29.10.10

Kenangan Woodtech

Agak lama aku mencari kawan-kawan lama satu batch semasa belajar di Institut Teknologi Mara (ITM) sekitar 1993 - 1996/7. Selepas habis belajar, masing-masing terus 'lost contact', hingga aku bertemu kembali dengan beberapa orang daripada mereka di Facebook. Syukur ada Facebook.

Dip. In Wood Technology 1993 - 1996/7 - all eleven of us plus a lecturer.
Berdiri dari kiri - Erwan, Fauzi@Jep, Bob, Zamri, Aku@Idan, Hafiz, Man Jawa
Duduk dari kiri - Kak Pah, lecturer, Yus, Arwah Kak Nor, Dillah
Kami cuma ada 11 orang dalam satu batch. Satu keluarga kecil yang aku fikir cukup rapat dan akrab. Kalau antara kami bergaduh, semua orang tahu dan dapat rasakannya. Seorang daripada kami sudah pergi mengadap Yang Maha Esa. Kak Nor meninggal dunia pada tahun 1998 kerana sakit. Dia paling tua antara kami dan di penghujung hayatnya, dialah paling rapat dengan aku. Dia juga banyak mengajar aku erti kehidupan; hidup jangan berdendam, hargai orang lain dan belajar memohon maaf dan memaafi orang.

Antara semua daripada mereka, aku sekali sekala berhubung denga Bob. Dia sekarang adalah seorang pensyarah di Politeknik Shah Alam. Mungkin kerana selepas belajar, aku lebih banyak habiskan masa dengan dia dan keluarganya.

Melalui Facebook, aku temui kembali Kak Pah. Melalui Kak Pah, aku temui kembali Dillah. Kemudian melalui Dillah, aku temui kembali Fauzi dan Zamri. Setakat ini, hanya kami berlima yang sah ada akaun Facebook. Man Jawa, Bob, Hafiz, Yus dan Erwan, masih aku belum temui.

Yus juga merupakan bekas teman wanita aku ketika di UiTM. Kami putus pada tahun 1998, dua minggu sebelum Kak Nor meninggal dunia. Kali terakhir aku telefon beliau, dia sudah berhenti kerja dan mungkin menumpukan sepenuh perhatian kepada anak-anak beliau. Itu lima tahun lepas.

Kak Pah dan Dillah bekerja di syarikat yang sama suatu ketika dulu. Malah aku dulu juga pernah bekerja di syarikat yang sama dengan Dillah. Kali terakhir aku tahu Fauzi bekerja di sebuah kilang membuat lantai parquet di Kuala Selangor (kalau tidak silap). Semalam ketika berbual, aku lupa tanya dia bekerja di mana sekarang.

Man Jawa pula pernah bekerja di kilang kertas Genting Sanyen di Banting. Sekarang, Fauzi beritahu di bekerja di USM Pulau Pinang. Zamri pula menjadi cikgu sekolah. Hafiz dan Erwan, aku tidak tahu apa yang terjadi dengan mereka. Harapnya mereka sedang hidup dengan aman damai.

Aku tidak grad bersama mereka. Itu cerita lain. Tetapi aku sentiasa ingat dan hargai kenangan bersama mereka ini. Harapnya, aku boleh jumpa semua mereka kembali suatu masa nanti. InshaAllah.

Menuju ke kelas amali di Forest Research Institute, Kepong.
Dari kiri - Bob (belakang), Aku, Zamri dan Fauzi
Memang semasa belajar dulu, destinasi paling kerap kami pergi adalah di Institut Penyelidikan Perhutanan, Kepong atau FRIM. Banyak kelas amali kami dilakukan di sana; membuat kertas, cement board, fibre-board dan belajar ilmu perhutanan lain seperti mengenali pokok. Kadang-kadang kami habiskan masa sehingga lewat malam di FRIM untuk menyiapkan kerja.

Aku dan Dillah di hadapan 'kilang' di FRIM.
Rehat di Kafe FRIM sementara menunggu kelas seterusnya.
Kalau kamu tengok gambar-gambar lama aku, kamu akan dapati bahawa aku sangat kurus. Ketika itu berat aku cuma 63 - 65 kg, berbanding berat sekarang yang hampir mencecah 90kg. Hehe. Nasiblah. Aku tengok kawan-kawan lama aku lain pun lebih kurang sama juga.

Misi aku seterusnya; mencari saki baki sahabat batch Woodtech. Harap aku berjumpa kembali dengan mereka.

Kerja Sudah Siap

Syukur, siap juga montaj 'childhood' perkahwinan seorang klien. Tengok sini;

http://www.facebook.com/video/video.php?v=453341793850&ref=mf

Ada beberapa teknik baru aku belajar hasil dari montaj ini. Aku sangat suka menggunakan Apple Motion. Sungguh senang dan cool. Setiap kali menggunakannya, ada saja perkara baru yang aku pelajari. Pembelajaran berterusan, boleh?

Kalau aku ada masa untuk polish balik montaj ini, aku pasti boleh hasilkan yang lebih baik. Tidak mengapalah. Klien pun langsung tidak komplen. Kira sudah cukup okay.

Kebelakangan ini aku semakin kuat makan. Ada alasan yang aku fikir ianya agak pelik. Setiap kali aku bekerja keras menyiapkan projek, aku mudah terasa lapar. Makan banyak mana sekalipun, aku akan lapar bila selesai buat kerja. Aku terasa seperti kehilangan banyak tenaga bila selesai membuat kerja. Padahal, aku cuma guna tangan, mata dan otak untuk bekerja. Kenapa lapar?

Sekarang, badan aku semakin berat. Aku jarang sangat berbasikal. Terpaksa balik awal untuk ke studio bagi menyiapkan kerja. Selesai kerja di studio, malam sudah lewat. Perut pula ketika itu terasa amat lapar. Itulah masalahnya dan aku tidak tahu kenapa.

Mungkin otak aku guna terlalu banyak tenaga. Mungkinlah...

27.10.10

Menyiapkan Montaj

Sudah 2.30 petang. Ada lebih kurang tiga jam untuk aku siapkan montaj. Peduli apa. Kerja di pejabat sudah siap. Baik aku buat kerja daripada buang masa. Masalah sekarang, mood buat kerja itu yang entah ke mana.

Apa kerja yang aku kena buat? Senang saja. Tengok contoh;






Mudah saja bukan? Pakai slideshow atau Movie Maker pun boleh buat. Tapi aku tidak pakai semua itu. Aku guna Apple FinalCut Motion. Lebih kurang sama software yang orang guna untuk buat intro rancangan di televisyen. Ada juga yang pakai Adobe AfterEffect. Tetapi aku lebih selesa dengan Motion.

Memang mudah sebenarnya. Kalau kita 'tiada jiwa', kita boleh hentam masukkan apa saja dan sumbat sekali muzik latar yang sedap-sedap. Cuma bila dengan DinaWedding, kami diajar supaya menjiwai setiap karya yang dihasilkan. Bila buat montaj atau video, kena ada 'soul' agar bila orang tengok, hatinya terdetik, meruntun jiwa dan perasaan.

Sebab itu kerja yang nampak mudah ini kadang-kadang boleh mengambil masa beberapa hari untuk disiapkan. Tambah pula bila lagu yang dipilih kurang ngam. Ada lagu yang bila dengar memang sedap dan menarik tetapi bila cuma disulamkan dalam montaj, rasa macam pelik.

Tidak mengapa, aku akan cuba sebaik mungkin.

Menjelang November

Ada kerja penting yang perlu aku siapkan menjelang petang ini. Tetapi aku masih belum mulakan lagi. Sumber idea dan kreativiti sedikit buntu. Aku yakin aku boleh siapkan dalam masa yang sekejap saja. Namun begitu, dek kerana mood untuk menghasilkannya masih belum tiba, aku menulis di sini dulu.

Semalam di studio aku nampak jalan yang luas untuk aku maju setapak lagi dalam kerjaya sambilan aku. Banyak ruang yang boleh aku teroka untuk mencari pendapatan dengan syarat aku rajin dan penuh kreatif. Ada sedikit pengorbanan yang perlu dilakukan. Aktiviti santai perlu dikurangkan (sekarang pun sudah semakin kurang).

Masa terdekat ini akan jadi amat sibuk. Jadi, mungkin akan kurang aku menulis di sini buat sementara waktu.

Jujurnya, kadang-kadang aku rasa sedikit kecewa dengan diri sendiri. Perkara yang telah berlaku dulu adalah kesilapan aku sendiri. Hidup tidak dirancang dan tidak diatur dengan baik dan bila tiba dalam keadaan begini, aku hanya mampu terduduk dan menggeleng kepala. Rugi sebenarnya hidup dirasakan selama ini.

Namun begitu, apa guna menyesal. Hidup perlu diteruskan dan perlu dilalui dengan lebih tabah. Perlu lebih bijak menilai mana yang baik, mana yang buruk kerana selepas ini hidup aku bukan hanya sendirian (seperti yang aku "banggakan" selama ini). Untuk itu, aku perlu berusaha lebih gigih agar kemudian nanti tidak menyusahkan sesiapa saja.

Syukur juga ada kerjaya yang bagus. Aku perlu beritahu kamu bahawa aku sudah dinaikkan pangkat di pejabat. Walaupun buat masa ini aku masih memangku jawatan tersebut, harapnya dalam masa terdekat aku dapat disahkan ke jawatan tetap. Syukur kepada Tuhan. Rasanya emak dan ayah di kampung pasti berasa sedikit bangga. Hadiah buat mereka setelah lama mereka membebel mengenai 'kesilapan' aku di masa lalu.

Aku juga akan bertunang tidak lama lagi, InshaAllah. Harapnya ia berlangsung dengan baik. Aku tersenyum mengenangkan waktu-waktu di mana aku sering luahkan rasa sunyi di sini dan kamu membacanya. Ianya sudah empat bulan pudar, rasa sunyi itu. Sekarang aku di saat paling gembira bersama Zura.

Apa lagi ya? Harapnya masa-masa mendatang, hidup ini sentiasa direstui olehNya dan dipermudahkan segala urusan. Cerita gembira ini aku kongsikan bersama kamu agar kamu juga turut gembira. Biar walau sedetik dalam hidup kita ini bahagia itu dirasai dan dinikmati.

25.10.10

Apple Mac - Cerita Aku 1

Aku pakai komputer jenama Apple di rumah dan di pejabat. Laptop MacBook Pro aku beli menggantikan laptop Acer Aspire (sudah dijual) dengan tujuan sebenar untuk kerja sampingan sebagai video editor dengan sebuah studio perkahwinan (DinaWedding). Aku sudah menggunakan Apple iMac di pejabat sejak penghujung 2006 lagi. Secara umumnya, banyak kerja aku melibatkan senireka grafik menyebabkan komputer Apple menjadi pilihan paling sesuai.

Aku pernah dan sering ditanya serta aku yakin di luar sana ramai juga yang ingin mengetahui kebaikan dan keburukan menggunakan komputer jenama Apple. Jadi aku fikir lebih baik aku kongsi pengalaman aku.

Komputer jenama Apple secara umumnya adalah komputer peribadi/workstation/server yang dibina dan dijual sendiri oleh syarikat Apple Inc. dan menggunakan sistem operasi (Operating System) jenama Mac OS. Suatu ketika dulu ada syarikat pengeluar komputer yang mengeluarkan komputer dengan menggunakan sistem operasi Mac OS namun begitu semenjak Steve Jobs (CEO dan pengasas Apple Inc.) kembali menerajui Apple Inc., beliau telah membatalkan semua produk tersebut.

Apple yang kita tahu sekarang adalah 'kelahiran semula' setelah hampir lingkup di penghujung 90an.

Kenapa orang tertarik dengan Apple? Jawapan umum biasanya akan menjawab, Apple sinonim dengan 'coolness'. Desain produk Apple sentiasa cool dan menarik perhatian. Penggemar Apple adalah mereka yang fanatik dengan segalanya Apple. Paling jelas, majoriti peminat Apple adalah pembenci Windows. Itu sedikit latar belakang kasar Apple. Baca sendiri mengenainya di SINI kalau kamu mahu tahu lebih banyak.

Aku akan bincangkan mengenai Apple iMac dan MacBook Pro sahaja. Produk Apple lain aku malas hendak fikir.

Desain
Perkara pertama orang nampak bila melihat sebuah Apple adalah desainnya. Kamu lihat evolusi desain Apple iMac seperti gambar di bawah. Nampak bagaimana ianya mengubah persepsi manusia bagaimana sebuah komputer perlu wujud. Selepas keluarnya iMac pertama, barulah komputer peribadi berubah daripada kotak dan monitor berwarna krim kepada pancawarna seperti sekarang.

Desain terbaru iMac nampak begitu 'sleek' dengan skrin LCD yang besar dan luas, keyboard dan mouse wireless yang diperbuat daripada aluminium dan kaca.

Malah ianya sangat mudah. Bila kamu beli sebuah Mac (bahasa pasar merujuk apa saja komputer Apple), kamu cuma perlu keluarkan daripada kotak, sambungkan kabel elektrik ke plag elektrik. Sambungkan kabel mouse dan keyboard (kalau masih guna kabel) ke CPU dan tekan butang ON di belakang skrin. Setelah skrin skrin pengenalan dan beberapa perkara yang kamu perlu isi (taip), kamu boleh menggunakannya. Tidak perlu software update, tidak perlu cari software tambahan untuk hardware, tidak perlu apa-apa benda lain lagi yang menyebabkan kamu perlu tunggu berjam-jam sebelum boleh komputer kamu ON.

Sistem Operasi (Operating System - OS)
Versi OS Apple sekarang adalah versi X atau sepuluh. Lebih popular, ianya digelar Mac OSX. Ianya sama dengan Microsoft Windows atau Linux dari segi fungsi iaitu enjin utama penggerak software lain di dalam sesebuah komputer.

Kamu boleh lihat gambaran evolusi Windows OS dan Mac OS di sebelah.

Aku selesa menggunakan OSX kerana ianya amat stabil dan selamat. Berbanding Windows, OSX sangat jarang berlaku 'crash' dan tidak ada istilah "blue screen of death" yang menyebabkan komputer Windows bermasalah. Tetapi kelebihan paling besar OSX berbanding Windows adalah kurang atau boleh kata hampir tiada virus yang menyerangnya. Malah aku telah menggunakan iMac di pejabat sejak tahun 2006 tanpa menggunakan apa-apa antivirus. Setakat ini, tiada virus yang menyerang. Kita tahu betapa besarnya masalah virus di dalam Windows dan betapa besarnya juga industri antivirus akibat daripadanya.

OSX versi terbaru adalah OSX 10.6 Snow Leopard dan tahun depan akan keluar versi 10.7 dengan gelaran Lion.

Erm.. aku fikir baik aku senaraikan saja ciri-ciri baik dan buruk Mac daripada aku membebel panjang-panjang.





Kebaikan Mac

  • Mudah guna - Bila aku beritahu orang bahawa Mac sangat mudah digunakan, orang kurang percaya. Hinggalah mereka menggunanya sendiri. Kelok belajar adalah pendek dan cepat. Hampir semua software asas yang diperlukan sudah disediakan.
    • Menaip surat - TextEdit
    • Simpan koleksi gambar - iPhoto
    • Simpan koleksi lagu - iTunes
    • Edit video - iMovie
    • Edit muzik - GarageBand
    • Kalendar - iCal
  • Jangan kamu tidak tahu, Microsoft Office juga ada versi Apple. Versi terbaru akan keluar tidak lama lagi. Jadi kamu tidak ada alasan kamu perlu gunakan Microsoft Word di Windows semata-mata. Patutnya pengguna MS Office di Windows jadi lebih cemburu melihat betapa cool desain MS Office di Mac. 
  • Tiada Virus - Sebenarnya Mac ada serangan virus tetapi tidaklah kronik seperti Windows selalu kena. Macam aku kata, aku sudah guna iMac di pejabat lebih kurang empat tahun tanpa antivirus dan masih tidak kena serangan virus. Sudah cukup bagus, bukan?
  • Tidak mudah Crash - Mac boleh crash. Ianya pernah berlaku pada aku. Tetapi masih tidak kronik seperti di Windows. Satu kelebihan Mac, apa saja kerja yang kita lakukan ketika berlaku crash akan tersimpan secara automatik, atau sekurang-kurangnya beberapa step sebelum. Jadi kurang sedikit aduan komputer kita crash menyebabkan semua data kita hilang. 
  • Tahan lama - Apple iMac pertama yang dibeli di pejabat pada tahun 2006 masih berfungsi dengan baik tanpa perlu apa-apa maintenance. Cuma versi OSX sedikit usang.
Tidak dinafikan, Mac ada kekurangannya.

Kekurangan Mac
  • Satu kemegahan yang pengguna Windows selalu 'boost', iMac kurang sangat games berbanding Windows. Betul. Aku tidak nafikan. Civilization V sudah keluar dalam versi Windows tetapi masih belum keluar dalam versi Mac. Masalah juga, kalau kamu mahu beli yang cetak rompak, sangat susah untuk jumpa dalam versi Mac. 
  • Mac adalah mahal - Hakikatnya Mac sentiasa dijual pada harga yang premium. Sebuah laptop MacBook Pro dengan spesifikasi sederhana berharga RM3899. Untuk Windows, dengan RM3899, kamu akan dapat spesifikasi yang jauh lebih tinggi. Tapi tengok balik betul-betul. MacBook Pro aku diperbuat daripada aluminium dengan mousepad kaca. Gila cool.
  • Tidak boleh 'tweak' sesuka hati. Satu kelebihan komputer Windows adalah betapa mudahnya kita boleh tweak hardware dan software mengikut kehendak kita. Untuk Mac, paling hebat adalah bila kita boleh tukar RAM dan HardDisk. Itu pun di kedai rasmi Apple.
Namun begitu dalam era Mac masa kini, satu kelebihannya adalah semua Mac boleh menjalankan Windows OS di dalamnya, sama ada secara single boot up atau boot up di dalam OSX sendiri menggunakan perisian pihak ketiga. Ya, kamu boleh beli Mac, jalankan Mac OSX, kemudian di dalamnya, kamu boleh juga jalankan Microsoft Windows dan software dalam Windows yang lain seperti games yang kamu suka dan mungkin, MS Office. Semuanya di dalam OSX tanpa perlu kamu beli komputer lain semata-mata untuk jalankan Windows. Kamu boleh guna Boot Camp atau Parallel sebagai software untuk menjalankan Windows dalam OSX.

Bersambung...

Ilmu Mutu Manusia

Seperti biasa, Ahad malam Isnin adalah waktu paling sukar untuk aku lelapkan mata. Jam dalam badan masih bercuti. Maka di waktu ini, 1.35 tengah malam, aku masih berjaga dan belum ada tanda-tanda mengantuk. Dalam keadaan begini, internet adalah teman setia. Aku akan baca apa saja yang menarik. Setiap perkara baru yang aku temui, aku akan cari maklumat tambahan di Wikipedia, kalau ada.

Ada beberapa blog yang cuba merungkaikan teori asal usul orang Melayu dan sejarahnya dari perspektif dan sudut pandangan yang berbeza. Ada yang logik dan tidak kurang juga yang tidak masuk akal. Aku sering mahu tahu apa yang berlaku sebelum 1400an, titik popular permulaan sejarah Melayu yang sering ditulis dalam buku sejarah sekolah atau diceritakan dalam banyak medium. Aku faham kenapa begitu sedikit maklumat mengenai sejarah Melayu sebelum itu banyak berunsurkan Hindu dan Buddha serta mungkin paganisme dan itu adalah begitu taboo bagi suasana politik sekarang. Kita tidak boleh sama sekali asosiasikan orang Melayu dengan Hindu atau Buddha, apatah lagi lain-lain agama selain daripada Islam.

Mungkin atas sebab itu juga, usaha kajian sejarah di tapak sejarah seperti Gangga Negara dan Lembah Bujang kurang mendapat perhatian serius kerana ianya berkait dengan agama lain yang pernah dianuti oleh orang Melayu suatu ketika dulu. Tetapi kita tidak kisah bila majlis perkahwinan kita diserikan dengan persandingan, berinai dan lain-lain 'adat' kerana ianya telah ditafsirkan sebagai adat Melayu, bukan adat ajaran agama lain.

Aku fikir, sampai bila pun isu asal usul orang Melayu ini tidak akan habis kerana kerajaan kita lebih berminat untuk menggunakan Melayu sebagai batasan kuasa yang perlu dipatuhi oleh bangsa lain, bukan sebagai bangsa yang pernah gah dengan pelabuhan entrepot dan bahasa linguafranca di seluruh kepulauan Melayu. Kalau orang Melayu dulu boleh menerima dan asimilasi budaya lain ke dalam budaya Melayu, kenapa kita sebagai Melayu sekarang begitu tegas menghalang bangsa lain mempengaruhi kita?

Tidak berjayakah bangsa Melayu dulu? Dalam sejarah kita ditulis bagaimana kerajaan Melayu Melaka menguasai perdagangan sekitar Nusantara. Pedagang seluruh pelusuk dunia datang berdagang di Melaka  dan mereka diterima dengan tangan terbuka luas. Jangan kita lupa Bendahara Tun Perak adalah seorang yang berketurunan India. Bagaimana beliau boleh begitu berkuasa di Melaka? Malah pengaruh Cina juga begitu besar dalam sejarah Melaka hingga kita menghantar utusan menemui Maharaja Cina dan Sultan Melaka menghadiahkan orang Cina sebuah bukit di Melaka.

Sejauh yang aku nampak, Melaka semasa zaman kegemilangannya adalah sebuah kerajaan multiracial yang unggul di Nusantara menyebabkan bangsa lain yang datang berdagang begitu selesa untuk melakukannya. Bangsa lain tidak diletakkan sebagai bangsa kelas kedua. Mana pergi semua idealisme itu? Siapa yang merosakkannya?

Melalut. Aku tahu. Itu sebab aku suka membaca dan cuba mengetahui lebih mendalam apa yang berlaku di sekeliling aku. Paling aku mahu tahu adalah apa yang berlaku sepanjang tahun 70an, dekad kelahiran aku.

Kamu tahu kenapa? Aku salahkan kemunduran filem Melayu. Kita lebih banyak tahu mengenai tahun 50an dan 60an kerana adanya filem Melayu yang hebat ketika itu. Namun begitu, bila tiba dekad 70an, suasana seperti zaman gelap. Aku tahu terlalu sedikit mengenai apa yang berlaku sepanjang dekad itu.

Jadi ada dua perkara yang sedang aku kaji; pertama, asal usul Melayu dan kedua, apa yang berlaku sepanjang dekad 70an.

Nasib baik ada internet. Tapi, seperti kata orang, "The more we see, the less we know" - Makin banyak yang kita nampak, makin sedikit yang kita tahu.

21.10.10

Terbang

Aku cuba pujuk Zura balik ke Alor Star dengan AirAsia atau Firefly. Aku rasanya ianya lebih selamat daripada menggunakan bas ekspres. Lagipun, tiket AirAsia cuma RM85 sehala dan Firefly pula cuma RM75 sehala. Lebih RM30 daripada menaiki bas tetapi tiba dalam masa cuma sejam.

Dia tidak mahu. Aku faham kenapa. Fear of Flying. Aku dulu pernah alami perkara yang sama ketika mula-mula menaiki kapal terbang. Risau dengan apa yang akan berlaku kerana kita tidak berpijak di bumi yang nyata. Kita terbang di angkasa dan secara literal, sangat tinggi di angkasa. Kalau orang yang takutkan ketinggian, itu satu masalah besar.

Boleh saja aku beli dua tiket dan terbang bersamanya, kemudian patah balik seorang diri. Maksud aku, penerbangan adalah alternatif yang lebih mudah. Lebih menjimatkan (walaupun tidak jimat wang ringgit) dalam banyak perkara. Lebih selamat, itu pasti. Aku fikir, syarikat penerbangan di Malaysia perlu lebih agresif untuk memasarkan perniagaan mereka. Mereka perlu menawarkan lebih banyak penerbangan dengan harga yang lebih murah. Mobiliti pantas adalah penyelesaian kepada banyak masalah.

Setakat yang aku lihat di laman web AirAsia dan Firefly, mereka cuma menyediakan dua penerbangan sehari ke Alor Star. Bagi aku itu masih belum mencukupi. Perlu ada sekurang-kurangnya empat penerbangan sehari dengan kos harga yang lebih murah. Kerajaan perlu beli lebih banyak insentif kepada syarikat penerbangan tambang murah. Jangan asyik fikir sentimen menjaga anak emas mereka, MAS. Keterbukaan adalah penting untuk menjana ekonomi yang lebih baik.

Beberapa tahun dulu, jarang dengar orang di pejabat pergi melancong (lebih berupa membeli belah) di Bandung, Indonesia. Tetapi dalam masa setahun ini saja, berpuluh, mungkin beratus staf di pejabat yang terbang ke Bandung, Indonesia untuk melancong. Kita tidak boleh bayangkan perkara yang sama 10 tahun lalu. Mobiliti adalah penting dan sama penting juga bila ianya ditagkan dengan kos yang berpatutan. Semua orang akan menggunakannya.

Aku akan terus pujuk Zura. Kalau dia mahu. Aku tidak boleh paksa kalau dia tidak suka. :-)

Israel Kamakawiwo'ole - Seindah Pasir Putih Hawai'i

Aku diminta untuk menyediakan sebuah montaj majlis perkahwinan. Ini kerja part-time aku. Dapatlah rezeki sikit untuk menyara hidup. Kelmarin aku diberitahu bahawa lagu yang dipilih untuk mengiringi montaj tersebut adalah Over The Rainbow/What A Wonderful World nyanyian mendiang Israel Kamakawiwo'ole, seorang penyanyi kelahiran Hawai'i. Jangan salah faham, dia bukan seorang Yahudi. Dia berketurunan Hawai'i. Beliau meninggal pada tahun 1997 akibat daripada penyakit yang berpunca daripada masalah saiz badannya.

Ada beberapa buah lagu beliau yang menarik. Kebanyakannya dinyanyikan dalam bahasa Hawai'i. Menarik mengenai IZ (gelarannya popular beliau), walaupun berbadan sangat besar (obese), alat muzik yang dimainkan adalah sangat kecil, sebuah ukelele. Ada banyak lagu beliau yang menarik untuk didengar, terutama dalam keadaan hati yang resah atau sebelum tidur. Kalau lebih rajin, cari dalam YouTube.







Nota Tidur

Ada benda aku boleh tulis di sini dalam masa dua hari aku tidak menulis. Banyak. Tetapi aku sangat sibuk. Waktu pejabat aku sibuk siapkan buletin dan sibuk juga sain itu ini (aku minta sain, bukan aku sain.. eh, aku ada sain). Dengar juga ura-ura berita baik yang bakal diterima. Syukur kalau ianya benar. Agaknya betul orang kata, rezeki murah bila dah... Heh.

Kemudian di rumah juga aku sibuk. Semalam ke Seremban, ada urusan bersama Zura. Kelmarin tunggu kereta dibaiki dari petang hingga jam 10 malam. Malam tadi aku ke The Mines hantar BlackBerry yang disangka rosak. BlackBerry tidak rosak. Ianya perlu dicas selama lapan jam. Kemudian aku merayap mencari makan. Zura pernah beritahu makan di SweetChat sedap. Jadi aku cuba. Aku pesan spageti dengan daging bakar pedas. Kau tahu apa? Bila aku makan, baru aku sedar ianya adalah spageti yang dimakan bersama masak lemak daging bakar ala orang Melaka selalu buat. Ceh.. Aku hargai 'fusion food' dan aku sentiasa mahu cuba. Tetapi makan spageti dalam kuah masak lemak daging panggang, that is just plain weird.

Sedang aku makan, ada anak lipas datang merayap. Mengganggu tumpuan aku untuk makan makanan yang kurang enak. Aku panggil pelayan. Tunjukkan ke arah lipas yang tertenggek di dinding, sekaki jauhnya dari aku. Kamu tahu apa pelayan itu cakap?


"Maaf Sir, semalam saja kami baru buat pest control. Maaf ye Sir."

Pertama, aku tidak mahu tahu bila kamu buat pest control. Tidak penting bagi aku. Kedua, apa hal pelayan itu setakat datang beritahu mengenai pest control dan langsung tidak buat apa-apa lepas itu? Malah, terus dia beredar dari meja aku sedang makan. Lipas masih ada. Nak suruh aku buat apa dengan lipas tersebut? Aku toleh belakang. Aku nampak di tersenyum sambil memegang tin spray racun aerosol. Gila ke apa?

Aku balik, sambung makan donut Big Apple. Puas.

18.10.10

Menanti Senja, Melihat Layang-Layang Di Angkasa di Taman Metropolitan Kepong

Aku jarang sangat menulis di hujung minggu. Hujung minggu sekarang aku lebih tumpukan masa dengan Zura. Namun ada waktu dan ketika kami buntu apa yang hendak dilakukan di hujung minggu. Dalam kereta, kami kelu mencari jawapan, apa yang hendak dilakukan seterusnya.

Ketika itu, bila jumpa suatu tempat atau tujuan yang kita tidak sangka ianya wujud, kita tiba di tempat itu dengan berasa lega dan sungguh selesa. Melihat suasana sekitarnya dan kita tahu, di sini kita mahu berada ketika itu.

Kami dalam perjalan menuju ke Kelana Jaya setelah singgah di Keramat untuk suatu urusan. Aku mengambil jalan MRR2 melalui Gombak dan Kepong kerana ianya lebih jauh dan lebih ruang masa untuk memikirkan apa yang perlu dilakukan seterusnya. Bila melepasi Batu Caves, aku teringatkan ada sebuah taman di hadapan yang selalu dipenuhi orang bermain layang-layang. Terus aku ajak Zura untuk singgah dan melihat suasananya. Tidak aku sangka begitu ramai orang di Taman Metropolitan Kepong. Sungguh ramai dan begitu banyak layang-layang yang sedang berlegar di angkasa. Paling menarik bila dapat menyaksikan wau tradisional dimainkan. Ianya lebih menarik kerana wau tradisional mengeluarkan bunyi berbanding layang-layang biasa.



Suasana lebih damai bila duduk di tepi tasik sambil makan aiskrim menunggu senja berlabuh. Kos Aiskrim = RM4. Kos minyak + tol = RM15. Duduk di tepi tasik Taman Metropolitan Kepong sambil menyaksikan senja berlabuh bersama Zura = PRICELESS.

15.10.10

Minum Air Kosong Banyak-Banyak


Serius aku peminum air mineral tegar. Aku lebih selesa minum berbotol air mineral sehari daripada minum kopi, teh atau jus. Pagi ini saja setakat jam 11.45 ini, aku sudah meneguk 2/3 botol air mineral bersaiz 1.5 liter. Petang nanti pasti akan habis. Itu belum termasuk di rumah. Purata sehari aku akan minum hingga 2 botol air mineral 1.5 liter. Itu sebab juga aku kerap ke tandas.

Untung juga sebab sebuah kedai runcit berhampiran rumah menjual sebotol air mineral 1.5 liter dengan harga RM1.00 sahaja. Setiap kali beli, aku akan ambil lima botol sekaligus. Itu pun cuma tahan untuk tiga hari.

Mungkin ada yang bertanya, kenapa tidak masak saja air di rumah dan simpan dalam botol, lebih menjimatkan. Masalah pertama, air di rumah tidak ada sistem tapisan. Keladak banyak. Kedua, botol plastik sebenarnya tidak boleh digunakan berulang-ulang kali. Tidak elok kerana bahan kimia yang membentuk botol itu boleh meresap dalam air terutama bila air panas diisi dalam botol tersebut. Ketiga, aku agak malas untuk menjerang air. Ikutkan, alasan ketiga itu boleh jadi alasan paling utama.

Kalau di kampung, ayah dan emak akan membeli beberapa tong (tong 5 liter) air reverse osmosis yang dijual di sebuah kedai di bandar. Harga setong penuh cuma RM3. Tong baru siap berisi air cuma RM5. Eh, RM3 atau RM2? Aku sudah lupa. Ianya lebih mudah daripada kita jerang air sepanjang masa.

Aku juga sering nasihatkan kepada ramai kawan bila mereka berasa kurang sihat supaya minum banyak air kosong. Sebanyak mungkin sehingga kembung perut. Air boleh membantu meneutralkan ketidakseimbangan dalam badan. Semalam, Zura komplen cuaca panas waktu malam. Bila badan panas, kita minum air kerana air adalah agen penyejuk semulajadi. Kamu makan banyak, minum air kosong pun banyak kerana air membantu mencernakan makanan dalam badan.

Jangan pula bila suruh minum air, kamu pergi minum air teh, kopi, jus dan soda. Ianya tidak membantu kerana air dalam minuman tersebut sudah bercampur dengan endapan lain. Cuba amalkan minum air kosong banyak-banyak setiap hari. Bagus untuk kesihatan. InshaAllah.

Keselamatan Jalanraya - Kurangkan Kenderaan Di Jalanraya

Sambungan mengenai pandangan aku terhadap Keselamatan Jalanraya. Rujuk post aku sebelum ini DISINI.

Untuk sebuah negara yang kecil seperti Malaysia, jumlah kenderaan di jalanraya adalah terlalu tinggi menyebabkan peratus kemungkinan kemalangan juga tinggi. Tambahan pula, sistem pengangkutan awam kita yang masih berintensifkan penggunaan bas menyebabkan kita memerlukan banyak bas untuk mengangkut pengguna ke sana sini. Hanya baru sekarang kita sibuk membina rangkaian sistem keretapi laju (separa laju sebenarnya) antara bandar-bandar utama di pantai barat. Aku rasa ianya sudah 20 tahun terlewat.

Kita terlalu menumpukan kepada kereta atau kenderaan di jalanraya kerana faktor "kenderaan nasional" iaitu Proton dan Perodua serta mungkin lori Hicom dan motosikal Modenas. Maka jalanraya lebih dititikberatkan kerana ianya berkait rapat dengan skel ekonomi industri kenderaan di Malaysia. Pengangkutan awam lain seperti keretapi dan pengangkutan udara kurang diberi tumpuan sebelum ini kerana ianya tidak membawa pulangan ekonomi yang lebih luas. Itu prasangka sesetengah orang.

Kita tidak perlu lihat jauh. Melalui dasar pandang ke timur kita suatu masa dulu, kita melihat Jepun sebagai contoh. Kita meniru Jepun dalam memajukan ekonomi negara tetapi satu perkara penting yang kita gagal tiru adalah sistem pengangkutan mereka yang cekap dan efisien. Paling penting, ianya jauh lebih selamat daripada menggunakan kenderaan di jalanraya.

Risiko kenderaan di jalanraya adalah manusia sendiri. Faktor manusia sebenarnya penyebab majoriti kemalangan di jalanraya. Manusia diberi 'kuasa' untuk mengawal pergerakan kenderaan dan kita tahu tahap 'sedar' dan 'tumpuan' manusia berbeza-beza. Sebab itu CEO Google pernah berkata bahawa membenarkan manusia mengendalikan kenderaan di jalanraya adalah perkara yang tidak bagus pernah dilakukan. Malah Google dalam usahanya 'membebaskan' kenderaan daripada kawalan manusia telah menjalankan projek Google Streetview di mana mereka menggunakan kereta yang dipandu secara autonomos, tanpa interaksi dengan manusia. Aku setuju dengan usaha ini. Salah satu cara mengurangkan kemalangan di jalanraya adalah dengan 'membebaskan' kenderaan daripada kawalan manusia. Kenderaan di jalanraya pada masa akan datang sepatutnya bersifat autonomos dan manusia akan dibawa dari satu destinasi ke destinasi lain tanpa perlu manusia melakukannya sendiri.

Itu usaha di masa akan datang. Bagaimana usaha dalam masa terdekat?

Ada dua perkara yang kita boleh lakukan tetapi kos masih tetap tinggi.

Pertama, perluaskan pengangkutan awam melalui rel atau keretapi. Kita sudah lihat 'track record' pengangkutan rel di serata dunia bahawa ianya jauh lebih efisien dan selamat berbanding kenderaan di jalanraya. Malah, keretapi boleh membawa lebih ramai orang dalam satu masa dengan kos yang lebih jimat dan mesra alam sekitar. Kerajaan perlu memberi penekanan kepada pengangkutan rel dengan membina secara besar-besaran sistem rel ke seluruh negara, termasuk di pantai timur dan Borneo. Ransangan ekonomi yang dibawa oleh sistem rel ini adalah meluas dan lebih menguntungkan. Kesesakan yang berlaku di Lembah Klang juga dapat dikurangkan dengan meluaskan lokasi 'perumahan' melalui pengangkutan rel yang efisien.

Ini sepatutnya dimasukkan sebagai projek utama dalam membawa Malaysia menuju ke arah negara maju. Infrastruktur pengangkutan yang cekap dan efisien adalah amat penting dalam meransang perkembangan ekonomi.

Kedua, perluaskan pengangkutan udara. Penyedia pengangkutan udara tambang murah seperti AirAsia dan FireFly sepatutnya diberikan lebih kebebasan untuk memperluaskan perkhidmatan mereka di seluruh Malaysia. Kita sedia maklum bahawa pengangkutan udara adalah antara sistem pengangkutan paling selamat berbanding sistem lain.

Syarikat penerbangan perlu diberi insentif yang lebih baik bagi menjamin mereka menyediakan perkhidmatan yang lebih murah dan menyeluruh kepada seluruh rakyat. Kadar cukai di lapangan terbang perlu diturunkan ke paras paling minima. Aku tidak fikir pengendali lapangan terbang akan rugi kerananya. Kadar cukai lapangan terbang yang lebih rendah boleh diterjemahkan kepada kadar harga tiket penerbangan yang lebih rendah menyebabkan lebih ramai orang menggunakan mod pengangkutan udara untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat lain. Kutipan cukai per orang yang dikenakan juga akan meningkat melaluinya. Aku fikir MAS boleh bergerak sebagai syarikat penerbangan destinasi antarabangsa dan membiarkan AirAsia dan FireFly bersaing merebut pasaran tempatan.

Kedua-dua mod pengangkutan ini, sistem rel dan pengangkutan udara adalah alternatif yang boleh membantu mengurangkan kenderaan di jalanraya. Kalau ianya diberi penekanan yang serius, inshaAllah sekurang-kurangnya boleh membantu mengurangkan kemalangan di jalanraya dan seterusnya mampu menjana ekonomi yang lebih baik di Malaysia. Kos untuk memulakan mungkin amat tinggi tetapi pulangan jangka panjang juga pasti tinggi.

Cuma ingat, kalau di Jepun, takrif 'lewat' itu adalah bila pengangkutan awam tiba lebih 59 saat daripada jadual sebenar. Kita janganlah pula takrifkan lewat itu adalah lebih 59 minit daripada jadual sebenar. Itu menyebabkan orang tidak tahan sabar dan memecut laju untuk tiba ke destinasi. Itu faktor-faktor yang boleh menyebabkan berlakukanya kemalangan.

Aku bukan mahir sangat dengan pengangkutan awam. Mungkin pandangan aku ini salah. Mungkin juga ada konsep yang lebih baik. Kalau ada, sila kongsi bersama.

14.10.10

Usaha1.com

Ini Adalah Iklan. Sila Skip Membaca Jika Kamu Tidak Berminat.

Beberapa hari lepas aku menyertai suatu program bisnes di internet. Sebenarnya aku sertai beberapa program tetapi program ini paling murah. Sudah sampai masa untuk aku cari duit lebih dari internet.

Kalau kamu sedari, di bahagian atas dan sisi kanan blog ini aku letakkan banner/bunting iklan menyertai suatu program di internet yang diberi nama Usaha1.com. Ianya sama dengan mana-mana program MLM yang ada kecuali beberapa 'penambahbaikan'.






Ianya bermula dengan modal yang kecil, cuma RM20 dan itu pun untuk sekali bayar saja. Kerja aku hanya memperkenalkan laman web dan ajak orang menyertainya dengan bayaran RM20. Orang itu akan buat kerja yang sama. Ada fasa seterusnya tetapi kamu bacalah sendiri di laman web yang dibekalkan atau klik saja banner yang aku sediakan. Aku bukan paksa. Kamu tidak berminat, tutup saja laman web tersebut dan teruskan geledah internet di tempat lain.

Sebab modalnya amat kecil (bagi aku), jadi aku rasa kalau setakat dua kali makan McDonald's, tidak mengapalah aku korbankan sikit duit. Kurang-kurang tidak bertambah lemak dalam badan aku. Aku baru dapat seorang rakan niaga setelah beberapa hari aku letak iklan di sini. Kira okaylah sebab aku tidak betul-betul pasarkan. Aku tolong dia sikit dengan memberi cadangan bagaimana dia boleh buat promosi dan ianya boleh dibuat secara percuma di banyak laman web dan laman sosial.

Aku hormati kamu sebagai pembaca di sini. Ada antara kamu yang merupakan pembaca setia. Fahamilah tujuan aku. Sebab itu awal-awal lagi aku letak pemberitahuan. :-)

Oh, Usaha1.com ada beri contoh cara untuk promosi melalui emel/web. Baca bawah. Cheesy bukan? Hehehe.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Usaha1.com dibangunkan bagi menggabungkan semua usahawan internet seluruh Malaysia. Cuma 1 modal, 1 usaha, 1 laman web, mereka bergabung tenaga memajukan industri pemasaran internet dan status kehidupan masing-masing.
Kami sediakan 2 Pakej utama yang menawarkan komisen hebat untuk insentif kumpulan sehingga 6 level. Hanya kenalkan LAMAN WEB kepada kenalan.


Dengan 1 usaha kecil, anda mempromosikan produk jualan kami melalui laman web Usaha1.com, anda diberikan imbuhan berasaskan jualan anda.
Keuntungan jualan dikongsi bersama. Sebahagian kecil keuntungan anda (Fasa-A), akan digunakan untuk membangunkan perniagaan anda di Fasa-B.
Begitu juga sedikit keuntungan dari Fasa-B akan dikembangkan untuk membangunkan Fasa-C.


Anda berpeluang menyertai Plan B dan Plan C (MLM) TANPA MODAL lagi...


Untuk maklumat lanjut;
http://www.Usaha1.com/frossonice
http://www.Usaha1.com/frossonice
http://www.Usaha1.com/frossonice


Perniagaan ini sungguh MUDAH. Cuma SMS dan EMAIL laman web anda kepada kawan2. Selainnya, kami buatkan untuk anda.


Anda juga di jemput menyertai kami dalam pemasaran produk Usaha1.com kami, sebagai alternatif kepada menambahkan pendapatan anda dalam kemelut kegawatan dan kos kehidupan yang makin meningkat.


Terima kasih
---
AHMAD SHARIDAN BIN MOHD ALIAS
Layari http://www.Usaha1.com/frossonice


Kalau sudi, join sama. Kalau tidak berminat, tidak mengapa.



Pembaca

Wah, semenjak berubah daripada frossonice.com ke blogspot, jumlah pembaca turun mendadak dari purata 100 orang kepada cuma 20 - 30 orang. Nasiblah. Aku tidak kisah sangat. Enjin pencari biasanya agak lambat untuk update data yang mereka perolehi. Orang masih akan jumpa link ke frossonice.com untuk carian yang mereka lakukan dan bila klik, tidak sampai ke tempat yang sepatutnya.

Tunggu beberapa ketika untuk ianya kembali normal.

Untuk makluman juga, blog ini akan semakin hari semakin dipenuhi iklan dan link ke laman tertentu untuk aku cari pendapatan tambahan dan kamu juga boleh menyertainya. Tapi tidaklah sampai ianya menyemakan blog. Aku akan pastikan ianya tidak mengganggu tumpuan kamu. 

Eh, aku sepatutnya sambung artikel mengenai keselamatan jalanraya. Menyimpang sekejap.

Keselamatan Jalanraya - Wajibkan Penggunaan "Speed Limiter"

Aku rasa sudah tiba masanya kerajaan memperkenalkan "Speed Limiter" dan mewajibkan semua kenderaan termasuk kenderaan peribadi memasangnya. Kemalangan besar yang berlaku berhampiran Tol Simpang Ampat, Rembau tempohari membayangkan bagaimana bas ekspres dipandu laju dan gagal dikawal menyebabkan ianya terbabas dan merempuh kenderaan lain.

'Speed Limiter' elektronik ini wajib dipasang pada semua kenderaan dan ianya akan menghadkan kelajuan kenderaan secara automatik. Kalau ianya telah lama dilaksanakan di negara seperti Jepun dan negara-negara eropah, kita sepatutnya mewajibkan juga. Tiada alasan mengenai kos pelaksanaan yang tinggi kerana nyawa manusia itu jauh lebih tinggi nilainya.

Juga, kalau sebuah syarikat pengangkutan mampu membeli bas atau lori yang berharga ratusan ribu, kenapa mereka tidak boleh pasang 'speed limiter' yang berharga beberapa ribu saja (mungkin). Atau kerajaan boleh wajibkan semua kenderaan yang hendak dipasarkan di Malaysia ada 'speed limiter' yang sudah siap terbina.

Kalau setakat letak sticker had laju di belakang kenderaan, ianya tidak membawa apa-apa makna. Setiap hari aku lihat lori dan bas memecut laju di jalanraya. Tambahan pula sekarang enjin kenderaan tersebut semakin berkuasa, siap dengan kuasa turbo dan sistem suspensi angin yang unggul, pemandu semakin selesa untuk memecut tanpa berfikir panjang.

Aku juga cadangkan bahawa semua kenderaan peribadi, termasuk motosikal, dipasang 'speed limiter' untuk mengelakkan mereka berlumba di jalanraya. Malah, ada baiknya kita hadkan kelajuan kenderaan pada 110km/j selagi rakyat kita berdegil dengan had laju. Mungkin ianya terlalu perlahan tetapi ianya lebih munasabah memandangkan mentaliti kita yang masih seperti kebudak-budakan bila pegang stering atau handle kenderaan. Negara lain mungkin letak 'speed limiter' pada 180km/j - 250km/j tetapi ianya tidak sesuai di Malaysia. Kalau had limit diletakkan pada 300km/j pun, rakyat Malaysia akan cuba pecut lebih laju daripadanya.

Perlu juga ingat, langkah memasang 'speed limiter' ini adalah langkah sementara atau 'retention' sehingga rakyat kita betul-betul terlatih dan boleh mematuhi peraturan jalanraya dengan lebih baik. Kita juga perlu kaji sistem kelas memandu dan mungkin, keselamatan jalanraya boleh dijadikan subjek dalam pendidikan di sekolah.

Aku ucapkan takziah kepada mangsa kemalangan jalanraya dan semoga kita sentiasa dipeliharaNya.

Ada bahagian kedua nanti.

13.10.10

Montaj

Seminggu aku ambil masa untuk menyiapkan montaj pembukaan program di pejabat. Inilah montaj menggunakan Apple Motion 4 yang paling kompleks pernah aku lakukan. InshaAllah, aku boleh hasilkan yang lebih baik di masa akan datang.

9.10.10

Tribute To John Lennon (The Beatles) - 3

Video-video di bawah adalah video persembahan live bersama ahli kumpulan The Beatles buat kali terakhir di atas bumbung syarikat mereka, Apple Corp. pada 30 Januari 1969.

The Beatles Rooftop Concert - Part 1



The Beatles Rooftop Concert - Part 2

The Beatles Rooftop Concert - Part 3

Tribute To John Lennon (The Beatles) - 2

Bahagian kedua. Aku letak antara lagu-lagu The Beatles yang paling aku gemari. Kalau hendak diikutkan, hampir semua lagi The Beatles aku gemari. Aku pilih ini berdasarkan apa yang aku jumpa di YouTube.

Norwegian Wood (This Bird Has Flown)


Help!


In My Life

Tribute To John Lennon (The Beatles) - 1

Berkait dengan post sebelum ini mengenai John Lennon, salah seorang ahli kumpulan muzik lagenda, The Beatles. Entah bila aku mula meminati The Beatles ini tapi aku boleh beritahu kamu bahawa ianya bermula kira-kira 17 tahun dulu sewaktu aku bekerja selepas SPM. Ini beberapa sebab kenapa aku begitu meminati The Beatles (lagu-lagu pelik yang sungguh menarik);

Eleanor Rigby


Strawberry Fields Forever


I Am A Walrus

Happy Birthday, John Lennon



Hari ini, 9 Oktober 2010, kalau John Lennon masih hidup, dia berusia 70 tahun. Lagu Imagine dalam video di atas adalah sinonim dengan John Lennon dan juga paling sinonim dengan usaha mencapai kedamaian sejagat.

Ya, muslim seperti kita mungkin berasa kekok dengan liriknya. Tetapi seperti yang kita sering diingatkan, ambil yang baik mengenainya.

You may say that I'm dreamer...

Dear Mr. Lennon, you are not a dreamer and you will always be remembered.

Tukar Alamat Blog (Harap Maklum)

Laman blog ini secara rasminya boleh dilayari melalui alamat di bawah:


http://frossonice.blogspot.com

Harap maaf kalau ianya menimbulkan kesulitan buat kamu.

Cita rasa masih sama. Gayanya juga masih sama. Terimalah.

7.10.10

Liverpool FC Dijual!

Akhirnya, setelah tiga tahun lebih sengsara dengan si Hick dan Gillett, Liverpool FC akhirnya berjaya dijual kepada pemilik baru. New England Sport Ventures adalah pemilik baru. Harapnya, mereka boleh membantu mengembalikan kegemilangan Liverpool FC.

Robot



Aku rasa aku pernah letak iklan Honda Asimo di blog ini suatu ketika dulu. Aku sudah lupa. Walaupun ianya cuma sebuah iklan dan kemungkinan besar aksi yang dilakukan oleh robot Asimo itu dirancang dan diprogram terlebih dahulu, ianya sungguh mengujakan.

Suatu masa bila kita sudah mencapai tahap di mana robot boleh berjalan dan berinteraksi secara 'normal' dengan manusia, adakah kita akan bersikap adil terhadapnya? Sedang kita tahu robot adalah ciptaan manusia, diprogram oleh manusia dan di tentukan keadaannya oleh manusia sendiri. Sedang sesama kita dan dengan haiwan, manusia tidak pernah berlaku adil, apatah lagi dengan robot?

Adakah kita akan digelar rasis sekiranya kita membenci robot? Adakah kita akan dicop sebagai manusia jahat kerana menghukum dan menjadikan robot (yang ketika itu nanti boleh berfikir sendiri - secara logik) sebagai hamba abdi? Kita perlu tahu bahawa ada tiga (3) undang-undang robot dicipta oleh Isaac Asimov yang perlu dipatuhi oleh semua robot. Adakah ianya akan dipatuhi?

Kita boleh andaikan banyak perkara dan kita sebagai manusia, cukup agung bila mengandaikan perkara yang bersifat negatif.

Tetapi apabila menonton iklan komersial Honda Asimo, aku tidak dapat tidak, sentiasa membayangkan robot adalah ciptaan kreatif manusia yang berfungsi tidak lebih bagi memudahkan kehidupan manusia. Harapnya ia kekal begitu.

Apa Ada Di Panggung Wayang?

Lama sudah tidak menulis mengenai filem. Banyak filem yang aku sudah tonton di pawagam tetapi aku tidak mengulas mengenainya. Malas.

Aku senaraikan beberapa filem yang aku rancang untuk menontonnya sepanjang tahun ini, inshaAllah. Zura, jangan lupa bawa pashmina nanti, ya.

Filem Eat Pray Love ini sedang mula ditayangkan di pawagam. Siang tadi aku sudah mengajak Zura untuk menontonnya. Untuk pasangan seperti kami, jarang sangat kami menonton filem berunsur cinta. Kenapa ya?

Kata Fatin Ajla (setiausaha di pejabat), filem ini menarik dan berbaloi ditonton. Aku percaya cakap dia.

Kemudian pada 14 Oktober nanti, filem The Other Guys lakonan The Rock, Mark Wahlberg, Samuel L. Jackson dan Wil Ferrell menjadi pilihan seterusnya untuk ke pawagam. Semuanya kerana Samuel L. Jackson semata-mata.

Filem aksi RED lakonan Bruce Willis dan Morgan Freeman ini sebenarnya aku tidak tahu mengenai kewujudannya. Ianya mengenai agen perisik CIA dan kisah pembunuhan terancang. Harap ianya menarik, tambah lagi kalau ada Morgan Freeman dan Bruce Willis. John Malkovich, Sarah-Jessica Parker dan Helen Mirren pun ada!

Ini senarai untuk bulan ini. Bulan depan nanti aku buat senarai lain, kalau ada masa untuk aku pergi pawagam


Ada beberapa filem lagi sepanjang tahun ini yang termasuk dalam senarai wajib tonton aku;

Harry Potter and The Deathly Hollows Part 1, The Social Network, The Chronicles of Narnia: The Voyage of The Dawn Treader, Tron Legacy dan Gulliver's Travels lakonan Jack Black. Ada filem lain yang mungkin masuk dalam senarai, bergantung kepada keadaan.

Kamu pula bagaimana?

Penutup frossonice.com (Blog Ini Masih Dibuka)

Aku terima emel daripada pembekal alamat website ini, IPServerOne yang memberitahu bahawa aku cuma tinggal satu hari saja lagi untuk membuat pembayaran sambungan kontrak alamat web frossonice.com. Sekiranya tidak dibayar, ianya akan ditutup dan aku terpaksa kembali menggunakan frossonice.blogspot.com. Aku sudah beritahu kamu semua mengenai ini.

Terima kasih IPServerOne kerana selama ini melayan karenah aku dengan baik. Ada aku pernah membebel dengan helpline mereka kerana konfigurasi yang mereka berikan tidak boleh diguna untuk link alamat web dengan akaun blog aku. Walaupun aku lambat bayar, mereka masih menunggu dan memberi peluang peluang aku menyelesaikannya (tahun lepas).

Tetapi tahun ini aku mengambil keputusan untuk menamatkan perkhidmatan dengan mereka. Bayaran kontrak alamat web sebanyak RM48 setahun yang ditawarkan oleh mereka adalah agak tinggi berbanding tawaran daripada syarikat lain. Dengan nilai yang sama, aku boleh dapat kontrak selama dua tahun di sebuah pembekal alamat web antarabangsa. Itu pilihan yang lebih baik, bukan? Malah, mereka mempunyai khidmat bantuan yang lebih baik dan lebih jelas.

Mulanya dulu aku beli alamat frossonice.com dengan tujuan untuk berniaga. Aku mahu gunakan blog aku sebagai blog perniagaan untuk menjual barangan atau perkhidmatan. Tetapi pada tahun 2007 (ketika mula frossonice.com digunakan), aku begitu sibuk dengan kerja pejabat hingga projek perniagaan di internet juga terbantut. Ianya terbantut hingga sekarang padahal orang lain yang bermula lebih lambat kini sedang menikmati keuntungan hasil bisnes di internet. Rezeki mereka.

Semakin lama menggunakan frossonice.com, aku fikir ianya lebih baik dibiarkan menjadi laman blog yang menyuarakan pendapat dan cerita aku saja. Tidak bersifat keuntungan. Orang mengenali frossonice.com sebagia laman web yang banyak cerita dan pendapat menarik, gambar yang dirakam sendiri oleh aku dan juga bebelan aku yang kontradiks dengan hakikat sebenar hidup ini. Sekarang aku fikir penggunaan .com di belakang frossonice sudah tidak menepati matlamat sebenarnya. .com lebih bersifat komersial dan perniagaan. Jadi mungkin selepas ini aku akan menggunakan .net atau .name, yang lebih sesuai dengan fungsi blog ini. frossonice.com mungkin tetap akan ada tetapi akan ditukar sepenuhnya menjadi laman web komersial. Ada beberapa peluang perniagaan yang sedang aku teroka dan boleh aku pasarkan di frossonice.com (versi baru) kelak. InshaAllah.

Masa mendatang, hidup ini nanti inshaAllah bukan berseorangan lagi. Jadi aku perlu sediakan banyak benda termasuk kos sara hidup untuk hidup ini menjadi lebih licin dan teratur. Harapnya kalau aku buat bisnes di internet, ianya boleh mendatangkan hasil yang baik dan membantu aku serba sedikit.

Akhir kata, terima kasih frossonice.com untuk masa yang penuh bermakna selama tiga tahun menjadi 'pintu' rumah ini. Jumpa lagi di lain tempat dan masa. InshaAllah.

p/s: penggunaan alamat frossonice.com akan secara rasminya ditamatkan pada 11.59 malam, 08 Oktober 2010 (malam esok). Harap Maklum.

4.10.10

Petang Di Tepi Tasik

Petang Ahad dengan cuaca yang damai dan redup, aku bawa Zura ke suatu tempat di Putrajaya yang sangat aku suka, di Kompleks Sukan Air Putrajaya, Presint 5. Ada tiga buah pontoon yang sering menjadi lokasi popular pasangan pengantin untuk bergambar kenang-kenangan. Kami duduk di hujung pontoon, di gigi air sambil menikmati suasana damai sekitar tasik.

Ramai orang di situ walaupun sudah lewat petang. Kalau tidak kerana seorang pengawal yang memegang cota (aku tidak faham apa motif dia menunjukkan cota kepada semua orang - garang sangat ke?) mengarahkan orang beredar apabila jam hampir 7 petang, orang ramai pasti akan duduk di situ lebih  lama. Tindakan pengawal itu agak tidak wajar walaupun kita faham itu tugas dia. Perbadanan Putrajaya perlu lebih prihatin dengan 'waktu santai' di hujung minggu. Orang mahukan masa lebih lama untuk bersama keluarga, rakan dan kenalan. Pengawal yang memegang cota untuk menunjukkan autoriti bukanlah idea yang bagus.



2.10.10

Sarapan

Selepas mandi pagi tadi dan siap berpakaian ringkas, berbekalkan RM10, aku keluar rumah dan menuju ke pagar apartmen. Aku mahu beli sarapan pagi dari gerai makcik yang selalu berniaga di situ. Nasi lemak, sambal kerang, telur, ikan bilis dan kacang. Bila tiba di tepi pagar, aku dapati dia tidak berniaga hari ini.

Lalu aku berjalan jauh sikit ke kedai berhampiran. Mulanya ke kedai runcit, kononnya hendak membeli roti dan sapuan mentega. Sampai di kedai runcit, hati mula berbicara,

"Aku hendak makan roti ke pagi-pagi ni?"

Lalu aku batalkan hasrat dan berjalan lagi ke kedai mamak berhampiran. Kalau ada roti sardin atau roti telur, sedap juga. Hujan gerimis yang sedang turun pasti menambah selera makan. Tiba di kedai mamak, orang begitu ramai. Ah, malas hendak menunggu. Lalu aku jalan lebih jauh ke hadapan, menuju ke kedai makan orang melayu yang aku duga membuka kedainya untuk makanan siang hari. Seperti biasa, tutup.

Aku nampak bangunan kompleks membeli belah Jusco di hadapan. Ketika itu aku sudah di pertengahan jalan; belakang rumah aku kira-kira 300 meter dan hadapan adalah Jusco, juga lebih kurang 300 meter. RM10 di dalam poket, cukup-cukup. Apa yang aku boleh aku dapat dengan RM10 di Jusco, sebagai sarapan pagi aku?

Aku meneruskan perjalanan dalam hujan gerimis menuju ke Jusco. Akhirnya aku pulang membawa makanan dengan duit berbaki 25 sen. Apa yang aku beli?

 Tiga keping (betul ke penjodoh bilangan ini?) roti; Foot Long (RM1.60), Tuna Bun (RM1.60) with Cheese dan Danish Cheese Stick (RM2.80). RM6.00 untuk roti yang baru dibakar. Ada baki RM4.00. Aku masuk ke pasaraya Jusco dan membeli ini;
Jus buah manggis Peel Fresh bersaiz 250ml. Tanpa gula tambahan. RM1.95. Dan,
Twisties berperisa tomato berharga RM1.80. Aku beli kerana aku hendak makan. Pedulikan diet.

Semua sekali, RM9.75.

Memang mahal hidup di kota ini, ya? Dengan harga begitu, ianya cukup untuk makan seorang. Zura, jom pindah balik kampung. :-)

1.10.10

Monolog Selepas Penat Berbasikal

Penat berbasikal petang tadi. Aku berkayuh sejauh lebih kurang 23 km dalam masa sejam bersamaan dua pusingan core island di Putrajaya. Kerana lama tidak berbasikal, habis badan terutamanya punggung berasa sakit. Tetapi masih tetap puas hati.

Aku juga sedari bahawa odometer basikal menunjukkan bahawa kayuhan aku sudah hampir mencecah 1000 km! Ada lebih kurang 1 km yang perlu aku selesaikan untuk mencecah angka 1000. Bermula daripada bulan Mac hingga sekarang, berhenti seketika di bulan Ramadhan dan awal raya, aku fikir ianya suatu pencapaian yang hebat bagi aku, secara personal.

Memang, badan masih belum kurus. Perut semakin membuncit dan lemak semakin bertambah. Tetapi kepuasan berbasikal tidak dapat dinafikan. Walaupun tidak kurus, aku rasa lebih sihat. Lebih bertenaga dan lebih mudah untuk terlena di waktu malam. Aku fikir, ianya suatu perkara yang baik, bukan?

Bila dekat dengan alam, hati jadi lebih tenang. Malah hati ini lebih tenang dalam keadaan ribut yang sedang melanda diri. Bukan masalah hubungan dengan Zura kerana ianya sedang berjalan dengan penuh mesra. Masalah kewangan sedikit menjejaskan persediaan aku untuk menghadapi hari mendatang. Aku faham, orang yang sudah lama bekerja seperti aku tidak sepatutnya ada masalah kewangan. Tetapi hakikatnya begitu dan aku kena akui. Aku kena kerja lebih keras untuk mengumpul duit dan aku masih tidak jumpa jalan yang lebih cepat. Kerja editing video bukan sentiasa datang bergolek dan ianya mengambil masa.

Moga dipermudahkan segala urusan hidup ini, inshaAllah.

Aku duduk di dalam McDonald's Equine Park dengan MacBook Pro sambil menjamah bubur ayam dan air. Aku lihat keliling dan cuba fahami suasananya. Manusia masuk ke dalam McDonald's ini untuk makan. Biar berapa ringgit pun yang ada di dalam poket mereka, mereka tetap masuk dan mahu makan. Mereka ketepikan masalah yang ada buat sementara waktu. Perut perlu diisi, bukan? Kiranya, aku, seperti juga mereka adalah tergolong dalam golongan orang yang beruntung. Ada rezeki untuk terus hidup dengan baik. Tetapi kita sentiasa mengharapkan yang lebih baik.

Aku harap hari-hari yang mendatang hidup ini juga akan menjadi lebih baik dari sekarang. Kalau ianya nanti hendak dilalui bersama dengan orang yang tersayang, aku kena pastikan jalan yang dilalui itu tidak membebankan atau menyusahkan diri masing-masing kelak.

Kita boleh merancang, ketentuan hidup masih sentiasa ditanganNya.

Bangunan Sultan Abdul Samad Bermain Cahaya

Semalam selepas makan malam dengan Zura di Kg. Baru, kami duduk santai di Dataran Merdeka. Pertamanya kerana mahu melihat telatah orang bermain lastik berlampu (susah aku nak terangkan apa benda). Ada yang terbang tinggi, ada yang jatuh begitu laju.

Kemudian baru aku sedari bahawa cahaya yang melimpahi Bangunan Sultan Abdul Samad bertukar-tukar warna. Dek kerana aku rabun warna dan tidak pasti apakah warna semasa aku merakam gambar-gambar di bawah, lebih baik kamu sendiri teka apa warnanya.

Sungguh menarik dan nampak cool. Aku fikir, ada baiknya jalan di hadapan Dataran Merdeka ini ditutup pada setiap malam dan dijadikan kawasan bersantai untuk warga kota. Malam biasanya jalan sudah tidak terlalu sesak. Seronok kalau dapat berkelah di situ; sambil duduk di atas tidak dan makan-makan. Biar ianya sama seperti Dataran Putra di Putrajaya yang dilimpahi keluarga dan orang ramai yang santai bersama anak dan rakan mereka.

Kita perlukan waktu santai sebegitu.








Kembali Berbasikal

Setelah lebih sebulan tidak berbasikal, kelmarin aku kembali berkayuh. Tahu keadaan badan yang sudah lama tidak bersenam, aku bataskan kelajuan basikal sekitar 20 - 22 km/j bagi mengelakkan kejutan pada badan. Walaupun pada ketika itu cuaca agak redup dengan rintik-rintik hujan sedang turun, aku teruskan juga berbasikal.

Puas sebenarnya. Dapat melihat alam dan suasana sekitar. Paling aku rindu adalah cahaya senja. Aku dapat merakamnya. Semalam juga aku berbasikal. Hari ini walaupun tengahari tadi hujan dan pastinya laluan basah, aku tetap akan berbasikal. Aku perlu kembali cergas seperti sebelum Ramadhan lalu.