Kamu semua datang dari mana?
Baca dan tengok sajalah apa yang ada di dalam ini ya. Cuma maaf, blog ini tidak ada gossip, gambar lelaki melayu bangga minum beer, lurah dada perempuan atau apa-apa saja perkara berbentuk sebegitu.
Oh ya, kalau kamu yang masih lagi mencari laman web menjual tiket bas secara online, cuba
Entah, ramai betul yang datang ke sini kerana mencari laman web menjual tiket bas secara online. Google sajalah nama syarikat bas ekspres yang kamu tahu. Mungkin ada, mungkin tidak.
Aku suspek ramai antara pengguna internet tidak tahu cara mengguna enjin pencari seperti Google dan Yahoo!. Hmm... Ada sesiapa mahu keluarkan ebook cara-cara menggunakan enjin pencari Google dan Yahoo! atau lain-lain? Boleh buat duit jual ebook kepada orang ramai.
Sekarang orang beli apa saja ebook. Itulah yang pelik. Sampai tips mudah mendapat kerja kerajaan pun dibuat ebook dan dijual. Malah siap dengan jaminan boleh dapat kerja kerajaan. Apa biol manusia yang buat dan apa biol juga manusia yang beli.
Tapi kira baguslah. Bertambah ilmu di dada serta bertambah bahan bacaan untuk kita. Lebih baik daripada membaca perkara tahyul, seks dan gossip artis.
Eh, aku ingat hendak tulis beberapa baris saja. Panjang pula jadinya. ;-)
11 comments:
"Cuma maaf, blog ini tidak ada gossip, gambar lelaki melayu bangga minum beer, lurah dada perempuan atau apa-apa saja perkara berbentuk sebegitu."
hahaha... lurah dada lelaki ada tak dlm blog ni? hahaha...
Hahaha... Ada, boleh diusahakan. Ada sesiapa nak tengok ke?
*angkat tangan*
hahahaha...
Huih! Lajunya... hehe.
Saya mengunjungi blog saudara asalnya untuk mencari seseorang yg saya search melalui Google...Nama org tu pernah terpapar di blog ini..Pastu suka plak baca catatan saudara..now dah jadi pengikut plak...:-)
Saya memang setiap hari baca blog awak...
Normaya - ada orang yang awak kenal, saya juga kenal ke?
MissY - Sama juga untuk blog awak. :-)
Awak dah lama kenal dia..saya je yang baru kenal...:-)
Yang mana satu lah ni ye...
Saya rasa dia senior awak...
Hmm... susah nak cari di kalangan ratusan orang di sini. :-)
Post a Comment