25.2.10

Makan Spageti Di The Spaghetti Farm

Aku belek-belek gambar aku rakam melalui Nokia E66. Aku sedar ada dua keping gambar yang sepatutnya aku ceritakan halnya kepada kamu dua minggu lepas lagi. Tidak mengapa, biar lambat dari tiada langsung.

Semasa aku berkeliaran di MidValley, aku terjumpa dengan sebuah restoran makanan segera berkonsep baru. Mereka menyediakan set spageti sebagai menu utama. Ada beberapa pilihan spageti dengan harga yang amat berpatutan. Semangkuk (memang ianya dihidang di dalam mangkuk) spageti berharga sekitar RM7. Cukup murah. Nama restoran tersebut adalah The Spaghetti Farm terletak di aras LG kompleks MidValley. Tidak susah mencarinya kerana ia berhampiran dengan Pizza Hut.


Aku mencuba set spageti bebola daging, semangkuk sup cendawan dan segelas air minuman. Aku sudah lupa berapa harganya (akibat sudah lama diperam simpan). Tetapi tidak lebih RM10, kalau tidak silap.



Rasa? Bolehlah. Tidak terlalu sedap dan tidak juga terlalu tidak sedap. Sekadar biasa. Kalau difikirkan balik, ianya lebih kurang sama dengan rasa spageti yang kita buat sendiri di rumah. Tetapi masih cukup mengenyangkan.

Kalau kamu tersesat di MidValley, kamu boleh cuba The Spaghetti Farm.

7 comments:

Anonymous said...

Sedap lg mak masak.

Cik D said...

ah...awk bikin sy panas hati =(

Ahmad Sharidan said...

Mak masak? Mak pernah masak spageti ke?

Makcik, pegi la makan kalau panas. Hehehe.

AeroL 5ivE said...

wah best tuh...mmg fav saya gak spageti ni...p kite kena reti la makan ni hehe

Zulaikha said...

Perghhh...5 ketul meatballs!!banyak tuu..only RM7??
selalunya ada 3 sahaja..
sangat menarik..

mahu cuba, one day!

baby cute said...

nak rase jgaklah..mesti bes nie.

aku_ayu said...

bestnya.. i love spaghetti..!
tp midvalley bukanlah tempat pilihan utk jln2.. :(
x ingat bila kali terakhir pi midvalley. mmg dh lama sgt.

Post a Comment