Lagu nyanyian Zee Avi bertajuk Is This The End.
Aku terkenangkan seseorang. Tadi aku kirim SMS ucapan selamat malam kepadanya. Sudah lama aku tidak melakukannya. Aku fikir aku sudah lama melupakannya. Aku fikir aku sudah berlalu pergi dan meninggalkan sisa-sisa harapan dulu.
Tadi dan sekarang, rasanya masih ada sedikit yang tertinggal. Mungkin aroma indah sebuah perasaan. Tetapi aku tidak menulis panjang. Sekadar ucapan selamat malam. Dua patah kata, sudah cukup. Untuk dia tahu aku masih ingat padanya dan untuk aku sedar aku masih terkenangkannya.
Aku rasa aku perlu benar-benar berlalu pergi. Kalau selepas ini aku temuinya lagi, biar sekadar untuk menghadiahkan sebuah senyuman dari sudut yang jauh. Bukan, bukan berputus asa atau kecewa. Aku fikir aku lebih selesa begini. Memberitahu dunia bahawa hidup ini sentiasa damai dan indah. Memberitahu kamu segala yang manis. Dan aku simpan kelat dan sepi untuk saat-saat sebegini. Lewat malam sambil mendengar lagu sebegini. Untuk aku kenang sendirian.
Kamu tahu apa yang aku suka mengenai dia. Matanya. Cliche, aku tahu. Tapi matanya; seperti kaca. Aku takkan berkelip mata aku sendiri untuk aku lihat matanya itu. Namun, itu juga terpaksa aku lepaskan. Sigh.
Aku fikir aku akan okay. Aku rasa aku akan okay. Ianya lebih mudah dari terus mengenang dan mengharapkan seseorang yang tidak pasti.
2 comments:
Hmm...sebenarnya sgt faham situasi spt ini...
Terima kasih. Feel much better now.
Post a Comment