Sekarang aku suka The Holiday. Biar apa pun orang nak kata, aku tetap suka.
Tidak perlu aku bersinopsis. Kamu tonton sendiri.
Sebenarnya mungkin ada beberapa watak dalam kedua-dua filem itu yang aku boleh 'identify' seperti hampir sama dengan apa yang aku alami atau hampir sama seperti diri aku sendiri. Miles contohnya, mempersoalkan kenapa beliau sering jatuh hati kepada orang yang salah. Orang yang dia sendiri yakin, entah apa yang mereka nampak terhadap dirinya.
Begitu juga aku. Kadang-kadang, terfikir. Apa yang orang lain nampak pada aku, terutamanya orang yang aku suka? Sebab itu selalu saja aku biarkan mereka berlalu. Sedar-sedar, aku seperti terlepas keretapi. Kuat mana pun wisel keretapi memanggil, roda sudah bergerak, dan aku tak mampu hendak mengejar lagi. Aku biarkan kerana aku tidak mahu akhirnya aku sedar, mereka tidak nampak apa-apa pada aku.
Mungkinlah, kerana aku takutkan 'rejection'. Hah! Rasanya memang ya pun. Tidak perlu nafikan lagi. Memang takut 'rejection'. Sebab sudah terlalu banyak sehingga aku jadi seperti fobia. Hendak dikata fobia, mungkin terlalu ekstrem bunyinya. Tiada perkataan yang sesuai.
Jadi selalunya, aku biarkan saja peluang-peluang aku berlalu. Sehingga pernah kena marah, sehingga pernah kembali ditanya,
"Kenapa tidak bersuara dulu?"
Aku bila berlaku begitu, akan tergamam. Bukan kerana ditanya. Tetapi kerana aku seperti tersedar dari mimpi.
"Ah, aku tak tahu pun kau juga suka aku..." Begitu selalunya terlintas di hati.
Kemudian kamu melihat mereka bahagia. Sigh...
Ketika itu, hendak saja kamu lari jauh dan duduk di suatu sudut tanpa sesiapa dapat melihat. Kemudian kamu menangis dan bersedih. Mungkin geram dan marah terhadap diri sendiri. Kalau terlambat itu cuma masa, ketika itu sebenarnya dirasakan kamu sudah mati. Tidak ada motif untuk kamu terus bernafas. Atau makan, atau tidur... Atau apa saja.
Lama kemudian, barulah kamu kembali bangun. Sedar, hidup ini jauh lebih besar dari itu semua.
Dan kamu lakukan perkara yang sama. Kembali.
Berulang-ulang hinggalah kamu jadi seperti aku. Tidak lagi berani mempunyai perasaan. Kerana mental kamu pasti berkata,
"Kelak akan kembali seperti dulu..."
Maka, bagaimana lagi harus kamu lakukan agar hidup kamu lebih bahagia?
10 comments:
*sigh*
-ayp
eh..thanks patutnya..
Kenapa?
The Holiday yang Kate Winslet dan Diaz tukar rumah tu ke? Pelik rasanya kalau karektor dlm citer ni yang awak guna utk buat perbandingan dlm hidup awak. Hmmm bukan pelik, tapi kagum la saya dengan daya ingatan awak. Kalau betul cerita The Holiday yang dimaksudkan, karektor 2 perempuan tu kuat sangat sampai saya tak berapa ingat ttg kisah sedih si Miles ni.
Dah banyak kali saya baca orang komen2 pada awak, yang awak tu yang merendah diri sangat. Saya pasti la ramai perempuan2 lain, mcm saya, minat pada awak. Tapi entah kenapa awak tak nampak, maka awak tak approach. Atau awak rasa awak tak cukup sempurna untuk mereka. Atau entah apa lagi alasan yang ada ye? Slow? Walaupun zaman dah berubah, dunia semakin maju, setengah2 perkara masih tidak berubah. Ada perempuan masih takut dikatakan 'Perigi cari timba". Maybe ada perempuan ada cuba approach awak. Tapi awak tu sukar la nak didekati. Tak beri peluang orang dekati awak. Agaknya awak hanya approachable pada orang2 yang awak minat je. Yang awak nampak sempurna. Saya pun penat nak dekati awak dulu.. ha ha.. baik mcm ni..tak perlu hadapi rejection.. ;)
ayp dan idan ...
mungkin takdir korang tuk bersama?
Buat solat istikharah baru ikut rasa hati...insyaALLAH selamat..
Aliah, saya gagak Idan helang :) - ayp
ayp ..
interesting .. tapi gagak dan helang masih boleh terbang bersama ..
sy merasakan idan sudah terlalu lama berseorangan hingga mungkin dh selesa dgn keadaan tu..mungkin juga tidak.
sy merasakan idan sudah terlalu lama berseorangan hingga mungkin dh selesa dgn keadaan tu..mungkin juga tidak.
Post a Comment