Hakikatnya, ramai kakitangan awam yang hutangnya keliling pinggang. Meminjam daripada ceti haram tu lagilah ramai. Kalau kamu jumpa kakitangan awam berpangkat kerani yang guna kereta lebih mahal dari Waja, mereka samada sudah kerja begitu lama atau anak-anak mereka berduit, atau memang asal mereka dulu berduit. Ramai kakitangan kerajaan terutama yang baru bekerja (aku refer kerani sajalah ye) yang cuma boleh bermimpi untuk pakai Viva dan Saga saja (kita paling baru lah ni). Itu pun setelah bersusah payah untuk berhutang 100% selama 9 - 10 tahun dengan Bank Rakyat. Duit syer royalti minyak? Aku masih belum nampak ianya menghujani wallet aku. Belum ada sesen pun lagi.
Tipikal juga orang Malaysia untuk menyalahkan kakitangan kerajaan semasa berurus niaga di kaunter-kaunter kerajaan. Memang banyak wujud kaunter kerajaan yang dikendalikan oleh kakitangan yang bermuka masam, pemarah dan emosional. Itu kamu patut salahkan kepada pengurusan yang tidak pandai menilai kakitangan mereka sebelum meletakkan seseorang di hadapan kaunter.
Tapi kamu tidak boleh salahkan orang di kaunter setiap kali kamu silap isi borang dan disuruh perbetulkan. Kamu sedar atau tidak, setiap kali berada di kaunter pejabat kerajaan, ramai rakyat Malaysia bertukar jadi orang yang penyabar kepada orang yang tidak sabar. Sama seperti kebanyakkan rakyat Malaysia bila pegang stering kereta. Sama saja. Mungkin kerana mentaliti mereka sering disuap oleh media dan cakap-cakap orang ramai tentang mutu perkhidmatan kaunter di pejabat kerajaan menyebabkan mereka sentiasa bersedia untuk bersikap pasif setiap kali ke kaunter kerajaan. Itu agaknya. Aku tidak tahu. Tapi realitinya, ramai orang bila datang ke kaunter kerajaan, di fikiran mereka,
"Expect the worst..."
Perkara yang sama jarang pula berlaku di kaunter swasta, terutamanya di bank. Jarang pula di bank orang komplen kaunter banyak tapi buka satu dua kaunter je. Mereka yang menunggu (walau ramai macamana sekali pun) akan tunduk diam sambil mengira duit di tangan atau erm... Entah. Pelik. Boleh pula tunggu lama di bank ye. Penghawa dingin di bank lebih sejuk ke? Jangan cakap layanan di bank bagus. Kadang-kadang 100 kali lebih teruk. Kamu ada lihat orang komplen di surat khabar?
Hakikatnya, rakyat Malaysia secara am sentiasa mempunyai pandangan atau idea yang negatif mengenai perkhidmatan kaunter di pejabat-pejabat kerajaan. Hingga ada waktu dulu aku baca di blog, orang komplen suasana persekitaran pejabat kerajaan yang dihias cantik sebagai membazir. Membazir wang rakyat. Begitu juga kaunter yang dihias cantik mungkin akan dianggap membazir wang rakyat. Pada mereka, lebih baik diguna duit tersebut untuk membantu orang yang miskin atau dalam kesusahan atau memperbaiki mutu perkhidmatan kaunter. Secantik mana kaunter tersebut yang hendak dianggap membazir?
Aku punya wishlist untuk tahun hadapan, aku harap rakyat Malaysia lebih rasional dan 'understanding'. Buang mentaliti subsidi yang sering ada dalam diri kita.
2 comments:
I agree with u...
Almost!! berfikiran negatif dengan kaunter kerajaan..
Saya ada seorang rakan yg bertugas sebagai kerani kaunter di Pejabat Tanah. Dia seorang yang lemah lembut namun sekarang betapa garangnya dia... sesekali aku saya melawat kaunter.. tension, kesian kerani kaunter.. selalu kena marah pada perkara2 yang tidak sepatutnya... selama aku memerhatikan tingkah laku pelanggan di semua kaunter Pejabat Tanah Negeri Perak yang pernah aku lawatai dan aku boleh buat sedikit kesimpulan :
1. Pandang rendah - sememangnya mereka memandang rendah pada perkhidmatan kerajaan tetapi mereka juga turut memandang rendah dengan kerani tersebut yg pada mereka hanya kelulusan setakat SPM sahaja. Tidak layak utk berurusan dengan mereka yg berpangkat besar atau public yg perasan bagus... wahal kebanyakan kerani kaunter skrg yg mempunyai diploma & degree.. cukup bijak utk bekerja serta well train..
2. Takut utk membuat komen pada pihak atasan tetapi berani bersuara tinggi di kaunter... sesetengah mereka hanya bersuara kuat dikaunter tetapi bila pegawai datang untuk menyelesaikan ketegangan boleh pula bermanis kata???
3. Yang berani pula sebab sudah fikir ada connection dengan pihak atasan.. paling kuat geng Menteri Besar...
- Namun tidak dinafikan juga ada sesetengah kerani kaunter yg kasar dan PR tak bagus... namun rata-ratanya sudah ada kesedaran dlm menjalankan tugas dengan mesra & berhemah
Saya pun penah rasa bengang dgn petugas kaunter. Tp bkn bdn kerajaan aje. Bank, pejabat pos etc.
Kdg2 kalau seseorg tu dah lama sgt jaga kaunter, dah lali sgt dgn keje2 tu, dia tak perasan atau tak dpt lg nak faham, yg ada sesetengah pelanggan ni baru pertama kali buat urusniaga tu. Kalau pelanggan silap isi borang, atau tak tahu prosedur, patut terangkan dengan jelas, atau dgn hemah. Ini ada yg jwb mcm pelanggan bodoh sangat sampai isi borang pun tak tahu. Pelanggan tanya soalan, org kaunter jwb kasar atau nak tak nak. Itu kan tanggungjawab si petugas kaunter? Lain la kalau pelanggan ni dtg ke kaunter JPN la katakan, just nak tanya 'Alamanda kt mana?' atau 'Tlg photostat ni boleh?', then baru la petugas kaunter boleh tarik muka sbb tak relevan dgn bidang keje dia.
Tak semua petugas kaunter tu rude. Ada yg blh dipuji. -ayp
Post a Comment