Selalu kalau bertemu dengan beliau, pasti lihat riak wajahnya yang riang dan senyuman yang pasti akan menggoda ramai lelaki. Namun tengahari tadi ketika terlihat wajahnya, tiada senyuman dan wajahnya muram. Aku syaki sesuatu yang telah berlaku.
Biasanya juga antara aku dan dia, takkan ada sesaat masa berlalu tanpa berkata-kata. Pasti akan dipenuhi dengan cerita-cerita menarik yang seperti tidak sabar masing-masing hendak beritahu. Tapi tadi beliau diam, banyak diam di awal bicara. Fikirannya seperti melayang memikirkan hal yang lain. Soalan pertama yang keluar bila aku memulakan bicara,
"Awak sihat? Sudah okay ke?"
Aku bertanya kerana tidak berapa lama dulu beliau baru keluar dari hospital. Jadi logiknya aku akan tanya soalan itu. Namun mungkin beliau mengesyaki aku sedar perubahan pada dirinya. Memanglah sedar kalau sebelum ini aku nampak beliau sangat ceria, siang tadi beliau agak muram dan seperti kecewa.
Pujuk beberapa kali (tanpa aku cakap terus terang), akhirnya beliau menceritakan masalah yang dihadapi. Seperti yang aku sangka, berkaitan dengan teman lelakinya. Sebenarnya aku tidak tahu beliau sudah ada teman lelaki kerana selama ini beliau menceritakan mengenai bekas teman lelaki yang sudah 2 tahun terputus.
Aku mendengar keluhan beliau mengenai sikap dan tindakan teman lelakinya. Aku cuba fahami sifat teman lelakinya melalui kata-kata beliau. Sedikit-sedikit aku dapat tafsir jenis macamana lelaki tersebut. Kesimpulan aku berikan kepada beliau,
"Awak berhak untuk dapat yang lebih baik."
Kemudian aku tambah,
"Tapi itu untuk awak yang tentukan..."
Aku bukan bermaksud aku. Aku merujuk kepada sesiapa saja yang aku fikir jauh lebih bagus dari teman lelakinya sekarang. Aku tidak mahu menghasut atau memutuskan apa-apa untuk beliau kerana suatu masa dulu beliau pernah berkata kepada seorang kakak (kamu boleh rujuk balik post aku yang lama) yang dia mahu saja sukakan aku kalau tidak selama ini beliau sangka aku sudah berkahwin. Aku ketawa ketika itu.
Aku tidak perlu jadi terlalu mengharap keajaiban. Aku berikan jawapan yang neutral supaya beliau tidak melihat aku sebagai mengambil kesempatan terhadap keadaan beliau. Ya, aku tahu kamu akan tanya aku.
Okay, evaluasi dan hipotikal; Beliau sebenarnya cukup sempurna. Aku amat suka dengan senyuman beliau dan siang tadi aku beritahu beliau, aku mahu lihat kembali senyuman tersebut. Peribadinya dan tutur kata, ia mengingatkan aku terhadap Yuslina, ex-girlfriend aku. Lembut dan sentiasa ceria. Kalau kamu lihat beliau sedih, kamu akan turut terasa kesedihan itu. Begitu keadaannya.
Juga aku sukakan keadaan beliau yang berdikari dan pandai membawa diri tanpa perlu kamu bersusah payah untuk terlalu menjaga. Kerana kamu percaya, berapa jauh sekalipun beliau melangkah, beliau akan pasti menoleh kebelakang dan memberitahu beliau akan tetap kembali (kiasan la ni... kalau tak faham juga, jangan baca blog aku).
Cantik? Ya. Cantik seperti bidadari? Tidak sehingga begitu. Cantik secukupnya. Beliau kata tadi beliau mahu kurangkan 5kg lagi berat badannya. Aku kata keadaan sekarang sudah cukup menarik dan sesuai. Beliau mencebik... Aku pujuk dan kata, "bolehlah kalau mahu kurangkan 5kg lagi, rasanya pasti akan lebih cantik". Beliau senyum. Aku sebenarnya senang begitu. Aku tidak selesa dengan perempuan yang terlalu mendesak untuk dipujuk hingga kamu mati akal tidak tahu apa lagi cara hendak memujuk dia, kamu akhirnya putus asa. Dengan beliau, cukup sekadar ayat sebegitu, hati beliau sudah kembali gembira. Bukan maksudnya mudah. Aku fikir, beliau lebih menghargai penghargaan seseorang dari cuba mendesak diberikan penghargaan.
Hakikatnya, secara jujur aku katakan, aku tidak yakin aku boleh. Maksud aku, orang sebegitu, seperti kamu mengejar Angelina Jolie. Atau Cleopatra. Atau Juliet. Mereka hanya untuk orang-orang yang sehebat dan se-gah nama mereka. Begitulah juga beliau. Pada mata aku, beliau berada diatas sana. Tinggi sangat untuk aku panjat dan berdiri sama tinggi dengan beliau atau pujuk beliau turun untuk duduk sama rendah dengan aku.
Jadi sepanjang 2 jam aku duduk memerhatikan rambut, mata, pipi, dagu dan bibirnya berkata-kata dan bercerita sambil di dalam hati berkata,
"Kalaulah aku sempurna sepertinya, mahu saja aku kata aku sukakan dia ketika itu..."
Ya, aku ada katakan aku sukakan beliau, terselit dalam bual bicara sepanjang waktu itu. Sepantas kilat ianya berlalu. Aku pasti pipinya jadi merah kerana malu (malu sukalah) kerana mendengar kata-kata seperti itu (seperti yang beliau selalu akui setiap kali ada lelaki berkata begitu kepada beliau), tapi aku tidak mampu melihatnya. Aku rabun warna.
Petang tadi aku melihat beliau pergi dan entah bila lagi akan aku temui.
Hipotikal sahaja, bukan betul pun! :-D
8 comments:
Sweetnyer Idan... heheh..
Macam baca novel cinta atau tonton filem. Saya di kerusi penonton, menonton cerita ni; seorang lelaki ni minat perempuan tu. Tapi tak meluahkan walau ada banyak peluang. Bila nak luahkan, "emmm...eerrr.." or lain ayat yang keluar. Saya sebagai penonton, bila tengok babak dia nak cuba luahkan atau pikat hati perempuan tu, mesti cakap "Go for it! Go for it!". Bila lelaki tu gagal jugak nak luahkan, atau bila perempuan tu pun berlalu pergi, mesti cakap "Apsal la bodoh sangat mamat tu. Bengap betul. Kan dah rugi" Heheh. Rasa2 saya, mesti awak pun pernah berada di kerusi penonton macam saya.
Saya tak faham macam mana awak mengukur taraf seseorang tu. Untuk menyatakan yang awak kurang sempurna dari seseorang yang lain. Sebab hakikatnya semua orang tidak sempurna. Kelebihan awak kekurangan orang lain. Kelemahan orang lain boleh jadi your strength pulak. Allah jadikan kita manusia seperti itu, supaya kita manusia complement each others' strengths and weaknesses.
Ex-bf dia punya losses, might be your winning. Tak perlu rasanya awak nak rasa bersalah. Your lady friend tu dah besar, pandai fikir dan nilai mana kaca mana intan.. -ayp
Semua itu cuma hipotikal saja. Seperti,
"bayangkan kalau...."
Pada aku kadang2 kalau membicarakan hal tak libatkan jejaka itu sendiri..lancar je..tapi kalau bab nak suarakan akan rasa 'jatuh cinta'..kadang2 rasa macam tak cukup nafas....
cuba kamu senyum seikhlasnya dan tataplah wajahmu di cermin Idan..kamu akan sedar betapa 'charm' dan 'cute' nya kamu...jgn menilai diri dengan bermasam muka di cermin...memanglah rasa menyampah dan rendah diri....aku sendiri pernah dan sedang cair kepada seorang gadis(oh cintaku)...dek kerana senyumannya...moga aku bertemu jodoh dengannya...amiiiiin..
Isk... Lelaki kata aku charm n cute. Arrgghhh! Tak boleh jalan.
Idan.. aku setuju jgk dengan tanpa nama tu... Tak ada manusia yang sempurna di muka bumi ALLAH ni...cinta yang sempurna hanya untukNYA... So berhenti la dari mencari yang sempurna...terima seadanya...sama ada menerima diri kita sendiri seadanya kita....ataupun menerima seseorang yang istimewa dalam hidup kita...seadanya dia... Sbnrnya mmg susah nak cari org yang boleh terima kita seadanya kita... Tp aku harap suatu hari nnti aku akan berjumpa org seperti tu dalam hidup aku, Itu doa aku pada ALLAH, sejak azali lagi, mohon ALLAH makbulkan doa aku... Idan, aku juga slalu dapat ilham bila dengar lagu, tp aku banyak ikut naluri, only pure heart will know n understand apa yg aku ckp ni... Tp adalah satu kepuasan bila smbil dengar lagu, berilham, dan mencurahkan segala2nya hingga puas...yang akhirnya menghasilkan ketenangan dan kepuasan yg mmg sukar nak ditafsirkan dengan kata2... Tp Idan....bila tiba masanya jodoh kamu sampai...kalau hati kamu tulus dan ikhlas...dengan sendirinya kamu akan tahu...sbg teman lama, aku harap Idan akan cepat2 dpt jodoh....hehhehe...;D
Bro..bila aku kata charm dan cute..bukan sekadar rupa kamu..tetapi imej, pemikiran dan pembawaan kamu yg aku puji...jgn risau Bro..aku normal..hanya bernafsu pada wanita bukan muhrim yg layak..ehehe
Ha ha ha ha ha ha ha......
Lelaki pun rasa Idan cute (tak kira la rupa ke imej ke pemikiran ke pembawaan ke). So tak salah saya rasa Idan mcm teddy bear!
Post a Comment