16.11.08

Roda Yang Berpusing (Termasuk di Kapal Terbang)

Esok ke Kuching, Sarawak. Hadiah menjadi johan KMK kategori teknikal. Dapat pula melihat konvensyen KMK peringkat kebangsaan di Crowne Plaza, Kuching. Rezeki. Penerbangan jam 4 petang dari KLIA dan sampai di Kuching menjelang senja. Ya, senja. Siapa pandai sangat book tiket waktu petang ni.

Malangnya pergi tengah-tengah bulan. Jadi memang duit kurang. Aku hendak saja cakap takde, tapi rasa macam tipu pula. Cuma kena berjimat lebih. Sebab balik nanti dari sana aku akan terus ke Kuala Terengganu. Jadi urus setia mesyuarat pula. Secara total nanti, lapan hari di tempat orang. Kalau ikutkan, aku akan terus berada di Kuala Terengganu hingga penghujung bulan kerana ada bengkel AKPM. Nasib baik bengkel di tunda dan diadakan di Sepang saja. Dekat sikit. Jimat kos.

Memanglah aku tak keluar duit banyak. Semua free termasuk hotel. Tapi, kadang-kadang kalau sudah berada di tempat orang, ada saja yang hendak dibeli.

Aku teringat tahun lepas hingga ke pertengahan tahun ini, aku sering saja 'terdampar' di pejabat sedang kawan-kawan pejabat lain sibuk kerja outstation di seluruh Malaysia. Dalam hati memang mengeluh dan cemburu. Untung mereka dapat berjalan sana sini. Aku juga yang terperap depan iMac. Sekarang aku rasa seperti tidak cukup ruang pula untuk berehat. Ada saja tempat yang perlu aku pergi dan ada saja benda yang perlu dilakukan. Aku lihat pula kawan-kawan pejabat yang suatu masa dulu sering kesana kemari. Mereka pula yang terperap di pejabat. Kasihan pun ada. Tambah lagi kalau dengar mereka mengeluh kata mereka cuma layak terperap di pejabat.

Aku dulu mengeluh begitu. Sekarang, giliran orang lain. Macam roda yang berpusing, ya?

4 comments:

Anonymous said...

Hmmm.... saya tak pernah ke mana-mana. Kuala Terengganu belum, Kuching lagi jauh. Agaknya kalau saya mula mengeluh banyak2 kali sekarang, hujung tahun depan dapat pergi percuma mcm awak jugak ke? ;) -ayp

frossonice said...

Belum tidur?

Anonymous said...

Heheh... baca blog Idan dari bawah. Kan saya dah kata saya sehari berkali2 baca blog Idan. Awak lak tulis satu catatan sehari. So saya kena ulang baca yang lain berkali2 :)

Belum tidur sbb fikir saya pun nak jelajah tengok tempat orang...

frossonice said...

Baca yang baru... Baru upload. :-)

Post a Comment