4.5.09

Terbeban

Kerana bebalnya orang di atas, aku menjadi bosan dengan kerja hari ini.

Badan jadi lemah dan letih. Otak jadi tepu dan benak. Hati jadi kosong dan tenggelam.

Serius, aku perlu motivasi. Saban hari melihat orang atasan yang kerja mereka saling membodek menyebabkan aku jadi begitu meluat dan kecewa. Kamu tahu apa yang merosakkan perkhidmatan awam? Orang begitu. Orang pentingkan pangkat dan diri sendiri.

Kita di bawah, akan seterusnya jadi bahan dan alat mereka serta seterusnya bahan cemuhan orang ramai yang kita temui. Mungkin sudah tiba masa untuk melakukan kerja lain.

5 comments:

Ain said...

Monday blues?

frossonice said...

Bukan blues.

Tapi dangdut.

Monday dangdut. Hehehe.

Ain said...

Oh.. that's tragic hehehe

SURAU-ISTIQAMAH said...

Tapi.. kalau sebut sahaja bekerja dengan "Goverment" @ kerajaan,....awak kena biasakan dengan keadaan seperti itu....couse..that is the way they works...now..and forever..maybe kut..

(nameless)

Ahmad Sharidan said...

Thanks Surau-Istiqamah.

Tulisan ini sudah terlalu lama untuk diingatkan kembali. Banyak yang sudah berubah. Diri sendiri ini pun sudah berubah.

Kerja tetap diteruskan.

Post a Comment