20.11.08

Aku Di Kuching - Penutup

Selesai sudah kunjungan ke Kuching. Siang tadi dari lapangan terbang Kuching, tiba di KLIA menjelang senja.  Sempat juga aku berkunjung ke beberapa tempat yang biasa orang lawati. Aku sebenarnya tidak sukakan cliche, namun biarlah ianya sekali sekala dilalui juga. 


Puas hati juga sepanjang berada di Kuching. Sesi fotografi aku di sekitar Waterfront tidak diganggu. Walaupun sehari, cukup untuk aku ambil berpuluh shot. Aku sedari bahawa aku perlu dapatkan dua benda. 1. Lensa 11 - 22mm. Aku perlu lensa wide-angle kerana aku suka mengambil shot panorama yang luas. 2. Aku perlu beli bateri spare.

Dalam keletihan ini, aku perlu siapkan diri dan peralatan untuk ke Kuala Terengganu awal pagi nanti. Jadi aku perlu tidur awal.

Selamat Malam.

1 comment:

Anonymous said...

Cantik photo ni. Hopefully one day saya pun dapat tengok pemandangan mcm ni. Buat poskad pun cantik juga.

Selamat malam. Tidur enak-enak.

Post a Comment