Hal di Perak juga masih belum selesai. Ahli politik semuanya terlalu pentingkan diri sendiri. Itu masalahnya. Kamu ingat dulu pernah ada mini parlimen di mana budak-budak sekolah "dilantik" jadi ahli parlimen kemudian bersidang serta berdebat? Sekurang-kurangnya mereka tidak buat perkara bodoh seperti di Perak dan kalau nampak macam sudah terdesak, ada yang akan cakap,
"Kita minum dulu!"
Hahaha. Ya, sinikal. Tapi kalau sekarang kamu suruh budak-budak berlakon di mini parlimen, aku pasti ada yang akan bertumbuk dan menjeri kerana terpengaruh oleh ibu bapa atau datuk nenek mereka.
Hmm... Aku cadangkan kita beri setiap ahli dewan undangan negeri di Perak minum susu Nespray. Mungkin mereka selepas itu boleh lebih bijak berfikir.
3 comments:
ehhmmm.. bosan dgn kemelut politik perak.. buat pertama kalinya dlm hidup, rasa malu nak mengaku rakyat perak.. sungguh!!.. huhu..
hmmm...setuju..juga asal dari Perak...
Tahun lepas bukanlah pertama kali Perak diperintah oleh komponen parti lain (aku tidak suka perkataan pembangkang, nampak negatif sangat). Dulu pun pernah berlaku. Cuma aku tidak faham kenapa sekarang ini seperti kemaruk dengan kuasa.
Post a Comment