12.2.10

Berpaling Muka Dalam Facebook

Semakin ramai pengguna dari Malaysia menyertai Facebook, semakin Facebook menjadi seperti Tagged dan Friendster; sarang budak-budak cetek akal. Dan ini membosankan aku. Maka timbul setiap hari Kumpulan (Group) yang menyatakan apa saja rasa mereka, mengikut sesedap rasa mereka sendiri.

Paling terbaru, mereka wujudkan Kumpulan "Membenci" individu atau agenda. Aku tidak tahu orang kita suka membenci sesuatu sehingga sanggup menubuh kumpulan dalam Facebook dan mengajak ramai orang menyertainya. Ramai yang turut serta. Maksudnya sekarang, boleh kita simpulkan bahawa orang kita lebih suka membenci daripada menyukai? Cuma, terma sinikal yang kita boleh guna untuk melembutkan suasana, mereka adalah orang yang menyukai untuk membenci seseorang individu atau sesuatu agenda. Nampak lebih lembut, bukan? Atau kamu sudah terlalu keliru untuk memahaminya?

Lihat, bagi aku Facebook adalah ruang yang cukup bagus jika digunakan sebagai penyambung hubungan antara manusia dengan cara yang baik. Ia adalah ruang yang tepat bagi mencari kenalan dan berhubung semula dengan kenalan lama yang mungkin sudah dilupakan dulu. Tetapi jika ianya dijadikan tempat untuk membenci atau memarahi orang lain, aku fikir kamu membazir masa menggunakan Facebook. Malah, kamu sebenarnya merosakkan 'feel' orang lain yang menggunakan Facebook.

Tetapi itu hakikat manusia. Selagi boleh, mesti mahu ada sifat untuk membenci. Ianya ada sifat yang okay untuk dimiliki dan dijaja. Kita melahirkan generasi manusia yang pemarah, berfikiran singkat dan hanya tahu meluahkan rasa tidak puas hati dengan semua perkara yang mendatang.

Tolong beritahu aku suatu perkara; dengan menyertai kumpulan 'membenci' di Facebook, adakah hidup kamu lebih sempurna atau bahagia?

1 comment:

Zulaikha said...

salam abg idan..
penubuhan 'kelab' tu bagi sy bertujuan sebagai tanda protes..seperti semua sedia maklum, di malaysia ni takde saluran yg betul utk menunjukkan luahan hati kite yg sebenar...
for me, as long as tak invite org, thats ok..terpulangla pd org nak join ke tak..hehe..
kalau invite tuu dah kire menghasut lah..
dan juge as long as that group tak buat kacau, its fine =)

Post a Comment