18.5.09

Dari Simpang Ke Simpang Lain (Ceritanya)

Kamu tahu, semakin aku sibuk dengan kerja, semakin sibuk juga orang luar dari kerja yang telefon, emel, jumpa dan minta sesuatu dari aku.

Masa aku rileks dan santai, tiada langsung orang luar dari kerja yang telefon, emel, jumpa dan minta sesuatu dari aku.

Bukanlah aku tidak suka orang telefon, emel, jumpa dan minta sesuatu dari aku. Aku cuma berasa sedikit aneh; semasa aku amat sibuk, mereka datang. Ketika aku santai, entah kemana mereka. Macam esok contoh; pagi aku ada mesyuarat. Petang aku santai. Dua orang telefon aku ingin berjumpa waktu pagi. Aku tanya kenapa tidak jumpa waktu petang saja. Mereka jawab pagi memudahkan kerja mereka. Yeah, right. Aku suruh datang petang.

Atau sewaktu aku tengah sarapan pagi di meja. Ya, aku sarapan pagi di meja sambil meneruskan kerja. Aku tidak bazirkan sejam masa di pantri untuk sarapan dan berbual. Ketika itulah selalu orang akan datang bertanya itu ini atau mahu berbual. Apalah masalah mereka ni. Aku yang sedang hendak menyuap makanan pun jadi terbantut. Cuba diplomasi sikit. Kalau nampak orang sedang makan, tunggu sampai dia habis makan dulu. Barulah datang jumpa. Kalau sekadar hendak mengusik dan berbual seminit dua, aku tidak kisah. Ini berdiri lama di belakang aku yang masih tertangguh-tangguh hendak menyuap makanan ke dalam mulut. Kalau hendak rasa, cakap sajalah.

Bukan, itu semua bukan masalah bagi aku. Aku tidak kisah. Cuma aku fikir mereka, atau aku sekali pun dalam situasi sebegitu, perlu ada diplomasi dan perlu ada bertimbang rasa. Tunggu sekejap. Selesai dia makan, kita jumpa.

Memang salah aku juga kerana tidak makan di pantri. Tetapi aku tidak mahu bazirkan masa aku di pantri dengan berbual kosong. Melainkan mereka berbual mengenai Super Collider, kesan pemanasan global atau Wan Chik Daud... Okay, yang last tu aku dok teringat cerita Do Re Mi. Hehe.

Memang ada sesetengah staf di pejabat yang agak tidak peduli dengan keadaan sekeliling. Maksud aku, mereka tidak peduli dengan apa orang lain fikir mengenai tingkah laku mereka. Kalau mereka hendak menjerit, mereka menjerit. Kalau hendak melalak, mereka melalak. Atau kalau mereka hendak ketawa mengilai, mereka akan ketawa mengilai. Bak kata orang, mereka tidak peduli. Which is fine by me. Tapi kalau ada bos atau orang luar dekat sekitar kawasan tersebut, takkan kita nak buat begitu juga? Atau kita masih tidak peduli?

Ada manusia yang jenis memang tidak peduli sebegitu. Habis apa kita nak buat? Kita pun jadi tidak peduli walaupun bila kita berjalan melintasi orang luar yang berada di kawasan itu, kita terasa malu. Malu kerana tingkah laku orang lain.

Orang boleh kata, apa yang hendak aku malukan. Bukan aku yang buat. Jadi tidak perlu aku peduli. Begitu? 

Mungkin kamu angguk...

Cuma, aku ini mungkinlah orang yang sensitif. Aku nampak riak muka orang atau kerut dahi orang apabila tersentak dengar jeritan dan hilai tawa kuat itu. Aku juga ada telinga dan amat tidak seronok bila dengar orang tanya soalan atau beri komen sinis.

Kamu memanglah tak dengar atau nampak. Kamu bukan ke sedang menjerit dan ketawa di sana. You're adult my dear friends. Try to be like one.


2 comments:

IRA said...

rakamkan saja mereka yg tgh mengilai tu... lepas tu mainkan semula depan diorg.

tajuknya; "hilaian penunggu JPN"

Ahmad Sharidan said...

Hehe... pernah buat. Tapi tak sanggup pulak rasanya.

Post a Comment