Panas sekarang. Siang tadi aku terperasan bahawa daun semakin banyak berguguran dari pokok. Kipas 16 inci di dalam bilik ini pun tidak membantu meredakan bahang panas.
Sebab itulah juga mungkin di Malaysia ini orang malas berjalan sana sini atau malas berbasikal ke tempat kerja. Ini jawapannya, panas. Jangan kita bandingkan keadaan kita dengan kotaraya mesra basikal seperti Amsterdam dan Beijing. Cuaca mereka lebih banyak sejuk dari panas.
Juga seperti wujudnya siar kaki lebar di Putrajaya. Itu sebenarnya adalah perkara yang merugikan. Tiada sesiapa yang mahu berjalan di situ kecuali terpaksa atau cuaca agak selesa.
Solusi sebenar adalah agak lurus. Perkenalkan kenderaan elektrik solar untuk kegunaan dalam bandar. Atau sediakan kereta (buggy) elektrik ini supaya ianya boleh di sewa dan digunakan di atas siar kaki untuk orang mudah bergerak dari satu destinasi ke destinasi lain yang berdekatan.
Kalau susah juga, pasang saja bumbung. Tetapi bukan jenis lutsinar yang akhirnya akan membahang panas.
Aku perlu mandi untuk sejukkan badan. Kamu juga jangan lupa minum banyak air kosong dan elakkan berada di bawah terik matahari dalam jangkamasa yang lama. Kecuali terpaksa.Itu pun, pastikan ada perlindungan yang secukupnya. Sejukkan badan dengan mandi lebih kerap.
Bahang panas boleh membunuh. Itu realitinya.
4 comments:
tapi, mandi lewat malam pun tak elok sgt tau...
Mandi bunga boleh... hehehe.
haha... boleh boleh boleh... pegi la mandi
takde motif sebenarnya. hehe. esok je la mandi. tido le cik oi.. nak jadi aliyah maisarah, kena dodoikan jugak ke? :D
Post a Comment