30.12.08

Ritual

Aku tiada ritual setiap tahun baru menjelma. Tidak seperti pada setiap hari lahir aku dimana aku akan ke restoran makanan segera dan makan seorang diri, tahun baru tidak membawa apa-apa makna bagi aku. Ianya seperti hari-hari biasa yang perlu aku lalui. Seterusnya bersedia untuk 53 hari berikutnya sehinggalah tiba tarikh hari lahir aku. Aku akan makan sendirian di restoran makanan segera.

Jangan kata kesian atau loner. Aku fikir itu hadiah kecil untuk diri aku. Aku biasanya duduk makan sambil membaca surat khabar atau majalah National Geographic, baik keluaran terbaru atau pun koleksi lama yang aku beli dengan harga RM7 sebuah. Nak turut serta? Silalah. Aku tidak menghalang. Cuma waktu itu biasanya aku diam seorang diri. Kerana aku tidak boleh lakukannya di dalam keretapi komuter (terlalu ramai pendatang), untuk berseorang diri. :-) Aku hendak sangat di hari lahir nanti, atau pada tahun baru nanti, aku naik keretapi komuter ke Pelabuhan Klang, mungkin. Melihat senja. Atau di mana saja yang boleh aku melihat langit dan awan dan suasananya, sambil merasa damai.

Mungkin pada tahun baru yang akan menjelang nanti, aku akan lakukan itu. Cuma, aku pasti dalam komuter nanti akan ada terlalu ramai orang, terutama pendatang asing. Aku tidak bencikan mereka. Aku cuma lihat mereka terlalu asing. Itu saja.

Ya, itu mungkin ritual tahun baru aku yang mendatang. Siapa tahu.

1 comment:

Anonymous said...

Selamat Tahun Baru, Idan.
I hope u don't have to spend your birthday alone this year.

Post a Comment