol itu kembali dan ianya memberi aku suatu ilham. Pejabat aku mempunyai water-cooler/water dispenser di setiap aras dari aras bawah hingga aras tiga. Ianya disediakan untuk kemudahan umum, terutama kepada pelanggan yang datang. Tetapi setiap kali aku lalu di kawasan letaknya water cooler tersebut, jarang aku lihat orang menggunakannya. Maksud kau menggunanya untuk minum. Paling biasa aku lihat, orang guna untuk basuh tangan.

Air water cooler tersebut sudah ditapis (aku nampak sistem penapisan di belakang water cooler) dan ianya percuma. Aku bawa botol polimer dari rumah dan isi penuh air di dalamnya. 1.6 liter dengan percuma (kerajaan bayar). Jimat lebih kurang RM1 sehari. 30 hari, aku jimat lebih kurang RM30. Apa saja yang boleh menjimatkan kos, aku ambil.

Semalam ketika berada di Daiso, sebuah kedai menjual pelbagai jenis barang di IOI Mall, Puchong, aku terpandang botol plastik berukuran 1.2 liter. Harga setiap botol cuma RM5. Harga standard kedai yang berasal dari Jepun ini. Aku berkira-kira, kalau aku beli empat botol, ianya cuma RM20. Aku sudah dapat 4.8 liter ruang untuk mengisi air. Aku isi air di water cooler pejabat dan bawa balik rumah. :)

Idea jahat tetapi boleh menjimatkan aku lebih banyak wang. Boleh ke tidak?

23.12.10

Mainan Mimpi

Aku alami mimpi paling pelik malam tadi. Malah hingga sekarang aku masih ingat plotnya walaupun skrip sudah lupa.

Ceritanya lebih kurang begini;

Aku sedari aku sedang berada di sebuah kompleks bangunan terbuka dan di antaranya ada ada sebuah kolam (aku rasa kolam). Aku nampak beberapa orang berdiri di dua buah bangunan di kiri kanan kolam, ada seorang wanita di penghujung bangunan sebelah kiri tepi kolam. Aku berada di dalam air. Mulanya aku fikir apa yang aku perlu buat. Wanita itu tidak pun dalam ketakutan dan orang berada di sekeliling, walaupun sedang menunggu untuk menyerang hendap, tidak bersenjata. Aku juga sedari bahawa mereka tidak mahu turun ke dalam kolam seperti yang sedang aku lakukan.

Tiba-tiba datang seorang lelaki menjerit kepada aku mengarahkan aku melarikan wanita tersebut dari tempat itu. Kumpulan lelaki yang ada di sekeliling mula melakukan serangan. Mereka tidak kelihatan seperti manusia biasa. Suara garau dan kasar dengan mata yang bersinar cuba menerkam ke arah wanita tersebut. Aku yang terdengar jeritan lelaki itu terus menerpa ke arah wanita yang berada di penjuru bangunan. Anehnya, aku seperti bukan melompat keluar dari kolam, tetapi terbang keluar dari kolam menuju arah wanita itu. Apabila semakin hampir, aku terpaksa mempertahankan diri daripada serangan kumpulan tadi. Serangan mereka dapat dipatahkan dengan mudah dengan aku hanya perlu mengarahkan telapak tangan ke arah mereka dan seperti ada energi ghaib keluar darinya dan menghentam ke arah kumpulan penyerang tersebut, lalu mereka terpelanting jauh.

Bila tiba di sisi wanita tersebut, aku dapati dia tidak panik atau ketakutan, malah kelihatan bersahaja. Aku nampak lelaki yang menjerit mengarahkan aku menyelamatkan wanita tersebut sedang bergelut dengan kumpulan penyerang. Sekali lagi jeritan darinya aku dengar, menyuruh aku beredar segera sambil membawa bersama wanita tersebut.

Lalu aku mengangkat wanita itu dengan ke dua-dua belah tangan. Lelaki seorang lagi sudah tiba di sisi aku lalu mengajak aku beredar dari tempat itu. Dia kemudiannya terbang meninggalkan tempat itu. Aku pantas mengikutinya. Aku membelakangi arah tujuan sambil erat memegang wanita tersebut dan melihat tempat yang ditinggalkan. Aku dapati kumpulan penyerang tersebut cuma memerhatikan pergerakan kami.

Sepanjang 'penerbangan' itu, aku tidak pernah melihat ke arah hadapan, aku terus terbang membelakangi destinasi sambil erat mendukung wanita itu yang kelihatan sedang lena tidur. Jauh perjalanan kami bertiga. Sehingga tiga hari, baru kami tiba di destinasi. Wanita yang aku dukung sudah aku turunkan dia dari dukungan dan dia berdiri melihat suasana sekeliling.

Lelaki yang membawa aku dan wanita itu ke destinasi baru ini datang menghampiri aku. Lalu dia menerangkan bahawa kumpulan penyerang tadi adalah sejenis makhluk yang sudah tidak hidup lagi tetapi dalam masa yang sama, tidak boleh mati. Maksudnya mereka tidak boleh dibunuh kerana sekiranya mereka dibunuh, mereka akan menjelma menjadi makhluk yang lebih dasyat lagi. Mereka ini dalam keadaan biasa wujud seperti roh manusia di dalam avatar yang berbentuk badan manusia biasa.

Untuk mengenali mereka, hanya orang seperti aku, lelaki dan wanita yang aku selamatkan itu saja boleh melakukannya. Hanya kami yang boleh nampak susuk mereka sebenarnya. Paling istimewa, kami dikurniakan dengan keupayaan untuk berbicara makhluk ini. Ada antara makhluk ini yang baik, malah mereka menerima arahan-arahan tertentu daripada kami. Ada antara mereka yang bersifat jahat. Mereka inilah yang menyerang kami di tempat berkolam itu.

Kolam itu pula sebenarnya bukan air biasa. Ianya adalah kolam cecair aneh yang apabila terkena kepada makhluk aneh, mereka akan terpisah secara automatik dengan avatar mereka. Malah, melalui mimpi aku ini, aku dapat lihat bagaimana makhluk ini terpisah daripada avatar mereka; kepala sehingga badan di bahagian hadapan akan terbelah dua, menampakkan susuk makhluk yang mendiaminya. Makhluk ini berwarna kelabu seperti bayang-bayang bersusuk seperti manusia, punyai mata, hidung, mulut dan lain-lain seperti manusia juga, cuma dalam bentuk bayang-bayang kelabu.

Sekiranya makhluk ini dibunuh, mereka akan bertukar menjadi makhluk yang lebih hodoh dan besar, bergigi tajam dan bermata merah. Ianya memerlukan kami bertiga untuk menewaskan seekor makhluk ganas itu.

Aku juga diterangkan oleh lelaki itu bahawa tugas aku adalah untuk menjaga makhluk itu (yang baik) supaya tidak terjebak dengan makhluk yang jahat. Setiap daripada makhluk itu aku berikan arahan dalam bahasa yang aneh. Ianya seperti kata kunci untuk mereka. Setiap makhluk mempunyai kata kunci yang berbeza, namun begitu, permulaan perkataan kata kunci adalah sama untuk semua makhluk tersebut.

Aku cuma perlu menyebut; "{ kata kunci }, { arahan } { nama makhluk }."

Makhluk itu yang pada mulanya kelihatan seperti manusia biasa akan berhenti bergerak dan berdiri diam apabila mendengar ayat di atas. Tidak beberapa saat kemudian, mereka akan mengesahkan arahan tersebut dan terus melaksanakannya.

Panjang lagi sebenarnya mimpi aku. Ada pertarungan dengan makhluk yang telah mati ketika cuba menyelamatkan seorang pemimpin wanita yang berbadan gemuk berbaju merah. Makhluk itu seperti cuba membunuh pemimpin wanita yang sedang berada di tepi sungai. Kami bertiga datang dengan pantas dan cuba menghalangnya. Pertarungan berlaku dan ianya memerlukan kudrat kami bertiga untuk menumpaskan makhluk itu.

Kemudian aku terjaga dari tidur. Potong stim betul.

22.12.10

Buntu

Aku sepatutnya sedang bertungkus lumus menyiapkan kerja-kerja part time aku. Tetapi aku sedang mengalami kebuntuan idea.

Begitu juga untuk menulis di sini, aku sedang mengalami kebuntuan idea.

Ketika waktu yang baik, aku boleh siapkan kerja sejam dalam masa lima minit. Tetapi apa yang berlaku sekarang adalah sebaliknya. Mengantuk, kepenatan mental dan fizikal serta buntu.

Where is my muse?

17.12.10

Bebaskan Politik Malaysia Daripada Politik Feudalisme

Tengok. Tengok.

Selama yang aku perhatikan, wakil rakyat di parlimen tidak lebih daripada menjaga periuk nasi dan partinya dulu sebelum mengambil berat hal rakyat. Selama ini yang bertelagah di parlimen itu bukan kerana mempertahankan hak rakyat tetapi hak individu dalam sesebuah parti dan parti itu sendiri. Maka saban hari kita lihat parti politik bergaduh antara satu sama lain dan itu kerja yang orang ramai sangka, berjuang untuk mereka.

Bab mana yang mereka berjuang untuk rakyat? Lepas bergaduh dalam parlimen, mereka masih boleh bergelak ketawa sambil hisap rokok di lobi parlimen. Dalam dewan, semua mahu jadi singa.

Seperti yang aku pernah kata dulu, sistem politik di Malaysia masih bersifat feudalistik. Pemimpin diagung-agungkan dan berkuasa lebih dari yang sepatutnya. Rakyat yang memilih pemimpin pula kemudiannya ditekan dan diminta untuk menyembah hormat kepada pemimpin ini. Tengok bila ada perjumpaan dengan wakil rakyat; berapa lama rakyat kena tunggu untuk jumpa wakil mereka yang sering lambat tiba. Atau kita kena berbaris sepanjang jalan menyambut wakil kita. Apa motif kita panggil dia wakil kalau kita kena sembah dia macam dewa?

Mereka, sang wakil rakyat ini sepatutnya bekerja untuk rakyat. Masuk parlimen kemudian mengadu,

"Jalan di hulu ceruk ini masih belum ditar sejak merdeka dulu dan orang di kawasan itu sejumlah 100 orang mengarahkan saya menyuarakannya di dalam dewan ini!"

Tetapi tidak. Sebaliknya mereka akan masuk dalam dewan kemudian mengeluarkan segala konsep, cadangan dan hujah yang kononnya untuk kebaikkan rakyat. Ada tanya rakyat dulu ke sebelum mencadangkannya? Mereka akan jawab tidak perlu kerana mereka tahu apa yang baik untuk rakyat.

Tengok. Mereka kata mereka tahu apa yang baik untuk rakyat. Jadi apa motif kalau kita pilih seseorang menjadi wakil kita tetapi tidak mahu ambil pusing dengan cadangan dan keluhan kita? Sebaliknya mereka rasa mereka lebih tahu dan lebih senang kalau mereka tolong fikirkan untuk kita. Kita tidak perlu buat apa-apa kecuali pada setiap kali pilihanraya, kita undi mereka.

Hasilnya nanti, saban tahun pembangunan akan dibawa ke tempat kita (kalau wakil rakyat itu ada pengaruh untuk melakukannya) sikit-sikit supaya orang nampak dia buat kerja. Sokong lagi, maka kita akan dapat lagi. Kalau kita tidak sokong dan pilih parti lawan yang tidak memerintah, maka kita akan dibiarkan. Padan muka, siapa suruh tidak sokong.

Itu bukan feudalistik namanya?

Aku bukan mahu membodek kamu supaya menyokong mana-mana pihak. Aku mahu kita sebagai rakyat dan ada hak mengundi dan memilih wakil kita supaya menjadi lebih bijak. Orang yang kita pilih itu adalah wakil kita. Pecacai kita. Kita suruh dia buat kerja. Malah mereka dibayar gaji (melalui cukai yang dikutip daripada kita) supaya buat kerja untuk kita. Bukan buat kerja sesedap perut mereka.

Aku hendak beritahu kamu apabila wakil rakyat hendak jumpa kamu, wakil rakyat sepatutnya datang dulu dan tunggu kamu, bukan sebaliknya. Dia cuma wakil, bukan raja. Dia cuma orang yang diamanahkan untuk menjalankan tugas, bukan sultan yang memerintah negeri ini. Wakil kita, kita tentukan siapa dia. Bukan dia desak kita tentukan siapa dia. Wakil rakyat yang tidak menjalankan tugas, bila-bila masa pun kita boleh desak dia letak jawatan. Kita boleh pilih orang lain. Agak-agak bila kita desak wakil rakyat kita sekarang, mahu atau tidak dia letak jawatan? Melainkan dia mati, rasanya susah sangat.

Aku faham. Kita pilih dia sebagai wakil rakyat. Jadi kita perlu hormat dia sebagai wakil kita. Tapi hormat kita itu biarlah berpada-pada. Jangan sampai hormat seperti kita hormat dewa atau raja. Kita hormat sebagai seorang yang memegang amanah dan tanggungjawab yang besar. Sepatutnya datang hormat itu dimulakan daripada wakil rakyat itu sendiri. Dia perlu sentiasa hormat dengan pemilih dia. Bila itu ada, baru timbul hormat orang terhadap dia. Baru timbul rasa bangga dan rasa bertuah orang terhadap dia.

Tetapi bila dia kata dia lebih tahu daripada kita dan tidak peduli kita, kita masih mahu sokong dia? Dia tahu keadaan itu lalu dia kata, jangan pilih dia, pilih parti yang diwakilinya. Bullshit. Keadaan akan terus sama kalau begitu. Dia kekal di tempat yang sama tanpa perlu bersusah payah membantu kita. Kita akan terus bayar cukai untuk bayar gaji dia. Itu feudalistik namanya.

Jadi pengundi yang bijak. Jadi manusia yang bijak.

16.12.10

Harimau Malaya Mengaum



Tahniah Malaysia. Good job. Pastikan kita tidak tersungkur di pusingan kedua di Hanoi nanti. Tiada away goal rules.

Kawan-kawan yang pergi ke Stadium Nasional Bukit Jalil memberitahu aku bahawa selepas perlawanan malam tadi, penyokong Malaysia berbilang kaum berpesta meraikan kejayaan tersebut. Mereka kata semua bangsa ada; melayu, cina, india dan lain-lain.

Siapa kata rakyat kita berpecah belah? Cuma politik saja yang mengotorkan jiwa kita. Hentikan politik perkauman!

15.12.10

Lotus Lawan Lotus

Dunia perlumbaan Formula 1 sedang rancak membahaskan pertembungan antara dua Lotus. Satu Lotus yang dibawa oleh Tony Fernandes, CEO Air Asia sejak tahun lalu, dikenali sebagai Lotus Racing. Pada tahun 2011 nanti mereka akan menggunakan kembali nama pasukan lagenda dalam F1, Team Lotus.

Team Lotus bagi yang kurang arif mengenai F1, adalah pasukan F1 yang paling berjaya selepas Scuderia Ferrari. Namun begitu pada tahun 1994, mereka telah menarik diri daripada F1 kerana faktor kewangan dan sokongan penaja.

Pada tahun 1996, Group Lotus iaitu syarikat yang membina kereta Lotus telah dibeli oleh Proton. Namun begitu, pembelian itu tidak termasuk hak kepada jenama Team Lotus. Mengikut sejarah, Colin Chapman, pemilik Team Lotus dan Lotus Cars tidak pernah meletak kedua-dua entiti ini di bawah satu bumbung. Alasan beliau adalah, sekiranya satu syarikat mengalami masalah, syarikat satu lagi tidak akan lingkup bersama. Jadi Proton pada tahun 1996 cuma membeli Lotus Cars yang sekarang dikenali sebagai Group Lotus. Manakala Team Lotus telah dimiliki oleh David Hunt iaitu adik kepada James Hunt, pelumba F1 sekitar era 70an yang juga pernah memandu untuk Team Lotus. Team Lotus dikendali oleh David Hunt melalui Team Lotus Ventures.

Pada penghujung 2010, Tony Fernandes telah berjaya membeli Team Lotus Ventures daripada David Hunt seterusnya melayakkan beliau menggunakan jenama Team Lotus untuk pasukan beliau yang sebelum ini dikenali sebagai Lotus Racing.

Lotus Racing digunakan pada tahun 2010 oleh Tony Fernandes selepas membuat perjanjian penggunaan nama Lotus dengan syarikat Proton dan Group Lotus. Perjanjian yang sepatutnya berlangsung selama lima tahun telah ditamatkan oleh Proton pada penghujung tahun 2010 atas dakwaan Proton bahawa Tony Fernandes telah melanggar terma perjanjian.


Awal November 2010, kedengaran khabar angin bahawa Proton dan Group Lotus berminat untuk menyertai F1 melalui rakan kongsi lain, iaitu tidak melibatkan Lotus Racing. Akhirnya disahkan dengan pembelian saham Renault dalam pasukan F1 Renault yang selebihnya dimiliki oleh Genii Capital, sebuah syarikat dari Luxembourg. Pasukan itu dikenali sebagai Lotus-Renault dan mereka akan menggunakan warna kereta Team Lotus klasik iaitu hitam dan emas, juga dikenali sebagai JPS Livery.

Timbul kekeliruan kerana Team Lotus 2011 milik Tony Fernandes juga pada mulanya dicadang akan menggunakan livery yang sama. Malah Team Lotus sudah awal-awal mengumumkan akan menggunakan enjin Renault dan sistem gear-box Red Bull. Manakala Lotus-Renault sudah semestinya akan menggunakan enjin Renault.

Akhirnya selepas meminta pendapat peminat melalui pungutan suara, Team Lotus memilih untuk mengekalkan livery asal; hijau dan emas seperti musim 2010. Nama pasukan saja yang akan ditukar daripada Lotus Racing (yang dilesenkan oleh Proton) kepada Team Lotus (setelah dibeli daripada David Hunt).

Sengketa yang berlaku antara pasukan F1 Tony Fernandes dengan Proton/Group Lotus adalah kerana kononnya Proton tidak berpuas hati dengan pencapaian Lotus Racing pada 2010. Apa yang lebih jelas daripada pandangan penganalisis, mereka lebih melihat keengganan Dany Bahar, CEO baru Group Lotus melibatkan diri dengan Lotus Racing. Dany Bahar lebih berminat untuk mengetuai sendiri sebuah pasukan F1.

Dany Bahar pernah bekerja dengan Ferrari dan pasukan F1 Red Bull yang tahun ini menjuarai F1 secara keseluruhan. Beliau juga telah merangka pelan transformasi Group Lotus daripada sebuah syarikat pengeluar kereta skala kecil untuk menjadi pencabar kepada Ferrari, Lamborghini, Porsche dan Aston Martin. Pada Pameran Motor Paris 2010, Lotus telah mempersembahkan lima buah kereta konsep Lotus yang dirangka akan mula dijual pada tahun 2012 nanti. Selaras dengan ini juga, usaha promosi terhadap Lotus giat dijalankan dan F1 adalah satu ruang yang paling luas untuk mencipta aura kehebatan Lotus.

Rancangan Dany Bahar ini sebenarnya mendapat kritikan ramai. Lebih banyak pendapat negatif tentang usaha Dany Bahar berbanding yang menyokong. Antara teori akan ditimbulkan adalah selepas 2015 nanti, Lotus akan sekali lagi bengkrap dan terpaksa dijual oleh Proton. Apa tidaknya, untuk bersaing dengan Ferrari dan Porsche bukanlah sesuatu yang mudah. Tambahan pula Lotus selama ini terkenal dengan mantra oleh Colin Chapman; "Add speed, add lightness". Kereta konsep yang diperkenalkan oleh Dany Bahar semuanya tidak menepati mantra ini.

Memang suatu perubahan itu sukar hendak diterima oleh orang ramai. Tetapi apa yang cuba dilakukan oleh Dany Bahar dan Group Lotus adalah untuk keluar daripada niche dan berada di tahap yang sama dengan pengeluar kereta sport lain. Moga mereka berjaya.

Percanggahan yang berlaku dalam F1 adalah apabila Proton/Group Lotus mendakwa bahawa mereka mempunyai hak terhadap jenama Lotus Racing. Proton pernah membawa kes ini ke mahkamah dan mereka kalah. Team Lotus kekal di tangan David Hunt. Sebab itu juga ketika Tony Fernandes mahu menggunakan Lotus pada tahun 2010 melalui Proton/Group Lotus, mereka terpaksa menggunakan nama Lotus Racing, bukan Team Lotus. Menarik daripada perjanjian ini, Proton/Group Lotus tidak mengeluarkan satu sen pun duit mereka untuk Lotus Racing. Ianya seperti Proton/Group Lotus mendapat promosi percuma selama lima tahun perjanjian berlangsung.

Apabila perjanjian ditamatkan oleh Proton, Tony Fernandes mengumumkan bahawa beliau telah membeli hak penggunaan jenama Team Lotus daripada David Hunt, seterusnya melayakkan beliau menggunakannya untuk musim 2011. Perkara ini disahkan oleh FIA melalui senarai pasukan yang bertanding pada tahun 2011 nanti di mana pasukan Lotus Racing akan dikenali sebagai Team Lotus. Manakala pasukan Renault akan dikenali sebagai Lotus-Renault. Lebih daripada itu, jentera lumba Team Lotus akan dikenali sebagai Lotus manakala jentera lumba Lotus-Renault akan dikenali sebagai Renault sahaja, bukan Lotus atau Lotus-Renault. Ini bermakna, penglibatan Proton/Group Lotus dalam F1 pada musim 2011 adalah sebagai penaja utama (title sponsor) pasukan F1 Renault. Mereka sedang berusaha untuk mendapatkan hak penggunaan nama Lotus pada jentera lumba tetapi itu perlu mendapat persetujuan daripada pemilik pasukan F1 lain (berdasarkan perjanjian Concord). Jadi, Lotus-Renault perlu mendapatkan persetujuan antara lain daripada Team Lotus sendiri untuk membenarkan mereka menggunakan 'Lotus' pada jentera mereka. Agak-agak Team Lotus akan bersetuju?

Aku sedari melalui beberapa forum, terdapat ramai yang menyokong Lotus-Renault kerana ianya usaha secara langsung Proton/Group Lotus dan mereka mengkritik Tony Fernandes kerana menggunakan Team Lotus. Justifikasi mereka adalah kerana Tony Fernandes tidak ada kena mengena dengan jenama Lotus berbanding Proton/Group Lotus. Ada yang mendesak agar Tony Fernandes memberikan saja Team Lotus kepada Proton/Group Lotus.

Kita perlu ingat, pada permulaan Lotus Racing di awal 2010, Tony Fernandes berusaha sedaya upaya untuk mendapat restu daripada Clive dan Hazel Chapman, anak dan balu kepada Colin Chapman. Beliau bukan saja mendapat restu, malah beliau juga dihadiahkan dengan 'topi' yang pernah dilambungkan ke udara oleh Colin Chapman setiap kali kereta lumba beliau memenangi perlumbaan. Begitu penerimaan keluarga Chapman terhadap usaha Tony Fernandes. Malah peminat Lotus yang pada awalnya mengkritik Lotus Racing, di penghujung musim sudah begitu menghargai usaha yang dilakukan oleh Lotus Racing.

Kita boleh baca forum di seluruh dunia yang begitu 'passionate' dengan usaha Lotus Racing untuk mengembalikan aura Team Lotus. Ada antara mereka yang sudah lama meninggalkan F1 kerana bosan, kembali meminati F1 hanya kerana Lotus Racing yang dilihat sebagai sebuah pasukan yang benar-benar jujur dalam usaha mereka.

Aku sendiri adalah peminat Lotus Racing dan sekarang akan terus meminati Team Lotus. Bukan aku mahu menyokong mereka kerana minat aku. Tetapi kalau kita kaji dan lihat sendiri apa yang telah berlaku sepanjang tahun 2010, mereka berhak untuk menggunakan jenama Team Lotus lebih daripada Proton/Group Lotus sendiri. Kenyataan Dany Bahar bahawa lebih baik membeli kejayaan daripada berusaha memilikinya menunjukkan sifat arogant beliau. Kenyataan Tony Fernandes bahawa Dany Bahar tidak pernah melawat Lotus Racing (lokasi yang sama di Hethel) menunjukkan betapa Dany Bahar cuma memandang sebelah mata dengan Lotus Racing.

Masa akan menentukannya. Penglibatan Proton/Group Lotus dalam F1 melalui Renault adalah sesuatu yang tidak diduga tetapi ianya bersifat arogan dan tidak bijak. Mereka mungkin akan lebih berjaya daripada Team Lotus pada tahun 2011 memandangkan pasukan F1 Renault memperolehi keupayaan dan pengalaman yang jauh lebih lama daripada Lotus Racing. Benar, kejayaan boleh dibeli tetapi passion dibina melalui titik peluh dan usaha yang tidak berbelah bagi.

Sebab itu aku menyokong Team Lotus 2011.

10.12.10

Pulau Ketam

Semalam aku ke Pulau Ketam. Ada majlis Jabatan di sana. Kalau tidak kerana ada program di sana, aku tidak fikir aku ada motif yang kukuh hendak ke sana. Kata orang makanan laut di sana sedap. Entah, aku bukan peminat tegar makanan laut. Awal pagi tiba di jeti Pelabuhan Klang menunggu bot ke Pulau Ketam. Ingatkan tunggu bot yang biasa aku lihat sewaktu aku bekerja di sana suatu masa dulu. Rupa-rupanya yang menanti kami adalah bot laju dengan enjin besar!

Biasanya perjalanan ke Pulau Ketam mengambil masa lebih 30 minit. Tetapi dengan bot laju, ianya cuma lebih kurang 20 minit.

Tengok, enjin bot laju yang sungguh besar. Enjin lejang V8 dengan 400 kuasa kuda. Tapi paling tidak menarik adalah tiadanya bantuan keselamatan di dalam bot laju ini. Pelampung cuma ada lapan biji. Tangki minyak boleh nampak jelas dari tempat kita duduk. 
Tiba di Pulau Ketam, air dalam keadaan pasang. Jadi tidak nampak pantai paya bakau yang ada di sekitar jeti. 

Berhampiran jeti Pulau Ketam, ada restoran makanan laut dan hotel. Selain daripada itu, aku sedari bahawa Pulau Ketam masih kurang sesuai untuk dijadikan destinasi pelancongan. Kawasannya agak kotor dengan sampah sarap dan keadaan persekitaran nampak lebih seperti kampung terapung biasa. Tidak banyak istimewa di Pulau Ketam.

Sebelum dan selepas program di sebuah sekolah rendah di sana, sempat juga aku merakam suasana dan kehidupan sehari di Pulau Ketam.

Aku boleh simpulkan bahawa mereka yang ada di sini sejak bergenerasi lalu adalah manusia yang tabah menghadapi apa jua rintangan yang mendatang. Arus permodenan dibawa secara perlahan tetapi jelas di sini. Laluan yang dulunya dibuat daripada kayu, kini sudah ditukar konkrit simen. Rumah juga begitu.

Ini suatu pengalaman baru yang menarik bagi aku. Aku mungkin tidak akan datang lagi ke Pulau Ketam kemudian hari. Tetapi kenangan tetap ada.

Balai Polis Pulau Ketam. Kecil. 

Main road di Pulau Ketam. Daging babi di jual sepanjang jalan ini. Kalau kamu yang tidak tahan, jangan lalui jalan ini.

Salah sebuah tokong yang terdapat berhampiran kawasan kedai di atas.

Ada rumah yang masih diperbuat daripada kayu tetapi majoriti sudah beralih kepada simen dan konkrit yang lebih kukuh.

Buat Kuih Sepit. Ada selera hendak makan?

"Back Alley" di Pulau Ketam. Sunyi je.

Basikal adalah satu-satunya  mod pengangkutan yang dibenarkan di pulau ini. 

Laluan lama yang diperbuat daripada kayu. Tengok di atas tanah payah bawah laluan. Kotor!
 
Permandangan sebahagian daripada kawasan kampung di Pulau Ketam.
Pengalaman yang sungguh menarik. 

Pameran Kereta Motor

Selasa lepas aku ke PWTC, melihat pameran kereta terbesar di Malaysia, KLIMS 2010. Kali terakhir aku pergi ke program yang sama adalah kira-kira empat tahun lepas. Ramai orang. Sangat-sangat ramai. Kadang-kadang aku keliru; kenapa program yang boleh menarik ramai orang begini tetapi dibuat selang beberapa tahun? Patut lebih kerap, dua tahun sekali kalau boleh.

Banyak kenderaan yang dipamerkan. Aku lebih tertarik untuk melihat apa yang dipersembahkan oleh Proton dan Perodua, syarikat automotif negara. Perodua memperkenalkan Bezza, model kompak generasi akan datang. Sekali imbas, nampak seperti Toyota Prius. Usaha yang bagus daripada Perodua kerana selama ini mereka lebih tahu bagaimana hendak menjual kereta rebatch saja.

Proton pula dengan bangganya mempersembahkan enam buah kereta konsep, di mana lima daripadanya adalah kereta konsep kelas "Pahlawan", mengambil nama-nama Tuah lima bersaudara. Paling mendapat perhatian adalah Proton Tuah (Espire), sedan setaraf Honda Civic dan Toyota Corolla. 

Kata orang, Tuah ini adalah kereta konsep yang akan menggantikan Proton Persona nanti. Masalahnya, kapasiti enjin Tuah dicatat pada 1.8 liter. Enjin Campro Proton ada versi 1.3 dan 1.6 liter saja.

Tetapi aku sebenarnya kecewa dengan Proton dan Lotus. Kita semua tahu bahawa Lotus dimiliki oleh Proton. Lotus pula baru saja memperkenalkan lima buah kereta konsep Lotus di Paris tidak lama dulu. Apa yang berlaku, cuma ada sebuah saja kereta konsep Lotus yang dipamerkan di KLIMS. Lotus Esprit berwarna putih.

Mana pergi yang lain? Elite, Elan, Eterne dan Elise?  Itu pun peminat dari Malaysia mahu melihatnya dengan lebih dekat. Kalau setakat sebuah Esprit, ianya belum memuaskan. Nampaknya KLIMS 2010 ini telah dianak-tirikan oleh Group Lotus. Memang tidak patut

Selebihnya, memang banyak kereta yang menarik dipamerkan sepanjang KLIMS 2010. Pengalaman yang cukup menyegarkan. Tambah pula bila pergi dengan tunang sendiri.

3.12.10

Grenade



Grenade - Bruno Mars


Easy come, Easy go
That's just how you live oh
Take, take, take it all
But you never give

Should have known
You was trouble
From the first kiss
Had your eyes wide open
Why were they open?

Gave you all I had
And you tossed it in the trash,
Tossed it in the trash you did

To give me all your love
Is all I ever asked
But what you don't understand is

I'd catch a grenade for ya (yeah, yeah, yeah)
Throw my hand on a blade for ya (yeah, yeah, yeah)
I'd jump in front of a train for ya (yeah, yeah, yeah)
You know I'd do anything for ya (yeah, yeah, yeah) Oh, oh
I would go through all this pain,
Take a bullet straight through my brain,
Yes, I would die for ya baby
But you won't do the same

No, no, no, no
Black, black, black and blue
Beat me till I'm numb
Tell the devil I said "hey" when you get back to where you're from
Mad woman, bad woman,
That's just what you are, yeah,
You'll smile in my face then
Rip the brakes out my car

Gave you all I had
And you tossed it in the trash
You tossed it in the trash, yes you did
To give me all your love
Is all I ever asked
Cause what you don't understand is

I'd catch a grenade for ya (yeah, yeah, yeah)
Throw my hand on a blade for ya (yeah, yeah, yeah)
I'd jump in front of a train for ya (yeah, yeah, yeah)
You know I'd do anything for ya (yeah, yeah, yeah) Oh, oh
I would go through all this pain,
Take a bullet straight through my brain,
Yes, I would die for ya baby
But you won't do the same

If my body was on fire, ooh
You' d watch me burn down in flames
You said you loved me you're a liar
Cause you never, ever, ever did baby...

But darling I'll still catch a grenade for ya
Throw my hand on a blade for ya (yeah, yeah, yeah)
I'd jump in front of a train for ya (yeah, yeah, yeah)
You know I'd do anything for ya (yeah, yeah, yeah) Oh, oh
I would go through all this pain,
Take a bullet straight through my brain,
Yes, I would die for ya baby
But you won't do the same.

No, you won't do the same,
You wouldn't do the same,
Ooh, you'll never do the same,
No, no, no, no

====

Sungguh-sungguh aku cari lagu ini. Setiap kali aku dengar di Hitz FM, aku tak sempat nak dengar semua lagu.

1.12.10

The Story



The Story - Brandi Carlile


All of these lines across my face
Tell you the story of who I am
So many stories of where I've been
And how I got to where I am
But these stories don't mean anything
When you've got no one to tell them to
It's true...I was made for you

I climbed across the mountain tops
Swam all across the ocean blue
I crossed all the lines and I broke all the rules
And baby I broke them all for you
Oh because even when I was flat broke
You made me feel like a million bucks
You do and I was made for you

You see the smile that's on my mouth
It's hiding the words that don't come out
And all of my friends who think that I'm blessed
They don't know my head is a mess
No, they don't know who I really am
And they don't know what I've been through like you do
And I was made for you...

All of these lines across my face
Tell you the story of who I am
So many stories of where I've been
And how I got to where I am
Oh but these stories don't mean anything
When you've got no one to tell them to
It's true...I was made for you
Oh yeah and its true, that I was made for you

====

Aku kena buat montaj berdasarkan lagu ini. Gila infectious!

29.11.10

Love Songs by The Beatles

Sebenarnya The Beatles memang banyak lagu cinta. Ada beberapa yang aku suka sejak dulu. Antaranya;













Ada banyak lagi. Cari sendiri di YouTube.

Di Padang Strawberi, Tiada Manusia Mahu Berpolitik

Sedang aku asyik makan tomyam seafood bersama Zura di Strawberry Fields Cafe, Petaling Jaya malam tadi, aku ternampak beberapa orang berbaju melayu, baju batik dan kemeja masuk ke kafe. Nampak gaya macam orang yang rajin berpolitik.

Bila semakin hampir, aku sedari mereka adalah penyokong parti Keadilan Rakyat. Ada majlis berhampiran kawasan sekitar. Waktu begitu mungkin mereka berehat untuk makan. Makan di sebuah kafe sederhana mewah. Walau apa pun perjuangan politik, sebenarnya kaum elitis yang benar-benar menguasainya. Golongan rakyat biasa adalah pengikut dan penyokong tegar dan mereka ini adalah 'foot soldiers' kepada elit-elit politik.

Aku berjenaka dengan Zura ketika keluar dari kedai, aku mahu menjadi ahli PKR. Dia tegah. Katanya lebih baik aku jadi ahli PAS. Aku jenaka lagi; daripada PAS, lebih baik aku jadi ahli DAP. Lebih keras tegahan Zura. Katanya DAP hanya akan mempergunakan aku, seorang melayu, untuk kepentingan politik bangsa mereka.

Sedari atau tidak, akal fikiran kita sebenar sudah tertanam dengan dogma ciptaan orang lain. Propaganda politik mempengaruhi tindakan dan fikiran. Dalam negara ini, orang melayu di kampung, seperti ayah dan emak, mereka percaya hanya UMNO dan Barisan Nasional (BN) saja yang 'boleh dan berhak' memerintah negara ini. Mereka percaya hanya UMNO dan BN saja yang boleh menjamin masa depan orang melayu dan bangsa lain (sudah semesti ada perbezaan). Parti lawan UMNO dan BN adalah dianggap seperti musuh negara, sama tarafnya dengan komunis dan penjajah. Parti lawan adalah perosak dan niat serta tujuan mereka cuma satu; menghancurkan negara.

Malah, kalau kamu baca blog pro-BN, kamu dapati mereka menulis seperti parti lawan ini wajib dihancurkan dan dimusnahkan sama sekali, sama seperti musuh negara.

Maka, apa makna demokrasi dan kebebasan untuk kita bersuara dan memilih wakil kita? Aku sama sekali akan dikecam oleh ibu bapa jika menyokong parti lawan. Pernah aku digelar tidak mengenang budi dan tidak kenang jasa BN.

Aku tidak salahkan keluarga. Kerana aku faham, propaganda bila dilaksanakan dengan sempurna, boleh menyerap dalam jiwa manusia seperti segalanya betul dan hakiki. Kalau ianya telah dilakukan selama berpuluh tahun, maka ianya sudah menjadi 'undang-undang' dan 'peraturan' yang bila dilanggar, ianya ibarat seperti sebuah pengkhianatan.

Sebab itu aku sentiasa fikir, politik di Malaysia ini sungguh pelik. Malah bagi aku, cara kita berpolitik ini juga sungguh pelik. Ianya terlalu taksub dan terlalu mendominasi. Apa saja dalam kehidupan, pasti ada unsur politik.

Maka seperti mansia di kafe Strawberry Fields tadi. Aku harap mereka masuk dan duduk makan di situ dan sekadar itu. Tidak berpolitik di dalamnya. Kerana kalau mereka tahu asal usul nama kafe ini, mereka tidak akan mahu berpolitik di situ. Ianya sesuatu perkara yang hina untuk dilakukan.

Tapi, kalau masih belum faham, dengar ini;

Urusan dan Tragedi November

Lama aku tidak menulis. Aku berkabung. MacBook Pro aku hilang dicuri orang. Kamera digital juga hilang dan sebuah external harddisk yang terkandung di dalamnya koleksi gambar yang cukup banyak.

Orang lain di keliling ketika mendengar peristiwa itu, mereka marah, memaki hamun pencuri tersebut dan tidak kurang yang bersedih dengan kehilangan barang yang berharga, walaupun itu barang aku. Aku? Aku cuma diam membisu beberapa ketika setelah menyedari kehilangan tersebut. Kemudian seboleh mungkin, merautkan senyuman di wajah. Tidak ada apa yang boleh dilakukan lagi. Terima saja keadaan.

Aku berazam untuk dapatkan MacBook Pro yang lebih berkuasa di masa akan datang. Bukan untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain, tetapi kerana aku perlukannya untuk membuat kerja. Apple Final Cut dan Motion tidak boleh dijalankan di komputer Windows biasa. Ianya perlukan Mac dan hanya Mac saja yang sesuai.

Namun, buat masa ini aku perlu simpan dulu hasrat tersebut. Aku guna Mac di pejabat dan studio saja untuk menyiapkan kerja. Aku perlu simpan duit untuk perkara yang lebih besar.

18 November 2010 lalu aku telah mengikat tali pertunangan dengan Maszura.

InshaAllah, selewatnya Jun 2011, kami akan berkahwin. Itu tempoh pertunangan yang telah dipersetujui. Ikut kehendak, ada yang mahu dilangsungkan perkahwinan pada Februari nanti. Tetapi memandangkan kami ada komitmen lain yang telah dirancang, lebih baik masa dilegakan sebegitu tanpa berasa tertekan nanti.

Puncanya, kami juga telah membeli sebuah rumah. Ianya terletak di Sunway, berhampiran Sunway Pyramid dan kami fikir, ianya pelaburan yang amat baik. Harga juga berpatutan, bersesuaian dengan kemampuan kami. Biar selesai urusan jual beli rumah, barulah kami teruskan dengan majlis perkahwinan, agar nanti bila selesai, rumah sudah tersedia untuk didiami bersama.

Apa jua perancangan yang dilakukan, ianya sekadar perancangan dan usaha. Selebihnya, Tuhan lebih mengetahui. 35 tahun aku menunggu dan aku fikir ianya terlalu lama. Tetapi bila tiba waktu dan tempatnya, aku berasa ianya berlalu begitu pantas dan seperti masa sedang mengejar aku dengan laju.

Moga dipermudahkan segala urusan.

15.11.10

Sini Dan Kembali

Sebentar lagi, lebih kurang jam 2.00 petang, bos akan buat persembahan seminarnya. Aku ditugaskan untuk menjaga slaid. Penceramah lain jaga slaid sendiri tetapi bos aku mungkin kerana kurang mahir dengan Mac, minta aku saja yang menjaganya. Mungkin dia takut tersalah tekan. Tidak mengapa. Apa guna datang dengan bayaran beratus ringgit semata-mata untuk duduk lihat saja.

Lepas daripada persembahan, aku akan bergegas ke lapangan terbang. Walaupun penerbangan aku pada jam 7.10 petang, mereka suruh aku pergi awal kerana jalan ke sana biasanya sesak teruk di sebelah petang. Tidak mengapa. Kalau orang hendak hantar dengan percuma, ikut sajalah.

Aku tidak sempat berjalan sana sini di Kuching. Sekadar keluar mencari makan ketika lapar. Seperti yang aku katakan, aku datang untuk bekerja, bukan untuk melancong. Hakikatnya, tidak ada apa yang menarik sangat hendak dilihat di sini. Aku fikir, Kuching tidak banyak sangat destinasi pelancongan atau tidak ditonjolkan dengan lebih jelas.

Tetapi bagi orang yang belum pernah tiba di sini, batik Sarawak, gambir, kek lapis dan banyak lagi pasti menjadi idaman mereka. Oh, tidak lupa ikan terubuk masin. Aku bukan datang untuk membeli belah. Kalau aku melancong sekalipun, aku lebih suka merakam gambar dan suasananya. Memandangkan ini bukan tujuan pelancongan, aku tidak rakam apa-apa. Tidak mahu orang cakap,

"Kata kau tak jalan-jalan...?"

Tiba di semenanjung nanti, ada lagi kerja yang memenatkan. Harapnya semua berjalan dengan lancar. Amin.

14.11.10

Nota Hujung Minggu

Aku sedang berada di LCCT Sepang, menunggu penerbangan ke Kuching tengahari nanti. Ada konvensyen 5S di sana dan bos dijemput membuat persembahan. Aku datang sebagai sokongan teknikal.

Kamu tahu apa yang menarik? Selama ini di pejabat, slaid 5S yang dipertonton kepada pengunjung adalah menggunakan Apple Keynote di dalam iMac pejabat. Persembahan di Kuching ini juga memerlukan penggunaan komputer Apple. Tidak mungkin aku mahu angkut iMac seberat 14kg ke sana sini. Jadi aku guna MacBook Pro aku. Aku terpaksa beli kabel khusus yang boleh sambungkan slot grafik ke projektor. Nasib baik bos sanggup bayar.

Dulu lagi aku desak supaya pejabat membeli sekurang-kurangnya sebuah MacBook. Bukan untuk menunjuk-nunjuk. MacBook jauh lebih senang digunakan berbanding laptop biasa. Kamu tidak perlu fikir pasal virus dan kamu tidak perlu risau sangat kalau sistem tergendala atau tiba-tiba rosak. Lagipun, menggunakan Apple Keynote dalam persembahan kamu, ianya amat-amat cool.

Kemudian, kenapa aku ke Kuching atas urusan rasmi dengan AirAsia? Satu, sekarang kerajaan sudah benarkan staf menggunakan AirAsia untuk urusan rasmi. Dua, ianya jauh lebih murah daripada MAS. Tiga, orang di Bahagian Kewangan tidak banyak komplen kalau kita tempah lambat. Aku tempat penerbangan ini hari khamis, mereka senang hati terima. Cuba kalau guna MAS, banyaklah bunyinya nanti.

Menariknya, walaupun aku guna khidmat penerbangan tambang murah, aku masih dibekalkan dengan kemudahan seperti makan dan minum dalam penerbangan, bagasi percuma sehingga 15kg (kerajaan bayar) dan tempat duduk yang telah ditetapkan. Jadi, tidak banyak sangat bezanya.

Esok aku akan kembali ke Semenanjung. Walaupun di dalam surat, aku dibenarnya berada di Kuching sehingga Selasa, aku perlu balik esok dan balik ke Kuala Kangsar pada hari berikutnya. Pertunangan aku dengan Zura adalah pada hari Khamis. Jadi lebih baik aku balik awal untuk bersiap sedia. Aku boleh jalan-jalan kemudian nanti di Kuching, walaupun tidak ada apa yang menarik sangat hendak dilihat.

Lama aku tidak menulis di sini. Selesai beban kerja di pejabat, harapnya di penghujung tahun ini tidak sesibuk sebelum ini. Jadi boleh aku update blog ini dengan lebih kerap.

Aku perlu siapkan touch-up slaid persembahan bos. Masih ada masa sebelum terbang. :)

6.11.10

Jersi Bolasepak Malaysia 2011

Jersi bolasepak pasukan kebangsaan Malaysia yang baru akan keluar pada 8 November ini. Aku sertakan gambarnya yang aku ceduk dari Lowyat.net.

Ini team yang akan beraksi di Sukan Asia Guangzhou tidak lama lagi. Tengok baju yang mereka pakai? Nampak pelik? Ada orang kata di bahagian depan baju nampak macam huru 'H'. H untuk Harimau. Konon.

Aku rasa baju Home tu, jalur-jalur hitam sebenarnya mengganggu visual baju tersebut. Designer baju ini sama ada seorang yang membenci pasukan bolasepak Malaysia atau budak sekolah darjah dua yang diberi upah untuk design. Just stick with simple vertical line, will you Nike? Oh, Malaysia di tangga ke 150 lebih FIFA, tiada hak untuk bargain, bukan?

Kemudian lihat pula jersi Away yang berwarna biru. Apa hal ada warna merah di lengan? Betul-betul potong stim sungguh. Kalau setakat ada jalur putih itu pun sudah cukup. Tambah merah, sudah nampak macam jersi bolasepak Amerika Syarikat.

Tambah pula mereka tukar logo FAM dengan bendera Malaysia. Sungguh aku katakan pengurusan FAM sangat bebal dan tidak peka. Kebanyakkan peminat lebih suka logo pasukan bolasepak, bukan bendera. Ini nampak macam jersi beli di kedai dan tampal bendera; macam jersi bolasepak Malaysia ketika guna Adidas dulu.

Belakang bendera (bahagian dalam jersi) pula letak tulisan "Tanah Tumpahnya Darahku". Fine. Cukup okay. Tapi bila guna font 'misteri nusantara', sudah jadi macam orang kira ini percaya sangat tahyul. Mungkin pengurusan FAM percaya Malaysia boleh menang piala dunia 2014.

Nike, rating jersi Malaysia terbaru aku beri 3/10. tiga markah simpati sebab kamu terpaksa beri sponsor kepada pasukan bolasepak clueless ciptaan FAM.

4.11.10

Ops. Cari


Obsesi aku mencari sahabat lama Woodtech sudah semakin sampai ke penghujungnya. Hampir semua sudah ditemui kecuali dua orang, Hafiz dan Yuslina. Hafiz mungkin ada akaun Facebook tetapi aku sangsi sama ada Yuslina ada juga akaun Facebook.

Zaril Faizal a.k.a Bob sudah aku paksa buka akaun Facebook. Zamri, Erwan dan Azman cuma menanti pengesahan daripada mereka.

Kenapa aku berusaha sangat untuk mencari mereka? Paling penting, ketika majlis perkahwinan aku nanti, inshaAllah tahun depan, aku boleh jemput mereka datang. Kecuali Bob, majlis perkahwinan sahabat lain aku tidak hadiri.

Aku tidak bercadang untuk buat reunion atau apa bentuk pertemuan semula. Bukan sekarang. Tapi sekurang-kurangnya di alam maya, terutamanya di Facebook, kami boleh berinteraksi dengan mudah dan selesa.

8 down, 2 to go. 1 deeply missed.

2.11.10

Destinasi

November sudah menjelma. Masa semakin suntuk dengan persiapan, walau hakikatnya, aku masih tidak rasa ada apa-apa persiapan yang sudah dilakukan. Cincin sudah dibeli. Check. Hendak tempah baju, bukan aku wajib ada di lokasi. Lagipun, baju melayu hari raya tempohari hari masih 'baru' dan kebetulan pula, sama warna dengan apa yang Zura akan pakai pada hari tersebut. Dia cadangkan supaya aku pakai baju melayu dengan seluar jeans. Sudah cukup. Betul. Jangan membazir.

Emak dan adik-adik bakal menyiapkan hantaran pertunangan. Aku sediakan lima dan akan dibalas tujuh nanti. Jumlah yang ala kadar. Sekadar makanan, manisan dan perkara yang biasa. Paling penting, tujuannya.

Bila bos di DinaWedding dapat tahu aku akan bertunang sehari selepas Hari Raya Aidil Adha, dia menawarkan perkhidmatan merakam video majlis pertunangan. Ada harga istimewa yang ditawarkan. Syukur kalau jadi nanti. Kamu lihat sendiri hasil kreativiti mereka di SINI. Kalau tidak ada video nanti pun, tidak mengapa. Aku lebih bersyukur kalau semuanya berjalan dengan baik.

Kami sibuk mencari rumah untuk dibeli. Silap aku juga tidak bersedia awal-awal. Sekarang sudah terkial-kial. Setakat ini kami nampak kawasan berhampiran tol Sunway sebagai lokasi yang baik. Harga apartmen di situ juga agak berpatutan walaupun ianya cuma milikan sementara. Kami sendiri menduga, bukan selamanya kami akan berada di Lembah Klang. Lambat laun bila tiba masa dan ketika, kami akan cari tempat yang lebih damai. Aku boleh saja memohon kuaters di Putrajaya yang begitu luas dan tenang. Tetapi kasihan pula Zura nanti yang terpaksa berulang alik jauh ke pejabatnya di Kelana Jaya, meredah sesak lalu lintas dan tol. Kalau aku di sana dan datang ke arah Putrajaya, jalannya kurang sesak. Itu rasionalnya.

Perkara yang bagus mengenai Zura adalah kerana dia tidak cuba menjadi cliche dalam berpasangan. Tidak mendesak agar segalanya berdasarkan apa yang ada disekeliling. Sepanjang lima bulan berkenalan, kami masih belum berbalah kata atau bertegang urat. Mungkin kerana masing-masing sudah faham dan 'lali' dengannya. Maka sebolehnya semua itu dielakkan. We try to be as playful as possible whenever we interact with each other. Ketawa itu bukankah ubat yang terbaik untuk jiwa manusia?

Satu perkara yang aku belajar sepanjang bersama Zura. Tidak perlu terlalu serius dan tegas dengan perbuatan serta prinsip kita. Belajar untuk bertolak ansur. Hakikatnya, tolak ansur adalah perkara yang paling sukar seseorang hendak lakukan. Ada yang mengakui dia melakukannya, namun bila dilihat betul-betul, tidak begitu. Jangan juga sediakan sebuah set peraturan yang perlu dipatuhi oleh pasangan kita. Love suppose to be unconditional. Sikit-sikit boleh kerana secara jujur, kita mahu sesuatu yang sedap di mata dan di hati. Kita minta kalau si dia boleh melakukannya. Kalau tidak boleh, jangan desak lagi.

Paling penting, buang jauh-jauh ego yang ada dalam diri kita. Kita bukan sempurna maka jangan harap orang yang ada berada di sebelah kita sepanjang masa itu juga sempurna. Mereka tidak akan sempurna. Mereka ada kekurangannya. Terima kekurangan itu sebagai motivasi untuk kita lebih menghargai. Contohnya; Aku seorang yang rabun warna. Zura tidak biasa berada di kalangan orang yang rabun warna. Jadi kadang-kadang bila berjalan dan melihat barangan, dia akan bertanya,

"Warna ini cantik tak?"

Kalau aku tahu warna apa, aku akan jawab. Kalau tidak, aku cakap aku tidak kenal warna tersebut. Bila dia sedar kekurangannya aku, dia tidak mengejek atau meremehkannya. Malah dia mohon maaf dan mengaku silapnya walaupun aku langsung tidak kisah mengenainya.

Orang selalu kata, kalau sudah suka, kentut pun baunya wangi. Aku fikir orang yang buat tafsiran begitu sebenarnya orang yang cemburu. Kita tidak sepatutnya jawab persoalan mengapa kita sukakan seseorang itu. Kerana ianya tiada jawapan yang paling agung. Kalau ada pun mungkin kita boleh jawab begini,

"Ianya takdir yang telah ditetapkan oleh Yang Maha Kuasa"

Begitu, boleh?

17 hari lagi. InshaAllah. Doakan.

29.10.10

Kenangan Woodtech

Agak lama aku mencari kawan-kawan lama satu batch semasa belajar di Institut Teknologi Mara (ITM) sekitar 1993 - 1996/7. Selepas habis belajar, masing-masing terus 'lost contact', hingga aku bertemu kembali dengan beberapa orang daripada mereka di Facebook. Syukur ada Facebook.

Dip. In Wood Technology 1993 - 1996/7 - all eleven of us plus a lecturer.
Berdiri dari kiri - Erwan, Fauzi@Jep, Bob, Zamri, Aku@Idan, Hafiz, Man Jawa
Duduk dari kiri - Kak Pah, lecturer, Yus, Arwah Kak Nor, Dillah
Kami cuma ada 11 orang dalam satu batch. Satu keluarga kecil yang aku fikir cukup rapat dan akrab. Kalau antara kami bergaduh, semua orang tahu dan dapat rasakannya. Seorang daripada kami sudah pergi mengadap Yang Maha Esa. Kak Nor meninggal dunia pada tahun 1998 kerana sakit. Dia paling tua antara kami dan di penghujung hayatnya, dialah paling rapat dengan aku. Dia juga banyak mengajar aku erti kehidupan; hidup jangan berdendam, hargai orang lain dan belajar memohon maaf dan memaafi orang.

Antara semua daripada mereka, aku sekali sekala berhubung denga Bob. Dia sekarang adalah seorang pensyarah di Politeknik Shah Alam. Mungkin kerana selepas belajar, aku lebih banyak habiskan masa dengan dia dan keluarganya.

Melalui Facebook, aku temui kembali Kak Pah. Melalui Kak Pah, aku temui kembali Dillah. Kemudian melalui Dillah, aku temui kembali Fauzi dan Zamri. Setakat ini, hanya kami berlima yang sah ada akaun Facebook. Man Jawa, Bob, Hafiz, Yus dan Erwan, masih aku belum temui.

Yus juga merupakan bekas teman wanita aku ketika di UiTM. Kami putus pada tahun 1998, dua minggu sebelum Kak Nor meninggal dunia. Kali terakhir aku telefon beliau, dia sudah berhenti kerja dan mungkin menumpukan sepenuh perhatian kepada anak-anak beliau. Itu lima tahun lepas.

Kak Pah dan Dillah bekerja di syarikat yang sama suatu ketika dulu. Malah aku dulu juga pernah bekerja di syarikat yang sama dengan Dillah. Kali terakhir aku tahu Fauzi bekerja di sebuah kilang membuat lantai parquet di Kuala Selangor (kalau tidak silap). Semalam ketika berbual, aku lupa tanya dia bekerja di mana sekarang.

Man Jawa pula pernah bekerja di kilang kertas Genting Sanyen di Banting. Sekarang, Fauzi beritahu di bekerja di USM Pulau Pinang. Zamri pula menjadi cikgu sekolah. Hafiz dan Erwan, aku tidak tahu apa yang terjadi dengan mereka. Harapnya mereka sedang hidup dengan aman damai.

Aku tidak grad bersama mereka. Itu cerita lain. Tetapi aku sentiasa ingat dan hargai kenangan bersama mereka ini. Harapnya, aku boleh jumpa semua mereka kembali suatu masa nanti. InshaAllah.

Menuju ke kelas amali di Forest Research Institute, Kepong.
Dari kiri - Bob (belakang), Aku, Zamri dan Fauzi
Memang semasa belajar dulu, destinasi paling kerap kami pergi adalah di Institut Penyelidikan Perhutanan, Kepong atau FRIM. Banyak kelas amali kami dilakukan di sana; membuat kertas, cement board, fibre-board dan belajar ilmu perhutanan lain seperti mengenali pokok. Kadang-kadang kami habiskan masa sehingga lewat malam di FRIM untuk menyiapkan kerja.

Aku dan Dillah di hadapan 'kilang' di FRIM.
Rehat di Kafe FRIM sementara menunggu kelas seterusnya.
Kalau kamu tengok gambar-gambar lama aku, kamu akan dapati bahawa aku sangat kurus. Ketika itu berat aku cuma 63 - 65 kg, berbanding berat sekarang yang hampir mencecah 90kg. Hehe. Nasiblah. Aku tengok kawan-kawan lama aku lain pun lebih kurang sama juga.

Misi aku seterusnya; mencari saki baki sahabat batch Woodtech. Harap aku berjumpa kembali dengan mereka.

Kerja Sudah Siap

Syukur, siap juga montaj 'childhood' perkahwinan seorang klien. Tengok sini;

http://www.facebook.com/video/video.php?v=453341793850&ref=mf

Ada beberapa teknik baru aku belajar hasil dari montaj ini. Aku sangat suka menggunakan Apple Motion. Sungguh senang dan cool. Setiap kali menggunakannya, ada saja perkara baru yang aku pelajari. Pembelajaran berterusan, boleh?

Kalau aku ada masa untuk polish balik montaj ini, aku pasti boleh hasilkan yang lebih baik. Tidak mengapalah. Klien pun langsung tidak komplen. Kira sudah cukup okay.

Kebelakangan ini aku semakin kuat makan. Ada alasan yang aku fikir ianya agak pelik. Setiap kali aku bekerja keras menyiapkan projek, aku mudah terasa lapar. Makan banyak mana sekalipun, aku akan lapar bila selesai buat kerja. Aku terasa seperti kehilangan banyak tenaga bila selesai membuat kerja. Padahal, aku cuma guna tangan, mata dan otak untuk bekerja. Kenapa lapar?

Sekarang, badan aku semakin berat. Aku jarang sangat berbasikal. Terpaksa balik awal untuk ke studio bagi menyiapkan kerja. Selesai kerja di studio, malam sudah lewat. Perut pula ketika itu terasa amat lapar. Itulah masalahnya dan aku tidak tahu kenapa.

Mungkin otak aku guna terlalu banyak tenaga. Mungkinlah...

27.10.10

Menyiapkan Montaj

Sudah 2.30 petang. Ada lebih kurang tiga jam untuk aku siapkan montaj. Peduli apa. Kerja di pejabat sudah siap. Baik aku buat kerja daripada buang masa. Masalah sekarang, mood buat kerja itu yang entah ke mana.

Apa kerja yang aku kena buat? Senang saja. Tengok contoh;






Mudah saja bukan? Pakai slideshow atau Movie Maker pun boleh buat. Tapi aku tidak pakai semua itu. Aku guna Apple FinalCut Motion. Lebih kurang sama software yang orang guna untuk buat intro rancangan di televisyen. Ada juga yang pakai Adobe AfterEffect. Tetapi aku lebih selesa dengan Motion.

Memang mudah sebenarnya. Kalau kita 'tiada jiwa', kita boleh hentam masukkan apa saja dan sumbat sekali muzik latar yang sedap-sedap. Cuma bila dengan DinaWedding, kami diajar supaya menjiwai setiap karya yang dihasilkan. Bila buat montaj atau video, kena ada 'soul' agar bila orang tengok, hatinya terdetik, meruntun jiwa dan perasaan.

Sebab itu kerja yang nampak mudah ini kadang-kadang boleh mengambil masa beberapa hari untuk disiapkan. Tambah pula bila lagu yang dipilih kurang ngam. Ada lagu yang bila dengar memang sedap dan menarik tetapi bila cuma disulamkan dalam montaj, rasa macam pelik.

Tidak mengapa, aku akan cuba sebaik mungkin.