Jalan masuk ke rumah Tok. Kawasan rumah Tok ini ada dua rumah. Rumah adik beradik. Dulu, aku pernah lihat gambar lama kedua-dua rumah ini. Rapat antara satu sama lain. Kemudian salah sebuah rumah diangkat dan dipindahkan sedikit jauh. Semasa kecil, aku masih dapat melihat tapak asal rumah yang telah dipindahkan. Sekarang sudah tiada.
Ini kedai yang berhampiran dengan rumah Tok. Dulu semasa kecil. kedai ini cuma sebuah kedai papan kecil. Segala-gala di dalamnya adalah usang. Aku kenal tuan kedai ini sejak kecil lagi sehingga sekarang.
Inilah sungai Kenderong yang menjadi tempat permainan aku ketika kecil dulu. Sekarang ianya tidak banyak berbeza keadaan. Cuma kalau ada yang ingat, aliran sungai ini sebenarnya sudah berubah kedudukan.
Dulu, ini adalah sebuah jambatan gantung kecil yang menghubungkan kampung Ulu Kenderong dengan kampung seberang (maaf, aku tidak pasti namanya). Seberang sana dulu adalah kawasan tinggalan sawah padi. Sejak kecil lagi aku dapati sawah padi tersebut telah terbiar. Sekarang ianya sudah menjadi kawasan perumahan. Rugi... suasananya.
Hadapan simpang rumah Tok. Budak-budak kampung sejak kecil lagi sudah pandai menunggang motosikal. Aku juga begitu. Halmet tidak termasuk dalam buku cerita. Tidak penting.
Dua gambar di atas dan bawah adalah di rumah yang sama berhampiran dengan rumah Tok. Masih ada penghuni walaupun terbiar lama dan bumbungnya bocor sana sini. Masih ada seorang tua yang tinggal dalam keadaan daif dan usang. Aku dan keluarga menziarahi beliau dan aku sempat merakam suasana di dalam rumah. Aku cuma tidak sanggup hendak paparkan gambar di sudut yang lain.
Jangan tidak tahu, di Gerik yang kecil ini ada sebuah lapangan terbang. Walaupun kecil dan hanya pesawat Carribou dan helikopter TUDM saja yang pernah aku lihat mendarat di sini, ianya masih sebuah lapangan terbang sehingga kini. Cuma aku tidak tahu sama ada ianya boleh digunakan lagi atau tidak. Biasanya awal pagi akan kelihatan orang bersenam dan berjogging di sini.
Ini adalah sekolah rendah pertama aku, SK Mahkota Sari. Dulu SRK. Bila ubah, aku tidak tahu. Aku sempat di sini sehingga darjah tiga saja. Bangunan asal setinggi tiga tingkat sebelah kiri. Tidak banyak kenangan di sini. Ada, tetapi nantilah aku ceritakan.
Ini adalah gambar dari sudut lain lapangan terbang Gerik. Aku cuma hendak tunjukkan perkataan "Gerik" saja. Suasananya agak cantik.
Ini rumah pertama aku. Sebelah kiri rumah itu dulu ada sepohon pokok jambu. Sebelah depan kiri ada antena televisyen tinggi di mana ada sekeping gambar aku di rakam. Padang kecil sebelah kiri itu juga adalah di mana aku pernah "tersesat" sewaktu kecil kerana mencari ayah. Aku duduk di situ waktu senja dengan pinggan ayan berisi nasi dan lauk.
Aku akan rakamkan beberapa gambar lagi bila pulang ke Gerik nanti. Ada yang menarik hendak diberitahu.
Aku akan rakamkan beberapa gambar lagi bila pulang ke Gerik nanti. Ada yang menarik hendak diberitahu.
8 comments:
Nama bunga tu kalu tak silap Bunga Asam Batu...
Betul? Memang tak tahu. Dulu tak belajar jenis bunga. Jenis pokok, belajar.
Jenis pokok?..tau la juga skit..Pernah juga bekerja di FRIM sekejap dulu...
Patutlah. Dulu amat suka ke FRIM. Tempat belajar. Sekarang sudah lama tidak ke sana.
Mungkin akan ke sana suatu hari nanti. Fotografi di sana pasti menarik.
Setuju...pasti cantik dan menarik..
Bro, aku dulu pun dok kat Kg. Ulu Kenderong nie jugak..(rumah aku kat belakang umah Pakcik Sofi - X-Army Mechanic, kalau ko tau lah..)tgk gambar jambatan tu teringat jambatan gantung masa aku kecik2.. Kat situ dulu ada pokok yg ada 'Tali Tarzan'.. Rgds - Aen.
Bro, btw, aku dok sana from 1981 - 1985 (sampai darjah 3, sekolah kat Mahkota Sari)...Rgds, Aen.
jambatan 2 menghubungkan kg kenderong dengan kg air terap..
Post a Comment